CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mummychiaz

Meh la Share Resepi Makanan Untuk Baby.

  [Copy link]
Post time 11-2-2010 04:32 PM | Show all posts
nk tumpang sekaki..

inno msk bubur nasi&ayam/ikan & sayo utk bb..
semua rebus2 jer aa..kdg2 tumiskan bwg & campur sikit olive/corn oil dlm bubur

lately bb dh ade 4 btg gg..so ..dia mcm dh boring nk mkn bubur jer..
so inno buat camni..rebus kentang & lenyek kan..campur dgn susu formula dia sikit..
bg rasa lemak2..pastu msk sekali dgn bubur tu..bg pekat sikit..
huhu..suka kemain dia mkn lps tu...

sekarang hari2 uat bubur stail mcm ni jer la...heheh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2010 04:43 PM | Show all posts
ni amik drpd pa&ma



OMELET ENAK

BAHAN-BAHAN :

1 sudu besar minyak masak
2 biji telur
5 sudu besar sayur campur
1 batang sosej dihiris nipis
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK
1. Panaskan kuali leper di atas api yang sederhana. Setelah panas, masukkan minyak
masak. Biarkan sehingga minyak betul-betul panas. Sementara itu sediakan sosej yang dihiris nipis. Kemudian, sediakan sayur campur seperti kubis bunga, putik jagung dan brokoli. Hiris nipis nipis kesemua sayur tersebut.
2. Pecahkan telur di dalam bekas lain terlebih dahulu. Kemudian campurkan sosej yang sudah dihiris terlebih dahulu. Kemudian masukkan sayur campur dan secubit garam. Kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan ke dalam kuali yang sudah panas dan biarkan sehingga bahagian bawahnya berwarna keemasan. Kecilkan sedikit api.
4. Kemudian, terbalikkan telur tadi dan biarkan selama kira-kira satu minit. Setelah kedua-duanya belahnya kekuningan, segera angkat dan masukkan ke dalam piring. Hal ini penting supaya telur anda tidak terlalu garing hingga menghilangkan khasiat di dalamnya.
5. Potong telur tadi mengikut ukuran yang anda ingini. Kemudian, susun bertingkat ke atas pinggan. Hiaskan mengikut kreativiti anda.
6. Hidangkan dengan sos tomato atau pun mayonis. Anak anda pasti menggemari rasanya dan teksturnya yang pelbagai. Walau pun hidangan ini mudah disediakan namun, ia merupakan hidangan yang lengkap. Sertakan sekali secawan susu untuk si kecil.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 04:45 PM | Show all posts
pa&ma lagik




PASTA AYAM CHUNKY

BAHAN-BAHAN :

125 gm pasta (direbus dan diketepikan)
Mentega secukupnya
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dicincang halus)
200 gm isi ayam (dipotong kecil)
100 gm krim
cawan susu segar
30 gm cendawan butang (dihiris nipis)
Garam secukupnya

CARA MEMASAK
1. Rebus pasta sehingga lembut. Tapis dan ketepikan sementara anda menyediakan sosayam chunky.
2. Basuh isi ayam tanpa tulang. Kemudian potong kecil-kecil. Atau anda oleh beli isi ayam hancur yang terdapat di pasaraya. Di samping itu, bawang putih dan bawang besar hendaklah dikupas dan dibersihkan sebelum dicincang halus. Gunakan pisau pemotong daging untuk memudahkan kerja-kerja mencincang.
3. Panaskan kuali dengan api sederhana. Cairkan mentega dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
4. Masukkan isi ayam dan kacau hingga sebati. Pastikan isi ayam masak (jika ia masih merah bererti ayam itu belum masak).
5. Sewaktu menanti ayam masak, anda bolehlah menyediakan cendawan butang. Hiris cendawan itu nipis-nipis.
6. Setelah isi ayam empuk, masukkan susu segar, krim dan cendawan butang secara bergilir-gilir. Kacau rata. Pastikan api tidak terlalu besar.
7. Masak sehingga pekat. Kemudian, barulah dimasukkan garam secukup rasa. Garam tidak boleh dimasukkan terlalu awal kerana sos mungkin akan termasin setelah ia semakin pekat.
8. Hidangkan bersama pasta. Anda boleh menaburkan sedikit keju parut atau serbuk jika mahu. Hiaskan dengan daun pudina.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 04:47 PM | Show all posts
nak tumpang sekaki gak...
rayyan pun dh mkn solid food...
weekend mesti masak bubur kt dia tp dia xnak...
dia suka nestum plain rice tu je...
bg dia mkn nestum yg campur ngan epal pun dia xnak...
kalau carrot+keledek mmg dia cukup suka...
nurse ckp blh bg dh dia mkn bubur+ayam...
rayyan dh 6++...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 04:49 PM | Show all posts
pa&ma lagik




