CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sitilina

MERGED: ALL ABOUT Umbilical Cord Blood-StemCell / Darah Tali Pusat

[Copy link]
 Author| Post time 18-3-2007 06:53 AM | Show all posts

Reply #20 yela's post

hehe itula. for me xmahal kalo compare to belanja benda2 lain. anyway, ada extra caj lain x selain yg 5k tu? ke ada kene monthly fee ke annual fee ke... kalo bole nk baya lump sum je pastu dah xmo commit dah r bayar bulan2 ke tahun2 ke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2007 09:24 AM | Show all posts
errkk..mahal gak RM5k .. I dengar bayar RM2500 aje ? Memang interested nak sign up, tapi I dengar kalau nak sign up kena early stage of pregnancy sebab kena inform our gynae for her to make preparations ? betul ke ? sebab I dah 7 monhts plus, nak masuk 8 bulan ? Boleh join lagi ke ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2007 08:14 PM | Show all posts

Reply #22 hijaulover's post

5k tu utk 20tahun. 2.5k tu maybe utk 10tahun je kot. tanye yela.

lagi satu, kat KOTA BHARU bole buat x? kita tgk xde plak branch kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 09:34 PM | Show all posts
kat msia kira murah tau RM5K tuh. Kat sini Dalam Rm10K untuk 20 tahun.

Ini kira investment untuk anak anak. Mana la tau kan bila diperlukan.

baru last week deliver and kitorang pun dah sign up. Tapi sebab ada complication  sket masa delivery blood yang diambil tak sufficient. jadi tak bleh nak teruskan. Tapi ingat untuk 3rd baby kalau bersalin kat msia mmg nak buat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 05:12 PM | Show all posts
Originally posted by sitilina at 18-3-2007 06:53 AM
hehe itula. for me xmahal kalo compare to belanja benda2 lain. anyway, ada extra caj lain x selain yg 5k tu? ke ada kene monthly fee ke annual fee ke... kalo bole nk baya lump sum je pastu dah xm ...


tak de charges lain dah. kira tak yah pening2 kepala dah la pas tu. the only renewable fee is the insurance coverage that is attached to the platinum plan. but if u tak mo the insurance coverage, then let it lapse the 2nd year year tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 05:18 PM | Show all posts
Originally posted by hijaulover at 19-3-2007 09:24 AM
errkk..mahal gak RM5k .. I dengar bayar RM2500 aje ? Memang interested nak sign up, tapi I dengar kalau nak sign up kena early stage of pregnancy sebab kena inform our gynae for her to make prepa ...



thanks sitilina....kita ada 3 packages..RM2500 tu is the gold package. nak murah lagi package silver RM2000. boleh lagi u nak sign up hijaulover (i pun love green!!), kita ada clinets yg tgh labour call kita kata nak sign up!! just call me kat number yg kat my signature tu. we go to you!! heheheh!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2007 05:21 PM | Show all posts
Originally posted by sitilina at 19-3-2007 08:14 PM
5k tu utk 20tahun. 2.5k tu maybe utk 10tahun je kot. tanye yela.

lagi satu, kat KOTA BHARU bole buat x? kita tgk xde plak branch kat sana.



boleh as long as beranak kat private hospital. and inform kita awal sikit so we can arrange with the doc kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 05:23 PM | Show all posts
Originally posted by lighthouse at 24-3-2007 09:34 PM
kat msia kira murah tau RM5K tuh. Kat sini Dalam Rm10K untuk 20 tahun.

Ini kira investment untuk anak anak. Mana la tau kan bila diperlukan.

baru last week deliver and kitorang pun dah sign ...



ooo...sayangnya. but it's okay lighthouse..next anak nnti. u kat singapore ke? nak simpan dgn cordlife ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2007 07:02 PM | Show all posts
menariklaa....masa preggy dulu ada baca pasal benda nie, tp i tak dpt further detail abt this benefit (and tatau nak tanyer saper? seems like tak ramai yg tahu biler i tanyer.....so i ignore jekla.)..if its damn important mesti ramai org dah sebar2kan nyer...thats my thinking laa masa tue...

ingat nanti utk 2nd baby.....nak try la...beli mekap n soping2 benda ntah haper2 pon dah byk berabes...for the sake of baby...i think 2500 tue ok sgt....

