CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: paler kembang

★APPLE; IPHONE, IPAD & IPOD - II★-DISCUSS HERE

   Close [Copy link]
Post time 14-10-2011 07:15 PM | Show all posts


iOS 5 Review: Reminders - Membantu Hidup Anda!

Walaupun hari ini terdapat banyak apps ‘to-do-list’ untuk iPhone sama ada yang ditawarkan di Apps Store atau Installous, Apple telah mengambil langkah kehadapan dengan memperkenalkan apps ‘to-do-list’ nya sendiri yang dikenali sebagai Reminders dalam pakej iOS 5.

Ianya dilihat cukup ringkas tetapi amat penting terutamanya kepada wanita yang sibuk dengan kerjaya dan pada masa yang sama perlu memikirkan tanggungjawab sebagai surirumah.

Sekiranya seseorang pengguna terfikir sesuatu perkara yang perlu diberi perhatian seperti membeli susu selepas waktu kerja, beliau hanya perlu menambah di dalam senarai Reminders dan boleh menetapkan alarm (ciri yang tiada dalam versi iOS sebelum ini) sekiranya perlu.. Satu notifikasi akan muncul di skrin untuk mengingatkan pengguna apabila tiba waktu yang telah ditetapkan .

Apa yang menjadikan Reminders unik berbanding aplikasi ‘to-do-list’ yang lain ialah ianya mampu untuk mengesan lokasi anda melalui fungsi GPS yang ada dalam aplikasi berkenaan. Untuk menggunakan fungsi GPS tersebut anda perlu menetapkan lokasi terlebih dahulu dengan menggunakan aplikasi “Maps” dan menyimpannya dalam senarai contact. Selepas itu, dengan menggunakan Reminders, pengguna perlu retrieve lokasi yang disimpan di dalam senarai contact dan seterusnya Reminders akan memaklumkan kepada pengguna  ‘to-do-list’ yang telah disenaraikan sebaik sahaja tiba di lokasi berkenaan.

Komen admin ialah, untuk membuat penetapan lokasi seperti yang tersebut di atas dilihat sungguh melecehkan dan tidak user friendly. Admin berharap pihak Apple dapat mempertimbangkan fungsi ‘drop a pin’ secara terus untuk memilih lokasi seperti yang ada di dalam aplikasi ‘Maps’ untuk updates iOS akan datang.

credit to blog: http://myiphone2u.blogspot.com/2 ... membantu-hidup.html

ps: makcik2 suri rumah yang sibuk dengan kerja kat luar tu kena ada apps ni. takdela alasan duk lupa itu ini ngan suami nanti. hahaha!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2011 07:22 PM | Show all posts
APPLE mmg hebat la..ntah2 betol rumour kata deorang dah ada teknologi fon utk 10thn ke hadapan ...
cicicumel Post at 14-10-2011 17:11



    huhu...tak terjangkau kan? mcm SIRI tu, dulu2 tgk dlm citer hollywood je. Now dah ada kt iP4S. x mustahil lagi 2-3 tahun versi bahasa melayu pun akan keluar. Amik contoh search engine google n yahoo laa. awal2 dulu mana de dalam BM.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 08:50 PM | Show all posts
Sebelum steve jobs meninggal, beliau telah menetapkan 4 tahun pelancaran produk.. Selepas 4 tahun akan datang ini, terpulanglah kepada Tim Cook utk meneruskan legasi beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2011 07:02 AM | Show all posts
aisshh ayik error je nak update ios5
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2011 08:28 AM | Show all posts
Reply 344# skarebels360

Ni mesti pakai windows kan? Off dulu anti virus sebelum upgrade
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2011 10:21 AM | Show all posts
Reply 345# bacteria82
dah off pun antivirus masih jugak mcm tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2011 10:29 AM | Show all posts
huhu..ikutkan hati mmg teringin nk upgrade ios5. tapi sayang pulak kt iOS JB ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2011 04:37 PM | Show all posts
Aku kekal iphone 4 dengan ios 4.3.3.. selesa dengan jailbreak!..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2011 09:47 PM | Show all posts
tlg aku.. nak jailbreak tp error 3194.. camne nk buat?? skrg ni iphone 4 aku dlm recovery mode. abis sume ilang...huhu.. nk ON pun xboleh.. cmne nk buat?? tlg au plz....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2011 10:38 PM | Show all posts
Aku kekal iphone 4 dengan ios 4.3.3.. selesa dengan jailbreak!..
paler kembang Post at 15-10-2011 04:37 PM



   
aku lama sket 4.3.2 pas jb sendiri berjaya terus tak berani nak upgrade


makin ramai otai2 baru muncul kat sini skrg, leh share sama2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2011 11:27 PM | Show all posts
tlg aku.. nak jailbreak tp error 3194.. camne nk buat?? skrg ni iphone 4 aku dlm recovery mode. abis ...
mamanett Post at 15-10-2011 09:47 PM

"error 3194" sangat terkenal di dunia... google saja.. kena edit file 'host'.. helah kepada apple oleh cydia. banyak petunjuk kalau ggogle..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 12:19 AM | Show all posts
lepas upgraded..ios5....
BUNTU...mcm tk nmpk apa-apa perubahan..
BETUL KE cara buat ni?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 11:37 PM | Show all posts
salam...br nk berjinak2 dgn produk apple..dh pernah la cuba2 member punya iphone4 and ipad2..dua2 best...tapi takkan nak angkut dua2 kot?? rabak ler...masih dalam dilema nak beli mana satu...pada pendapat otai2 apple, berbaloi ke rembat iphone4s atau rembat ipad jer??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2011 12:39 AM | Show all posts
salam...br nk berjinak2 dgn produk apple..dh pernah la cuba2 member punya iphone4 and ipad2..dua2 be ...
PeJaH Post at 16-10-2011 11:37 PM



   iPhone 4s sama kelajuannya dengan iPad2.
Kalau nak guna sebagai handphone atau kamera eloklah belikan iPhone saja
Kalau nak tengok internet, tulis2 dalam word dsbnya lebih baik pilih iPad saja.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 11:16 AM | Show all posts
Sudah upgrade ke ios5...
boleh jailbreak ker?
and  mcm mna..?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 06:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by NAGAmerah at 17-10-2011 18:04

Untuk iPhoners yang ingin tahu apakah dia iCloud tu..




iOS 5 Review - Apakah itu iCloud?

