|
(Thread Macam2 Ada) Stock Kaki Menempel - All About Gaya,Penampilan Busuk/Wangi
[Copy link]
|
|
natasha tu cucu kpd Tan Sri Harris Salleh, CM sabah dl. Ayah natasha kawen ngan puteri sultan pahang.
elaun 200k++ tu dr trust fund if i x silap baca.
|
|
|
|
|
|
|
|
Meh kita shared YDP Agong Malaysia..ni bukan mata pelajaran Sejarah ye..
Sekadar perkongsian bersama..
Yang di-Pertuan Agong Pertama
Seri Paduka Baginda Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku MuhammadD.M.N., S.M.N. (24 Ogos 1895 – 1 April 1960) merupakan Yang di-Pertuan AgongMalaysia yang pertama mulai 31 Ogos 1957 sehinggalah kemangkatannya pada 1April 1960. Baginda mewarisi takhta berikutan kemangkatan ayahandanya PadukaSri Tuanku Muhammad Shah ibni Almarhum Tuanku Antah untuk menjadi Yangdi-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada tahun tahun 1933.
Raja Permaisuri Agong Pertama
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tunku Kurshiah binti Almarhum Tuanku BesarBurhanuddin (16 Mei 1911 – 2 Februari 1999) merupakan Raja Permaisuri AgongMalaysia yang pertama mulai 31 Ogos 1957 sehinggalah kemangktan Tuanku AbdulRahman pada 1 April 1960.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Yang di-Pertuan Agong Ke-2
Seri Paduka Baginda Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum SultanAlaeddin Sulaiman Shah D.M.N., D.K. (Brunei) (13 Mei 1898 – 1 September 1960)merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kedua mulai 14 April 1960 hinggakemangkatan baginda pada 1 September 1960. Baginda mewarisi takhta setelahkemangkatan ayahandanya Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni AlmarhumRaja Muda Musa untuk menjadi Sultan Selangor pada tahun 1938.
Raja Permaisuri Agong Ke-2
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Ampuan Jema’ah binti Almarhum Raja Ahmad(1900 – 8 April 1973) merupakan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yangkedua mulai 14 April 1960 sehingga kemangkatan Sultan Hisamuddin Alam Shah pada1 September 1960.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Yang di-Pertuan Agong Ke-3
Seri Paduka Baginda Almarhum Tuanku Syed Putra Alhaj ibni Almarhum Syed HassanJamalullail D.K., S.S.P.J., S.P.M.P., D.K.M., D.M.N., S.M.N., D.K. (Brunei),D.K. (Selangor), S.P.D.K. (Sabah), D.K. (Kelantan), D.P. (Sarawak), D.K.(Kedah), D.K. (Pahang), D.K. (Johor), D.K. (Negeri Sembilan), D.P.S.S.(Sarawak), D.K. (Perak), D.K. (Terengganu), D.K.M.B. (Brunei) ( 25 November1920 – 16 April 2000) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketigamulai 21 September 1960 hinggalah 20 September 1965. Baginda mewarisi takhtauntuk menjadi Raja Perlis pada tahun 1945.
Raja Permaisuri Agong Ke-3
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Budriah binti Almarhum Tengku IsmailD.K., S.S.P.J., D.M.N., S.M.N., S.P.M.K. (28 Mac 1924 – 28 November 2008) merupakanRaja Permaisuri Agong yang ketiga mulai 21 September 1960 hingga 20 September1965.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Oh thanks for the info.. Tp Tunku Intan tu anak kandung Sultan Halim ke? and Tunku Soraya tu anak saudara yang diambik jadi anak angkat ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang di-Pertuan Agong Ke-4
Seri Paduka Baginda Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum SultanZainal Abidin III D.K., D.K.M., D.M.N., S.P.M.T., D.K. (Kelantan), D.K.(Selangor), D.K. (Perak), D.K. (Pahang) (24 Januari 1907 – 20 September 1979)merupakan Yang di-Pertuan Agong keempat mulai 21 September 1965 hingga 20September 1970. Baginda mewarisi takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1945hinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1979.
