CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: freekey

Aznil Nawawi

[Copy link]
Post time 29-5-2006 03:16 PM | Show all posts
TAK KELAS BETUL LAH RAMBUT AZNIL YG KALI NI...

MACAM APER...

PATUT TUKAR CAM DULU BALIK...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2006 06:50 PM | Show all posts
aku rasa ok jerk..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 06:53 PM | Show all posts
BTW aku suka dengar suara Farhan kelas... jauh lebih hebat dari AF rasanya macam tak sesuai dia masuk AF sebab suara dia patut masuk One in Million
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 07:24 PM | Show all posts
aku lebih suke nengok die pendek dari karatkan tah warne ape2..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 01:14 AM | Show all posts

Reply #24 Brokeback's post

farhan yg maner??...aku tak kenai sgt...yg nyanyi lagu omputeh lamer dlm prelude arituh ker??...aku suker sore sorang pompuwan yg nyanyi lagu omputeh lamer tuh....alaa yg si ajai tuh pong tepok tgn skali....perghh...klass!! siot sore dier....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2006 07:46 PM | Show all posts
Begitulah Ceritanya: 'Tak mohon simpati, cukup sekadar memahami'
Oleh Farihad Shalla Mahmud


Pernah suatu ketika mahu saja dia berundur dari mengacarakan AF gara-gara tidak tahan dengan pelbagai tekanan.





SEANDAINYA ada yang mengatakan Aznil Nawawi adalah penyelamat kepada program Akademi Fantasia, terimalah hakikat itu dengan dada yang lapang serta fikiran yang terbuka kerana kenyataan itu ada kebenarannya.

Sesungguhnya, selama empat musim, pengacara nombor satu negara itu masih terus setia menaburkan baktinya mengendalikan program realiti popular di saluran Astro Ria itu.

Masih terbayang-bayang di ruang mata bagaimana pengacara berusia 40-an itu bertungkus lumus menghidupkan setiap perjalanan konsert supaya penonton terus teruja untuk menyaksikannya. Karektornya yang boleh berubah-ubah serta kebijaksanaannya mengawal situasi dan emosi penonton membuatkan gelaran nombor satu itu memang layak untuknya.

Bukan sekadar di atas pentas, malah wajah awet mudanya itu juga dapat disaksikan setiap hari dalam Diari AF untuk melaporkan kegiatan harian pelajar terbabit. Begitulah Aznil yang dikenali, setiap tanggungjawab yang diletak di bahunya cuba digalasnya dengan baik.

Lalu tidak hairanlah andai ada yang menyatakan tanpa Aznil, apalah maknanya Akademi Fantasia. Aznil dan AF cukup sinonim sehingga tidak keterlaluan andai dikatakan setakat ini belum ada seorang pun pengacara yang layak menggantikan tempatnya itu.

Di sofa empuk milik KRU Music Group yang tersergam indah di Setiawangsa lewat petang Rabu lalu, Aznil berkongsi pengalaman serta suka dukanya kepada penulis.

?Saya belum pernah menceritakan perkara ini kepada sesiapa pun kecuali pada awak. Tapi saya perlu luahkan juga. Percaya atau tidak, ketika di pertengahan konsert mingguan, saya pernah terasa ingin menarik diri dari mengacarakan AF.

?Pada masa itu saya rasa tertekan sangat. Terlalu banyak halangan yang terpaksa saya hadapi sehingga menjejaskan kesabaran saya,? cerita Aznil membuka rahsia yang sekian lama dipendamnya. Nafasnya ditarik dalam-dalam kemudian dilepaskannya seolah-olah menggambarkan kelegaan seorang insan selepas meluahkan apa yang terbuku di hati sebelum ini.

Menurut Aznil, apa yang bakal diceritakannya ini bukan untuk membuka pekung di dada tetapi sekadar berkongsi perasaan sekali gus menerangkan kepada khalayak bahawa mengendalikan sebuah program hebat seperti AF tidaklah semudah yang disangka.

?Saya tahu setiap mereka yang hadir untuk menyaksikan AF terutama di konsert mingguan mengharapkan sesuatu yang hebat. Namun, apa yang mereka temui tidak seperti diharapkan. Apabila penonton mulai bosan atau jemu apabila dihidangkan sesuatu yang bukan dengan kehendak mereka, patutkah saya yang dipersalahkan?

?Kalau hendak diikutkan, tugas pengacara mudah saja, cakap lebih kurang, perkenalkan peserta. Itu saja. Namun itu bukan saya, AF adalah program yang dekat dengan jiwa saya. Atas inisiatif sendiri, saya berusaha menyumbang idea, menokok tambah apa yang patut supaya ia lebih berperisa. Tetapi, seperti yang saya tegaskan, semua itu perlukan sokongan pelbagai pihak. Saya tidak boleh melakukannya sendirian,? katanya.