boleh kasik further details tak abt the plan???...2500 tue utk storage 10 tahun? monthly fee 250....after 10 years tue then camana??

nak merancang utk next baby......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2007 07:25 PM | Show all posts

Reply #27 yela's post

owh. ada extra caj tak kalo mcm tu? cthnya utk transport staff dia dari jauh2 ke apa..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 08:54 PM | Show all posts

Reply #28 yela's post

tak kat dubai. Yang mahal sebab store dekat UK. Copany yang storagenyer kat DUbai ader tapi lagi mahal dalam Rm12k jugak. Depa mahal sebab buat double bank. In case kalau either bank terbakar ker aper, ada la back up.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 05:22 PM | Show all posts
seawal baper bulan kehamilan yer bleh mendaftar utk pakej ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2007 04:26 PM | Show all posts
Originally posted by sitilina at 28-3-2007 07:25 PM
owh. ada extra caj tak kalo mcm tu? cthnya utk transport staff dia dari jauh2 ke apa..


no extra charge, seme dah inclusive in the enrollment fees.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2007 04:33 PM | Show all posts
Originally posted by an4zaara at 29-3-2007 05:22 PM
seawal baper bulan kehamilan yer bleh mendaftar utk pakej ni?



anytime after u've found out ur pregnant. katalah, nauzubillah, pas sign up,miscarriage ke, complication ke, doc tak sem[pat amik pasal emergency situatuion, u will be fully refunded, simple as that. kalau stem cell count too low ke (below 200 million), u can decide to terminate the contract, if u do, kita refund juga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2007 07:51 PM | Show all posts

Reply #33 yela's post

owh. thanks kak yela.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 02:54 PM | Show all posts

Darah tali pusat - ada pengalaman?

Simpanan sel tali pusat untuk penyakit masa depan


DR. SWEE KIM menunjukkan bekas berteknologi tinggi yang digunakan untuk menyimpan sel tunjang (stem) secara sejuk beku di pada suhu yang sangat sejuk, iaitu -196 darjah Celsius.


KEBIASAANNYA ibu bapa akan membuka akaun simpanan di bank atau membeli skim insurans untuk kegunaan masa depan anak mereka.

Bagaimanapun, tradisi tersebut mungkin berbeza bagi sebilangan ibu bapa yang memikirkan kehidupan anak mereka kelak.

Mereka kini menggunakan bank dalam bentuk berlainan pula sebagai cara baru demi masa depan anak-anak mereka.

Simpanan yang dimaksudkan itu adalah bank perubatan untuk menyimpan sel stem atau sel tunjang daripada tali pusat bayi dengan harapan ia mampu merawat kemungkinan sebarang penyakit-penting serius yang dialami oleh anak mereka satu hari nanti.

Darah tali pusat ialah darah yang dikumpulkan daripada tali pusat dan plasenta atau uri selepas bayi dilahirkan.

Darah ini kaya dengan sel tunjang, iaitu sel khusus tubuh, unsur darah, saraf dan sel otot.

Sel tunjang telah digunakan sebagai terapi bagi lebih daripada 70 jenis penyakit termasuklah kanser, leukemia, parkinson, alzheimer dan sebagainya.

Menerusi perkhidmatan yang disediakan oleh CellSafe International (CSI) Sdn. Bhd., ibu bapa berpeluang membeli polisi insurans yang berteknologi tinggi untuk anak-anak mereka.

Menurut Dr Gong Swee Kim dari CSI, dengan menyimpan sel tersebut, ibu bapa melakukan pelaburan demi memastikan lebih banyak pilihan perubatan.

揂ndainya bayi-bayi mereka mempunyai penyakit leukemia atau barah pada masa hadapan, anda akan mempunyai sel stem yang sedia digunakan untuk rawatan,拻 katanya.

Sel tunjang merupakan sel utama, yang mana mampu berkembang menjadi sel gantian dan para penyelidik percaya ia mampu merawat penyakit dan boleh digunakan untuk memulihkan organ-organ badan yang rosak.

Terdapat dua punca utama untuk sel tunjang iaitu sel tunjang dewasa dan embrionik.

揝el tunjang dewasa boleh diperoleh daripada janin yang gugur, darah tali pusat, sumsum tulang, darah dan otak.

