|
Reply #1 hitamputih's post
Tak pernah jumpa apa2 lagi Tam ... 
Cuma kita sbg hambaNYA 10 malam akhir Ramadhan tu rajin2 ler beribadah ... Itu yg kita mampu ...  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #20 kroit92's post
btolla tu.... xsalah.....
tapi apa yg berlaku pada malam tu.... btol ke pokok tunduk ke hape ke.... saje nk tau  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 kroit92's post
ko reply diri ko sendrik nape? |
|
|
|
|
|
|
|
mana posting haku??? |
|
|
|
|
|
|
|
owh..ada pon.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #30 kroit92's post
hehe...lawak la kroit nie... |
|
|
|
|
|
|
|
uiks? haku tengok kat depan last post rourouleya, tak dak pon kelibatnyer..batang idong pon tak nampak..ntah ada ke tak idong nyer pon.. |
|
|
|
|
|
|
|
haku pernah kots masa remaja dolu..
tiba2 jer pada satu mlm pegi terawih kat masjid..aku boleh tido ngan nyenyak nye...
ala2 that night very mengantuk dan sleep inducing gitu...
padahal mlm2 lain mana pernah tido kat masjid masa terawih
...kalau pengalaman cam tuh valid tak??  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #34 ashna's post
itu kes penat sangat kot..
kot2 siang arinya ko main sakan kekdahnya..  |
|
|
|
|
|
|
|
aku baca dari hadis sahih . tanda2 mlm lailatul qadar. malam tu tiada awan dan bintang. cuaca tiada terlalu sejuk tiada terlalu panas. dan esok pagi cuaca mendung seharian macam nak hujan tapi tak hujan. aku perati tanda2 ni memang berlaku pada malam 27. memang betul tiap2 ramadan ade ari camni. tapi semenjak 2 tahun ni aku tak nampak plak. taktau pasal ape. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #37 abangbikerz's post
mungkin kesan rumah hijau kut..tapi dengan kuasa Allah, kun fayakun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Amalan Dalam Bulan Ramadan
PAGI
1. Solat sunat Subuh dan fardu Subuh, kemudian wirid biasa serta doa sesudahnya
2. Zikir
* La Ilahaillahllah (sebanyak-banyaknya)
* Allahu Akbar - Seratus kali sebelum naik matahari (tiada Tuhan melainkan Allah)
* Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Rasullullah, pada setiap saat dan nafas sebanyak bilangan luasnya ilmu Allah)
* Tiada Tuhan melainkan Allah yang berkuasa memerintah yang sebenarnya lagi nyata)
3. TASBIH: (100 kali dikurniakan sepuluh ribu kebajika, dihapuskan sepuluh ribu kejahatan, diangkat sepuluh ribu darjat) (Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah , Allah Maha Besar, tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang maha tinggi lagi maha agung)
4. SELAWAT : Sekurang-kurangnya 10 atau 100 kali
5. SOLAT SUNAT
* Solat sunat Isyraq
* Solat sunat Dhuha
* Solat sunat Tasbih dan
* Membaca al-Quran
* Membaca doa taubat `Akasyah (memohon keampunan taubat dosa-dosa besar)
TENGAH HARI
Solat sunat Zuhur - Fardhu Zuhur - Sunat Zuhur serta doa
ISTIGHFAR:
(a) 70 kali/100 kali) (Aku memohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadNya)
(b) (70/100 kali: Pohon keampunan ibu bapa) (yang bermaksud: Tuhanku,ampunilah bagiku bagi dua ibubapaku dan rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku ketika kecil.
(c) (25 kali:wasiat Nabi kepada Saiyidina Ali supaya dikasihi Allah (Aku memohon keampunan kepada Allah yang maha agung bagiku dan bagi dua ibu bapaku dan bagi sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat (lelaki dan perempuan) hidup dan mati)
PETANG
1. Solat Sunat Asar - Fardhu Asar - wirid/doa
2. Zikir (sebanyak yang boleh) Tiada Tuhan melainkan Allah
3.Tasbih yang bermasksud:
(a) Maha Suci Allah yang maha Tinggi
(b) (100 kali) dikasihi Tuhan dan berat timbangannya di akhirat. (Maha suci Allah yang maha agung)
4. Bertakbir (100 kali) amanah Nabi kepada Sayidina Ali sesudah senbahyang asar sebelum tenggelam matahari - setiap hari
5.Selawat: (10/100 kali)
MAGHRIB:
* berbuka puasa - solat Maghrib dan sunat Maghrib
* solat sunat Awwabin
* membaca (50 atau 100 kali) menjadi pengadang dunia dan akhirat. (tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah yang maha agung)
ISYAK:
* Solat sunat Isyak, fardu Isyak, sunat Isyak
* Solat sunat Terawih, sunat witir
* membaca al-Quran
TENGAH MALAM
Jam 12 malam atau 3.00 pagi hingga fajar Subuh
* Solat sunat wuduk
* Solat sunat Tahajud (dua atau empat atau enam atau lapan atau 12 rakaat) dan berdoa
* Solat sunat Hajat (memohon sesuatu hajat dan berdoa)
* Berzikir (di dalam hati nurani/ingatan sebanyak-banyaknya).
* Tasbih Istighfar (100 kali/70 kali). (Maha Suci Allah dan dengan segela kepujianNya maka suci Allah yang Maha Agung, aki mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung dan aku bertaubat kepadaNya).
* Membaca tasbih dan zikir majmuk (sebanyak 100 kali). (Maha suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agung, tiada
suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah). Setelah masuk waktu Subuh dan setelah azan Subuh, solat sunat Subuh/fajar dua rakaat, sebelum solat Subuh (antara azan dan solat fardu Subuh). Bacalah istighfar tabih 100 kali dan kemudian berdoa, kerana ini termasuk waktu mustajab doa - antara azan Subuh dengan solat Subuh, iaitu bermaksud: bertasbih dan mohon keampunan (jika sempat waktunya). (Maha suci Allah dengan segala kepujiannya, maha suci Allah yang maha agung aku memohon keampunan kepada Allah yang maha Agung dan aku bertaubah kepada-Nya)
BERSEDEKAH:
Bersedekah setiap hari pada bulan Ramadan tinggi pahalanya kerana kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadan.
Bersedekah pada bulan Ramadan menutup kesalahan puasa, diampunkan dosa , berlipat ganda pahalanya.
Dicurahkan rahmat Allah, dijauhkan dari azab neraka, didekatkan ke syurga, terjauh dari bala. |
|
|
|
|
|
|
|
Kepalsuan hadis kelebihan Tarawih
Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7645816
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.
SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
* Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
* Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
* Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
* Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
* Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
* Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
* Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|