|
Arkib Berita Ziana Zain Bersama Utusan Malaysia
[Copy link]
|
|
Ziana curah perasaan melalui kad -- Anuar pula mula terfikir nak jadi suami
Oleh Nor Fadzilah Baharudin
Source : Utusan Malaysia
Date : 17/06/2006
Ziana dan Anuar Zain ialah dua nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kedua-duanya mempunyai peminat yang tersendiri. Masing-masing mempunyai daya tarikan. Cara nyanyian dan suara mereka mampu membuat peminat terus meminati mereka.
Tetapi tidak ramai yang mengetahui dua beradik ini mempunyai sikap yang berbeza. Ziana Zain sebagai kakak sulung rupa-rupanya seorang yang romantis.
Ketika bersembang selepas sidang akhbar Makan Malam Amal Bersama Ziana & Anuar Zain di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini, Ziana menceritakan bahawa dia gemar mencurahkan perasaan sayang dan cinta kepada suaminya melalui kad ucapan.
Sehingga ke hari ini lebih 100 kad ucapan telah diberikan dan diterima daripada suaminya, Armin. Kata Ziana, 揃ila rasa nak bagi kad, saya bagi. Sama juga dengan Armin. Melalui kad, saya boleh curahkan rasa rindu dan segalanya kepada dia. Daripada tulisan, kita boleh luahkan segala-galanya. Ia merupakan satu perasaan yang sangat indah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari sahabat untuk sahabat
Oleh: WANDA IDRIS
Source : Utusan Malaysia
Date : 27/05/2006
ZIANA Zain sewaktu melawat Shareen di Shah Alam, Selangor baru-baru ini..
WALAUPUN sudah berada dalam keadaan selesa, Ziana Zain tidak pernah lupakan mereka yang hidup dalam kesusahan dan memerlukan bantuan.
Apalagi, yang menanggung penderitaan itu teman yang sudah dikenali selama 20 tahun.
Bagaikan dicubit paha kiri, paha kanan turut terasa, Ziana amat memahami bebanan yang ditanggung Shareen Banu Ahmad Ali, 38.
Kata Ziana, Shareen mengalami masalah obesiti yang berpanjangan dengan komplikasi yang berkaitan iaitu masalah sendi lutut (osteoarthritis) serta masalah pernafasan (sleep apnea syndrome).
揝ejak menjalani rawatan di Klinik Obesiti Hospital Putrajaya hampir setahun lalu, Shareen berjaya mengurangkan berat badannya daripada 165 kilogram kepada 158 kilogram.
揝hareen sepatutnya terus membeli ubat-ubatan anti obesiti dan menjalani pembedahan gastroplasty.
揢ntuk itu, Shareen memerlukan wang berjumlah antara RM200,000 hingga RM300,000. Tapi Shareen tak mampu kerana dia sendiri tidak bekerja dan suaminya pula hanyalah seorang pengawal keselamatan, |
|
|
|
|
|
|
|
Teater Muzikal P. Ramlee kolaborasi terbaru Adlin - Roslan
Oleh WANDA IDRIS
Source : Utusan Malaysia
Date : 02/03/2006
GEMENTAR! Hanya itu yang terkeluar dari mulut Adlin Aman Ramlie dan Roslan Aziz mengenai kolaborasi terbaru mereka sebagai pengarah dan pengarah muzik untuk pementasan teater muzikal P. Ramlee yang bakal berlangsung pada 28 Julai hingga 20 Ogos ini di Panggung Sari, Istana Budaya.
Apalagi kerja-kerja mereka dalam pementasan Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLtM) yang baru sahaja berakhir malam kelmarin telah membuka satu dimensi baru dalam dunia teater Melayu.
Justeru, tentunya penonton mengharapkan sesuatu yang lebih baik (atau setidak-tidaknya sebagus PGLtM) dalam pementasan mengenai kisah hidup bintang legenda seni tanah air itu.
揂pa yang dicapai oleh PGLtM merupakan satu inspirasi, |
|
|
|
|
|
|
|
Kecoh bila Hans dan Ziana menari lagu Hindustan
Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH
Source : Utusan Malaysia
Date : 01/03/2006
KITA mungkin pernah berimaginasi melihat penyanyi terkenal Ziana Zain menari mengikut irama lagu Hindustan bersama pelakon kacak Hans Isaac. Tetapi segalanya menjadi realiti apabila aksi mereka dapat ditonton dalam adegan mimpi filem Qabil Khushry Qabil Igam (QKQI) terbitan Sonata Film (M) Sdn. Bhd..
Memang kelakar suasana di kolam renang Hotel JW Marriot, Putrajaya Sabtu lalu apabila mereka menari. Suasana jadi kecoh dan riuh rendah.
Apatah lagi segelintir tetamu dan kakitangan hotel turut hadir menonton penggambaran itu.
Diiringi penari Kumpulan Warisan Johor seramai 14 orang, lagu popular Phil Bhil Dhil Hil Hindustani dijadikan taruhan sebagai adegan klimaks filem itu oleh pengarahnya, Mohd. Zaili Sulan.
Sewaktu Hans sibuk melakonkan babak tariannya, Ziana pula kelihatan menyendiri dan merehatkan minda mencari mood lakonan.
Ketika ditemu bual, Ziana yang membahasakan dirinya Akak memberitahu dia mula bersiap sejak pukul 9 pagi dan siap lengkap berpakaian ala Hindustan pada pukul 12 tengah hari.
揂kak dah tak tahan dik. Sudahlah atas kepala berat dengan aksesori, kini Akak kena hafal gerak tari pula.
揟engoklah baju. Sarat dengan macam-macam benda, |
|
|
|
|
|
|
|
Konsert Mawi di Singapura berakhir dengan kekecohan
Oleh ABD. AZIZ ITAR (Yang menyaksikan persembahan Mawi di Bedok, Singapura)
Source : Utusan Malaysia
Date : 20/02/2006
WALAUPUN siaran program Akademi Fantasia 3 (AF3) tidak dapat diikuti di Singapura, tetapi Mawi boleh berbangga kerana dia mempunyai ramai peminat di republik itu.
Juara AF3 itu membuktikan bahawa popularitinya bukan setakat menimbulkan fenomena di Malaysia dan Brunei tetapi juga di republik berkenaan.
Realiti itu dapat dilihat sewaktu Mawi atau Asmawi Ani mengadakan persembahan pertamanya di Singapura petang kelmarin.
Lebih 1,200 peminat membanjiri Stadium Bedok untuk melihat secara lebih dekat karakter dan persembahan anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu.
Ternyata para peminat bagaikan diserang histeria apabila melihat kelibatnya yang muncul pada persembahan Fiesta Keluarga Bersama Mawi.
Para peminat menjerit-jerit melaungkan nama juara program realiti televisyen (TV) itu selain berasak-asak mahu bergambar dan mendapatkan tandatangannya.
Difahamkan para peminat juga menunggu selama hampir dua jam iaitu sejak dari pukul 3 petang sebelum Mawi muncul pada persembahan yang mengenakan harga tiket $15 dan $8 dolar Singapura itu.
Fenomena itu sesuatu yang agak luar biasa terutama bagi penyanyi baru seperti Mawi yang mula bergelar artis baru Ogos tahun lalu.
Media massa di Singapura termasuk akhbar, stesen radio dan TV tidak ketinggalan memberi liputan meluas sempena persembahan di stadium tersebut.
Saluran radio Ria, misalnya, menguar-uarkan kehadiran Mawi di sana menerusi siaran beritanya selain stesen TV Suria Mediacorp yang turut membuat liputan.
Malah, sambutan luar biasa itu mengejutkan wartawan Daud Yusof dan krewnya yang membuat liputan berita untuk Suria TV Mediacorp.
Apabila melihatkan sambutan yang luar biasa, Daud dan jurukamera stesen TV itu sanggup mengejar van yang membawa Mawi semata-mata mahu mendapatkan komen penyanyi lagu Aduh Saliha itu.
Fanatik
Namun, langkah memberhentikan dan membuka cermin van bagi melayani permintaan wartawan penyiaran TV itu bukan suatu perkara yang mudah untuk ditunaikan.