Apabila Apple mula-mula melancarkan iPhone (dan seterusnya iPad), perkara pertama yang perlu dilaksanakan oleh pembeli ialah menyambungkannya ke PC bagi tujuan pengaktifan serta penyegerakkan (diambil daripada perkataan ‘segerak’ dan selepas ini disebut ‘sync’ atau ‘syncing’) gajet tersebut.

Walaubagaimanapun, berdasarkan maklumbalas daripada pengguna seluruh dunia, rupa-rupanya terdapat sebahagian besar daripada pembeli, sejak daripada itu tidak pernah menyambungkan semula dan syncing iPhone mereka bagi tujuan pengemaskinian iOS mahupun melakukan backup data. Tanyalah mana-mana ibu bapa mahupun pengguna produk tersebut secara rawak tentang berapa kerap mereka sync iPhone mereka setiap kali ianya memerlukan mereka untuk berbuat demikian? Anda pasti terkejut kerana jawapan sebahagian besar daripada mereka ialah ‘TIDAK PERNAH!!!’.





Maka atas faktor tersebut Apple membuat satu langkah bijak dengan memperkenalkan iCloud di dalam pakej iOS 5 yang berfungsi untuk memastikan iPhone anda sentiasa dalam keadaan sync melalui talian internet. Berbeza dengan kaedah syncing biasa secara manual yang memerlukan pengguna membuat sambungan kabel ke PC, proses syncing melalui iCloud dilakukan secara wireless. Pada masa yang sama anda dapat berkongsi kandungan data yang sama sekiranya anda menggunakan iDevice lain. Ini kerana. iCloud secara automatik akan menyimpan kandungan data anda dengan selamat supaya ia sentiasa tersedia memberikan anda akses kepada muzik, aplikasi, gambar dll untuk digunakan di salah satu sama ada iPhone, iPad, iPod Touch, Mac mahupun PC anda. Ini dapat dilakukan dengan syarat semua iDevice tersebut menggunakan Apple ID pengguna yang sama.

Apple memilih untuk menamakan perkhidmatan ini sebagai iCloud adalah merujuk kepada terma teknologi ‘Cloud’ yang secara asasnya merupakan satu kaedah penyimpanan data di dalam remote server yang yang memberi kebolehcapaian (accessabilty and avilablity) kepada pengguna walau di mana sahaja. Atau dengan kata mudah seolah-olah data tersebut tersimpan di dalam ‘awan’ di mana untuk mendapatkannya anda hanya perlu keluar dan mencapai data tersebut (reach out and grab).

Buat masa ini, pihak Apple menyediakan perkhidmatan iCloud dengan storan percuma sebanyak 5GB kepada pengguna yang pertama kali menggunakan perkhidmatan tersebut. Sekiranya anda memerlukan ruang storan yang lebih besar, anda boleh melanggannya melalui Apple dengan yuran tahunan sebanyak USD20 (10GB), USD40 (20GB) dan USD100 (50GB).

Bagi admin iCloud adalah lebih daripada sekadar cakera keras (hard disk) di langit. Ini kerana, selain berperanan sebagai storan penyimpanan data, ianya mempunyai banyak lagi fungsi seperti iTunes in the Cloud, Find My Phone, Photo Stream, Book Progress, dan Wireless Backup yang akan dikongsi bersama pembaca dalam entry seterusnya.

credit blog : http://myiphone2u.blogspot.com/2011/10/ios-5-review-apakah-itu-icloud.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2011 07:31 PM | Show all posts
Apakah iCloud yang menyebabkan Note, Calendar/Scedule aku akan tersebar antara iPad dan iPhone aku?, tapi iPad dan iPhone aku bukan ios 5... dan tak pernah menangani iCloud pun. Latest update Lion di MAcbook aku ada minta aku guna iCloud, tapi aku belum layan lagi la...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 07:40 PM | Show all posts
Apakah iCloud yang menyebabkan Note, Calendar/Scedule aku akan tersebar antara iPad dan iPhone aku?, ...
paler kembang Post at 17-10-2011 19:31


Bang Paler, utk streaming content between iDevices semua kena pakai iOS 5. tp kalau sekadar nk grab file mcm doc or muzik tu kena log in mcm dropbox tu kot. Even kt PC yg pakai OS microsoft office. Hee! Correct mi if im wrong.. (sy x upgrde lg..heehe)
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 08:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by bacteria82 at 17-10-2011 22:40

Reply 357# paler kembang

Salah satu kegunaan iCloud.. Sorry, gambar blur, camera murah je, pakai camera Nokia E72.. Next time aku pakai camera lain..



Lagi satu kalau kita buat backup kat iCloud, kita boleh tgk semua kat iCloud.com.. Contact, iWork, mail semua kat situ..

Next time bila ada new iOS, just upgrade over the Air n amek dari backup iCloud ke bila nak new setting tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 10:16 PM | Show all posts
Reply 359# bacteria82


    kalo transfer file besar makan masa ek?

btw..ko xleh sebut 's' ek?hehe..'s' ko pelat....;)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.448739 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list