CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Cuti sekolah, apa aktiviti dgn anak? (+ tips)

[Copy link]
Post time 1-12-2006 11:10 AM | Show all posts
Main "masak-masak" dgn anak.... sama-sama buat kek. Suruh budak-budak tu kacau doh.

Tak yah canggih, buat karipap pun okay, bagi budak2 tu doh ... ikut suka diaorang nak buat shape apa pon, then masak...

Trust me... menda ni boleh makan sehari suntuk :geram:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2006 11:12 AM | Show all posts
Originally posted by yantisa at 1-12-2006 09:21 AM
Last week dah bawak anak2 gi naik kuda di tasik...
minggu ni nak gi manala pulak ya ?

Anak2 dah mengadu boring duduk rumah...
Bawa pergi National library lah baca buku..
sambil2 tu boleh la m ...


Okay ke buku-buku dia kat sana?... up to date tak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 11:27 AM | Show all posts
Originally posted by RedAlert at 1-12-2006 11:12 AM


Okay ke buku-buku dia kat sana?... up to date tak?



Kat sana ada library untuk kanak-kanak . Buku banyak dan boleh pinjam kalau ada card.

Ada sudut komputer , Tv ...pendek kata Ok la..

Akak selalu lepaskan anak - nak pegi ke library kanak-kanak dan
akak pula pegi belek buku di library dewasa. Not in the same building.
Bahagian pinjaman dewasa di bangunan sebelah ( wisma sejarah - tingkat 3)
Novelnya ada beribu untuk dipilih..
Bahan bacaan lain pun banyak...jom la joint...
Akak ni ulat buku.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 11:30 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 1-12-2006 10:55 AM



minat plak dgn posting nih.

mcm mana caranya ek?



Syd,
Mula - mula dapatkan kad ahli ...kena RM1.00 je
Lps tu tanya kaunter pertanyaaan tu kat mana
Library kanak- kanak dan bahagian pinjaman dewasa
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 01:33 PM | Show all posts
yantisa n syd

Cam seronok gak gi National Library nie.. Jom kita pakat2 pi sana. heheh
Kt ttdi ada library gak, tp nk wat kad aje rm20+ utk dewasa n rm10 kanak2.. Mahal bebenor...
Dh lama xpegi national library, cuti sekolah nie sure ramai org..
Seksyen kanak2 dekat ngan adult nye ke? Kanak2 lak ada limit umur bleh msk x?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 01:39 PM | Show all posts

Reply #25 jihah's post

Library kanak-kanak tak berapa jauh dr dewasa. Tak perasan pulak limit umurnya.
Kalau anak besar boleh le tinggal situ..kalau kecik lagi kena la kita
masuk sama...parents pun ramai kat dalam tu..

Section dewasa pun macam - macam ada.
Akak selalu gi coz rumah pun tak jauh.

kalau nak train anak minat buku moh le kita pakat2 pegi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-12-2006 02:35 PM | Show all posts
rasanya benda nih bagus sekali

nak pegi secepat yang mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 04:41 PM | Show all posts
Aku dah masuk dua minggu cuti sekolah nie lawan badminton dengan anak kalau tak hujan...........huh, dia plak yang asyik menang aku plak tak larat nak pukul suttle badminton.........ok jugak kan???? aktivity begini waktu cuti sekolah nie????........ingat nak ajak dia pergi jogging tiap Sabtu & Ahad......ta payah le gi jauh-jauh hujan.... nanti demam plak anak aku!!!!!!!!!!............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2006 05:00 PM | Show all posts

Reply #28 hasmania's post

Anak2 akak pun sibuk minta beli racquet badminton. kalau dah beli nanti kena bawa
gi tasik petang-petang.

Lusa , nasib baik ada pertandingan mewarna kat tempat akak tinggal..untuk anak2 staff.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2006 06:58 AM | Show all posts
plan with my kids untuk cuti sekolah takde la yg spesific..
weekdays dia org main cam biasa kat rumah..main game, watch tv..
weekend baru bawak dia org pegi taman permainan or sometimes stay kat hotel untuk dia org enjoy the pool there..
mid dec nanti baru fly balik kampung for 1 week...my kids bukan leh duk lama kat kampung..panas depa cakap..budak2 sekarang..:lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2006 12:48 PM | Show all posts
Sedia beg ubat

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Beg kesihatan ini sangat penting bagi memastikan kita tidak ada masalah mendapatkan ubat jika berlaku kes kecemasan

HUJUNG tahun ini ramai yang mengambil kesempatan menghabiskan cuti tahunan bersama keluarga dan anak-anak. Apabila hendak bercuti, antara barang yang dikemas paling awal ialah pakaian, produk penjagaan diri, botol susu, susu, lampin, kamera dan makanan.