PASTA AYAM CHUNKY

BAHAN-BAHAN :

125 gm pasta (direbus dan diketepikan)
Mentega secukupnya
2 ulas bawang pu ...
mamahusna Post at 11-2-2010 16:45


mamahusna...sedapnya...ni bkn aisyah yg makan, ni mummy yg makan...hehehehe...leh try ni, tp weekend la...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 04:52 PM | Show all posts
ni ada lagi resepi...

biskut teether bayi

Bahan-bahan:

1 cawan jus
1 cawan tepung
1 cawan bijirin segera bayi





Penyediaan:

Campurkan semua bahan
Gelekkan dan potong mengikut bentuk yang sesuai.
Bakar 20-30 minit pada suhu 350°F (175°C).
Bolehdibekukan.

happy testing...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2010 04:53 PM | Show all posts
mamahusna...sedapnya...ni bkn aisyah yg makan, ni mummy yg makan...hehehehe...leh try ni, tp weekend la...
mummywiffy Post at 11-2-2010 16:49


itu la kan...leh jadi makanan sekeluarga
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 04:55 PM | Show all posts
Dalca bayi

10 bulan keatas. Dal bagus sebab banyak protin.. daging byk iron dan kurang alergi. Sayur sumber serat dan pelbagai khasiat lain. Seimbang untuk makanan bayi.

Bahan-bahan:

1 genggam dal rendam semalaman
1 ulas kecik bawang putih
sedikit halia
1 genggam daging/ayam/bilis - cincang halus
lobak merah dadu kecik
1 biji ubi kentang dadu kecik
kacang pis
3 cawan air





Penyediaan:

masuk semua dalam periuk (kecuali kacang pis)
didihkan dengan api kecik sampai kacang dal lembut dan hancur, tambah air jika perlu
masukkan kacang pis
kacau2 lagi sampai kacang pis masak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2010 05:01 PM | Show all posts
P/S:    NI RESEPI UTK YG DA LEH MKN PEJAL YER....

Nasi butter+rosemary dgn ikan salmon/dory bakar
nasi putih
butter
garam
daun rosemary cincang kecik
=sume digaul lepas nasik panas siap masak..naty bau la aromanye..huih terguda!

ikan bakar
Ikan gaul dgn garam n olive oil n daun rosemary n sdkt garam
the bakar smpi rasa2 dh siap

nak tmbh carrot steam org broccoli steam gaul ngan butter pn sedap!

pastu letak je ikan tu atas nasi butter pns tu and sayuran tu kat sblhnye...
amboiii sedapnye..mak2 pn silap mkn skali hehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 05:04 PM | Show all posts
bubur peas+nasik+olive oil & garlic

Rebus beras 2sudu sampai kembang

Masukkan peas 3 sudu. bila peas dah empuk. matikan api..

Dlm frying pam. 1sudu olive oil tumis 2ulas bwg

Bila naik wangi, masuk dlm rebusan td

Blend--
high in protein, carbo, good fat & antibacterial dr garlic.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 05:12 PM | Show all posts
nak tumpang sekaki gak...
rayyan pun dh mkn solid food...
weekend mesti masak bubur kt dia tp dia xnak...
dia suka nestum plain rice tu je...
bg dia mkn nestum yg campur ngan epal pun dia xnak...
...
mamapea Post at 11-2-2010 16:47


mamapea, cuba try resepi2 kt cni...aisyah pn cam da x suka bubur n sup...tu yg jenuh dok mencari resepi nie...sama2 yer kita bg info n help each other...mummy ni young mother, so mmg kena byk belajar...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 05:25 PM | Show all posts
ni 1 resepi lagi mummy dapat....sesuai utk 1 tahun ke atas..sambung esok lak..nak balik dah...

