|
eloklah putus tunang sekarang, dari berkahwin dgn lelaki yg tidak bertanggungjawab dan yg lupa asal usul dirinya....... |
|
|
|
|
|
|
|
mawi je yg tertekan, habis tu ina tu tak tertekan ker ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 MsAnonymous's post
Banyak tul thread psl MAWI putus tunang ... |
|
|
|
|
|
|
|
alahai ina....sian aku tgk ko ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
itu lah
nak merge kejap lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mata_bulat at 2-7-2006 09:04 AM
Bieze
kalau keluarga ko meninggal disebabkan tuhan nak kasi cash dekat ko ke.........mana2 keluarga lain yg meninggal sebab nak kasih cash juga ke?
org tgh cite mawi...bukan pasai forumner...
alahai peminat mawi |
|
|
|
|
|
|
|
biasanya ini kata mawi bila di tanya...
NO KOMEN! |
|
|
|
|
|
|
|
apakejadahnya artis sekarang...(tak semua)
faham2lah!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #327 mfs_la's post
mawi kata no komen ke?
dah baca paper ke blom
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by MsAnonymous at 2-7-2006 09:56 AM
mawi kata no komen ke?
dah baca paper ke blom
kalo dier kata "no komen" biasalah artis.. |
|
|
|
|
|
|
|
itu lah
dah baca paper ke blom?
dia ada komen
;) |
|
|
|
|
|
|
|
aku rase lah, IMO, mawi putuskan pun coz ina suka jaja cite kat press. x ckp kata putus pun, ina dah jaja kat press. kalau aku jd mawi pun aku tension. pasangan sendiri suke bercerita pasal benda privacy kat org. nak kate press ni suke paksa2 ke, nape mak et leh maintain senyap jer pasal wedding. kalau nak simpan, seribu daya. kalau tanak, ha kuar lah kar press tu trang tang tang... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by laterdayz at 2-7-2006 11:29 AM
aku rase lah, IMO, mawi putuskan pun coz ina suka jaja cite kat press. x ckp kata putus pun, ina dah jaja kat press. kalau aku jd mawi pun aku tension. pasangan sendiri suke bercerita pasal benda p ...
Well said laterdayz.
GAM kata "balasan Tuhan cash" - ya betulllllllllll, Ina dapat balasan cash gak kan? |
|
|
|
|
|
|
|
sama2 di bayar cash hahaha......aku confuss dah putus tunang ke belum lagi ni??? yang dok kepoh2 sangat ni dah ke belum putus ni?? semua org dah masuk campur ni termasuk adun, bapak ina semua kuar akbar lepa ni saper lagi nak kuar dalam paper lak ni...........saper yang ada peluang kuar akbar kuarlah cepat sementara stok masih ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Tindakan Mawi belakangi adat?
Oleh Zalifah Mohd Yatim
KOTA TINGGI: Keluarga Nor Diana Mohd Naim, 22, menganggap tindakan juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, 25, memutuskan tali pertunangan melalui telefon sebagai biadab.
Bapa Nor Diana atau dikenali sebagai Ina, Mohd Naim Samijan, 51, berkata, beliau sedih dengan nasib anaknya itu tetapi pada masa sama lega kerana cerita mengenai hubungan Ina dengan Mawi yang menjadi buah mulut orang ramai akhirnya sudah terjawab.
?ami kini hanya menunggu rombongan daripada keluarga Mawi untuk memutuskan pertunangan mengikut adat. Kita orang Melayu masih kuat adat ketimuran, apatah lagi majlis merisik dan pertunangan dijalankan dengan cara elok.
?amai jiran dan saudara datang menjadi saksi dan sepatutnya jika mahu diputuskan, mestilah dengan cara yang baik juga. Pintu rumah kami sentiasa terbuka untuk menerima kehadiran mereka.
?indakan Mawi ini tidak gentleman. Dia sepatutnya memutuskan pertunangan dengan Ina secara mengikut adat dengan menghantar rombongan memutuskan tali pertunangan,? katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Beliau berkata, pihaknya reda menerima apa juga keputusan kerana mereka hanya merancang kebahagiaan anak perempuan sulung tetapi semua keputusan di tangan Allah.