Ini kerana puluhan peminat fanatik Mawi mengejar dan mengekori van yang membawanya sambil mengetuk-ngetuk cermin van demi untuk bergambar dan mendapatkan tandatangannya.
Bagaimanapun, selepas dirayu dan dengan dikawal ketat oleh beberapa pengawal keselamatan khas, Mawi akhirnya bersetuju untuk ditemu bual selama beberapa minit di sisi van.
Siaran berita tentang fenomena dan kekecohan yang melanda para peminat Mawi di Singapura itu disiarkan menerusi program Berita TV Suria Mediacorp pada pukul 8.25 malam tersebut.
Ketika ditemui selepas persembahan itu, Mawi berkata, 揝aya amat terkejut dengan sambutan yang mereka (peminat) beri. Sambutan mereka memang menggalakkan sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
Qabil Khushry Qabil Igam disiapkan tanpa Yusry
Oleh: AMIRAH ZAWATIL AMALY
Source : Utusan Malaysia
Date : 28/12/2005
PELBAGAI rintangan dihadapi penerbit Sonata Film (M) Sdn. Bhd., Azlina Pa'wan sejak awal pembikinan filem sulungnya berjudul Qabil Khushry Qabil Igam (QKQI) sepuluh bulan lalu.
Bermula dengan penggambaran yang tertangguh seketika kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, kini Azlina menghadapi masalah baru iaitu kehilangan pelakon utamanya, Yusry KRU, yang menarik diri daripada berlakon filem itu.
Azlina yang ditemui selepas majlis pelancaran filem Qabil Khushry Qabil Igam bagaikan sudah menjangka soalan para wartawan mengenai penarikan diri Yusry daripada filem tersebut.
Tindakan bijak Azlina memberi sedikit kejutan kepada wartawan semasa berucap pada majlis pelancaran filem QKQI membuatkan beliau dihujani pelbagai soalan mengenai Yusry dan filem yang tergantung penggambarannya sejak beberapa bulan lalu.
揧usry menarik diri kerana mahu memberikan komitmen sepenuhnya kepada filem sulung arahannya, Cicakman.
揇ia menarik diri pada bulan puasa lepas dan keputusannya itu kami terima dengan hati terbuka,'' kata Azlina.
Azlina yang menyifatkan dirinya seorang yang cerewet dalam membuat kerja, apatah lagi filem itu adalah filem pertama terbitannya, terpaksa akur dengan keputusan Yusry. Dia akan berusaha mencari pengganti Yusry dalam masa yang terdekat ini.
揊ilem ini tetap akan diteruskan kerana ia sudah menjalani penggambaran sebanyak 25 peratus di Lenggong, Perak.
揘amun begitu, ketiadaan Yusry tidak bermakna skrip filem ini perlu diubahsuai, sebaliknya saya akan mencari seorang 'hero' yang berperwatakan dan memiliki wajah mirip Yusry, |
|
|
|
|
|
|
|
Luhur budi Rizalman dan Sheraton Imperial
Source : Utusan Malaysia
Date : 25/12/2005
SEMESTINYA kehadiran mereka yang kurang bernasib baik tidak harus dilupakan. Membawakan sedikit keceriaan dalam hidup atau setidak-tidaknya menyimpulkan senyum di bibir mereka juga adalah satu kerja amal yang tidak ternilai harganya.
Untuk niat yang sama pereka terkenal tempatan Rizalman Ibrahim dan hotel terkemuka ibu kota Sheraton Imperial Kuala Lumpur bergabung melahirkan majlis makan malam amal baru-baru ini.
Usaha itu adalah budi luhur pihak terbabit dalam usaha meraikan mereka yang kurang bernasib baik. Ia juga kolaborasi unik antara pihak hotel dan penggiat fesyen tempatan. Kerja amal itu sentiasa dekat dengan mereka.
"Dalam sejarah Starwood, kerja amal sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami membabitkan diri dalam banyak program di dalam dan luar negara termasuk gempa bumi di Pakistan, taufan Katrina dan tsunami.
"Di Sheraton kami sentiasa pastikan tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik dalam usaha menawarkan khidmat cemerlang. Majlis ini adalah salah satu daripada sumbangan kami kepada mereka,'' ucap Pengurus Hotel, Datin Jasmine Abdullah Heng.
Pembabitan Rizalman Ibrahim Group yang selama ini bergelumang dengan dunia fesyen yang glamor juga melambangkan kepekaan mereka.
Majlis amal itu adalah kolaborasi unik antara Sheraton Imperial dan Rizalman Group sebagai tanda keprihatinan mereka kepada yang tidak bernasib baik.
Harapan mereka adalah selain menghiburkan golongan yang kurang bernasib baik itu ia juga menggalakkan lebih banyak aktiviti.
Di dewan besar hotel tersebut lebih 100 kanak-kanak dari Rumah Amal Cheshire Selangor diraikan dalam majlis makan malam yang ringkas tetapi dalam suasana penuh kemesraan dan kasih sayang.
Makanan yang enak hidangan Itali dan persembahan yang menghiburkan, ia cukup menyerikan malam kanak-kanak tersebut. Bukan itu saja kehadiran tiga penyanyi wanita popular masa ini iaitu Ziana Zain, Misha Omar dan Dayang Nurfaizah turut memeriahkan dewan.
Apatah lagi artis terbabit bijak mengambil hati peminat kecil itu dan tidak lokek menunaikan permintaan mereka. Bagi kanak-kanak tersebut, itu adalah masanya mereka mendekati artis kesayangan mereka dan bermesra dengan mereka.
Bukan mudah mendapat peluang seperti itu dan si artis pula tidak kekok memberi layanan. Ziana yang kelihatan semakin langsing itu sempat mendendangkan dua bu-
ah lagu iaitu lagu rancak, Ada Cinta dan balada Greatest Love of All.
Sambil berjenaka mencuri hati jemputan itu Ziana turut mengajak mereka menari di pentas. Tidak ketinggalan penampilan Misha Omar yang menghiburkan dengan persembahan lagu Hanya Memuji dan medley lagu Pulangkan serta Bunga-Bunga Cinta.
Sesekali Misha mengajak hadirin menunjuk bakat terpendam dengan mendendangkan lagu tersebut. Dayang pula dengan gayanya tersendiri ketika menghiburkan mereka dengan lagu Dayang Sayang Kamu.
Apa yang pasti dewan yang penuh itu sarat dengan hilai ketawa kanak-kanak tersebut sebagai menandakan petang mereka itu membawa makna tersendiri dan meninggalkan sedikit kenangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasihat rakan-rakan Erra-Yusry
Source : Utusan Malaysia
Date : 09/12/2005
ZIANA ZAIN
"TAKE it easy... perkahwinan Erra-Yusry pun masih terlalu baru. Orang kata fragile lagi. Yang penting, jangan dengar cakap orang fasal kita. Orang kata masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
"Sebab orang boleh bercakap, menulis dan membaca dan buat persepsi sendiri. Tapi mereka tidak tahu situasi sebenar.
"Memang spekulasi hanya mengusutkan keadaan dan menyebabkan kemelut berpanjangan.
"Saya sendiri mengalami pengalaman yang sama. Orang bercakap 1001 macam tentang perkahwinan saya tapi buat apa saya nak peduli."
UMIE AIDA
"Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
"Di sinilah faktor kesabaran dan kewarasan memainkan peranan utama untuk seseorang membuat keputusan terbaik dalam kehidupan.
"Jangan mengalah pada kegagalan tapi terimanya sebagai satu cabaran untuk memperkukuhkan mahligai kalian.
"Dan sebagai kawan, saya mendoakan mereka mampu menghadapi dugaan ini.''
NORMAN ABDUL HALIM
"Sebagai abang, saya hanya hendak nasihatkan kepada orang ramai khususnya peminat supaya memberi mereka ruang.
"Jangan kusutkan keadaan mereka dengan cerita-cerita spekulasi dan gosip. Kerana cakap-cakap itu hanya menambahkan lagi masalah mereka.
