CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: daniadearest

Bacalah Anakku Series

[Copy link]
Post time 7-6-2006 03:33 PM | Show all posts
Originally posted by Puan_Rosnita at 7-6-2006 10:27 AM


Tech. Support saya ada respond pada Rozie kan? Harap-harap takde masalah nak akses sekarang. Rodzie nak buku yang mana satu?


Puan Rosnita
AdikBijak.com



ada...tq...puan actually i nak beli buku siri cepat membaca anak ku ....tp bila baca forum they all sugest beli buku "early reading dulu....actually nak beli yg mana satu dulu yek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2006 04:19 PM | Show all posts
saya dah cuba bacalah anakku series ni..
beli dgn pn_rosnita...
anak saya dah boleh membaca ketika umurnya 5thn...
sekrg dia dah darjah satu dan lancar membaca BM&BI...

sekrg ni tengah ajar adiknya pula....
sesi mengajar 5minit je...biasalah budak lama2 kang dia boring lak
sehari 3x...
pastikan sesi mengajar tu menyeronokkan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 05:43 PM | Show all posts
Originally posted by srh_sabrina at 7-6-2006 04:19 PM
saya dah cuba bacalah anakku series ni..
beli dgn pn_rosnita...
anak saya dah boleh membaca ketika umurnya 5thn...
sekrg dia dah darjah satu dan lancar membaca BM&BI...

sekrg ni tengah aj ...

sabrina....

buku mana u beli dulu..my doter next week 3thn...
Reply

Use magic Report

Puan_Rosnita This user has been deleted
Post time 9-6-2006 08:27 AM | Show all posts
Sabrina... tq sebab beli dari saya. Bila tengok "nick" you tak dapat lak cam sapa. Al-maklum dah dua tahun lepas Baguslah sebab anak you lancar membaca sekarang. Sebab kemahiran membaca ni tersangat penting untuk anak kita berjaya dalam pelajaran. Yea lah kalau tak tau membaca mata pelajaran apa pun tak boleh nak masuk. Apatah lagi nak jawap soalan.

Rodzie,
Kalau baru nak mula... cam yang saya ada kirim dalam Buletin AdikBijak.com... elok bermula dengan ajar BI dulu. Gunakan set "Early Reading Series ReadEasy"... bila anak Rodzie dah dalam 4 tahun perkenalkan pula BM guna Bacalah Anakku.

Rodzie mesti surprise yang dia akan dapat tangkap pelajaran BM yg diajar kemudian tu lagi cepat sebab kemahiran membaca tu dia dah pickup masa belajar BI.



Puan Rosnita
AdikBijak.com
http://adikbijak.com
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2006 10:51 PM | Show all posts
Originally posted by rodzie at 7-6-2006 05:43 PM

sabrina....

buku mana u beli dulu..my doter next week 3thn...

saya beli readeasy,bacalah anakku dan al-furqan...

mcm yg pn rosnita ckp elok ajar BI dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2006 11:02 PM | Show all posts
Originally posted by Puan_Rosnita at 9-6-2006 08:27 AM
Sabrina... tq sebab beli dari saya. Bila tengok "nick" you tak dapat lak cam sapa. Al-maklum dah dua tahun lepas Baguslah sebab anak you lancar membaca sekarang. Sebab kemahiran memb ...

Saya customer pn rosnita yg kat muar...ingat tak..?
saya beli Bacalah Anakku dan Al-Furqan...
ReadEasy tu saya dah beli dgn dealer kat melaka...nak beli bacalah anakku stok dah habis pulak dgn dia...
kebetulan masuk forum melayu.com dan pn rosnita ada jual buku ni...
tu yg beli tu...

kemahiran membaca tu mmg penting....
kalau boleh mulakan dari awal..
kesannya saya dah nampak pd anak saya sekarang...
dia pun seronok...blh baca buku cerita..suratkhabar..
karaoke..pun pandai..

nak jawab soalan peperiksaan pun senang sikit sbb dia dah boleh membaca...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Puan_Rosnita This user has been deleted
Post time 14-6-2006 10:53 AM | Show all posts
Sabrina,

Alah... ingat-ingat lupa lar. You yang jadik cikgu kat Muar tu ke?