?awi sudah memilih untuk bersama keluarganya. Itu keputusannya dan sebagai bapa sudah tentu saya juga mahukan perkahwinan anak saya direstui dan diterima semua pihak,? katanya.
Mohd Naim berkata, beliau juga bimbang berlaku perkara tidak elok jika Ina dan Mawi disatukan kerana perkahwinan mereka tidak mendapat restu keluarga.
?na kini masih di Kuala Lumpur bersama ibu saudaranya. Kami di kampung hanya mengetahui berita berkenaan selepas dimaklumkan rakan sekampung ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja hari ini (semalam),? katanya.
Difahamkan Ina menghubungi ibunya, Noraini Mansor, 46, kira-kira jam 7 pagi, semalam mengenai perkara itu supaya ibu tidak terkejut jika terdengar berita berkenaan.
Mengikut perancangan Mawi dan Ina sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada musim cuti sekolah Jun lalu selepas bertunang kira-kira setahun setengah.
?steri saya terlantar sakit selama seminggu pada Jun lalu kerana terlalu memikirkan mengenai perkara ini dan tertekan apabila ramai yang bertanya mengenai perkembangan perkahwinan anak mereka,? katanya.
Ketika ditanya sama ada beliau akan menerima Mawi semula sebagai menantunya, Mohd Naim berkata, hati mereka sekeluarga sudah tawar dan kini lebih memikirkan bagaimana untuk memulihkan perasaan anak perempuannya yang dikecewakan itu.
?na masih muda dan insya-Allah dia akan bertemu jodohnya, tetapi untuk menerima semula Mawi, susah. Kami tidak mahu menjilat semula ludah yang sudah dilemparkan kepada kami,? katanya.
Sementara itu, wakil akhbar ini turut ke rumah bapa Mawi, Ani Ahmad, 65, dan kakaknya di Felda Taib Andak, Kulai, untuk mendapatkan komen tetapi gagal kerana mereka tiada di rumah.
http://www.bharian.com.my/m/BHar ... 0701231124/Article/ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by halimijuliana at 2-7-2006 08:36 AM
Dua kisah besar buat MAWI dlm satu masa ... Moga MAWI tabah ...
takziah buat MAwi tapi Ina yg kena tabah ... |
|
|
|
|
|
|
|
Maestro bukan jadi dalang: Fernandez
Oleh Srihanasham Noordin, Farihad Shalla Mahmud dan Muzdalifah Mohd Mustapha
KUALA LUMPUR: Pengurusan Mawi, Maestro Talent & Management (Maestro) menafikan mereka menjadi dalang yang meracuni fikiran penyanyi, Asmawi Aini atau Mawi sehingga dia berhasrat memutuskan pertunangannya dengan Nor Diana Mohd Naim atau Ina.
Pada masa sama, keputusan Mawi yang membayangkan mahu melepaskan ikatan pertunangan dengan Ina, mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan peminatnya.
Ketua Pegawai Operasi Maestro, Freddie Fernandez, ketika dihubungi semalam berkata, mereka tiada kena mengena dengan keputusan Mawi dan segala keputusan adalah kehendak beliau sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa.
?aya difahamkan pertunangan itu akan putus tetapi bukan kerana kami. Sebaliknya kerana tidak mendapat restu keluarga. Jadi saya harap selepas ini Maestro tidak akan dipersalahkan dengan mengatakan kami menjadi punca perpisahan dua pasangan itu,? kata Freddie.
Ditanya apakah beliau ada mendengar perbualan Mawi dan tunangnya mengenai hal putus tunang itu memandangkan kejadian itu berlaku di pejabatnya, Fernandez menafikan dia berada di sisi Mawi ketika panggilan itu dibuat.
?aya akui Mawi menggunakan telefon bimbit saya untuk menghubungi Nor Diana. Selepas memberikan telefon kepada Mawi, saya pun beredar dari bilik itu dan membiarkan Mawi menyelesaikan sendiri perkara itu dengan Ina,? katanya.
Sambil mengakui Juara Akademi Fantasia 3 itu kelihatan terganggu selepas menghubungi Nor Diana, Fernandez berharap semua pihak menghormati keputusan Mawi dan memberinya ruang untuk menenangkan fikiran.