"Jika boleh, kita tidak mahulah cerita-cerita itu menyebabkan perkara asas yang nak diselesaikan menjadi bertambah rumit.
"Saya harap kerjasama itu dapat mengurangkan lagi tekanan ke atas Erra dan Yusry."
SYED ABU BAKAR SYED AGIL AL-YAHYA (PENGURUS ERRA)
"Saya ialah orang yang rapat dengan Erra dan Yusry dan kerana itu saya turut berasa sedih dengan apa yang berlaku.
"Memang tiada siapa yang sempurna dalam dunia ini tapi cubalah untuk melakukan sesuatu yang terbaik.
"Hargai mahligai yang dibina, saling bertolak ansur dan perlulah menjaga hati masing-masing.
"Yusry perlu menjaga hati Erra dan Erra perlu menjaga hati Yusry." |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa pendidikan agama
Source : Utusan Malaysia
Date : 20/11/2005
PEKAN 19 Nov. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini menasihatkan rakyat agar memberi tumpuan terhadap pendidikan agama selain melengkapkan diri dengan penguasaan ilmu serta kemahiran.
Titah baginda, kedua-dua aspek itu penting bagi memperkukuhkan jati diri kerana agama adalah asas membentuk akidah.
Selain itu ia juga pembentukan akhlak sementara penguasaan ilmu serta kemahiran dalam pelbagai bidang untuk seseorang menguruskan kehidupan.
``Agama Islam dan nilai-nilai murni adalah penting bagi mengukuhkan jati diri bagi menghadapi pelbagai cabaran yang semakin besar kelak,'' titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-75 di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini, hari ini.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Pada majlis itu, adinda Sultan Pahang, Tengku Datuk Kamal Bahrin Sultan Abu Bakar mendahului senarai 118 penerima darjah kebesaran.
Beliau dianugerahkan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Turut menerima darjah kebesaran yang sama ialah lapan penerima lain, termasuk dua menteri Kabinet iaitu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Shafie Mohd. Salleh.
Pada istiadat berkenaan, Sultan Pahang juga berkenan mengurniakan darjah kebesaran Darjah Sultan Ahmad Shah (DSAP) kepada lapan penerima termasuk Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Noh Omar dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad.
Sultan Ahmad Shah juga berkenan untuk menganugerahkan darjah kebesaran Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada enam penerima termasuk penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin, Siti Roziana Zain (Ziana Zain) dan Norman Abdul Halim (Norman KRU).
Mengulas mengenai kestabilan negeri, Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa baginda amat berpuas hati kerana Pahang berada dalam keadaan aman dan tenteram di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar.
``Beta berharap senario politik, ekonomi dan sosial yang pada umumnya berada dalam keadaan baik dapat dikekalkan dan beta berharap kerjasama yang terjalin antara kerajaan negeri dengan Kerajaan persekutuan dapat dikekalkan,'' titah baginda.
Pada istiadat berkenaan, baginda turut memuji peranan yang telah dilaksanakan oleh Tengku Mahkota, Tengku Abdullah sebagai pemangku raja sepanjang ketiadaan baginda lebih sebulan baru-baru ini.
Sementara itu, Sultan Ahmad Shah turut mengingatkan para penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri supaya memelihara maruah diri dengan tidak melakukan perbuatan yang mampu mencacatkan martabat anugerah tersebut.
Baginda bertitah, penerima-penerima darjah kebesaran itu seharusnya tidak menyalahgunakan anugerah yang diberikan dengan melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang. |
|
|
|
|
|
|
|
Album raya - EMI rai pelancaran
Oleh NOOR FAZRINA NOOR KAMAL
Source : Utusan Malaysia
Date : 31/10/2005
TRADISI meraikan para artis pada majlis berbuka puasa menjadi aktiviti tahunan syarikat rakaman terkemuka EMI Music Malaysia.
Baru-baru ini, EMI sekali lagi menganjurkan majlis yang sama di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Hampir kesemua artis EMI hadir termasuk Ziana Zain, anggota kumpulan Ruffedge, OAG. Shahila, Aliya, Joe (Too Phat) dan Shazzy.
Serentak dengan itu juga diadakan acara pelancaran album kompilasi raya Memori Hit Aidilfitri yang memuatkan 28 himpunan lagu-lagu hits Hari Raya yang dinyanyikan oleh artis-artis evergreen terkenal.
Lagu-lagu hits raya yang dinyanyikan oleh bintang-bintang evergreen terkenal dan terkemuka negara seperti P. Ramlee, Saloma, Sudirman, Black Dog Bone, Rafeah Buang, Noorkumalasari, DJ Dave, Ahmad Jais, Hail Amir dan Uji Rashid pastinya menggamit memori nostalgia pendengar.
Memori Hit Aidilfitri tampil dengan pakej DVD bersama dua CD berkembar dan sebuah buku lirik buat tatapan dan penghayatan pendengar.
Antara lagu-lagu yang paling digemari dan sering membangkitkan nostalgia di Hari Raya dan kini dimuatkan dalam Memori Hit Aidilfitri ialah, Selamat Hari Raya (Saloma), Balik Kampung (Sudirman), Suasana Di Hari Raya (Anuar & Ellina), Suara Takbir (DJ Dave) dan banyak lagi.
Selain dari itu, takbir raya juga dimuatkan untuk menyinari hari di pagi Syawal yang bakal menjelang ini.
Album yang merupakan siri eksklusif ini telah pun berada di pasaran sejak Oktober lalu. EMI mengharapkan para pendengar menghayati bulan Ramadan yang mulia ini serta bergembira di Hari Raya Aidilfitri nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Ziana, Erra - Buka cerita persiapan raya
Oleh WANDA IDRIS
Source : Utusan Malaysia
Date : 31/10/2005
PASTI banyak perkara yang diceritakan apabila dua sahabat bertemu. Begitu juga dengan Ziana Zain dan Erra Fazira. Selain berkisar tentang kerjaya, 'si adik-kakak' yang popular menerusi filem Maria Mariana ini galak bercerita kisah rumah tangga masing-masing.
Ziana, 37, sudah tujuh tahun mendirikan mahligai bahagia dengan Armin Zaharin Ahmad Zambri manakala ini merupakan sambutan Syawal yang ketiga bagi Erra, 31, dengan suaminya Yusry Abdul Halim.
Lalu, sebagai isteri, pada saat tibanya Syawal yang mulia, tentu kisah persiapan raya menjadi topik yang dibicarakan.
Riuh studio Utusan ketika fotografi cover Mega dengan gelak tawa kedua-duanya apabila Ziana membuka cerita tentang persiapan raya terutama untuk anak-anak kesayangannya, Muhammad Aiman, lima tahun dan Muhammad Amar, dua tahun.
Kata Ziana; "Aku sejak tiga empat bulan lepas dah siapkan segala kelengkapan untuk dua hero aku tu. Bukannya apa... Tahun lepas aku shopping last minute untuk baju dan kasut mereka. Punyalah payah mencari saiz. Tu yang tahun ini aku buat persiapan awal. Aku belajar daripada pengalaman dan kesilapan lalu.
"Kelakarnya, baju anak-anak dan suami aku semua aku siapkan. Last-last baju aku pulak yang tak ada.
"Nasib baiklah aku ada tempah sepasang kat Rizalman. Tapi biasalah. Bukan cukup sehelai. Sebab bukan setakat beraya di rumah keluarga dan saudara mara.
"Tapi kena juga menghadiri majlis itu ini. Jadi nampaknya terpaksalah aku shopping baju siap aja,'' kata Ziana yang sibuk mencari baju berwarna merah ceri untuk dipadankan dengan pakaian anak-anak dan suaminya.
Erra buat kek untuk mentua
ERRA yang ketawa mendengar cerita Ziana pula memberitahu, dia langsung tidak membuat persiapan Hari Raya.
"Kita pakai baju yang ada dalam simpanan saja. Iyalah... Ada setengahnya masih belum terusik. Jadi buat apa nak membazir.
"Yusry pun bagi tahu, dia tak perlukan baju Melayu sebab baju Melayu dia banyak. Semua colour dah ada. So dia kata tak payah beli baru.
