|
finally..
tanpa disangka-sangka.. ego mr shin tu hilang entah ke mana bila terang2 dia tunjuk dia suka kat hae jin..esp part masa dia pegang tgn hae jin dan dia tak peduli kalo ada org nampak sekalipon.. hehe..
paling romantik bila dia sarungkan cincin kat hae jin dan kemudian kat dia plak..so sweet..
suka tgk hae jin yg tegas dan ada pendirian sendiri.. pastu tak suka menyusahkan org dgn problem dia.. kalo laaa aku pon camtu.. hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yes, finally.....
Memang Mr. Shin tu romantik betul. Boleh sebenarnya, cuma dia je tak tunjuk pada Hea-jin. Selalu buat Hae-jin terkeliru :re:.
Hae-jin memang tegas dan ada pendirian, eloklah dia tinggal dengan Min-young. At least dia boleh control Min-young bila patut..... |
|
|
|
|
|
|
|
Ending episode 30 ~ Rabu 25/6
Lepas dinner dengan En. Shin, Hae-jin yang tension dengan keadaannya (dahlah pursenya yang koyak pun diketahui oleh En. Shin, handbag yang disangka baru pula serupa dengan orang punya dan kemungkinan En. Shin akan dijodohkan dengan orang lain) pun mula berazam nak mengubah stailnya. Dia yang selama ni jenis yang berjimat akan berubah dan beli handbag yang berjenama. Tapi tiba-tiba pula dia dapat panggilan daripaka ibunya yang perlukan duit untuk jelaskan bil hospital sebanyak 3,000 won.
Hae-jin yang kini amat perlukan wang pun mula membuat kerja sampingan iaitu menterjemahkan buku berbahasa Cina kepada bahasa Korea. Bila ditanya Min-young, jawabnya sebab dia nak beli beg tangan yang berjenama. Semalaman dia buat translation tu sampai Min-young & Seung-lee pun rasa agak pelik dengan perangai Hae-jin tu. Sesuatu yang berbeza dari karektor Hae-jin, hanya kerana branded handbag?
Anyway, rahsia Hae-jin terbongkar bila dia jawab panggilan telefon ibunya secara sorok-sorok dalam bilik air. Katanya bil tu dia akan segera jelaskan. Hae-jin ingatkan tak ada orang yang dengar tapi sebenarnya Min-young ada dalam toilet masa tu dan dia dah dengar semuanya. Min-young being her pun mulalah buat rancangan bagaimana nak tolong Hae-jin. Dia sendiri tak ada wang simpanan tapi dia telefon hampir semua orang yang dia kenali agar tolong Hae-jin. Mulanya siapa pun tak dapat tolong sebab semuanya tiada wang, kata mereka.
Di rumah, Hae-jin semakin tekun buat translation tanpa berhenti tu sampai berdarah hidungnya. Adakah ini sesuatu yang biasa berlaku bila orang kerja tanpa henti? (Dalam Ad-Madness dulu pun ditunjukkan Siao-ke juga berdarah hidungnya bila bekerja tanpa henti iaitu melukis kartun sepanjang malam). Min-young bila tengok keadaan tu jadi risau dan bila tiada siapa yang dapat pinjamkan wang maka dia pun pergi beritahu En. Shin.
Bila En. Shin tanya Hae-jin kenapa dia sangat-sangatkan perlukan wang, Hae-jin beri alasan pasal handbag tu juga. En. Shin pun semacam tak percaya dengan Hae-jin yang rasanya sanggup menyusahkan diri sendiri hanya kerana nakkan barang yang berjenama. Sebenarnya Hae-jin tak mahu orang tahu tentang kesusahannya lebih-lebih lagi En. Shin yang dianggapnya tak sepadan dengannya.