Anak saya la ni baru 6 tahun tapi sejak pandai baca ni... ligat betul dia baca. Minggu lalu kitoang singgah kedai buku... dia sekali duduk je boleh habis baca satu buku (tak le tebal dalam 20 muka jer). So tak payah beli lah... tapi saya ambil buku lain yang jauh lebih tebal dan dalamnya banyak cerita-cerita utk dia baca di rumah.

Untuk galakkan dia membaca dan faham apa yg dibaca saya ajar dia untuk simpan log dalam buku. Bila habis satu cerita dia akan tulis apa yang dia dah baca. Ada kalanya saya minta dia salin balik cerita tu dan baca semula... ni nak tingkatkan lagi kemahiran membaca dan menulis.

Nampaknya seronok betul dia baca sebab nak lihat buku lognya bertambah setiap hari (ni saya ikut cam apa Amalina buat dalam buku "Teknik Belajar Berkesan Nur Amalina". Kalau nak saya ada pasarkan buku ni gak)

Apa pun... bottom line... pastikan suasana pembelajaran tu menceriakan.


Puan Rosnita
AdikBijak.com
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 04:54 PM | Show all posts
Pn. Rosnita..

Sy ada beli album i look i see dgn Pn. last month....tq so much..
Ingat nak sambung bulan ni nak beli early reading tu...tp password tak ingat dah..sy dah reset tadi...tlg tgk ok??

Sy ada masalah dgn anak umur 6thn ni...still tak reti membaca.
Cuma kenal ABC sampai Z..dan 123 sampai 20..
Boleh tak Pn. bagi panduan mcm mana nak ajar bdk camni..
klu ajar membaca cara early reading tu nnt dia tak konfius ker...sbb kat sekolah ajar mengeja....sekali kita ajar dia menyebut BEH...BEH plak


[ Last edited by  anjer at 28-7-2006 05:01 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2006 01:17 AM | Show all posts
Originally posted by annalisha at 31-12-2005 01:28 PM
As parents kita kena tanamkan sifat minat nak belajar membaca pada anak2 kita...... apa2 method pembelajaran yang dipilih, semuanya ok, janji kita as parents sama2 duduk dgn dia belajar. after dia  ...

:setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 11:10 AM | Show all posts
berminat sungguh la dgn buku2 yg u all cakap ni...ingat lunch ni nak g mph ....nak g beli...harap2 belum terlambat lagi utk anak ilham yg 4 ngan 3 thn tu....adiknya kecik lg...semangat bebenor ni....

selalunya ilham beli buku2 yg biasa aje..yg tampal2, mengaler je....hopefully dgn cara ini..anank2 ilham lagi semangat nak explore ilmu......
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 11:48 AM | Show all posts
setuju dgn annalisha......

anjer..... I hope you'll do somthing about your child agar dia dapat membaca memandangkan dia masuk darjah 1 tahun depan...... takut dia kena left out sbb tak tau membaca.....
Reply

Use magic Report

PuanRosnita This user has been deleted
Post time 1-8-2006 12:59 PM | Show all posts
Originally posted by anjer at 28-7-2006 04:54 PM
Pn. Rosnita..

Sy ada masalah dgn anak umur 6thn ni...still tak reti membaca.
Cuma kenal ABC sampai Z..dan 123 sampai 20..
Boleh tak Pn. bagi panduan mcm mana nak ajar bdk camni..
klu ajar membaca cara early reading tu nnt dia tak konfius ker...sbb kat sekolah ajar mengeja....sekali kita ajar dia menyebut BEH...BEH plak


Emmm... kena daftar lak balik sebab lupa password :geram:

Assalamualaikum Anjer,

Oleh kerana anak Anjer dah pun kenal ABC... basically Anjer kena reprogram dia balik kalau nak guna pendekatan fonetik (Bacalah Anakku atau ReadEasy). Kalau dulu bila tunjukkan huruf "A" dia sebut nama huruf... "ey"... kini Anjer kena reprogram dia supaya bila tunjuk huruf "A" dia kena sebut bunyi huruf iaitu... "aa".

Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku ada dilengkapkan dengan Buku Panduan dan VCD bagi membantu ibu bapa seperti Anjer mengajar dengan betul dan berkesan menggunakan pendekatan fonetik ni. Setiap huruf ada ditunjukkan cara sebutan (i.e. mimik muka, letak lidah dsbnya) dan buku ni pun disusun secara berperingkat mengikut pencapaian anak-anak.