"Jadi kami ambil keputusan, pagi raya nanti pakai aje baju yang ada dalam almari. Nanti pandai-pandailah padankan warna yang sesuai,'' cerita Erra.
"Tapi tahun ini kita teruja nak tukar wajah rumah kita,'' katanya kemudian. "Kita buat make over; pasang rak, tukar cat dan ubah dekorasi dan hiasan dalamannya. Kita sengaja buat perubahan untuk dapatkan feel baru.''
Bagaimanapun, kata si tinggi lampai ini, dia tetap berbelanja untuk adik kesayangannya yang dipanggil Putera atau Raja Mohd. Shazween, 14.
"Untuk mak, Azizah Zaik dan nenek, Rahimah Sakol, kita hulur duit raya saja...'' beritahunya.
Menariknya, kata Erra, dia teruja untuk menyediakan kek coklat kepada kaum keluarganya tahun ini.
"Dah lama kita tak buat kek, jadi kita rasa kita nak sediakan empat kek untuk rumah sendiri, rumah mak, rumah mentua dan rumah nenek.
"Memang setiap tahun Erra akan memasak. Bila ke dapur tu terasalah sikit kemeriahan raya tu kan...
"Tapi part masak rendang dan ketupat tu, nenek dan maklah yang buat. Erra hanya buat biskut.
"Tapi tahun ini Erra buat kek. Selalunya sehari sebelum menjelang raya, Erra memang sibuk di dapur.
"Bukannya susah sangat buat kek. Dalam tiga jam, siaplah kek-kek untuk empat rumah tu. Erra akan hantar sendiri kek-kek itu kat rumah mak di Gombak, mentua di Keramat dan nenek kat Sungai Choh, Selangor,'' cerita Erra.
Katanya, semenjak berkahwin juga, sambutan 1 Syawal akan dirai di tiga tempat. Selalunya pagi raya, kata Erra, dia dan Yusry akan menyambutnya di Kuala Lumpur.
"Selepas sembahyang raya, balik ke rumah mentua di Keramat. Kemudian pulang ke kampung Erra di Sungai Choh sebelum ke Gopeng, Perak untuk bertemu kaum keluarga dan sanak saudara Yusry.
"Selepas itu kami akan pulang semula ke Kuala Lumpur. Bukannya jauh sangat pun. Hari kedua barulah Erra menziarah kubur di kampung semula,'' cerita Erra tentang sambutan Aidilfitri.
Ziana simpan kad raya pemberian suami
KATA Ziana pula, seperti pasangan yang lain, dia dan suaminya beraya mengikut giliran.
"Kalau ikutkan, tahun ini kami sepatutnya beraya di kampung Armin di Raub, Pahang.
"Tapi tahu sajalah jadual kerja pramugara ni. Last minute baru tahu kena bertugas atau dapat bercuti.
"Jadi aku pun tunggu ajelah sampai dia dapat jadual kerjanya... Tapi nasib baiklah Armin tak pernah kena kerja pada malam raya atau pagi raya. Kalau tidak, mahu aku meraung...'' kata Ziana sambil ketawa.
Menurut Ziana, kalau Armin perlu bertugas, dia akan menyambut Hari Raya di rumah keluarganya di Shah Alam, Selangor.
"Dengar-dengarnya tahun ini mak dengan abah nak balik beraya di kampung, Melaka. Seronoklah hero aku tu.
"Dia orang kalau dapat balik kampung, bukan main suka lagi. Macam tak cukup tanah bermain. Nak-nak kalau ada geng.
"Paling dia orang suka bila balik ke Raub. Panjat pokok, main sungai, korek pasir... Macam-macam yang mereka kerjakan.
"Kalau beraya di Shah Alam, muka monyok aja... Mana taknya, pintu pagar berkunci sentiasa,'' ceritanya.
Apa pun kata Ziana, dia tidak kisah beraya di mana, asalkan dia dapat menyambut Syawal bersama suami dan anak-anaknya.
"Dapat minta maaf pada pagi raya itu yang paling penting. Yang lain itu, macam nak beraya di mana tu, dah jatuh nombor dua.
"Armin pula, tak pernah miss bagi kad raya. Mesti orang dengar kelakar kan... Tapi itulah dia.
"Dia jenis yang tak reti gambarkan perasaannya. Tapi dia akan tulis dalam kad-kad yang diberi itu.
"Setiap kad raya yang diberi tu, aku simpan dalam satu kotak. Dia pun simpan semua kad dan nota-nota yang aku bagi kad dia. Bayangkan sejak kami kenal dari awal tahun 90-an lagi, semua kad dan nota tu dia simpan.
"Aku pun tak sangka dia sentimental macam itu... Iyalah, member kan mat motor.
"Tapi itulah sebenarnya hadiah paling berharga bagi aku. Dan jika anak-anak aku besar nanti, aku nak tunjukkan kepada mereka supaya mereka tahu betapa bererti sebuah perhubungan,'' ujarnya.
Dan seperti selalu, kata Ziana, tidak kira menyambut raya di Shah Alam atau di Raub, peminat akan mengunjunginya.
"Kat mana-mana aku beraya pun, mereka datang jenguk. Kadang-kadang terharu aku dengan sokongan mereka yang tak pernah putus-putus kepada aku,'' kata Ziana, riuh bercerita sambil tersenyum bangga. Dan Erra juga tersenyum. Kadang-kadang terkekeh mendengar celoteh Ziana. |
|
|
|
|
|
|
|
2006- Wedding of the year?
Source : Utusan Malaysia
Date : 09/10/2005
Khabarnya hanya tinggal masa beberapa bulan saja lagi seorang artis wanita popular bakal mengakhiri zaman solonya. Kalaulah betul apa yang sampai ke telinga kami, selewat-lewatnya awal tahun 2006 dia akan bergelar isteri orang.
Tahniah awal-awal lagi daripada kami untuk pasangan `bagai pinang dibelah dua' ini. Perempuannya cantik jelita. Si lelakinya kacak bergaya.
Dengarnya rombongan pihak lelaki akan bertemu dengan keluarga artis wanita ini dalam masa terdekat bagi membincangkan soal hati dan perasaan si lelaki terhadap anak kesayangannya.
Dan kini keluarga si artis dengarnya sudah boleh menerima kehadiran si lelaki ini, walaupun sebelum ini kurang bersetuju dengan pilihannya.
Baguslah kalau yang mendung sudahpun berakhir, yang hitam sudahpun kembali putih jernih. Kami doakan apa yang dicitakan, diimpikan oleh artis ini akan tercapai dalam sedikit waktu lagi.
Memangnya setelah sekian lama berkorban dan membawa sinar bahagia kepada kehidupan keluarganya, sudah sampai masanya untuk artis berkenaan memikirkan diri sendiri, keluarga dan rumahtangga.
Dengarkan kata hati, bukan cakap-cakap orang keliling. Kalau hati sendiri kata suka dan cinta, orang lain tak ada hak lagi untuk menghalang. Dan keluarga pun kenalah juga faham. Bahawa cinta dan kasih sayang yang hadir bukan dengan paksaan. Ia hadir secara sukarela, jadi biarkanlah si artis ini mencari cintanya.
Kalau si artis merasakan lelaki berkenaan adalah yang terbaik dan paling dicintainya, nasihat kami teruskan sajalah. Jangan fikir apa-apa hal lagi. Yang penting diri sendiri.
Cuma apa yang kami harapkan, bila sampai masanya, janganlah ada antara mereka yang merahsiakan benda baik seperti ini. Awas! Jangan kahwin sorok-sorok pula. Setelah sekian lama membina nama yang cukup hebat, disayangi dan dicinta oleh ribuan rakyat Malaysia, hendaknya biarlah artis berkenaan melangkah ke jinjang pelamin dengan doa dan restu seluruh peminat.
Bukan main lari-lari, suruh wartawan kejar dan menyorok macam yang dibuat oleh sesetengah celebrity. Orang pun boleh jadi meluat kalau jadi macam tu. Mulalah fikir yang bukan-bukan. Contohilah Erra Fazira, Ziana Zain, Amy Mastura dan Norjuma yang menghormati hati dan perasaan orang lain, yang sudi berkongsi detik bahagia dengan peminat dan orang disekelilingnya.
