|
Post Last Edit by Mulan at 5-7-2011 23:22
OK so pada yg nak tau cara kira points, dan tak faham apsal Djokovic dpt no. 1.
Sistem ranking ni, dorang amik kira points dari hari ni ke belakang selama setahun (52 weeks). Bila minggu demi minggu berlalu, minggu yg belakang2 sekali dlm tempoh setahun tu, dorang tolak.
Nadal byk points dari tahun lepas sebab dia menang semua clay Master's 1000 tournaments, pastu menang French Open, Wimbledon dan US Open gak. Masa US Open Series pun dia ada dpt points gak sikit2.
So 2011 ni mmg seksa la nak defend points dia. Dia kena achieve benda yg sama macam tahun lepas utk MAINTAIN points sahaja. untuk TAMBAH points, dia kena maintain DAN menang lagi tournaments lain2. Tak ke seksa gitu?
Djoker plak tahun 2010 takde menang apa2 GS, Master's I tak sure, adalah seketul dua kot. Tetiba tahun 2011 ni, Djoker menang Aus Open, pastu 4 Master's dia menang. 2 Master's terakhir dia menang dgn kalahkan Nadal (Madrid & Rome) so kat sini Djoker makin rapat mengejar Nadal.
So 2011 ni Djoker sudah gain berlambak2 points. Cth, masa Aus Open 2010, Djoker sampai QF (contoh), so points dia (cth je, I tak hafal berapa yg sebenar) katalah 700 points. Bila menang AO11, Djoker drop 700 pts dari 2010, pastu tambah 2000 pts dari 2011, nett dia tambah points 1300 lah. Cth kalau awal tahun 2011, Djoker ada 6000 points.. so total lepas menang AO11 dia ada 7300. Begitulah seterusnya bila Djoker menang dan menang... points bykkkk dpt.
Nadal plak, awal tahun 2011 tak menyerlah. Takde tambah points. Pastu tiba clay season, dia kalah 2 Master's pada Djoker, so dia drop 1000 pts dari 2010, dpt maybe dalam 700 pts tahun ni. Nett, dia hilang pts ialah 300 points. Kali dgn 2 Master's, dah 600 points hilang.
Bila French Open, Djoker masih tambah points, sbb 2010 Djoker tak sampai SF pun rasanya. Pastu Nadal tak tambah points sbb dia drop 2000 (thn 2010) dan gain 2000 (thn 2011).
Kat Wimbledon 2011 ni, sama gak, Djoker dah sampai final (assume dia menang dpt 2000 pts.) Dlm 2010 dulu, Djoker sampai mana ek? QF? Cth QF la. So drop (cth) 700 dari 2010 dan gain 2000 pts dari 2011 ni. Points sebelum Wimbledon 2011, Djoker ada 12005 kan. So kiraannya 12005-700+2000=13305.
Nadal pulak, b4 Wimbledon ada 12070... so, assuming dia kalah mlm ni, kiraannya 12070-2000+1200=11270. KALAU Nadal menang pun, points dia 12070-2000+2000=12070... tak berubah.
KALAU Djoker kalah, kiraan tadi tukar sket 12005-700+1200=12505... so mmg Djoker no.1 lah selepas Wimbledon 2011.
Nanti US Open sama gak, Nadal kena defend points lagi. Ni mmg I risaulah dari last year. Happy masa Nadal menang, tapi tahun ni, siaplah.
Tapi peminat Nadal jgn sedey2... 2012 kita tgk cemana Djoker defend points pulak... tercirit ke tak
Federer dulu, mmg menang manjang, so dia tak hilang points dan maintain no.1 bertahun2. Skrg taktau lah points dia cemana. Rasanya maintain sbb dia takde slam skrg. Kat FO & Wimb ni tambah points sikit rasanya.
Pastu tgk dulu US Open, WTF nanti cemana.
Kalau tak faham mana2, blh tanya chewah... poyo jer |
|