Jika kita ikut panduan yang diberikan... insyaAllah dalam kurang 4 bulan anak Anjer dah boleh membaca ayat-ayat mudah dengan sendiri. Cam saya kat rumah ada pelajar yang umurnya 6, 7 dan 8 tahun yang bermasalah membaca... alhamdulillah dalam 4 bulan dah agak lancar membaca (buku-buku, surat khabar dll)

Suka saya cadangkan guna Set Bacalah Anakku dulu. Ikut latihan yang diberikan dari buku 1 - 6 dan bila anak dah sampai peringkat ni... mula perkenalkan bahan bacaan lain juga... di samping menyambung pelajaran dalam buku 7 - 8.

Nak explain semua panjang sangat kat sini. So saya usulkan cuba dulu dan kalau ada masalah Anjer boleh hubungi saya. Info saya ada kat laman AdikBijak.com :ah:

Puan Rosnita
AdikBijak.com
Reply

Use magic Report

PuanRosnita This user has been deleted
Post time 9-8-2006 12:33 PM | Show all posts

VCD Kursus Kaedah Mengajar Bacalah Anakku

Assalamualaikum semua,

Just nak inform kalau-kalau ada sesiapa yang teringin nak belajar cara yang betul mengajar menggunakan set Bacalah Anakku dan cara-cara mengajar anak cepat membaca... tapi tak ada kesempatan nak pergi kursus... di AdikBijak.com kini ada dipasarkan VCD Kursus Kaedah Mengajar Bacalah Anakku.



Kalau berminat sila lawat AdikBijak.com di pautan berikut: AdikBijak.com

Puan Rosnita
AdikBijak.com

[ Last edited by  PuanRosnita at 27-9-2006 10:51 AM ]
Reply

Use magic Report

loislane This user has been deleted
Post time 10-8-2006 08:30 PM | Show all posts
puan rosnita, kalau hantar oversea, berapa kosnye? hehehe...
Reply

Use magic Report

PuanRosnita This user has been deleted
Post time 11-8-2006 01:06 PM | Show all posts
Originally posted by loislane at 10-8-2006 08:30 PM
puan rosnita, kalau hantar oversea, berapa kosnye? hehehe...



Oversea tu ke negara mana? Kos bergantung kepada destinasi dan berat barang... ikut kadar PosLaju ;)
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 10:57 AM | Show all posts
hai.. sumer..

byk info yg i dpt dr thread ni..
very interesting..
i dah pun g mph book store alamanda..cari set bacala anakku..
it is work.. my sons - 3 dan  4 thn  dah abis baca buku 1+2.
yg 3 thn tu cepat skit pickup sebab dia lum hafal ABC.. so senang dia terima bunyi2 a i u.
Mcm abang tu , asyik dok sebut a, b c.. sebab sebelum ni baca suku kata kaedah mengeja.. ba = ba, ju = ju..

tapi depa ni belawan2 nak baca.. hepi je tgk..
then yg tak tahan.. bab main kad.. smlm sampai kul 11 mlm..
dok main lotto n sahiba.. konsep yg di ajar dlm buku panduan..

thanks sumer..
sgt membina la kedah ni..

nt nak try readeasy..
sebelum ni ajar guna buku i can read terbitan ameen..
tapi tak reti sgt nak apply..sebab tak de buku panduan..

all the best to our sons..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


PuanRosnita This user has been deleted
Post time 27-9-2006 10:54 AM | Show all posts
Good thing about buku ReadEasy dan Bacalah Anakku terbitan ReadNetwork ni ialah ianya disertakan dengan buku panduan dan CD/VCD panduan mengajar. Jadi mudah untuk kita sebagai ibubapa nak ajar sendiri anak-anak kat rumah :love:
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 10:40 AM | Show all posts
pn. rosnita..

saya nak mintak pendapat skit, anak saya now darjah 2 ngan darjah 1...stay ngan parents saya kat kg. so hari tu balik kg mak citer anak2 saya lembap dlm B.I...next year diorang akan sekolah kat KL so saya risau sgt takut diorg x dpt nak adapt dgn suasana sekolah kat sini. Sini budak2 kecik pun dah pandai speaking...so saya cadang next year bila diorang dah sekolah sini saya nak ajar diorang B.I kat rumah tapi x tau caranya plak...
Reply