Harapnya pasangan ini juga dapat berkongsi segala bahagia dan cinta mereka bersama-sama dengan kita bila masanya sudah tiba nanti.
Apa pun awal-awal lagi kami mengucapkan selamat berbahagia kepada artis berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Anuar, Ziana dari kaca mata seorang adik
Oleh: NOR FADZILAH BAHARUDIN
Source : Utusan Malaysia
Date : 30/09/2005
Sebelum ini kita selalu sangat mendengar cerita mengenai seseorang artis daripada mulutnya sendiri. Apa kata kali ini kita meminta pendapat mengenai dua orang artis popular tanah air dari kaca mata adik mereka.
MEGA telah menemu bual adik kepada dua orang penyanyi popular, siapa lagi kalau bukan Anuar Zain dan Ziana Zain.
Saiful Faizal adalah adik kepada penyanyi Anuar dan Ziana Zain. Berusia 33 tahun dan merupakan anak ketiga daripada lima beradik. Bekerja sebagai Eksekutif Merchandiser di Bangsar.
Menetap bersama Anuar dan orang tua mereka, Saiful atau lebih mesra dengan panggilan Apol menceritakan mengenai diri dua bintang popular itu.
``Anuar ini anak yang mendengar kata. Senang nak jaga berbanding saya ini. Seorang yang tak degil tapi tak tahan dengan mulut dia kalau dia membebel. Tak lokek dengan adik-adik. Dia sentiasa bersedia membantu kami bukan sahaja dari segi kewangan malah apa sahaja.
``Tapi dia suka tidur lewat dan bangun lambat. Sebab kalau tak ada show, dia gemar keluar lepak-lepak dengan kawan-kawan waktu malam.
``Orang selalu sangka dia lembut. Tapi sebenarnya dia tegas.
Dia tak sensitif tapi kalau dia tak suka seseorang tu dia diam saja dan dia tak suka orang yang suka mengutuk belakang-belakang ini. Lagi satu, dia pantang orang guna barang dia.
``Kalau dari segi penampilan diri memang dia terlalu menjaganya. Mungkin terikut daripada abah, sebab abah memang smart dari dulu,'' katanya ketika ditemui di Genting Highlands baru-baru ini.
Ditanya mengenai Ziana pula, Apol berkata, ``Ziana ni anak sulung. Jadi apa-apa hal, mak dan abah akan refer padanya.
``Kepala kak Ziana memang gila-gila. Dia ni tak ada masalah, semua benda dia suka,'' kata Apol.
Biarpun kakaknya Ziana sudah tidak menetap bersama keluarganya, menurut Apol, mereka sekeluarga selalu berkumpul pada hujung minggu.
Ditanya kepadanya apakah daya tarikan abangnya sehinggakan ramai wanita jatuh hati kepadanya, menurut Apol, ``Mungkin kerana muka dan penampilan dia.''
Mengenai jodoh Anuar, komen Apol, ``Dia terlalu sibuk. Naluri untuk mempunyai teman wanita itu ada, tapi dia tak ada masa. Sampai jodoh nanti, kahwinlah dia. Tapi buat masa ini dia tak ada girlfriend sebab terlalu sibuk dengan show.''
Apa pun kata Apol, dia tidak minat menyanyi.
``Setakat karaoke bolehlah. Susah jadi public figure. Tengok mereka, saya pun jadi serik. Habis show kena tarik sana, sini. Tak ada waktu rehat. Pagi keluar, malam baru balik. Biar macam ni orang tak kenal lagi senang,'' kata Apol mengakhiri perbualan. |
|
|
|
|
|
|
|
Percuma - VCD Dodoi Si Manja
Oleh ABD. AZIZ ITAR
Source : Utusan Malaysia
Date : 14/09/2005
MASNAH Rais (lima dari kiri), Ganesan (enam dari kiri) bersama para penyanyi dan wakil penaja promosi VCD Dodoi Si Manja menyanyikan lagu Can Mali Can pada majlis promosi VCD itu di Putrajaya baru-baru ini.
BAGI memastikan lagu-lagu dodoi tidak pupus ditelan zaman, Nestle Product Sdn. Bhd., (Nestle) telah mengambil inisiatif merakamkan semula 10 lagu dodoi popular menerusi album berjudul Dodoi Si Manja.
10 lagu dodoi yang biasanya dinyanyikan oleh masyarakat Melayu ketika hendak menidurkan anak kecil itu banyak menerapkan nilai-nilai murni dalam mendidik anak.
Atas kesedaran itulah Nestle tidak teragak-agak menerbitkan 10,000 unit Dodoi Si Manja dalam bentuk cakera padat video (VCD) dan mengedarkannya secara percuma kepada orang ramai.
Menurut Pengarah Jualannya, Ganesan R. Ampalavanar, usaha itu dilakukan sebagai salah satu sumbangan Nestle menghidupkan semula lagu rakyat kepada generasi hari ini.
``Dalam soal perniagaan, kami tidak memikirkan soal keuntungan semata-mata. Sejak Nestle ditubuhkan pada tahun 1912, kami telah melakukan pelbagai kegiatan dan kerja-kerja amal.
``Penerbitan VCD Dodoi Si Manja ini satu daripadanya. Semua kos rakaman dan penerbitan VCD itu ditanggung sepenuhnya oleh Nestle.
``Kami harap masyarakat akan mendapat manfaat daripada usaha kami ini,'' katanya sewaktu ditemui selepas promosi VCD itu di Alamanda, Putrajaya baru-baru ini.
Bagi merealisasikan niat murni itu, Nestle telah menyumbangkan 10,000 VCD Dodoi Si Manja kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) untuk diagih-agihkan kepada institusi-institusi pendidikan terpilih.
Penyerahan VCD itu disaksikan oleh isteri Menteri KeKKWa, Datin Seri Masnah Rais, Ketua Setiausaha KeKKWa, Datuk Siti Azizah Syed Abod dan Pengerusi Nestle, Tan Sri Mohd. Ghazali Seth.
Hadir sama ialah Amy Mastura, Fauziah Latiff dan Dayang Nurfaizah yang menjayakan promosi VCD itu dengan menyampaikan beberapa buah lagu daripada album tersebut.
Selain itu, Nestle turut mengedarkan 90,000 lagi VCD Dodoi Si Manja secara percuma bagi setiap pembelian pek susu Nespray 1+ 1.3 kilogram.
Kata Ganesan, 10 lagu dodoi yang dimuatkan menerusi VCD itu dirakamkan semula hasil kaji selidik dan permintaan daripada orang ramai.
``Kami telah menjalankan kempen dan mengadakan peraduan memilih lagu-lagu dodoi pada Mac hingga April lalu.
``Hasilnya kami dapati Suriram menjadi lagu dodoi paling popular dan menjadi pilihan pertama orang ramai.
``Kami tidak menghadapi masalah untuk merakamkan lagu-lagu dodoi kerana ia adalah lagu-lagu rakyat di mana hak ciptanya tidak dipegang oleh sesiapa,'' ujarnya lagi.
10 lagu yang dimuatkan menerusi VCD itu dinyanyikan oleh lima penyanyi popular iaitu Sheila Majid, Ziana Zain, Fauziah Latiff, Amy Mastura dan Dayang Nurfaizah.
10 lagu itu berjudul Tidurlah Intan yang dinyanyikan oleh Sheila Majid, Timangan Untung (Ziana Zain), Burung Kenek-Kenek (Fauziah Latiff), Tidurlah Adik (Dayang Nurfaizah), Manja (Amy Mastura), O Bulan (Sheila Majid), Can Mali Can (Ziana Zain), Harapan (Dayang Nurfaizah) dan Ikan Kekek (Amy Mastura).
