CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lace

[BEST!!!]Dukun

[Copy link]
Post time 20-11-2018 09:25 AM | Show all posts
terbaik cerita tt .cara penulisan pon best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2018 10:47 AM | Show all posts
Cerita menarik, penuh detail ... teruskan... menanti update dari TT
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2018 11:38 AM | Show all posts
just asking,org yang ada susuk dan yg sewaktu dengannya,bila nazak esok2 mcm mana ya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2018 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
***sambungan***

Disaat aku tersedar semula, aku dapati suasana dalam pondok sangat aman, tenang dan seolah aku baru bangun dari tidur yg sangat lena. Kak Emi yg ada disisiku mengusap usap kepala ku. Aku minta kak emi menceritakan apa yg dah berlaku. Kak emi cuma senyum dan beritahu ku yg aku dah bebas dari cengkaman pendamping ku. Aku mcm tak puas hati dgn jawapan itu, rasanya mcm ada sesuatu yg kak emi tak nak beritahu ku.
Aku bertanya pula pada Tok Cha. Dia beritahu ku yg pendamping itu adalah belaan atau khadam suruhan kepunyaan arwah nenek ku. Cuma arwah nenek tidak menurunkan pendamping itu secara "rasmi" kepada ku, arwah nenek meninggal dunia tanpa menyerahkan pendamping itu dgn ritual yg sepatutnya. Pendamping seolah tersesat masuk kedalam diri ku dan kemudian nya cuba diperbetul kan cara oleh Bapak. Tapi, waktu tu si pendamping seolah telah merasakan yg aku ni kepunyaan dia (yg mana sepatutnya dia adalah khadam kepada ku). Makhluk sebegitu juga punya rasa dan perasaan. Patut lah sewaktu proses Tok Cha cuba pisahkan aku dan pendamping, aku rasa sangat sayu. Pendamping cuba untuk manipulasikan dan menganggu perasaan ku, mujur Tok Cha berjaya "menidurkan" aku.

Mlm ni merupakan mlm terakhir ritual ku. Menurut Tok Cha aku harus kuat kan semangat utk hadapi mlm ni. Jgn pernah ada perasaan takut.
Satu mcm je kata kata Tok Cha ni. Tak sabar pulak aku nak menunggu mlm menjelma.
Sepanjang hari tu Tok Cha banyak berkurung dalam bilik nya, yg kedengaran cuma suara dia mcm bercakap cakap dgn seseorang. Biji butir perkataan tidak jelas kedengaran.

Sebaik matahari berlabuh, upacara ritual pun bermula. Tok Cha mengeluarkan sesuatu yg berbalut dgn kain kuning lusuh dari kotak kayu yg kelihatan uzur. Direnjis renjis kan air pada balutan kain tersebut. Bila dia buka balutan kain tersebut, keluar lah sebuah patung budak kecil berwarna emas. Ukiran patung budak yg memakai persalinan Siam. Menurut Tok Cha itu adalah The Golden Boy, diperbuat dari campuran tanah liat dari kubur, serpihan batu nisan dan abu dari mayat janin bayi yg dibakar. Roh unborn baby tu seolah diperangkap didalam patung The Golden Boy tersebut. Dalam bahasa Siam nya dipanggil Kumanthong yg membawa erti golden boy.

Tok Cha minta aku berikan nama panggilan utk Golden Boy tersebut. Aku memilih Mongkut utk menamakan nya. Aku akan menjadi ibu angkat kepada Mongkut. Walaupun dia cuma patung, tapi aku harus menjaga dan melayan nya seperti kanak kanak biasa. Kena sediakan makanan, susu, minuman, gula gula dan permainan utk nya. Mongkut gemar air yg berwana merah (simbolik kepada darah). Aku juga perlu berbual bual dgn Mongkut sama seperti ibu ibu yg berbual dgn bayi mereka. Kalau aku bijak menjaga Mongkut, dia akan jadi anak yg baik, akur dan mendengar kata. Dia bakal membawa tuah dan rezeki utk ku. Tapi sekiranya aku tak menjaganya dgn baik, dia bakal jadi nakal, buas dan membawa bala pada lu.