Tambah Aznil, kalau dilihat program realiti lain, mereka menggunakan khidmat dua pengacara untuk mengendalikan program terbabit dan ini berbeza dengan AF.

?Bukan mudah mengendalikan program ini tanpa berteman. Jika berdua, perasaan itu lain sikit. Jika seorang buat kesilapan, yang seorang lagi boleh tolong cover. Tak perlu kelam kabut. Bukan saya tak boleh buat seorang, saya mampu. Kalau tidak takkan sampai empat musim bertahan. Cuma saya terkilan dengan sesetengah pihak yang suka melemparkan kritikan yang tidak berasas tanpa memikirkan kesannya.

?Hati mana yang tak terkilan andai segala usaha serta pengorbanan yang dicurahkan seolah-olah tidak dihargai. Saya tidak meminta belas kasihan apatah lagi simpati tetapi cukup andai khalayak memahami situasi yang dialaminya saat itu,? pinta Aznil penuh pengertian.

Menurut bapa kepada sepasang cahaya mata yang semakin meningkat remaja ini, dia menjadi takut dengan harapan menggunung yang diletakkan di atas bahunya setiap kali konsert atau program Diari berlangsung.

?Bayangkan, dalam satu ruang yang terbatas, saya perlu memuaskan hati semua pihak. Saya rasakan seluruh kaki dan tangan saya terikat ketika mengendalikan program ini. Tiada kebebasan sedangkan harapan mereka di luar sana amat tinggi,? kata Aznil membayangkan perasaan yang berkecamuk dalam hatinya.

Selama 16 belas tahun melayari hidup sebagai seorang pengacara, Aznil sudah cukup masak untuk menelan segala cabaran. Dikritik, dihentam dengan komen pedas serta dilingkari kontroversi berjaya mematangkan pengacara yang juga bergelar pelakon serta pengarah ini.

Namun, adat orang seni, sekebal manapun jiwa, andai perkara yang kecil diperbesar-besarkan, sedikit sebanyak terguris juga hati nuraninya.

?Contohnya baru-baru ini, ada pihak yang menyatakan saya tidak sensitif apabila menyanyikan lagu bertemakan Krismas bersama Farhan sehingga dituduh menjadi penyebab kekalahan pelajar wanita itu.

?Perkara seperti inilah yang saya katakan menjadi penyekat untuk saya berkarya. Sebetulnya, ketika menyanyikan lagu itu, saya tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti mana-mana agama. Saya cuma bergurau mengenai pakaian Farhan yang kelihatan seperti Santa Claus. Jadi apabila perkara seperti ini diperbesar-besarkan sehingga membabitkan soal agama dan kepercayaan, saya jadi kecewa,? luah Aznil lagi.

Katanya, apa yang penonton di rumah atau di auditorium lihat adalah zahirnya saja dan mereka tidak tahu apa yang berlaku di sebaliknya.

?Saya berharap sangat supaya peminat atau penonton jangan lekas menghukum andai tidak mengetahui duduk perkara yang sebenar. Saya cuma perantara yang berusaha untuk menjadikan sesebuah program itu hidup dan menghiburkan,? tegasnya.

Mengenai kemungkinan AF5 akan wujud, Aznil berkata biarlah perkara itu ditentukan sendiri oleh pihak Astro sendiri.

?Jika AF5 wujud, harapan saya moga mereka yang bakal menerbitkannya mampu melahirkan idea yang segar serta lebih kreatif seperti apa yang pernah disuarakan oleh Pengurus Kanan Program Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh sebelum ini,? ujar Aznil.

Ditanya apakah dia serik untuk mengacarakan program itu lagi, Aznil berkata perkara itu tidak timbul sama sekali kerana dia masih lagi mempunyai kontrak dengan Astro.

?Jika khidmat saya masih lagi diinginkan, saya menerimanya dengan hati yang terbuka. Biar sesukar manapun cabarannya, Insya-Allah saya akan terus tabah mengharunginya asalkan penonton di luar sana merestui perjalanan saya ini,? balas Aznil penuh yakin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2006 11:32 AM | Show all posts
kesian aznil..
x der pengacara sebagus dia..
nk harap azwan ali ker..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 07:41 PM | Show all posts
Bukan soal kedudukan
Oleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]

SEKALIPUN usianya mencecah 44 tahun pada 6 November lalu, sedikit pun tidak menggusarkan Aznil Nawawi. Bagi setengah artis mencecah usia sedemikian pastinya membuatkan mereka bimbang terutama masa depan kerjayanya.