Pada akhir majlis, Masnah Rais sempat menyampaikan hadiah kepada tiga pemenang pertandingan nyanyian Lagu-Lagu Dodoi iaitu Raja Putri Raja Yusof yang muncul juara, Ara Md. Raub (naib juara) dan Aizah Mohd. Atan (tempat ketiga). |
|
|
|
|
|
|
|
Ramli MS - Berumah di hotel
Oleh MUZLINA ABU BAKAR
Source : Utusan Malaysia
Date : 19/07/2005
RAMLI MS.Tiba-tiba nama itu menjadi popular dan meniti dari bibir ke bibir para peminat rancangan realiti TV Akademi Fantasia musim kedua tahun lalu terbitan Astro Ria. Semuanya gara-gara tindakan Ramli membaling pen kepada pelajar AF2, Mas.
Sejak itu, komposer yang begitu low-profile ini bukan sahaja menjadi sebutan malah duda berumur 45 tahun itu turut dipilih menjadi cover beberapa majalah hiburan.
Tetapi itu cerita dulu, cerita setahun lalu yang membuatkan para peminat Akademi Fantasia gempar dengan sikap keterbukaan Pengetua yang tampak serius tetapi sebenarnya begitu prihatin.
``Aku tidak pandai berlakon. Apa yang aku buat itulah sebenarnya. Aku buat begitu bukan untuk menarik perhatian tetapi untuk kebaikan. Ah... lupakanlah itu kisah lama,'' pinta Ramli MS ketika ditemui baru-baru ini.
Kini, Ramli berbalik kepada sikap lamanya. Dia lebih suka mendiamkan diri dan bersikap profesional. Sebab itu tidak hairanlah apabila diminta komen tentang AF3 dia tidak mahu berkata apa-apa.
``Aku bersikap profesional. Aku tidak mahu komen apa-apa sebab aku dah tidak ada kena mengena dengan AF3. Cuma kalau ada masa kadang-kadang aku tengok,'' akuinya terus-terang.
Disebabkan kesibukannya dengan kerjayanya sebagai komposer itulah sejak bercerai dengan isterinya, Marina Thomson Abdullah (Jennifer Thompson), Ramli yang mempunyai dua orang anak Najee, 15, dan Nadia,10, daripada hasil perkahwinannya itu lebih suka tinggal di hotel.
``Sudah tiga tahun aku duduk di hotel ini. Bukanlah mahu gaya hidup mewah tetapi sesuai dengan hidup aku yang sibuk.
``Kalau aku sewa rumah pun sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan tidak termasuk api air, kena ada tukang kemas rumah. Tapi... di hotel ini mudah, ada yang tukang kemas dan aku rasa lebih selesa. Di sini sewa bulanannya pun tidaklah begitu mahal,'' kata Ramli.
Walaupun bilik suite itu sesak dengan segala barang keperluannya namun Ramli tetap rasa selesa. Sebabnya di bilik yang terletak di tingkat 15 sebuah hotel di Petaling Jaya itu menyimpan segala macam idea dan karyanya.
Bagi Ramli, kalau tidak ada tugasan dia lebih suka mengurung diri di bilik berkenaan menghasilkan ciptaannya untuk dinikmati semua.
Menurut Ramli, selepas diberi tanggungjawab mengendalikan persembahan Citrawarna baru-baru ini, kini dia menumpukan perhatian kepada penerbitan album Ziana Zain.
``Setakat ini aku sudah cipta tiga lagu untuk album baru Ziana, jika semuanya berjalan lancar tidak lama lagi Ziana akan masuk studio,'' kata Ramli yang akan bertindak sebagai penerbit album penyanyi berkenaan.
Mudah jumpa anak
Selain memudahkan tugasnya tanpa mengemas rumah, sebab utama mengapa Ramli MS lebih suka tinggal di hotel ialah bagi memudahkannya bertemu kedua-dua anaknya.
``Anak-anak aku sekolah di Sekolah Sri Petaling, jadi bila aku tinggal di sini setiap hari aku boleh jumpa mereka.
``Bukan itu sahaja, malah setiap hari Sabtu dan Ahad mereka akan datang ke bilik aku. Selalunya kami habiskan masa bersama makan-makan dan shopping.
``Walaupun aku dan Marina sudah bercerai tiga tahun, tetapi kami tidak mahu kasih sayang antara aku dan anak-anak terputus. Kami bercerai sudah tidak ada jodoh lagi, tetapi hubungan kami masih baik,'' cerita Ramli.
Menurut Ramli disebabkan hubungan rapat antara beliau dan dua orang anaknya itulah beliau berazam tidak mahu tinggal jauh daripada mereka.
``Anak-anak aku tinggal di kawasan Petaling Jaya bersama dengan emak mereka. Insya-Allah kalau ada rezeki aku nak beli rumah di kawasan sekitar itu. Senang,'' akui Ramli.
Menyentuh mengenai minat anak-anaknya, kata Ramli, kedua-dua anaknya memang meminati bidang muzik.
Bagaimanapun buat masa ini beliau lebih suka mereka menumpukan perhatian dalam bidang pelajaran.
Itu cerita dongeng
Sebelum namanya heboh gara-gara baling pen, sebenarnya di kalangan wartawan hiburan Ramli mula menjadi buruan pada 2003.
Ketika itu jangan haraplah kalau anda bertanya kepadanya tentang gosip hubungan cintanya dengan seorang penyanyi terkenal akan mendapat jawapan daripadanya.
Selain jawapan klise `no komen' Ramli lebih suka mendiamkan diri.
Bagaimanapun perjumpaan baru-baru ini, Ramli selamba menjelaskan;
``Itu semua cerita dongenglah! Aku tidak tahu macam mana cerita itu boleh keluar tetapi itu cerita dongeng.''
Menurut Ramli, dia sendiri tidak tahu mengapa cerita seperti itu boleh merebak sedangkan sebelum bekerjasama dalam sebuah konsert dengan penyanyi berkenaan dia yang bertindak sebagai konduktur konsert itu juga rapat dengan beberapa penyanyi lain.
``Aku bersama Hetty Koes Endang 19 tahun. Banyak konsert Hetty aku yang kendalikan, tidak pernah ada pun cerita atau gosip cinta sama ada sebelum atau selepas dia berkahwin kerana kami bersikap profesional,'' akui Ramli.
Bila ditanya mengenai rumah tangga, Ramli berkata:
``Buat masa ini aku belum terfikirkan tentang itu. Aku terlalu sibuk dengan kerja jadi aku tidak mahu terlalu memikirkan tentang itu semua.'' |
|
|
|
|
|
|
|
eritan, ketawa - Yang mudah dan kasar
Source : Utusan Malaysia
Date : 28/06/2005
SELEPAS filem Pontianak Harum Sundal Malam (Shuhaimi Baba) ditayangkan dan mendapat sambutan baik, maka tidak hairanlah kalau terdapat beberapa buah filem akan cuba menghasilkan filem-filem dalam genre yang sama. Hal sedemikian bukanlah sesuatu yang asing dalam industri perfileman.
Di Hollywood, jika sesebuah filem utama mendapat sambutan yang hebat, maka akan muncul beberapa buah filem dalam genre yang sama yang cuba menyalin konsep dan bentuk filem tersebut. Tetapi selalunya dihasilkan dengan kos yang lebih rendah. Filem-filem ini dikategorikan sebagai filem ``B''. Kerap juga dianggap sebagai slash movie kerana ketiadaan originality, jalan cerita yang buruk, lakonan yang teruk dan dihasilkan untuk mengejar pasaran yang sedang menggemari filem dalam genre tersebut. Keja-yaan filem A Nightmare on Elm Street (Wes Craven, 1984) segera menghasilkan beberapa sekuel dan siri tv dan seterusnya beberapa buah filem yang mengetengahkan konsep urban horror.
Secara tradisinya kita sememangnya tidak menghasilkan dua kategori filem iaitu filem kategori A atau kategori B. Malah sekarang ini boleh dikatakan semua filem-filem tempatan dihasilkan secara bebas (independent) selepas tamatnya sistem studio Jalan Ampas dan Studio Merdeka, Hulu Kelang. Apabila Yusuf Kelana menghasilkan Pontianak Menjerit saya anggap ia satu usaha yang menarik kerana filem ini akan turut memeriahkan industri perfileman kita.
