I rasa banyak jua yang akan pening kepala
mencari duit nk bayar hutang bank
starting oktober nanti
yes, we can asked them duit moratarium tu tak simpan ka?
ada yang gaji kene potong sekarang ini
yang tak tahu bila akan kembali kepada asal
ada yang dibuang kerja
ada yang tidak ada income masuk atau berkurang
sebab business slow
moratorium itulah yang menjadi sumber nak cover balik kewangan yang terjejas
bila dah mula kena bayar kembali hutang bank
mana nak cekau duit?
dah la installment semakin bertambah
tidak seperti sebelum moratorium
yang berbelanja tak ingat dunia itu yang kita nampak
yang kita tak nampak
yang sufffering nak survive hari-hari masih ramai di luar sana
agree dengan statement you.
kita rasa dah habis berjimat
tapi adakalanya dugaan tiba
terpaksa keluarkan simpanan
ada jua yang buat 2 3 kerja
untuk cari income tambahan
tapi mungkin tanggungan juga perlu lebih daripada pendapatan yang ada