Raja Permaisuri Agong Ke-4
Seri Paduka Baginda Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia RajaD.K., D.M.N., S.S.M.T., S.P.M.T., (lahir 13 April 1928) merupakan RajaPermaisuri Agong yang keempat mulai 21 September 1965 hinggga 20 September1970.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kan? Tp sbb orang zaman skrg x suka rambut macam ni kalau rambut naturally mcm ni mesti dorang akan straightkan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang di-Pertuan Agong Ke-5
Seri Paduka Baginda Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj AbdulHalim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah D.K., D.K.H., D.K.M.,D.M.N., D.U.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis),D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.P.(Sarawak), D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S. (lahir 28 November 1927)merupakan Yang di-Pertuan Agong Kelima dari 21 September 1970 higga 20September 1975. Baginda mewarisi takhta kerajaan negeri Kedah pada tahan 1958,setelah kemangkatan ayahandanya Sultan Badlishah ibni al-Marhum Sultan AbdulHamid Halim Shah.
Raja Permaisuri Agong Ke-5
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tuanku Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku AbdulRahman D.K., D.K.H., D.M.N, D.K. (Johor), D.K. (Negeri Sembilan), S.P.M.K. (24Ogos 1930 – 26 Ogos 2003) merupakan Raja Permaisuri Agong yang kelima daripada21 September 1970 hingga 20 September 1975.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Yang di-Pertuan Agong Ke-6
Seri Paduka Baginda Almarhum Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan IbrahimD.K.M., D.K., D.M.N., S.M.N., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.S.K., D.K. (Selangor),D.K. (Terengganu), D.K. (Kedah), D.K. (Brunei), D.K. (Pahang), D.K. (Perlis),D.P. (Sarawak) (10 Disember 1917 – 29 Mac 1979) merupakan Yang di-Petuan Agongkeenam dari 21 September1975 hingga 29 Mac 1979. Baginda mewarisi takhtakerajaan negeri Kelantan dari tahun 1960 hingglah kemangkatannya.
Raja Permaisuri Agong Ke-6
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Zainab binti Almarhum Tengku MohamedPetra D.K., S.P.M.K. (7 Ogos 1917 – 10 Januari 1993) merupakan Raja PermaisuriAgong keenam daripada 21 September 1975 hingga 29 Mac 1979.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Yang di-Pertuan Agong Ke-7
Seri Paduka Baginda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni AlmarhumSultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’adzam Shah D.K.P., D.K., D.K.M., S.S.A.P.,S.I.M.P., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Johor), D.K. (Kelantan), D.K.(Terengganu), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), D.K.M.B., D.K. (Brunei), D.K. (NegeriSembilan), D.K. (Selangor), QILADAH BADR AL-Kubra (Arab Saudi), QILADAHAL-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait), Grand Order of the Mugunghwa (KoreaSelatan), HON. D. Litt (Malaya). LLD. HC (Northrop USA) (Lahir 24 Oktober 1930)merupakan Yang di-Pertuan Agong ketujuh dari tanggal 29 Mac 1979 hingga 25April 1984. Baginda mewarisi takhta kerajaaan negeri Pahang pada tahun 1974setelah kemangkatan ayahanda baginda Almarhum Sultan Abu Bakar RiayatuddinAl-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah.
Raja Permaisuri Agong Ke-7
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Hajah Afzan binti Almarhum TengkuMuhammad D.M.N., D.K., S.S.A.P., S.I.M.P. (4 Disember 1933 – 29 Jun 1988)merupakan Raja Permaisuri Agong yang ketujuh mulai 26 April 1979 hinggalah 25April 1984.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Yang di-Pertuan Agong Ke-8
Seri Paduka Baginda Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Alhaj ibni Almarhum SultanIsmail al-Khalidi D.K. merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapanmulai 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Baginda mewarisi takhta ayahandanyaSultan Ismail Ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi Sultan Johor ke-24 berikutankemangkatan ayahandanya pada tahun 1981. Baginda dilahirkan pada 8 April 1932dan mangkat pada 22 Januari 2010. Tempoh pemerintahan baginda sebagai SultanJohor adalah dari 11 Mei 1981 – 22 Januari 2010.