Barangkali akan ada yang mempertikaikan bahawa Pontianak Menjerit hanya mengambil kesempatan daripada pasaran yang ada. Tetapi sekali lagi, apa salahnya?
Juga sesekali apa salahnya kita melihat sebuah slash movie tempatan. Filem Pontianak Menjerit umpama B movie dalam tradisi industri filem Amerika. Menonton filem ini saya tidak mengharapkan sesuatu yang luar biasa. Saya hanya mahu ketawa dan mungkin sesekali mahu ditakutkan dengan bentuk horror yang kasar.
Pontianak Menjerit menggabungkan elemen komedi dan horror. Filem ini bermula dengan upacara memanggil kesemua waris hartawan Datuk Pengiran Abdul Rahman iaitu Azlee (Azlee Senario), Mazlan (Mazlan Pet-pet), Saiful (Zek Zaidi) dan Ratna Puri (Sheila Rusly) wanita Siam yang pernah menjadi isteri muda Pengiran ini ke sebuah banglo milik pengiran di Fraser Hill. Upacara pemberian harta itu bermula pada pukul dua belas tengah malam.
Bagaimanapun upacara ini terpaksa ditangguhkan apabila berlaku pertelingkahan keluarga dan kemudian setiausaha peguam (Juliana Banos) tiba-tiba didapati hilang dan kemudian Mazlan pula hilang.
Adegan pembukaan ini pasti akan mengingatkan anda kepada adegan pembukaan filem Melayu lama ``Pusaka Pontianak'' lakonan Ahmad Daud.
Dengan pelakon seperti Azlee, Mazlan dan Ziana Zain, Yusuf cuba menyuntik elemen komedi pada lakonan dan jalan ceritanya. Watak yang ditimbulkan oleh pelakon-pelakon ini memang melucukan dan kelucuan yang ditimbulkan adalah terkawal. Begitu juga dengan watak Ratna Puri lakonan Sheila, bukan sahaja melucukan tetapi berkesan dalam menggerakkan jalan cerita filem ini.
Bagaimanapun adegan-adegan seram yang ditimbulkan walaupun boleh dikatakan baik untuk menyeramkan, tetapi keseluruhan adegan seram itu lebih terasa kelucuannya. Terutama dengan melihat adegan-adegan hantu yang terbang dan wajah-wajah pelakon yang disolek untuk menimbulkan kelucuan.
Adegan-adegan ini biasa kita lihat dalam filem-filem seram dari Indonesia. Tetapi, saya kira Yusuf Kelana harus lebih berani untuk mengambil adegan-adegan filem tertentu dan mengolah semula elemen satira adegan tersebut secara lebih ekstrem. Inilah konsep filem-filem dalam aliran begini iaitu mengangkat adegan tertentu dari sebuah filem yang dilandasinya dan mengolah elemen komedinya.
Pontianak Menjerit memang bukan dalam kategori filem Pontianak Harum Sundal Malam yang cuba mengangkat dendam seorang wanita, tetapi filem ini hanya untuk melihat kemungkinan yang melucukan pada sebuah filem dalam genre seram.
Sebagaimana filem-filem kategori B, jangan harapkan jalan cerita yang kompleks kerana yang diutamakan oleh filem-filem begini adalah kesan kelucuan dan seram yang mudah dan kasar. Untuk jeritan dan ketawa yang murah, anda boleh tonton filem ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Ziana Zain makin ligat
Oleh: JAMLIAH ABDULLAH
Source : Utusan Malaysia
Date : 05/06/2005
ZIANA ZAIN menurunkan autograf sambil diperhatikan oleh Tan Kim Tai.
SEMAKIN ligat nampaknya Ziana Zain sejak kebelakangan ini. Sebagai pelakon dia sibuk mempromosikan filem terbaru iaitu Pontianak Menjerit.
Sebagai jurucakap pula, Ziana sibuk berkempen untuk promosi kempen terbaru produk yang diwakilinya.
Itu yang membuktikan dia tetap laris walaupun dengan status isteri dan ibu kepada dua anak itu.
Apa rahsianya? Kata Ziana, ''Imej tentu penting dan di samping itu cara kita berurusan dengan mereka juga penting iaitu bagaimana kita berkomunikasi.
``Apa yang penting adalah kita jangan terlampau demand. Cukup jika kita bersederhana saja asal senang bekerjasama. Apa yang penting ada persefahaman antara satu sama lain.''
Tentu saja kata-kata itu bukan sembarangan apatah lagi dengan kepercayaan yang diberi oleh pihak berkenaan yang berterusan melantiknya sebagai jurucakap produk mereka.
Tahun bersilih ganti, Ziana juga yang menjadi pilihan pihak terbabit.
Sebagai contoh syarikat pengeluar tilam Slumberland memperbaharui kontrak dengan Ziana bagi tahun kelima sebagai jurucakap untuk tilam Vono.
Menurut Ziana, untuk artis sepertinya adalah satu penghargaan jika ada yang memberikan kepercayaan untuk mewakili produk mereka.
``Komitmen itu sendiri adalah satu penghargaan. Tidak perlu memilih atau demand sangat,'' tambahnya yang kembali aktif sejak cuti bersalin pada 2004.
Semua barangkali sudah mengetahui selain daripada produk tilam, Ziana turut bertindak sebagai jurucakap untuk produk kosmetik, jam tangan dan pelangsingan badan.
Apa yang menarik artis itu berjaya mempertahankan statusnya sebagai jurucakap produk terbabit dengan cemerlang.
Majlis penyambungan kontrak antara Ziana dan Slumberland diadakan baru-baru ini.
Menurut Pengarah Urusan Serantau Kumpulan Slumberland, Tan Kim Tai, Vono dan Ziana mempunyai banyak persamaan dalam stail, kualiti, populariti dan permintaan.
``Ziana juga secara tidak langsung membantu memperbaiki status Vono sebagai jenama berkualiti tinggi pada tahun lepas,'' katanya.
``Kini sudah ada 10 tilam di rumah saya tidak tahu di mana hendak letak lagi,'' guraunya yang semakin cantik dan langsing itu.
Pejam celik rupa-rupanya sudah lima tahun kolaborasi antara Ziana dan Vono berlangsung.
``Sudah lama saya menggunakan tilam jenama ini malah sebelum menjadi jurucakap lagi dan ia terbukti mempunyai kebaikan.
``Hari ini saya bangga kerana dapat berkongsi dengan orang ramai tentang pengalaman itu,'' kata Ziana.
Pada masa yang sama, Ziana turut menjadi jurucakap untuk produk kecantikan Nutrimetics, jam tangan Omega dan butik penjagaan badan, Slimworld.
``Ia adalah satu persefahaman yang baik antara saya dan produk terbabit. Saya gembira jika mereka puas hati dengan komitmen saya,'' katanya.
Walaupun bertindak sebagai jurucakap untuk empat produk namun Ziana tidak menganggap ia sebagai satu beban.
Malah dia seronok apabila dapat berkongsi pengalaman dalam banyak perkara dengan pelanggan terutama peminatnya.
``Saya mendapat maklum balas yang baik sejak menjadi jurucakap Vono banyak peminat yang menelefon meminta nasihat peribadi tentang kepentingan menjaga belakang dengan baik.
``Kemudian setelah beberapa lama mereka menelefon kembali dan memberitahu kesannya. Saya rasa gembira,'' katanya.
Selain berkongsi pandangan tentang tilam yang baik untuk belakang, Ziana juga sering memberikan ceramah tentang penjagaan badan sejak kebelakangan ini mewakili Slimworld.
Testimoni Ziana tentu saja mencuri perhatian ramai kerana penampilannya yang bertambah baik terutama setelah melahirkan anak kedua.
``Saya sendiri ada idola saya. Saya selalu tengok bagaimana artis luar negara menjaga diri mereka dengan baik. Walaupun sudah berusia tetapi bergaya.
``Kini saya lakukan hal yang sama untuk peminat saya iaitu kelihatan terbaik bukan untuk saya saja,'' katanya.
Bukan itu saja Ziana turut mengesyorkan cara yang sihat untuk menjaga badan berbanding dengan pengambilan pil atau kaedah pembedahan.