Paling menjadi persoalan kepada diri kebanyakan teman artis mampu atau tidak populariti dimiliki Aznil dipertahankan. Apatah lagi dalam dunia hiburan tanah air, bagaikan menjadi aliran artis muda seringkali diberikan tumpuan.

Ketika menghadiri majlis ulang tahun Aznil anjuran produksi Astro Ria di Hotel Darby Park baru-baru ini, Aznil menjelaskan persoalan sama ada dia boleh bertahan atau tidak, bukan lagi menjadi agenda utama hidupnya.

揝aya sudah 17 tahun menyertai dunia penyiaran dan pelbagai pahit maung sudah saya rasai sepanjang tempoh itu. Saya pernah jatuh dan merasai kepayahan untuk naik semula. Pengalaman diperoleh banyak mematangkan saya.

揝esekali saya terfikir, Tuhan itu maha adil dan sekarang ini dipulangkan rezeki yang sebelum ini banyak halangannya.

揝ekarang bukan soal kedudukan sama ada masih menjadi nombor satu sebab saya sudah merasai segalanya. Ada wartawan bertanyakan pada saya tidakkah saya takut suatu hari nanti saya tidak lagi menjadi pilihan penonton.

揔atakan ia berlaku, seharusnya saya terima dengan tangan terbuka. Cuma harapan saya sumbangan yang saya curahkan pada industri penyiaran tanah air sepanjang tempoh 17 tahun ini tidak pernah dilupakan,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2006 10:10 PM | Show all posts
wah botak jugak dia ni ye
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 11:33 AM | Show all posts
Originally posted by sensasiii at 29-5-2006 03:06 AM





http://jenna.ampradio.net/media/shared/af06/galeri_foto/658.J ...


nampak tuoo pakcik ni...  dia pakai SK II...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2006 07:36 PM | Show all posts
Cerita Artis Kita: Aznil jadi ketua penyamun


TIADA yang menafikan populariti Aznil Nawawi. Daripada orang tua hinggalah budak-budak, ramai yang mengenali. Jadi tidak silap kalau pihak Istana Budaya (IB) mengambilnya menjadi ketua penyamun dalam teater muzikal kanak-kanak, Ali Baba yang bakal dipentaskan 19 hingga 28 Disember ini.


Nampaknya teater ini sesuai dengan Aznil yang 憆apat
Reply

Use magic Report

eyenee This user has been deleted
Post time 27-11-2006 01:58 PM | Show all posts
baru jumpa dia masa konsert gegak gemilang sabtu tu. atas stage tu, kalau dia ada memang gamat jadinya. dia memang suka sakat si mawi yang tak pandai menari tu. pecah perut ketawa dengan gelagat dorang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 07:03 AM | Show all posts
Ali Baba langkah Aznil Nawawi ke pentas teater
Oleh: WANDA IDRIS



AZHAR Abu Bakar (kiri) bersama tenaga kerja, (dari kanan)
koreografer, Haris, Norzizi Zulkifli, Zaifri dan Aznil Nawawi
bersama sebahagian pemegang watak dalam pementasan
teater muzikal kanak-kanak, Ali Baba.



AZNIL NAWAWI dengan kanak-kanak memang akrab. Dia juga pandai melayan kerenah mereka. Lihat sahaja aksinya dalam program Macam-Macam Aznil yang disiarkan di Astro Ria setiap hari Sabtu pukul 8.30 malam.

Dan kerana keakraban itu juga, pengarah pementasan teater muzikal kanak-kanak, Ali Baba, Zaifri Hussain optimis memilih pengacara popular tersebut untuk membintangi produksi terakhir Istana Budaya (IB) tahun ini.

Bakal dipentaskan di Panggung Sari bermula 19 Disember hingga 28 Disember ini, Ali Baba juga menyaksikan Aznil buat pertama kalinya beraksi di pentas teater.

揝aya memang telah lama ingin melangkah ke dunia teater dan IB merealisasikan impian itu.

揔olaborasi ini merupakan satu penghormatan buat saya malah membuka satu lebaran baru dalam kehidupan seni saya,
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 07:11 AM | Show all posts
dia tak se'friendly' maner offstage

kalau tanya naper cenggitu mesti dia jawab :'takkan nak friendly or jgn expect dia kena friendly forever. org ader mood tertentu yang tak dizahirkan. blablabla (somewhat)

tapi hakikatnyer: biasanyer dia memang suram in real life (sekali pandang)....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 07:05 PM | Show all posts
Aznil, bakat cilik beraksi dalam teater Ali Baba
Oleh Farihad Shalla Mahmud


APA saja yang dilakukan Aznil, pastinya akan dikaitkan dengan golongan kanak-kanak. Lihat saja program terbitannya sama ada telemovie ataupun program hiburan semuanya menjadikan kanak-kanak sebagai fokus utamanya.