揝el-sel ini kurang mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dengan sel stem embrionik. Bilangannya agak kurang dan ada kalanya sukar untuk diperoleh (contohnya daripada bahagian otak dan retina mata).

Sel stem embrionik pula diperoleh daripada embrio yang terbentuk akibat persenyawaan luar tubuh (in-vitro fertilisation) ataupun melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik).

Dalam pada itu, terdapat suatu perbahasan moral dan etika yang hangat dan berterusan tentang penggunaan embrio untuk penyelidikan.

Tambahnya, darah tali pusat merupakan punca yang agak baik untuk mendapat sel tunjang hemopoietik (HSC).

Kira-kira 100 milimeter boleh membina balik sistem hemopoietik dalam pesakit-pesakit yang kecil; biasanya kanak-kanak.

揝el ini boleh ditemui daripada tali pusat sebaik sahaja ia dipotong dalam prosedur yang memakan masa hanya lima minit serta tidak mendatangkan bahaya ke atas kedua-dua ibu dan bayi.

揝el itu kemudiannya berpotensi digunakan untuk memulihkan kerosakan pada organ atau tisu, walaupun kanak-kanak itu sudah membesar sebagai seorang dewasa, para doktor percaya tidak akan menyebabkan kesan penolakan dan ia juga dapat digunakan untuk menggunakan sel tersebut untuk merawat adik-beradik dalam keluarga tersebut,拻 ujarnya.

Siew Kim memberitahu, sel tunjang disimpan secara sejuk beku di dalam bekas berteknologi tinggi pada suhu yang sangat sejuk, iaitu -196 darjah Celsius.

揚enyimpanan sel tunjang daripada darah tali pusat dapat menyelamatkan bayi anda, dan sel tunjangnya boleh diambil kemudiannya apabila diperlukan untuk rawatan teraputik pada masa kini dan juga masa hadapan,拻 katanya.

Selain itu, saudara kandung bayi tersebut juga berkemungkinan dapat berkongsi menggunakan sel tunjang sesama sendiri.

揑ni ialah satu insurans hayat yang berkesan dari segi kos dalam menghadapi penyakit yang tidak dijangka pada seseorang kanak-kanak,拻 jelasnya.

Misalnya, sel tunjang darah tali pusat boleh digunakan untuk menggantikan sel darah yang luar biasa atau yang rosak dalam rawatan leukimia, sebagai alternatif kepada pemindahan sumsum tulang.

Tambah Swee Kim, dalam pemindahan sel tunjang, sel tunjang yang telah digunakan ini boleh dipadankan secara genetik dan dengan demikian, dapat mengelakkan risiko wujudnya penolakan semasa pemindahan.

Katanya, proses pengumpulan darah tali pusat tidak menyakitkan dan tidak juga berisiko kepada bayi ataupun ibunya kerana ia dilakukan hanya pada tali pusat setelah bayi dilahirkan.

Swee Kim berkata, aplikasi masa hadapan dalam teknologi sel tunjang mungkin berkembang positif.

揚enyelidik masih lagi menjalankan penyelidikan tentang sel tunjang bagi mendapatkan jawapan kepada pelbagai bentuk kanser, penyakit jantung, strok, diabetes, distrofi otot, penyakit parkinson dan alzheimer.

揔ini penyelidikan tentang sel tunjang semakin giat dijalankan dan telah terbukti bahawa sel tunjang boleh berkembang menjadi sel paru-paru, hati, otot, saraf, pankreas dan rawan,拻 ujarnya.

Dalam jangka masa terdekat ini, pertumbuhan organ daripada sel tunjang mungkin dapat dilakukan.

Oleh itu, teknologi sel tunjang menawarkan kemungkinan yang tiada penghujungnya dalam jagaan kesihatan.

INFO CSI

* CellSafe International (CSI) ialah pakar perkhidmatan biotek berteknologi tinggi yang menyediakan pengawetan kriogenik sel tunjang darah tali pusat yang tidak menimbulkan kontroversi bagi bayi anda yang baru lahir.

* CSI terlibat secara aktif dalam aktiviti yang mendidik bakal ibu bapa tentang kebaikan mneyimpan sel tunjng bayi baru lahir.