Aku diingatkan juga yg Mongkut adalah sepeeti kanak2 yg lain, gemar bermain dan berlari. Jadi, aku kena prepare yg sesekali aku akan terdengar bunyi ghaib suara kanak2 ketawa, bunyi kanak2 berlari dan sebagai nya.
Ohhhhh mungkin ini lah bunyi suara budak ketawa yg aku dengar waktu hari pertama aku tiba dipondok ini. Sekarang terjawab sudah kemusykilan ku itu.

Ritual diteruskan dgn Tok Cha "memperkenalkan" Mongkut kepada ku. Tali yg diikat pada badan patung itu dipotong (simbolik pada membebaskan roh dlm badan patung). Sebaik tali dipotong, hujan ribut telah turun dengan dentuman guruh dan kilat. Bunyi angin yg maha kuat sungguh menakutkan. Aku terfikir, kalau lah tercabut pondok ni ditiup angin yg kuat tu.
Bacaan matera Tok Cha makin kuat seolah mengatasi bunyi deruan angin, dentuman guruh dan sabungan kilat.
Tok Cha minta aku berjanji utk menjaga dan menyayangi Mongkut seperti nyawa ku sendiri. Berikan hadiah (permainan, gula2 atau perhiasan emas) sekiranya aku rasa Mongkut membawa tuah dlm hidup ku.
Tapi jgn sesekali diberi darah (sengaja atau tidak), nescaya itu bakalan membuat Mongkut jadi liar dan kejam serta akan terus terusan mahukan darah.

Ironi nya, sebaik selesai ritual penyerahan Mongkut ke tangan ku itu, serta merta juga hujan ribut angin kencang diluar sana berhenti.
Selesai dgn ritual penyerahan Mongkut, Tok Cha memulakan ritual "membaik pulihkan" rupa paras ku. Ini lah saat yg kunanti nanti.
Berdengung rasanya bila Tok Cha mengetuk gong tembaga kecil betul2 kearah muka ku. Aku diarahkan untuk baring dan menutup mata. Jgn sesekali cuba utk curi2 buka mata kalau tak mau apa apa bala terjadi.
Ritual Tok Cha seolah olah satu nyanyian dan pada masa yg sama aku rasa seperti ada banyak jari jari yg menyentuh muka dan badan ku. Satu dari sentuhan itu ku rasa di dahi ku. Mula mula rasa mcm ditekan kuat, makin lama jadi makin sakit sehinggakan aku terjerit. Bacaan ritual Tok Cha makin kuat bila aku mula menjerit. Mujurlah kesakitan tu cuma bersifat sementara. Cuak juga kalau terpaksa menempuh azab kesakitan mcm malam pertama tu hari. Tak sanggup!

Tak la lama mana pun ritual kedua ini. Tok Cha mengarahkan aku bangun dan duduk membelakangkan nya. Kali ni aku terasa yg tengkuk ku disentuh dgn sesuatu yg keras, tajam dan sejuk. Tiba tiba terasa pedih. Oh pisau rupanya. Selapas tu terasa mcm sesuatu lembut diusap pada tempat yg pedih tu. Tok Cha kemudiannya menerangkan pada ku yg patung siam telah "ditanam" pada dahi ku dan dipangkal tengkuk ku sudah "diisi" dgn gold leaf (sejenis kepingan emas nipis).
Aku meraba dahi ku, mana tau tersembul benjol patung tu kan. Tapi nyata nya tak ada apa benjolan pun, rata dan aku rasa yg kulit ku kembali licin, dah tak berkedut menggerutu mcm dibakar. Aku tgk juga kulit dibadan ku dah cantik mulus dan cerah. Namun Tok Cha masih tak membenarkan aku menatap cermin sehinggalah terbit mentari subuh ni.
Aku pandang pada Kak Emi, dia senyum dan memberitahu yg wajah aku dah cantik semula.

Utk pertama kali nya sepanjang 3 mlm aku berada dipondok itu, aku dibenarkan tidur seperti biasa selepas selesainya ritual. Lega rasa nya. Esok boleh bangun awal dan bertolak pulang kerumah. Tengah mlm tu aku tersentak dari tidur ku bila terasa mcm ada sesuatu yg menguis guis jari kaki ku. Sapa pulak yg kacau aku tidur ni! Tapi bila aku buka mata, tak nampak pulak ada sesiapa. Kak emi dah tidur dgn nyenyak. Hmmm, aku mengigau kot. Aku pun cuba sambung tidur ku semula. Baru aku pejamkan mata ku, dengar pulak suara budak kecik ketawa dan berlari (pondok lantai kayu, bila berjalan atau berlari pasti akan berbunyi). Ahhh sudahhhh, Mongkut ni buat hal ke kacau aku tidur!
Teringat pesan Tok Cha yg aku perlu sesekali berkomunikasi dgn Mongkut, aku terus menegur: jangan buat bising, dah mlm, semua org nak tidur.
Lepas tu dah tak de gangguan bunyi lagi.