Raja Permaisuri Agong Ke-8
Seri Paduka Baginda Sultanah Zanariah binti Almarhum Tengku Panglima Raja AhmadD.K. berasal dari keluarga diraja Kelantan. Baginda merupakan puteri kepadaYang Amat Mulia (YAM) Tengku Panglima Raja Kelantan Tengku Long Ahmad bin YangTeramat Mulia (YTM) Tengku Temenggong Long Abdul Ghaffar Ibni DYMM SultanMuhammad II (Long Senik Mulut Merah). Tengku Panglima Raja berperanan sebagaipenabal Al Sultan Kelantan. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong yangkelapan (26 April 1984 – 25 April 1989).
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Yang di-Pertuan Agong Ke-9
Seri Paduka Baginda Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan YussufIzzuddin Shah Ghafaru’llahulahu D.K., D.K.M., D.M.N., D.K. (Kelantan), D.K.(Terangganu), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Selangor), D.K. (Kedah),D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Pahang), S.S.M., P.M.N.,P.S.M., S.P.C.M., S.P.T.S., S.P.M.P., S.I.M.P. ialah Yang di-Pertuan AgongMalaysia yang kesembilan. Baginda merupakan sultan dari negeri Perak DarulRidzuan. Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysiadari 26 April 1989 – 25 April 1994. Baginda adalah anakanda Sultan YussufIzzuddin Shah yang dilahirkan pada 1928 di Batu Gajah, Perak.
Raja Permaisuri Agong Ke-9
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun binti Mohamad AliD.K., D.M.N. dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1932. Baginda ialah RajaPermaisuri Agong yang kesembilan berikutan perlantikan Sultan Azlan MuhibbuddinShah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Gahafaru’llahulahu sebagai Yangdi-Pertuan Agong Malaysia dan merupakan rakyat jelata yang pertama dilantiksebagai Raja Permaisuri Agong.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
haha ngeri sangat ke cucu2 S.Pahang? I thought banyak suka anak2 Julia Rais tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang di-Pertuan Agong Ke-10
Seri Paduka Baginda Almarhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul RahamD.K., D.K.M., D.M.N., D.K.M.B., (Brunei), D.K. (Kelantan), D.K. (Kedah), D.K.(Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Pahang), D.K. (Terengganu), D.K.(Perak), (19 Julai 1922 – 27 Disember 2008) merupakan Yang di-Pertuan AgongMalaysia yang kesepuluh. Baginda telah diputerakan pada 19 Julai 1922 di Klang,Selangor. Baginda merupakan putera kedua bagi Yang di-Pertuan Agong yangpertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad.
Raja Permaisuri Agong Ke-10
Seri Paduka Baginda Tuanku Najihah binti Tuanku Besar Burhanuddin D.K., D.M.N.,D.K. (Kedah), S.P.T.J., S.P.M.K. dilahirkan pada 11 September 1924, merupakanRaja Permaisuri Agong yang ke-10 ( 26 April 1994 – 25 April 1999). Bagindamemperolehi pendidikan formal di Sekolah Tuanku Muhammad di Kuala Pilah dan diLondon School of Oriental Studies.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Yang di-Pertuan Agong Ke-11
Seri Paduka Baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni AlmarhumSultan Sir Hisamuddin Alam Shah D.K., D.K.M., D.M.N., S.P.M.S., S.S.S.A.,D.K.M.B., (Brunei), D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perlis), D.K.(Johor), D.K. (Kedah), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Perak), D.K. (Pahang),S.P.D.K. (Sabah), D.P. (Sarawak), D.U.M.N (Melaka), P.J.K., The Most AuspiciousOrder Of The Rajamitrabhorn (Thailand), Al-Khalifah Medal Decoration(Baharain), Order Of Boyaca Grand Collar (Columbia), Hon. D. Litt (UPM), Hon.Fellowship Royal College Of Surgeons In Ireland, Hon. D. Sociology (UniveristyThammasat, Thailand), putera kepada Sultan Hisamuddin Alam Shah dan TengkuAmpuan Jema’ah merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-11 (26 April1999 – 21 November 2001). Baginda ialah panglima tertinggi Angkatan TenteraMalaysia (ATM) dan telah mejadi Sultan Selangor selama 41 tahun (1960 – 2001)
Raja Permaisuri Agong Ke-11
Seri Paduka Baginda Tuanku Siti Aishah D.K. (Selangor), D.A. (Sarawak), telahdilahirkan pada 18 November 1971 merupakan Raja Permaisuri Agong yang kesebelasselaras dengan perlantikan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah IbniAl-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah sebagai Yang di-Pertuan AgongMalaysia kesebelas.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Yang di-Pertuan Agong ke-12
Seri Paduka Baginda Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed PutraJamalullail D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (NegeriSembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K.M.B (Brunei), D.K. (Selangor),D.K. (Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav(Crotia), Grand Collier De L’Independence (Grand Medal of the Independence) –Cambodia, Grand Croix De L’Order (Royal Sash) – Cambodia, Cavaliere Di GranCroce Decorate Di Gran Cordone (Italy), Decoration of Omayad – The FinestDecoration (Syria) (diputerakan 17 Mei 1943) ialah Raja Perlis sekarang.Baginda telah mewarisi takhta pada sejak 17 April 2000 berikutan kemangkatanayahandanya. Baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Agong daripada 13 Disember2001 hingga 12 Disember 2006.
