|
Edited by tari at 20-1-2022 09:41 AM
Menternak ayam satu amalan biasa di kalangan rakyat Malaysia pada masa dahulu, terutama di kampung-kampung. Ayam dibiarkan hidup bebas di sekitar rumah dengan diberi makan sisa makanan serta dedak dari sekam padi. Penternak mendapat hasil telur ayam dan daging yang dijadikan lauk.
Namun, penternakan ayam semakin berkurangan apabila berlaku pertambahan tempat tinggal di satu-satu kawasan. Pemeliharan ayam secara bebas lepas tidak lagi sesuai kerana mengganggu jiran, terutama sikap ayam yang sukan mencakar-cakar merosakan tanaman dan membuang najis merata-rata.
Tambahan pula, penduduk tidak perlu mengharapkan telur dan daging ayam yang diternak sendiri. Lebih mudah membeli ayam dan telur yang dijual di pasar.
Ayam yang diternak untuk mendapatkan daging dinamakan ayam pedaging atau ayam bandar dan ayam diternak untuk mendapat telur dipanggil ayam penelur. Manakala yang diternak bebas di kampung untuk mendapat telur dan daging dipanggil ayam kampung
Sekarang ini permintaan terhadap ayam kampung semakin meningkat. Ayam kampung juga dikenali ayam organik kerana membesar secara semulajadi tanpa suntikan dan makan sumber organik.
Untuk memenuhi permintaan yang tinggi, selain untuk kegunaan sendiri, kini semakin ramai orang menjadikan aktiviti penternakan ayam kampung sebagai satu hobi mahupun usaha mencari rezeki atau pekerjaan utama.
Keistimewaan ayam kampung:
- Boleh dibiakkan sepanjang tahun
- Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
- Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
- Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
- Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.
Reban diperlukan untuk ayam berteduh ketika hujan dan tidur waktu malam. Jika diternak banyak, reban dapat mengelak ayam kampung bebas berkeliaran yang boleh mengganggu jiran dan mengotorkan kawasan.
Reban juga penting untuk ibu bertelur dan seterusnya mengeram telur sehingga menetas. Telur yang diram akan menjadi temelar atau rosak jika terkena air hujan ketika proses mengeram.
Keluasan reban bergantung kepada bilangan ayam kampung yang ingin diletakkan di dalammnya. Secara kiraan mudah, seekor ayam memerlukan keluasan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
Ayam kampung makan tidak cerewet. Semua jenis dimakan. Namun, untuk memastikan tumbesaran sempurna, pemberian makanan berkhasiat dan mencukupi amat perlu.
Antara jenis makanan yang sesuai untuk ayam kampung ialah:
- Makanan campuran atau sisa makanan
- Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
- Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
- Ikan baja dan lain-lain
Jenis penyakit ayam kampung:
- Sampar ayam (ND)
- Penyakit Gumboro (IBD)
- Puru
- Salmonellosis
- Pasteurellosis
Tanda-tanda ayam berpenyakit:
- Kurang nafsu makan
- Monyok dan tidak aktif
- Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
- Muka bengkak
- Berak cair atau berdarah
- Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.
Sekiranya ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan untuk mengelak ia merebak.
kredit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|