Keesokan harinya, sebaik bagun dari tidur aku terus mencari cermin utk menatap wajah ku. Wahhhhhhh, aku sgt gembira melihat imej yg kulihat didalam cermin itu. Jauh lebih elok dan berseri dari rupa paras ku yg sebelum ni. Aku berterima kasih yg tak terhingga pada Tok Cha atas segala usaha nya memulihkan aku, juga pada kak emi yg sanggup berhari hari menemani aku.
Selesai segala nya, kami bertolak pulang kerumah. Dlm perjalanan pulang aku bagaikan disuntik dgn satu semangat dan jiwa yg baru. Penuh energi dan berbunga keriangan.
"Kak, kita singgah lunch kat mana2 nak? Sambil makan boleh aku test power" kata ku pada kak emi, ye mmg tak sabar nak tengok keberkesanan aura baru ku ini.
Kami singgah disatu tempat makan yg kelihatan agak menarik dgn pelanggan yg boleh tahan ramai. Mesti sedap la masakan ni bila ramai yg dtg makan. Seperti yg ku jangka kan, byk mata mata lelaki yg memerhati kan aku. Ada juga mata mata nakal yg cuba memberi isyarat mengoda.
"Ingat, ni tempat org, kau jgn nak buat hal sgt. Jgn layan dah. Jauh lagi perjalanan kita" Kak Emi memberi amaran pada ku.
C'mon kak, aku pun tak hingin setakat mat mat warung mcm ni, aku saja nak test market. Ternyata attention at the fullest on me, itu yg aku mahu. Puas hati! Tak sia sia aku harungi segala azab kesakitan 3 mlm ni.

Waktu kami nak meninggalkan warung tu, masuk lah sekumpulan keluarga (aku agak lah, ada mcm atukk bapak emak kakak dan anak). Yg atuk tu mcm tersentak terkejut sebaik dia terpandang wajah ku. Eh kau dah kenapa pandang aku terkejut mcm nampak polong!
Waktu dlm kereta, kak emi beritahu aku yg org org yg alim (tak pasti level mana lah) akan mampu mengetahui org org yg memakai ni. Apa yg dia org nampak tak sama dgn apa yg org ramai nampak. Ertinya dia nampak yg negatif nya.
"Kalau kau tak nak masalah, kau kena jauhi org org mcm ni, dia org boleh detect yg kau pakai barang. Nasib kau tak baik, kena dgn yg powerful, kau sendiri yg menggelupur kepanasan bila berselisih dgn dia org" warning kak emi pada ku.

Hmmmm, mujur lah kawasan rumah kami majority nya expatriate dan non melayu. Seingat aku kalau ada melayu pun set set yg maha urban. Tak kot aku akan hadap or terserempak dgn yg alim alim kat area aku.
Mmg Tok Cha ada ingatkan aku agar tidak pergi kemana mana majlis keagaamaan yg ada bacaan ayat Quran dan yg sebegitu. Majlis tahlil, kematian dan yg sewaktu dgn nya harus aku elak kan.
Mujur aku dah buang family ku, maka nya terselamat lah aku dari acara acara sedemikian.

- betul ke selamat dan terselamat bila duduk di kawasan elit yg majority nya expatriate?
Kita tunggu sambungan nya lepas ni ye. Nak take a break sekejap-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2018 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
lagendahidup replied at 20-11-2018 09:25 AM
terbaik cerita tt .cara penulisan pon best

Terima kasih. Ni masih belajar2 menulis. Dengar si pencerita, take note, pas tu baru karang kan semula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2018 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
k_a_a replied at 20-11-2018 10:47 AM
Cerita menarik, penuh detail ... teruskan... menanti update dari TT

Akan dicuba utk update secepat mungkin ye. Tq.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-11-2018 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
zennaya replied at 20-11-2018 11:38 AM
just asking,org yang ada susuk dan yg sewaktu dengannya,bila nazak esok2 mcm mana ya?