Raja Permaisuri Agong ke-12
Seri Paduka Baginda Tengku Fauziah binti Tengku Abdul Rashid D.K., S.S.P.J.,S.P.M.P., D.M.N., D.K. (Kelantan), Grand Croix De L’Ordre (Royal Sash) –Cambodia, The Order of the Sacred Treasure, Gold and Silver Star (Star),merupakan ahli kerabat diraja Kelantan dan Terengganu yang diputerikan pada 6Jun 1946. Baginda berkahwin dengan Tuanku Syed Sirajuddin pada 15 Februari1967. Pada 14 Julai 2000, baginda telah dimasyhurkan sebagai Raja PerempuanPerlis.
Yang di-Pertuan Agong ke-13
Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni AlmarhumSultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z.,S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B (Brunei), D.K.(Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K.(Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d’Honneur (France), The MostAuspicious Order of The Rajamitrabhorn (Thailand), Collar De La Orden Al MeritoDe Chile (Chile), adalah Sultan Terengganu yang ke-16. Putera kepada SultanMahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Tengku Ampuan Bariah, baginda dilahirkan pada22 Januari 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu. Tuanku Mizan telahdipilih untuk menduduki takhta Yang di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-RajaMelayu sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-13 pada 3November 2006, dan secara rasminya ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agongpada 26 April 2007.
Raja Permaisuri Agong ke-13
Seri Paduka Baginda Tuanku Nur Zahirah D.M.N., D.K., S.S.M.Z., S.S.M.T., KnightGrand Cross (First Class) of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand). Dilahirkan sebagai Siti Rozita binti Adil Bakeri. Dilahirkan pada 7Disember 1973, baginda melangsungkan perkahwinan dengan Tuanku Mizan ZainalAbidin pada 28 Mac 1996. Baginda dilantik menjadi Raja Permaisuri Agong pada 13Disember 2006 berikutan perlantikan Seri Paduka Baginda Sultan Mizan ZainalAbidin sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Yangdi-Pertuan Agong ke-14
Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzamShah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dilahirkan pada 28 November 1927 di AlorSetar, Kedah. Baginda adalah Sultan Kedah ke-27 sejak 1958 serta merupakan Yangdi-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 – 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember2011), sekaligus menjadi sultan pertama yang menjadi Yang di-Pertuan Agongsebanyak dua kali.
RajaPermaisuri Agong ke-14
Seri Paduka Baginda Tuanku Hajah Haminah binti Hamidun merupakan Sultanah Kedahserta Raja Permaisuri Agong yang ke-14. Baginda telah dilahirkan pada 15 Julai1953 di Bagan Serai, Perak dan berkahwin dengan Sultan Abdul Halim pada 25Disember 1975. Baginda mendapat gelaran Che Puan Kedah sehinggalah pada 9Januari 2004 apabila baginda ditabalkan sebagai Sultanah Kedah
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tudiaaaa
baru habis baca..
check in na |
|
|
|
|
|
|
| |
|