CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Selamat berpuasa (Ramadhan 1428)

[Copy link]
 Author| Post time 4-9-2007 01:27 PM | Show all posts

Reply #20 awex^returns's post

elehhh

podacit

:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2007 01:51 PM | Show all posts
yeh yeh
ramadhan dah datangg
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 02:01 PM | Show all posts
selamat menyambut bulan ramadhan yg mulia....



[ Last edited by  chekshu at 4-9-2007 02:03 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 02:02 PM | Show all posts
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul 'Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah  segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2007 02:08 PM | Show all posts

Reply #24 MsAnonymous's post

nyah,

yang orang ckp hadis palsu tuh
yang mana satu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2007 02:09 PM | Show all posts
Rujuk majlis agama isu solat Tarawih


KUALA LUMPUR: Orang ramai, termasuk media massa perlu merujuk dengan Majlis Agama Islam negeri jika ada pihak menyebar risalah atau mengumumkan fadilat solat Tarawih bersandarkan hadis palsu mengikut kelebihan setiap malam sepanjang Ramadan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Abd Aziz Sheikh Wan Mohamed, berkata pihaknya maklum mengenai isu berkenaan yang pernah timbul beberapa tahun lalu yang dipercayai dipelopori golongan Syiah.


揌al berkaitan hadis seumpama ini sememangnya diketahui pihak berkuasa agama dan sesiapa yang berhadapan dengan situasi berkenaan diminta segera merujuk kepada Majlis Agama Islam negeri bagi mengelak sebarang kekeliruan,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2007 02:11 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 4-9-2007 02:09 PM
Rujuk majlis agama isu solat Tarawih


KUALA LUMPUR: Orang ramai, termasuk media massa perlu merujuk dengan Majlis Agama Islam negeri jika ada pihak menyebar risalah atau mengumumkan fadilat s ...


Syd aku kompius....yg anon paste tu ke palsu atau ada lagi yg palsu & yg anon paste tu benar
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 02:11 PM | Show all posts

selamat berpuasa semua.....semoga Allah memberi kita kekuatan dan ketabahan menempuh ibadah puasa, insya-Allah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2007 02:13 PM | Show all posts

Reply #27 redsentra's post

jap,
aku tanya setaz

setahu aku
yang benda umpama nih lah
yang berlegar2 dalam kotak email

setiap kali bulan puasa
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 02:15 PM | Show all posts

Reply #29 Syd's post

tul la tu setiap puasa ada dpt email mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 02:47 PM | Show all posts


[fly]Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan.
semoga apa jua ibadah yg dikerjakan mendapat keberkatan daripadanya....
AMIN
[/fly]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 04:56 PM | Show all posts
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
& Selamat Menjalani Ibadat Puase kepada semua...
Semoga Ibadah Diberkati Allah S.W.T. hendaknyer...
Aminn....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 05:01 PM | Show all posts
(((((((((((((((((((syd))))))))))))))))))))))))))

mana ko.... apa jawapan setaz tadi
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 05:12 PM | Show all posts
Dah lama tahu pasal hadis tak sohih tentang ni. Sometime earlier this year ada keluar sokabar ustad tu kata mende yang sama i.e. fadhilat puasa sekian-sekian hari tu dari hadis tak sohih...yang cam anon post tu jugalah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2007 05:14 PM | Show all posts

Reply #33 redsentra's post

setaz lom online lagi

haha
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 05:16 PM | Show all posts

Reply #34 ramura's post

tak sahih x pe la.. janji kite buat la amalan berterawikh ni kan berjemaah beramai2 kat masjid...

buat sorang pun buleh tapi aku ni x kata org lain la.. sensorang ni payah sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2007 05:22 PM | Show all posts
selamat berposa pada kenkawan semua, pada diri ku sendiri, semuga aku menjadi lebih baik dari semalam. aminnnnnnnnnnnn

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 05:29 PM | Show all posts
Yes, sembahyang terawih best buat berjemaah
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 09:27 PM | Show all posts

Reply #25 Syd's post

tah lah nyah
aku paste aje
amik yang elok aje udah lah kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 10:20 PM | Show all posts
Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua forumer....anggaplah Ramadhan kali ini Ramdhan yang terakhir buat anda semua..agar kita semua bersungguh-sungguh menghayatinya...aminn..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.588526 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list