Dari yg dicerita dan yg didengar, azab pengakhiran nya. Thats the price one has to pay bila bersekongkol dgn iblis syaitan jin dan yg sewaktu dgn nya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2018 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Lace replied at 20-11-2018 01:17 PM
Terima kasih. Ni masih belajar2 menulis. Dengar si pencerita, take note, pas tu baru karang kan se ...

Si pencerita sekarang dah dalam umur berapa puluhan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2018 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 20-11-2018 01:37 PM
Si pencerita sekarang dah dalam umur berapa puluhan?

Tak byk yg mampu di huraikan tentang peribadi sang pencerita demi janji kami utk menjaga aib, privacy dan keselamatan beliau.  Apa yg boleh diberitahu, beliau lahir di awal 70an (maka itu pada nota dicatatkan yg kejadian di era 80an dan 90an)
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2018 03:03 PM | Show all posts
bila baca pasal anak patung ni,
baru teringat pasal kisah anak patung yang dibela macam anak sendiri
dipanggil  Look Thep

Look Thep ini juga boleh dipilih untuk mempunyai ‘jiwa’. Jika anda mahukan ‘jiwa’ di dalam patung tidak bernyawa ini, kilang yang menciptanya akan menjemput roh kanak-kanak untuk masuk ke dalam badan anak patung tersebut.


Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2018 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
zennaya replied at 20-11-2018 11:38 AM
just asking,org yang ada susuk dan yg sewaktu dengannya,bila nazak esok2 mcm mana ya?

Pernah ada pengalaman. Arwah nenek tu ada saka. Masa my mum datang melawat memang dah nazak sangat jadi dia bagitaulah dengan saudara-mara yang lain untuk pergi melawat cepat sebab takut nanti tak sempat. Bila my aunty pula datang, siap nenek minta makan and minta onkan kipas sebab dia kepanasan. Bila panggil ustaz, benda tu nak someone terima dia dulu baru dia akan lepaskan nenek tu pergi so terpaksalah anak perempuan nenek tu cakap yes. Once dah masuk dalam badan aunty tu barulah nenek tu disahkan dah meninggal...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2018 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
***sambungan***

Setiba dirumah, aku terus memasang 16 batang colok seperti yg diminta Tok Cha, sebagai "mengalu alu kan" kedatangan Mongkut kedalam rumah ku. Ku sediakan juga sebuah altar, meja utk meletak kan Mongkut. Di atas altar tersebut diletak kan juga sebotol kecil air Mirinda merah, sekotak susu, gula gula dan kereta permainan kecil sebagai persembahan utk Mongkut. Semua itu sempat ku beli waktu singgah dike di kedai tadi dlm perjalan pulang.
Selamat datang ke rumah kita Mongkut. Mulai hari ini, rumah ni lah tempat Mongkut tinggal ye. Tu mummy dah sedia kan susu, minuman dan gula gula utk Mongkut. Kalau Mongkut baik, nanti mummy beli kan hadiah utk Mongkut ye sayang ku.

Aku ke meja telephone utk check answering machine, mesti byk message ni sebab dah berapa hari aku tinggalkan rumah kan.
Hmmm..mmg pun berlambak message yg ku terima dari model agent ku, Sandra.
"Girl, where have u been? I got big job for u. Contact me ASAP".
Selepas menghubungi Sandra, aku diminta dtg ke office nya yg terletak di tgh ibukota keesokan hari nya. Setiba di office atau agency Sandra, aku diberikan file yg terkandung tentang diskripsi tugas. Selepas meneliti job description dan membaca client's profile, aku dibawa ke sebuah hotel terkemuka utk diperkenalkan pada wakil client tersebut. Setelah wakil tersebut berpuas hati, kami dibawa ke conference room hotel yg mana alkisahnya ramai lagi model2 ada disitu utk final selection. Kalau dulu mmg aku agak low self esteem bila kena compete dgn models lain utk secure job. Sebab aku sedar yg aku masih mentah. Tapi kali ni konfiden aku sgt tinggi dan aku rasakan seolah aku tak gentar hadapi apa saingan sekali pun.
"Excellent Sandra, ini lah type yg kami cari. You're hired girl"  itu kata client pada Sandra dan aku sebaik selesai sessi screening.