Adakah senarai itu sudah lengkap? Sebenarnya masih ada satu barang penting yang tertinggal iaitu peti pertolongan cemas atau lebih mudah membawa beg kesihatan kembara kecil tetapi lengkap diisi dengan ubat asas.

Kebanyakan orang tidak pernah terfikir untuk membawa beg kesihatan kembara apabila mahu bercuti. Mungkin tidak sedar kepentingannya atau beg kesihatan kembara tidak termasuk dalam senarai barang yang mesti dibawa setiap kali bercuti.

Persediaan bercuti bukan setakat pakaian dan wang ringgit kerana aspek paling penting ialah kesihatan setiap orang yang turut serta terutama warga emas dan kanak-kanak.

Pengurus Kanan Unit Kecemasan dan Kemalangan, Pusat Perubatan Sunway, Dr Shiamala Devi, berkata setiap orang disaran menjalani pemeriksaan kesihatan asas bagi memastikan mereka benar-benar sihat untuk bercuti khususnya jika ke destinasi jauh.

Ini termasuk mendapatkan suntikan imunisasi (vaksin), mengemaskini 慴eg ubat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2006 12:49 PM | Show all posts

sambungan...

Berat badan bertambah ketika cuti

KEPELBAGAIAN makanan di negara kita memang sukar ditandingi. Sebut hendak makan apa, hampir semuanya ada. Pun begitu, walau dibanjiri beraneka jenis makanan luar, sajian tradisional tempatan masih mendapat tempat di hati kebanyakan orang.

Justeru itu tidak sah kalau tidak mencuba makanan tempatan apabila bercuti ke sesuatu tempat apatah lagi jika ramai yang memperkatakan keenakannya. Apabila bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan, makanan yang sederhana dan 'biasa' pun terasa enak.

Akibatnya ramai yang mengalami masalah pertambahan berat badan tanpa disedari. Namun tidak kurang juga yang menderita apabila mengalami masalah keracunan makanan dan cirit birit kesan makan makanan yang tidak bersih.

Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee E Siong, berkata pertambahan berat badan adalah perkara yang biasa berlaku pada kebanyakan orang apabila bercuti panjang tetapi ia boleh dielakkan dengan mengawasi setiap makanan yang masuk ke dalam mulut.

"Biasanya apabila sampai ke tempat baru kita akan mencuba sebanyak mungkin makanan tempatan. Ia perkara lumrah tetapi sebaik-baiknya biarlah bersederhana.

"Paling penting ialah mengekalkan tabiat pemakanan yang sihat. Ada baiknya kita ringan mulut bertanya bahan-bahan yang digunakan dan kaedah penyediaan sesuatu jenis hidangan itu kerana dengan cara itu kita boleh tahu sama ada ia mengandungi banyak lemak atau sebaliknya,
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 10:10 AM | Show all posts
betul la,berat anak aku bertambah masa cuti ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 10:18 AM | Show all posts
Originally posted by aura77 at 15-12-2006 10:10 AM
betul la,berat anak aku bertambah masa cuti ni.


Bukan berat anak akak je bertambah masa cuti,
berat akak pun sama naik...:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 11:25 PM | Show all posts
cuti sekolah tak bule nak janji aktiviti sangat
sebb aku ada kedai yang bukak everyday..

cuma sesekali aku akan curi masa
bawak derang gi makan n shopping
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 11:26 PM | Show all posts
Originally posted by yantisa at 15/12/2006 10:18 AM


Bukan berat anak akak je bertambah masa cuti,
berat akak pun sama naik...:geram:



yanti heheheheh betui betuiiii...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2006 12:07 AM | Show all posts
Malam Isnin lepas anak2 Kak Yan pegi tengok Teater Ali Baba di Istana Budaya..Best diorang cakap. kak Yan tak dapat ikut sebab ada anak sedara sorang nak ikut , so akak korbankan lah seat akak untuk dia. Adik akak yang bawa diorang.

Ada sesapa yang raya kat KL tak Ahad ni ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 12:11 PM | Show all posts
Kak Yan,
kalau saya tak raya di KL, saya tatau lah nak raya kat mana lagi....ni ajelah kampung yg saya ada :bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2007 03:20 PM | Show all posts
Pelbagai aktiviti musim cuti sekolah


ESOK, cuti sekolah bakal bermula. Jika anda sedang mencari aktiviti bersesuaian untuk si kecil, ada pelbagai program dianjurkan bagi memenuhi masa lapang si kecil. Antaranya, Discovery LearningLabs (M) Sdn Bhd (Discovery LearningLabs) yang menganjurkan pelbagai program menyeronokkan untuk mendedahkan kanak-kanak berumur antara empat hingga 13 tahun kepada alam sains.