* CSI diuruskan oleh sepasukan tenaga profesional yang diketuai oleh doktor perubatan (pakar darah) dan Ahli Sains Penyelidikan Pasca Doktor Falsafah (Imperial College London).

* CSI dibiayai sepenuhnya oleh kumpulan pelabur tempatan dan antarabangsa dan sedang merancang untuk meluaskan aktivitinya ke nagara China dan ASEAN termasuk Indonesia dalam masa terdekat ini.

* CSI dipantau oleh sebuah panel penasihat yang terdiri daripada ahli sains dan pakar perbuatan yang terkenal di peringkat antarabangsa.

Perkhidmatan CSI

* Semua kakitangan makmalnya adalah berkelayakan dan terlatih secara profesional sebagai ahli teknologi makmal perubatan.

* Menggunakan kelengkapan dan teknologi terkini untuk memastikan bahwa kami dapat mengekalkan khidmat perbankan darah tali pusat yang berkualiti tinggi.

* Menawarkan lebih banyak pilihan produk yang hebat daripada pembekal lain termasuklah pilihan untuk menyimpan sel tunjang dalam pelbagai format.

* Dengan makmal seluas 2000 kaki persegi, CSI menyediakan bilik yang telah disahkan bersih untuk pemprosesan dan satu kawasan simpanan yang cukup lapang.

* Di Kuala Lumpur, CSI terletak di Northpoint Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur. Anda juga boleh menghubungi talian 03-22820890 atau talian pelanggan 24 jam; 1300-88-2355 atau melayari laman web CSI; www.cellsafegroup.com.

Kebaikan transplantasi darah tali pusat berbanding dengan transplantasi sumsum tulang atau transplantasi darah periferal termasuk:

* Si penderma tidak perlu memasuki hospital untuk menjalani prosedur pendermaan. Pergerakan sel stem memerlukan ubat, misalnya cyclophosphamide dan G-CSF (untuk penderma darah periferal) dan ubat bius untuk penderma sumsum tulang.

* Darah tali pusat mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyebabkan penyakit graft vs host berbanding dengan transplantasi sumsum tulang dan darah tepi.

Kutipan darah tali pusat juga disyorkan dalam situasi-situasi yang tertentu, misalnya:

* Seorang anak yang menghidap leukemia, supaya adanya bekalan sel stem sekiranya penyakitnya berulang dan dia memerlukan transplantasi.

* Seorang anak yang memerlukan transplantasi sel stem tetapi penderma yang sesuai tidak ditemui.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2007 11:16 PM | Show all posts
apouy dah sign up ngan stemcell....
skrg ni tgh dlm proses...
masa g class antenatal DEMC ari tuh...
dia punye representative ada bagi maklumat sket.......
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 09:29 AM | Show all posts
assalamualaikum .. saya nak tnye kalo stem cell tu tak bole nak simpan due to low blood count ke pape ker die pulangkan tak balik atau diorg dispose sendri?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 10:22 AM | Show all posts
i pun dah sign up for stem cell bank dengan cellsafe international.... lab diorang kat midvalley.... masa pegi mummy n me hari tu ada 3 company yg buat bisnes ni.... stemcell, cyrocord n cell safe internationa (CSI)l...

basic nye sume org buat bende yg sama.. tapi i pilih CSI coz dia boleh arrange dengan hospital kerajaan, sebab i nak deliver kat hospital serdang... lagipun dia ada option nak simpan dalam vial atau dalam beg.... so i pilih vial...lagi satu dia ada option untuk simpan stem cell tu kat dua tempat incase la lab diaorg terbakar ke ape.....

minggu depan ingat nak gi tengok lab dia.... ade sesapa nak ikut jom la....boleh sin up skali.... kalau family kite tak de history penyakit darah ni mana la tau kite boleh beramal ibadah selamat kan nyawa orang lain kan....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 10:26 AM | Show all posts

Reply #37 scania's post

rata-ratanya diaorg akan pulangkan duit kite balik.... bende tu ada dlm perjanjian kalu tak silap....  diaorang tak leh buang camtu je membazir... biasanya dia akan hantar gi donation... pun diaorg tak kan jual sebab salah , kita boleh saman diaorg..

lagipun kita bleh buat ansuran.... cash, cek n credit card....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.061221 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list