Use magic Report

PuanRosnita This user has been deleted
Post time 14-6-2007 10:57 AM | Show all posts
Originally posted by leaika at 12-6-2007 10:40 AM
pn. rosnita..

saya nak mintak pendapat skit, anak saya now darjah 2 ngan darjah 1...stay ngan parents saya kat kg. so hari tu balik kg mak citer anak2 saya lembap dlm B.I...next year diorang akan sekolah kat KL so saya risau sgt takut diorg x dpt nak adapt dgn suasana sekolah kat sini. Sini budak2 kecik pun dah pandai speaking...so saya cadang next year bila diorang dah sekolah sini saya nak ajar diorang B.I kat rumah tapi x tau caranya plak...



Dari cerita Leaika ni saya boleh andaikan yang anak-anak Leaika tidak punya masalah dalam menguasai kemahiran membaca. Cuma agak lemah dalam BI... suatu masalah yang saya dapati agak biasa dihadapi oleh kanak-kanak yang belajar di luar bandar. Tak perlulah rasanya saya komen punca-puncanya.

Apa yang suka saya usulkan di sini adalah untuk Leaika (dan/atau suami) mula berkomunikasi dengan anak-anak lebih kerap dalam BI. Perbanyakkan latihan membaca dan kefahaman dalam BI... dan galakkan anak-anak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan yang mahir BI.

Pada pendapat saya anak-anak Leaika tidak begitu bermasalah dalam BI... cuma perlukan lebih pendedahan dan praktis... suatu yang agak kurang berlaku di sekolah2 luar bandar.  

Harap maklum balas saya ini dapat membantu...

Puan Rosnita
AdikBijak.com
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2007 03:08 PM | Show all posts

Reply #38 leaika's post

boleh saya komen sket? hehe..

saya bukanla arif mcm pn rosnita kita ni.. hehe.. cuma ada la tersedar sket pasal kemahiran BI di kalangan anak2 luar bandar. saya sendiri pon dulu belajar di luar bandar. dan penguasaan BI di kg2 mmg sangat lemah. mujurla atok saya dulu ada kesedaran.. sediakan tuisyen BI utk saya.. alhamdulillah..

ok.. balik pada isu ni.. environment itu penting. jadi.. pendapat saya.. bagi org2 macam saya ni yg bukan berasal dari english medium punye famili... cakap kt umah cakap melayu... ke jawa ke.. banjar ke.. takde cakap BI nye. mak pak pon tak reti speaking ni... so pada saya agak bermasalah. sbb budaya ni mmg sangat2 mempengaruhi. so skrg bila dah keje.. ada anak.. n bergaul dengan kawan2 yg english medium ni... membuka mata jugakla..

antara cara2 awal utk didik anak dekat dengan BI...

-nursery rhymes.. dolu2 saya cuma kenal lagu  tepuk amai2... can mali can.. lagu2 tu aje la. skrg.. apa salahnye cuba kita kenalkan pulak lagu twinkle2... itcy bitcy spider... ***** cat.. macam2 lagi lagu yg tak biasa saya nyanyikan dulu. sekurang2nye skrg.. kita sendiri pon improve la jugak..

-simple instruction in english. kagum saya lihat anak2 bos saya boleh ikut arahan yg mama dia beri in english. walaupon saya jarang dengar mereka berkomunikasi 100% in english.. tapi anak2 dia faham BI.. n i assume boleh cakapla..

cartoon... tv series yg in english... galakkan anak2 tonton. n klau astro tu.. padamkan malay subtitle tu...

n lagi 1.. ni apa yg saya amalkan dulu2 masa skolah. saya suka tgk drama bersiri mandarin terbitan rancangan tv singapura sbb saya dok jb masa tu. so.. saya tak faham bahasa mandarin. tapi beriya gak nk tau jalan cerita. subtitle rancangan singapore.. surela english. so dari situ saya banyak improve vocab. tgk phua chu kang ke..  under one roof ke.. ok gak tu..

cubala praktikkan... saya pon tgh cuba ni. harap2 anak saya nnti boleh berkomunikasi ngan baik dalam bahasa inggeris

[ Last edited by  talapia at 14-6-2007 03:14 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.160553 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list