Mengenai populariti Mawi bakal terjejas gara-gara kontroversi itu, Fernandez menyerahkannya kepada peminat Mawi untuk menilai.
?tu keputusan Mawi sendiri. Baik atau buruk, kita harus terima. Kita jangan terlalu cepat menghukum Mawi kerana kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku antara mereka berdua. Sebagai peminat kita doakan yang terbaik untuk Mawi. Mungkin satu hari nanti kalau ada jodoh mereka kembali bersama, siapa tahu? katanya.
Semalam Berita Harian melaporkan Mawi membayangkan mahu memutuskan pertunangan dengan gadis pilihannya, Nor Diana Mohd Naim. Mawi memberi bayangan itu ketika menghubungi Ina, kira-kira jam 7 malam kelmarin.
Desas-desus Mawi ingin memutuskan pertunangan dengan Ina sudah bertiup kencang di kampung kelahirannya Felda Taib Andak, Kulai, Johor sejak beberapa minggu lalu, bagaimanapun perkara ini dinafikan sendiri Mawi serta ahli keluarganya yang lain.
Sementara itu, Kelab peminat Mawi (Mawi FC) berjanji terus menyokong kerjaya seni Mawi walau apa juga status pertunangannya.
Presiden Mawi FC, Rozita Shahadan, berkata masalah antara Mawi dan Ina bukan urusan kelab sebaliknya hal peribadi penyanyi itu.
Di JOHOR BAHRU, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Ali Hassan, menasihatkan Mawi bersabar dan tidak membuat keputusan melulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Anak_Nogori at 2-7-2006 03:54 PM
Maestro bukan jadi dalang: Fernandez
Oleh Srihanasham Noordin, Farihad Shalla Mahmud dan Muzdalifah Mohd Mustapha
KUALA LUMPUR: Pengurusan Mawi, Maestro Talent & Management (Maestro) men ...
yer betul .. aku setuju ... Maestro bukan dalang ... semua yg berlaku akibat faktor sekeliling .... dulu masa zaman kutu berahak, mana ada pilihan , dpt ina tu kira dah bersyukur sgt ler tu ... skrg nih keadaan dah berubah ... kena lah cari pompuan yg pandai pakai jeans cawat pendek dgn baju singkat ... baru world ... lagi pon kat M'sia nih bersepah pompuan elayu yg sanggup menggantikannya....
Al Fatihah, semoga roh arwah pakcik Ani ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh .. aminnn |
|
|
|
|
|
|
|
Kita dengar plak penjelasan dari mawi sendiri.
Mawi letih, tertekan
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN, SHAKILAWATI ABDUL RAHMAN, ZALIFAH MOHD YATIM dan MARY VICTORIA DASS
KUALA LUMPUR: Sejak bergelar selebriti, Asmawi Ani atau Mawi tidak pernah menyelar tunangnya, Nordiana Mohd Naim, tetapi semalam, penyanyi yang dikatakan mempunyai aura tersendiri itu mempersoalkan tindakan Nordiana mendedahkan ?al peribadi? mereka kepada media.
Menurut Mawi, dia kesal dan sedih kerana Nordiana atau Ina memperbesarkan pertengkaran mereka di telefon kelmarin sehingga timbul dakwaan dia memutuskan pertunangannya.
Katanya, dia mengakui berlaku sedikit pertengkaran ketika mereka berhubung menerusi telefon kelmarin, tetapi dia tidak pernah menyebut mahu memutuskan pertunangan.
?emang kami bertengkar, tetapi pertengkaran itu berlaku selepas Ina terlalu mendesak saya kerana asyik bertanyakan soalan mengenai hubungan kami dan menyuruh saya membuat keputusan.
?kibat desakan itu, saya katakan kepadanya saya tak boleh buat keputusan kerana abah (Ani Ahmad) masih sakit, tetapi jika dalam sehari dua atau seminggu dua ini kakak (saya) datang berjumpa keluarganya, terima saja keputusan dibuat. Itu saja,? katanya kepada Metro Ahad.
Mawi berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya mahu bertengkar dengan Ina, tetapi pertengkaran itu berlaku kerana dia dalam keadaan letih dan tertekan.