Antaranya Harry Potter抯 Spells and Potions, CrimeLabs, Wacky Pranks, Slimy Slime dan Spa Science yang mampu menjana minda kanak-kanak dan remaja. Setiap program dicipta khusus supaya para peserta akan dapat belajar mengenai sains dalam suasana berlainan daripada bilik darjah di sekolah mereka.

Lebih menarik sempena musim cuti sekolah ini, setiap pelanggan Astro juga berpeluang untuk menikmati promosi istimewa iaitu satu program sains separuh hari percuma dengan pendaftaran satu program satu hari atau separuh hari dengan menggunakan baucar yang disediakan. Promosi ini tertakluk kepada terma dan syarat.

Bagi kanak-kanak yang berusia antara empat hingga enam tahun, Discovery Learning Labs menawarkan pelbagai program separuh hari yang dipanggil Little Labs pada harga RM55. Kanak-Kanak dapat mempelajari mengenai surface tension melalui Bubbling Bubbles, Water Mania, sifat polimer melalui Snow Wizards, tekanan air dan kemampatan udara melalui Fun Through Water Rockets dan juga Slimy Slime, program paling digemari kanak-kanak.

Bagi kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun, Discovery LearningLabs juga menawarkan siri JuniorLabs iaitu program belajar daripada pengalaman selama separuh hari dan sehari yang merangkumi pelbagai subjek sains menyeronokkan serta bermanfaat kepada kanak-kanak.

Program JuniorLabs itu berharga RM75 untuk program separuh hari manakala RM135 untuk program satu hari.

Bagi kanak-kanak yang kreatif boleh mengikuti siri CrimeLabs seperti Ice Cream Science dan pelajari cara membuat ais krim tanpa menggunakan peti sejuk. Super Slurper Slime Lab pula mengajar si kecil membuat lendir yang menggelikan, manakala Wacky Pranks Workshop pula akan mengajar mengenai muslihat jenaka menyeronokkan. Spells and Potions memberi peluang menjadi ahli sihir seperti Harry Potter dan juga Spa Science untuk gadis cilik mempelajari ilmu kecantikan.

Kesemua program akan diadakan di Pusat Sains Negara (National Science Centre), Pesiaran Bukit Kiara, Kuala Lumpur bermula 10 Mac hingga 17 Mac ini. Ibu bapa digalakkan untuk membuat tempahan awal dengan menelefon Discovery LearningLabs di talian 03-2094 3378 atau melayari www.discoverylearninglabs.com.my memandangkan ruang yang disediakan adalah terhad. Makanan dan minuman adalah termasuk dalam kesemua program-program yang ditawarkan.

Jika anak anda ada menunjukkan minat untuk memasak, Hotel Grand BlueWave Shah Alam menganjurkan kelas memasak pastri dan pasta bagi kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 15 tahun pada 13, 14 dan 15 Mac ini.

Kaedah pembelajaran disediakan secara kreatif dan menyeronokkan khusus untuk si kecil meluangkan masa. Pengajar adalah chef masakan Pastri dan Barat yang akan mengajar si kecil cara membuat biskut atau kek selama sejam setengah dari jam 1 petang dan pada jam 2.30 petang, mereka akan diajar cara menyediakan masakan pasta.

Kanak-kanak yang mengikuti kelas berkenaan juga akan menerima sijil penyertaan, malah dibenarkan membawa pulang hidangan yang disediakan. Kelas bermula jam 12.30 petang dan si kecil akan diberi makan tengahari sejurus mendaftar.

Bayaran penyertaan ialah RM48 setiap seorang dan untuk pendaftaran hubungi talian 03-5511 8811 sambungan 2812 atau 2814.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 07:28 AM | Show all posts
now dah cuti sekolah lagi..
this time nya cuti sekolah, takleh pi mana2 weekdays sb my hubby keje..
so, my doter nya time table, weekdays ari2 tuition dgn mummy dia, subject science and math..habis tuition, baru leh main game..sb dia dah tahun 5, kena prepare la awal2 untuk upsr dia next yer...
week-end dia mintak off..so, kasi la off...maybe bawak dia org pi tempat mana2 dia org nak la...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.272904 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list