Pancakes susu

1cawan tepung gandum
1cawan minyak jagung/minyak masak biasa
1cawan susu segar
1 sudu besar baking powder
1sudu besar gula
1biji telur (siap dipukul)
secubit garam
Pisang/buahan lain (dipotong kecik)

caranya:
1- Satukan semua bahan & mix sehingga sebati.
2- Panaskan pan non-stik atau griskan sikit minyak pada kuali dengan api yg perlahan
3- Sendukkan bancuhan & curah di atas pan. Tunggu sehingga masak & balikkan.
4- Hidangkan dgn hirisan pisang atau buahan lain. Letak diatas pancakes.
Boleh jugak di makan bersama madu,ebm atau syrup.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 08:32 AM | Show all posts
baru google makanan yg nk masak mlm ni for my aisyah...so rs mlm ni nk wt makaroni la...  

makaroni goreng berkrim...
makaroni/ pasta- rebus dgn sket minyak and toskan..
tumis bwg kecil n bwng  ...
mummywiffy Post at 11-2-2010 12:07


hai...gud morning...just nk update...last nite mummy wat pasta goreng berkrim nie...mummy pkai yg spiral tu...cuma, mummy tmbh air sket, so that krim tu x la terlalu pekat...takut gak if klu terlalu pekat, nnt aisyah mual...feed back dr aisyah--->habis semangkuk dibantai makan...ok la...seronok tgk anak makan...mlm ni x sure lg nk masak apa utk dia; tp rasanya bkn yg heavy kot sbb ptg ni nk balik kg...kan cuti CNY...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 09:35 AM | Show all posts
resepi bubur kurma

rebus beras smpai kembang
rendam kurma ngan air panas,buang bijik,kulit
pastu masukkan skali
rebus lama sket..agak2 dah masak,tutup api
bila dah sejuk,blend halus
siap!!

my little iman sgt suka bubur ni mase dia kecik
fefiling cam mkn nestum beras merah kot..hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 09:50 AM | Show all posts
ni mummy dapat time google2 last nite...resepi ni utk nk tmbh berat badan baby kita...

Baked Apple:

Pra panas oven 350F
Cuci dan buangkan bahagian tengah apple.
Potong apple dan masukkan dalam aluminium foil.. tutup rapat2..
Masak dalam masa 30-45 minit..
Pastu biarkan seketika bila dah masak..baru cabut kulit dia..
then mash bagi hancur..baru bagi baby makan.. Guna buah pear pun okay.

happy testing...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 09:56 AM | Show all posts
baby fairyland menu..

Bahan-bahan ( 1 Orang )

2 sudu besar beras.
1 biji kentang sederhana besar dipotong kecil
1 pokok sawi dipotong kecil
1/2 batang lobak merah dipotong kecil
Sedikit kiub ayam tanpa msg
Sedikit garam
Sedikit bawang goreng yang digoreng dgn sedikit minyak zaitun
Sedikit santan
Sedikit isi ayam yang dicincang
Sedikit daging yang dicincang
500 ml air
Sedikit daun sup dan daun bawang

Cara-cara

Basuh beras dan masukkan air. Masak beras di atas api yang kecil.
Bila mendidih masukkan kentang, lobak merah, kiub ayam, garam, ayam dan daging
Biarkan di atas api sehingga biji beras pecah,masukan air jika terlalu pekat.
Masukkan santan dan kacau.Biarkan seketika.Masukkan sawi, Daun sup dan daun bawang.Biarkan seketika sehingga daun daun tadi layu.
Bila sudah pekat boleh lah dipadamkan api.Biarkan sejuk sebelum dikisar.Masukkan bawang goreng untuk dikisar bersama.Kisar hingga halus untuk diberikan kepada bayi ada.

happy testing....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2010 09:58 AM | Show all posts
resepi ni leh buat time pg or petang...

sweet cornflake.