?pa diceritakan Ina kepada wartawan kebanyakannya tidak benar. Niat saya menghubunginya semata-mata mahu membalas panggilannya selepas dia menghubungi Freddie (Fernandez), menyuruh supaya saya menghubunginya.
?etika itu, pada jam 5.30 hingga 7 petang saya dalam persediaan untuk membuat persembahan (Majlis Makan Malam Persatuan Wartawan Wanita Malaysia) di Hotel JW Marriot, manakala sebelum itu pada jam 3 hingga 5 petang saya di RTM. Saya menelefonnya (Ina) dan apabila dia asyik mendesak, dalam keadaan letih dan tertekan memikirkan keadaan abah yang kritikal di IJN (Institut Jantung Negara) saya tidak dapat mengawal perasaan, maka berlaku pertengkaran,? katanya.
Dalam pada itu, menurut Mawi, keluarga Ina ketika melawat bapanya di IJN bulan lalu pernah bertanyakan soal hubungannya dengan Ina, tetapi dia tidak dapat memberi keputusan.
?aya katakan kepada mereka (keluarga Ina) seelok-eloknya biarlah sebarang keputusan dibuat selepas abah sembuh sepenuhnya. Ketika itu Freddie dan Aman Ali (Ketua Pengurus Artis Maestro Talent & Management Sdn Bhd) ada bersama saya,? katanya.
Sementara itu, Presiden Kelab MawiFC, Rozita Shahadan, berkata kisah Mawi yang dikatakan memutuskan pertunangan dengan Ina mampu menghakis kepercayaan peminat, sekali gus menggugat popularitinya.
?ecara automatik, apabila keluar kisah begitu (Mawi putuskan pertunangan dengan Ina), sama ada ada banyak atau sedikit, pasti ada peminatnya yang tidak berpuas hati.
?agaimanapun, saya bagi pihak MawiFC tetap menyokongnya dan menganggap apa yang dilakukan itu, adalah hal peribadinya. Di MawiFC kami hanya menumpukan kepada kariernya, bukan hal peribadinya,? katanya yang turut terkena tempias kisah berkenaan apabila menerima sehingga 200 khidmat pesanan ringkas (SMS) bertanyakan mengenai hal Mawi, semalam.
Menurut Rozita, MawiFC akan membuktikan populariti Mawi tidak terjejas dengan memberi undian dan sokongan menerusi beberapa anugerah membabitkan Mawi dalam jangka masa terdekat ini.
Dalam pada itu, Rozita berkata, ruangan komen peminat di laman web MawiFC tidak akan ditutup meskipun berlaku ?erang mulut? di kalangan peminat.
Katanya, pihaknya tidak akan mengikut jejak langkah ruangan mesej di laman web sitizone.com (laman web rasmi Siti Nurhaliza) yang menutup ruangan mesej berkenaan berikutan terlalu banyak mesej ?enghentam? Siti.
?ebagai langkah berjaga-jaga, ?oderator? (pengendali) laman web MawiFC akan membuang komen berbentuk ?enghentam? supaya tidak berlaku pertengkaran dan perselisihan faham sesama peminat,? katanya.
Opps..lupa plak nak letak link.
http://www.hmetro.com.my/Current ... Article/indexm_html
[ Last edited by Anak_Nogori at 2-7-2006 04:11 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Anak_Nogori at 2-7-2006 04:10 PM
Kita dengar plak penjelasan dari mawi sendiri.
Mawi letih, tertekan
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN, SHAKILAWATI ABDUL RAHMAN, ZALIFAH MOHD YATIM dan MARY VICTORIA DASS
KUALA LUMPUR: Sejak berg ...
dlm kata mudah ... mawi dah tak bernafsu lagi ngan si ina .. so utk apa diteruskan pertunangan tu lagi ... nak kata Bz sampai berbulan tak call, aku rasa wayne rooney Man United tu lagi bz tapi masa dia dah sampai Jerman kemudian terpaksa balik ke Manchester utk scan , sempat gak dia singgah jumpa tunang dia sblm ambik flight balik utk ke Jerman semula ... contoh tu bukan apa .. kalau nak serbu daya .. otherwise . ina sendiri kena faham lah ..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|