Ziana sendiri setelah berjaya dalam program pelangsingan badan berusaha mengekalkan berat badan dengan senaman dan diet yang sesuai.
Di sebalik kesibukan dengan komitmen sebagai jurucakap, Ziana tetap tidak lupa dengan dua nyanyiannya.
Artis itu dalam perancangan membikin album terbarunya.
Membikin album pada masa sekarang harus teliti, kata Ziana untuk memastikan yang terbaik.
``Biarlah lambat asalkan selamat kerana saya ingin bertahan lama,'' katanya yang dalam proses mengumpul bahan untuk album terbarunya.
Sehingga kini, sudah enam lagu berjaya disiapkan yang membabitkan komposer muda terkenal seperti Ajai, Hazami dan Cat.
Dalam bidang lakonan pula, Ziana akan muncul dalam filem Pontianak Menjerit tidak lama lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasihat Ziana
Oleh Nazrullah Rosli
Source : Utusan Malaysia
Date : 25/05/2005
``SAYANGI diri anda.'' Itu pesanan penyanyi dan pelakon, Ziana Zain ketika memberikan khidmat nasihatnya sebagai duta produk pelangsingan badan, Slim World House di Lintas Square, Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.
Untuk itu, Ziana menasihati kaum wanita khususnya yang telah berkahwin agar sentiasa menjaga penampilan diri supaya golongan suami tidak cepat bosan dan lari `mencari' yang lain.
``Nasihat saya kepada wanita di luar sana tu, janganlah sampai si suami atau teman lelaki anda mencari wanita lain yang lebih cantik, menarik dan ramping hanya kerana anda malas menjaga penampilan diri,'' nasihatnya berterus terang.
Ziana yang kini mempunyai berat badan 48 kilogram berkata, wanita yang cantik dan mempunyai bentuk badan yang menarik pasti akan membahagiakan suami dan mengekalkan keutuhan rumah tangga.
``Biarlah muka tidak cantik, tetapi wanita yang mementingkan penampilan diri akan mudah disenangi oleh kaum lelaki,'' jelasnya.
Katanya lagi, sememangnya bagi wanita yang gemuk mempunyai masalah untuk menjalani proses menguruskan badan kerana tidak kuat semangat dan mudah berputus asa.
``Saya dulu selepas melahirkan anak mempunyai berat badan 73 kilogram dan itu merunsingkan saya sebagai seorang artis. Bagaimanapun, selepas mengikuti program ini selama tiga bulan bermula Januari tahun lalu, alhamdulillah, berat badan saya turun kepada normal,'' kata pelakon berusia 37 tahun dan ibu kepada dua anak berusia lima tahun dan satu tahun lapan bulan ini.
Apa pun, kata penyanyi ini, dia tidak pernah mengamalkan penggunaan sebarang bentuk pil melangsingkan badan.
Lagipun, katanya, kebanyakan pil seperti itu mempunyai risiko yang tinggi terutamanya jika tidak sesuai dengan tubuh badan.
``Saya takut memakan pil begitu selepas mengetahui ada kes menyebabkan penyakit buah pinggan dan hati akibat penggunaannya,'' ujar Ziana yang muncul dalam filem terbarunya, Pontianak Menjerit yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
Katanya lagi, selain menjalani program seumpama itu, penjagaan pemakanan juga penting.
``Kita perlu juga menjaga pemakanan. Jangan ambil terlalu banyak bahan-bahan berlemak yang mempunyai kolesterol yang tinggi, berminyak dan berkimia.
``Saya tidak mengamalkan buah-buahan yang banyak mengandungi air dan gula kerana ia boleh menggemukkan. Selain itu saya amalkan makan semangkuk nasi dan sup sayur pada sebelah malam,'' katanya sebagai duta Slim World. |
|
|
|
|
|
|
|
KOMEN MICHAEL tentang...
Source : Utusan Malaysia
Date : 28/04/205
SITI NURHALIZA
Penyanyi ini mempunyai karakter yang lembut. Kerana itu warna yang sesuai untuknya adalah yang lembut juga.Kebanyakan rekaan fesyen pakaian Siti Nurhaliza ditentukan oleh kakak iparnya, Rozie.
Dia banyak merujuk kepada majalah fesyen luar negara melalui majalah Vouge, Gap dan program MTV Music Video. Siti sendiri tidak cerewet mengenai pakaian yang disediakan.
Mula-mula mencipta pakaian untuk Siti, memang susah sikit sebab waktu itu dia masih muda. Sekarang ini saya sudah boleh reka pakaian untuknya mengikut trend masa kini tapi dengan syarat tidak seksi.
ERRA FAZIRA
Erra suka warna merah. Oleh kerana Erra seorang yang aktif, maka pakaian yang sesuai untuknya adalah berbentuk rugged, funky dan trendy.
Saya rasa puas melihat Erra mengenakan baju pengantin sewaktu di Pusat Dagangan Dunia Putra dulu.
Sesuai sangat untuknya.
ZIANA ZAIN
Untuk Ziana, warna paling sesuai adalah hijau. Sudah tujuh tahun saya membuat baju untuk Ziana. Dia jenis tidak cerewet. Bentuk badan Ziana cantik sebab itu dia sesuai memakai baju yang mengikut bentuk badan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ziana Zain - Bagaikan digantung tidak bertali
Oleh MUZLINA ABU BAKAR
Source : Utusan Malaysia
Date : 18/04/2005
ENTAH di mana silapnya, setelah tujuh tahun berehat daripada bidang lakonan dan kini diberi peranan penting dalam filem Qabil Kushri Qabil Igam, penyanyi dan pelakon Ziana Zain bagaikan digantung tidak bertali oleh penerbitnya, Sonata Filem.
Ziana yang memegang peranan sebagai Rani dalam filem itu memberitahu, beliau dan tiga lagi artis utama iaitu Hans Isaac (Kushri), Erra (Karisma) dan Yusry (Igam) kini menunggu waktu dipanggil semula untuk ke lokasi.
``Saya tidak tahu apa masalahnya. Tetapi selepas saya menjalani penggambaran dua minggu di Tanjung Karang dan Paya Jaras, saya tidak lagi dipanggil ke lokasi. Tetapi saya dah dengar pihak penerbit mengalami masalah untuk meneruskan penggambaran.
``Baru-baru ini mereka ada panggil saya untuk berbincang tetapi saya beritahu, beri saya waktu dan mungkin saya akan bertemu mereka selepas Minggu Setiausaha di Hotel Quality Shah Alam pada 20 April ini,'' kata Ziana.
Menurut Ziana, mengikut kontrak antaranya dengan syarikat berkenaan, filem itu dijangka menjalani penggambaran selama 72 hari.
``Setakat ini saya baru menjalani penggambaran antara 10-15 peratus daripada filem itu. Insya-Allah jika saya dipanggil sambung semula penggambaran, saya akan ke lokasi kalau waktunya sesuai.
``Sebagai penyanyi, saya mempunyai jadual show dan penerbit sudah pun bersetuju dengan jadual penggambaran itu. Jadi saya harap bila perbincangan diadakan, mereka akan menerima jadual saya,'' kata Ziana.
Sementara itu, Penerbit Eksekutif Sonata Filem, Hisham A. Karim ketika dihubungi menafikan penggambaran filem pertama syarikatnya itu dihentikan disebabkan masalah kewangan.
``Kami terpaksa menghentikan penggambaran buat sementara waktu kerana beberapa masalah. Tetapi apa yang ingin saya tegaskan ia bukanlah masalah kewangan. Kami mempunyai bajet yang cukup. Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar, penggambaran filem ini akan disambung semula tidak lama lagi,'' kata Hisham.
Ditanya apakah punca itu kerana Sonata membuat bayaran terlalu tinggi kepada empat pelakon utamanya, Hisham tegas menjelaskan:
``Tidak, itu bukanlah masalahnya! Memanglah jika melihat nama pelakonnya anda pun boleh tahu macam mana bayaran untuk mereka tetapi ia tidak menjejaskan bajet kami kerana semuanya sudah ada dalam perkiraan kami.'' |
|
|
|
|
|
|
| |
|