Program Macam-Macam Aznil yang misalnya membuktikan betapa bapa kepada dua orang cahaya mata ini begitu disenangi kanak-kanak. Terkini, Aznil sekali lagi akan digandingkan dengan kanak-kanak. Bukan untuk layar kaca sebaliknya aksi Aznil akan dapat disaksikan di pentas teater.

Bakat lakonan penyampai program Carta Era ini akan dapat dilihat menerusi teater muzikal, Ali Baba, produksi terakhir Istana Budaya (IB) untuk tahun ini. Bakal dipentaskan di Panggung Sari bermula 19 Disember hingga 28 Disember ini, teater muzikal ini turut menyaksikan Aznil buat pertama kalinya beraksi di pentas teater.

揝ebelum ini saya memang teringin untuk berlakon teater dan tercari-cari teater bagaimana yang sesuai dengan diri saya. Mujurlah tawaran ini muncul dan saya memang tak sabar untuk melihat diri ini beraksi dalam sebuah teater sambil dikelilingi 80 orang kanak-kanak.

揔erjasama ini satu penghormatan buat saya, malah membuka satu lebaran baru dalam kehidupan seni saya apabila berjaya menjejakkan kaki ini ke pentas teater,
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 08:27 PM | Show all posts
aku rasa Azwan lebih vogue dan berani dr Aznil...so aku vote Azwan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2006 02:57 PM | Show all posts
i vote aznil... bestla masa kendalikan AF
azwan ni hipokrit sket
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2006 07:05 AM | Show all posts
Ali Baba di Istana Budaya


Ali Baba Bujang Lapuk. Masih ingat lagi dengan filem lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee itu? Tentunya setiap daripada kita tidak akan melupakan filem yang benar-benar mencuit hati berkisar tentang kehidupan seorang yang daif dan kemudian bertukar menjadi kaya-raya gara-gara memperoleh harta milik penyamun.

Filem-filem komedi lakonan Allahyarham P. Ramlee tentunya mampu membangkitkan rasa geli hati ke dalam diri kita.

Lakonan yang bersahaja, lawak yang datang secara natural itu ternyata meninggalkan kesan yang amat mendalam. Begitulah hebatnya seniman agung yang telah pergi meninggalkan nama itu.

Biarpun kita kehilangannya namun karya dan lakonannya Allahyarham tetapi segar di ingatan.

Atas dasar kehebatan kisah itu satu pementasan teater muzikal kanak-kanak Ali Baba di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur akan dipentaskan selama sembilan hari bermula Selasa ini.

Teater lakonan pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi itu dijangka mencuit hati penonton berdasarkan kepada watak dan jalan cerita yang diadaptasi daripada filem tersebut hasil karya dan arahan Zaifri Husin.

Teater ini mengisahkan kehidupan Ali Baba (lakonan Ahmad Zaidyansjah Rudd Yansjah) yang telah ke hutan memungut kayu untuk jualan di pasar.

Dia terserempak dengan sekumpulan penyamun yang membawa karung-karung curian untuk memasuki sebuah gua.

Ketuanya mengeluarkan kata-kata hikmat untuk membolehkan pintu gua terbuka. Ali Baba menunggu sehingga penyamun-penyamun tersebut keluar meninggalkan gua dan dia telah menghafal kata-kata hikmat tersebut dan berjaya masuk ke dalam gua berkenaan dan membawa barangan curian ini ke rumahnya.

Akibat kejayaannya memperoleh barang yang dicuri di dalam gua itu, berlaku pelbagai adegan menyebabkan penyamun-penyamun berkenaan berusaha untuk mencari siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan barang di dalam gua berkenaan.

Penampilan Aznil sebagai ketua penyamun dilihat mampu menarik perhatian ramai untuk menonton teater berkenaan.

Selain adik Ahmad Zaidyansjah, antara pelakon lain yang mengambil bahagian terdiri daripada Nabila Muhd. Mohsin (isteri Ali Baba), Ahmad Najib Badaruddin (Kassim Baba), Sakdiyah Saleh (Aloyah) dan Ati Affora Kholid (Marjina).
Reply

Use magic Report

ikankiut This user has been deleted
Post time 17-12-2006 12:35 PM | Show all posts
go go aznil
i suka bangat dengan aznil.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2006 05:44 PM | Show all posts
Aznil tidak disingkir
Oleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]

KUALA LUMPUR: 揔ami tidak pernah merancang menyingkirkan atau berhentikan khidmat Aznil Nawawi selaku pengacara rancangan Akademi Fantasia musim baru,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.066078 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list