Dua hari kemudian Sandra memanggil aku datang ke pejabatnya. Yes!!! The big job secured. Tugasan memerlukan aku terbang ke Singapura. Zaman tu mmg mostly job besar besar fashion related berpusat di Singapura. Secretary Sandra uruskan segala perihal penerbangan dan penginapan ku di Singapura.
"You tak perlu risau kan apa2. You'll be flying first class to Singapore and staying at Hilton's suite. Just bring your megawatt smile and good attitude. Im very sure you'll be a star" tu lah kata kata yg terpacul dari mulut Sandra, agent yg byk mengajar dlm dunia peragaan ini.
"Darling, you ada pergi alter muka ke? You look a lil' different. Makin cantik" tambah Sandra lagi sambil merenung wajah ku.
"Oiittt, where got! Im au-naturel ya" balas ku sambil tertawa. Cover jgn tak cover....

Dlm perjalan pulang ke rumah aku singgah di bank utk cash kan check deposit job yg baru aku terima sebentar tadi. Senyum lebar diwajah ku bila bank clerk menyerahkan seikat tebal duit pada ku. Singgah di Ampang Park sebentar utk belikan hadiah buat Mongkut. Dia mmg bawa luck pada aku. Bukan senang utk model melayu mcm aku dapat big job dari Singapore based company. Selalu nya dulu bila type type job sebegini masuk cuma memilih model model seperti Catherine, Kimarie, Christine, Joanne dan yg sewaktu nya saja. Waktu tu aku cuma mampu telan airliur dgr dia org terima big fat cheque sebagai bayaran. Model model picisan mcm aku ada la local local job utk catwalk time ladies luncheon wednesday kat paya serai tu or yg sewaktu. Syahdu mmg syahdu, tapi mmg market dimonopoli oleh non malay models waktu tu.

Setiba dirumah aku terus hidup kan colok wangi utk Mongkut dan seutas rantai emas ku letak kan di leher nya.
"Thank you my dear son. Lepas ni Mommy akan beri Mongkut lebih lagi kalau Mongkut terus terusan be a good boy"
Utk pengetahuan: The Golden Boy mmg suka hadiah perhiasan emas bila kita puas hati dgn "tugasan" mereka. Selain itu, bila mereka laku kan "tugasan" baik, kita boleh juga pergi bersedekah ke Thai Tempel utk para sami disana. Tak kira lah sedekah wang atau pun makanan. Setiap kali kita bersedekah ke temple, posisi The Golden Boy akan menjadi lebih power dan tinggi.

Singapura kota cosmopolitan dan tumpuan fashionista asia tenggara yg tak pernah backdated. Job aku kali ni as a big star. Yes, the leading star. Bukan lagi as side kick talent mcm dulu dulu. Kalau dulu nak make up dan bersiap kena dlm fitting room sempit bekalang stage (nasib kau tak baik, dlm kemah je ye sekiranya open stage)..he he!
Tapi kali ni aku disediakan personal entourage team yg menjaga tatarias ku. Segalanya dibuat di bilik hotel. Ertikata lain, aku rasa mcm big movie star.

Job demi job masuk ke agenda ku, sehinggakan byk yg terpaksa ku tepis demi kekangan waktu (read as: payment tak besar, jgn harap aku nak terima).

Satu hari tu aku terima undangan ke majlis harijadi kawan yg di buat dirumah nya di pinggir bandar. Lama juga aku tak bertemu rakan rakan, pasti seronok berbual dgn gelak ketawa. Ni nak ke majlis rumah org, tak perlu la bersiap sakan. Cukup sekadar blouse sutera putih, jeans dan string of pearls sebagai pelengkap. Jgn overshadow birthday girl..he he!
Setiba aku disana dah ramai tetamu yg hadir. Ramai juga kenalan lama ku ada disitu. Happy rasa nya bertemu mereka. Dalam pada aku bergembira gelak ketawa berbual tu, music di perlahan kan bagi menghormati azan Isyak yg berkumandang (agak nya ada masjid yg berdekatan). Tiba tiba aku rasa panas, hinggakan merecik2 peluh ku. Walhalnya dari tadi elok je aku tak pun rasa panas. Kawan kawan ku menyedari dan bertanya kenapa aku nampak gelisah dan berpeluh peluh. Entah lah, aku pun tak tau nak terangkan mcm mana dan apa yg aku rasa waktu tu. Aku mcm kepanasan, telinga ku berdesing, dada ku berdenyut kencang dan berdebar tanpa sebab. Aku rasa sungguh tak selesa dan terpaksa minta diri utk pulang. Aku beritahu yg aku mungkin nak kena fever attack kot.