Bahan-bahan ( ramai )

cornflakes
gula
air
pewarna kuning, merah

Cara-cara

larutkan gula bersama sedikit air dan tunggu sehingga larutan menjadi pekat.
masukkan pewarna dan kacau hingga sekata.
bila air gula dah agak pekat, tuang cornflakes sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan supaya tak hancur. Pastikan kacau sekata pada semua cornflakes.
Kacau sehingga salutan gula pada cornflakes kering (sekejap je tak sampai 2 minit)
siap dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara.

selamat mencuba..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 10:04 AM | Show all posts
yg nih resepi utk stok simpanan punya..

bubur beras organik

beras organik
tofu
ikan karei x da tulang
lobak/bayam

rendam beras organik dulu utk smlaman (konon2 nak kasi lg sedap).. pastu masak cam masak nasi biasa dalam periuk nasi..tofu masuk last2 nasi nak masak..dah masak, kasi blender pastu letak dalam bekas2 kecik. simpan dalam reitoko (tempat beku)..bile nak mkn kuarkan dan panaskan guna microwave..

setel..nyum2...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 03:50 PM | Show all posts
me xbrape nk phm ler..bb bru nk msk 5bln..6bln t dlm kepala dh mcm2 resepi nk cuba ni..
tp time mkn tuh cane ekkk..bila ms..pg?tghari..brapa kali sehari..share sket bleh..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 03:56 PM | Show all posts
me xbrape nk phm ler..bb bru nk msk 5bln..6bln t dlm kepala dh mcm2 resepi nk cuba ni..
tp time mkn tuh cane ekkk..bila ms..pg?tghari..brapa kali sehari..share sket bleh..
tinie_purple Post at 12-2-2010 15:50



Credit to : portal myhealth.gov.my



Jadual Panduan Pemakanan Mengikut Umur
Umur
Kemahiran
Jenis Makanan
Jumlah & Kekerapan
6 Bulan
Mula menerima makanan pepejal
Makanan lembut
       
  • Bubur nasi dikisar
       
  • Bijirin untuk bayi (jenis beras)
       
  • Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek atau dikisar.

       
  • 2 -3 sudu besar untuk setiap hidangan. (Waktu makan)
       
  • 2 kali dalam sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
7- 8 Bulan
Mula belajar mengunyah
Makanan lembut       
  • Bubur nasi
       
  • Bijiran untuk bayi
       
  • Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek.
       
  • Isi ikan, daging dan ayam yang telah dimasak dan lecek.
       
  • Makanan yang mengandungi susu.          
    -        Keju, puding susu, krim keju
       
  • Telur masak. Cuba dengan jumlah yang sedikit dahulu.
       
  • Janganberi putih telur sehingga mencapai umur 12 bulan kepada bayi sekiranyaterdapat sejarah keluarga yang mempunyai masalah alahan atau bayimempunyai ekzema.

       
  • Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 2/3 cawan (cawan saiz 250,l) dan kemudian ke ¾ cawan pada setiap hidangan
       
  • 3 kali sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
9-11 Bulan
Makan sendiri
Makanan yang dipegang sendiri (dicincang) atau lembut.
       
  • Nasi
       
  • Bijiran bayi
       
  • Sayur yang dimasak, dan dipotong kecil.
       
  • Buah
       
  • Ikan, daging dan ayam
       
  • Susu dan hasil tenusu
    keju, puding susu, krim keju.
       
  • Telur, melainkan sekiranya ada alahan
       
  • Kekacang yang dimasak lembut
    - kacang panggang dan tauhu

       
  • Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 3/4 atau ke 1 cawan pada setiap hidangan.
       
  • 3hidangan makan utama (sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam) dan1 snek antara waktu makan utama, diselangi dengan penyusuan ibu yangkerap.
1-2 Tahun
Makan sendiri
Makanan keluarga yang diubahsuai
       
  • Pelbagai jenis makanan keluarga yang sihat seperti : campuran nasi dengan ikan atau ayam dan sayur.
       
  • Daging cincang
       
  • Makanan yang kurangkan berempah.
       
  • Makanan segar (tidak diproses)
       
  • Kurangkan garam, gula dan lemak.
       
  • Teruskan penyusuan susu ibu.

       
  • 3 hidangan makan utama setiap hari (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
  • 2 snek antara waktu hidangan makan utama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.543053 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list