Kemudian nya aku beritahu kak emi pasal kejadian tu.
"Kau panas dengar azan tu. Kat rumah mana ada dtg bunyi azan, so kau tak lah menggelupur. Kan dah beritahu yg kau tak boleh dengar bacaan ayat2 Quran dan yg sewaktu dgn nya"
Oh my..azan pun tak boleh rupa nya. Mmg la semenjak balik dari pondok Tok Cha, tak pernah aku terdengar azan mahupun bacaan ayat suci. Now aku dah tau lah yg mmg benda benda mcm ni harus aku jauhi.
Kat rumah ni TV memang jarang dipasamg, aku bkn jenis yg suka mengadap TV. Radio mmg jauh sekali. Itu sebab nya selama ni mmg aku tak dengar azan atau apa2 bacaan ayat sebegitu. Area rumah aku masjid pun aku tak pernah nampak, tak ada rasa nya.
Apa pun pengalaman di majlis harijadi tu agak menakut kan dan memalukan. Ye lah, tak semena mena aku menggelupur kepanasan. Harap2 tak sesiapa yg mengesyaki apa apa.

Insiden kepanasan dengar azan tu cuba ku buang jauh jauh dari kotak fikiran ku. Tak mau ia nya menganggu emosi ku. Mujur lah pun aku sibuk terbang ke Singapura selalu. Tak lah aku punya masa utk memikirkan lagi insiden tu.
Sementara tu aku terus menerus terima pelbagai tawaran job di Singapura. Kota Singa tu dah umpama rumah kedua buat ku.
Aku terfikir utk bermastautin di Singapura. Tapi sayang pula nak tinggalkan tanah air. Sedang aku leka melayan angan ku sambil menikmati coffee di lobby lounge, tiba tiba aku disapa:
"Excuse me, are u a model?"
Bila aku toleh ke arah suara tu, aku lihat seorang jejaka kulit putih yg tinggi lampai dan sungguh kacak. Dia memperkenalkan diri nya Stefan, european yg datang ke Singapura atas lawatan kerja. Alkisahnya dia memerhatikan aku sejak aku melangkah masuk ke lobby lounge ni. Dia tertarik melihat gaya dan cara ku. Itu yg me buatkan dia beranikan diri utk menyapa ku.

- sambung next chapter ye dgn kisah ni. Rehat dulu-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2018 04:04 PM | Show all posts
fairy_fairy replied at 20-11-2018 03:45 PM
Pernah ada pengalaman. Arwah nenek tu ada saka. Masa my mum datang melawat memang dah nazak sangat ...

thx share. contohnya kalau orang yang xde kaitan or pertalian darah,bole terima jugak ke?

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2018 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
zennaya replied at 20-11-2018 04:04 PM
thx share. contohnya kalau orang yang xde kaitan or pertalian darah,bole terima jugak ke?

Rasanya tak boleh. Kalau saudara pun benda tu memilih juga siapa yang dia nak jadikan tuan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2018 07:14 PM | Show all posts
fairy_fairy replied at 20-11-2018 07:06 PM
Rasanya tak boleh. Kalau saudara pun benda tu memilih juga siapa yang dia nak jadikan tuan.

kalau antara ibu mertua kepada menantu?

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2018 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Lace replied at 20-11-2018 03:56 PM
***sambungan***

Setiba dirumah, aku terus memasang 16 batang colok seperti yg diminta Tok Cha, se ...

Tak sabar den menanti sambungan..
Sekarang si pencerita memang dah bebas dari benda2 ni semua? Tt ni tak ada rasa seram sejuk ke bila cerita benda ni semula? Jin2 tu tumpang baca sekali ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2018 08:36 PM | Show all posts
Lace replied at 20-11-2018 03:56 PM
***sambungan***

Setiba dirumah, aku terus memasang 16 batang colok seperti yg diminta Tok Cha, se ...

kiranya berjaya ritual tu.seram dengar ritual 3 malam berturut turut.

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2018 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik cite u. Terus kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2018 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ow best..please sambung a
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
mane sambungannya? boleh pulak iols tersangkut baca kisah ni macam baca majalah mastika pulak. lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.092343 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list