Bila Hae-jin dapat tahu yang Min-young dah tanya semua orang pasal nak pinjam duit, lagilah dia bengang dengan Min-young. Sebenarnya Min-young ni berniat baik tapi dia agak 'over' sikit dengan caranya tu. Tapi, Hae-jin kata tak payahlah pinjam pada orang sebab dia pun dah habis translate 1 buku, cuma tinggal 5 lagi yang kena translate. Mak, banyaknya......:sp:
Tapi di hotel the next day, Hae-jin mula rasa semacam bila pandangannya asyik kabur. Dia ingat sebab tak cukup tidur tapi apabila dia tak nampak apa-apa, semua orang jadi panik. En.Shin pun hantar dia ke hospital. Rupanya contact lens Hae-jin dah ada protein build-up dan menyebabkan radang kornea. Itu yang buat matanya jadi kabur. Sebab kerja tak henti-henti, dia tak cuci contact lens tu beberapa hari :eek:.
On the way back dari hospital, En. Shin pun cakap pada Hae-jin yang jangan buat dirinya macam orang luar. Memang patut Hae-jin berusaha untuk membantu ibunya sendiri tapi janganlah sampai diri sendiri pula sakit. Katanya lagi Hae-jin mempunyai hati yang amat mulia, yang lebih mahal daripada barangan yang berjenama. Hmm.....so sweet of him.
Jadi, En. Shin pun pinjamkan duit kepada Hae-jin dan Hae-jin perlu bayarkan duit tu padanya nanti. Kalau Hae-jin tak dapat bayar hutang tu, maka suaminya nanti kenalah cover tapi En. Shin pula tak boleh tak usik, entah-entah dia yang akan jadi suami Hae-jin nanti. Boleh tahan juga dia ni bila nak bagi hint :2cool:.
Lastly bila mak saudara En. Shin telefon tentang temujanji matchmaking tu, En. Shin kata tak payahlah carikan jodoh untuknya lagi sebab dia dah ada pilihan sendiri dan masa tu sedang keluar date dengan pilihan hatinya tu. Yang seronok endingnya ialah bila En. Shin keluarkan sepasang cincin dari poketnya dan pakaikan di jari Hae-jin dan di jarinya juga. Ohhhhh.......so romantik! (opps, excuse me )
Itulah dia, lebih kurang ^_^. |
|
|
|
|
|
|
|
Episod 27 * BINTANG FILEM * Jumaat 20/6
Satu hari cuti di musim panas, Min-young tak dapat ikut Hae-jin & Seung-lee pergi outing dengan En. Shin & Sang-hyun sebab dia tak ada pasangan (eh, kenapa tak tanya Sung-jin). Anyway, Min-young yang pergi ke pusat sauna terserempak dengan Sung-jin di situ. Nasib tak baik pusat sauna tu tutup. Min-young yang malas nak spend time dengan Sung-jin 'diselamatkan' oleh panggilan telefon dari seniornya masa di U dulu, minta dia berlakon filem.
Senior Min-young ni seorang pengarah filem. Rupanya dia panggil Min-young sebab nak minta Min-young tolong gantikan pelakon utama untuk 2 scene terakhir. Pelakon utamanya (Kim Yoon-ah ~ mungkin ini nama sebenar Kim Min-young) dah pergi buat penggambaran iklan di Mediterranean. Jadi sekarang dia perlukan bantuan Min-young sebab wajahnya saling tak tumpah macam Kim Yoon-ah. Mulanya Min-young keberatan tapi dipujuk juga oleh seniornya tu yang kata filem tu (tajuknya: Natasya, Asako, Bokrai) akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa dan mana tahu bermula dari situ, Min-young boleh jadi pelakon terkenal. Senang je sebenarnya nak pujuk Min-young ni.
Balik dari perjumpaan tu Min-young pun mula berangan-angan. Siap jadi watak 'Little Match Girl' lagi. Nasib baik tak diketawakan orang sebab berangan di tengah jalan. Tiba-tiba dia nampak Sung-jin dalam kedai yang menjual alat jahitan dan Sung-jin nampaknya sedang belajar macamana nak buat cross-stitch.
Sebenarnya Sung-jin nak buatkan perhiasan kecil yang berbentuk 'hati' yang dijahit silang-pangkah I LOVE YOU padanya untuk beri pada Min-young. Katanya itulah pelaburannya yang terbesar untuk menambat hati Min-young. Dia kena jadikan Min-young kekasihnya sebelum Min-young jadi milik orangramai (iaitu jadi pelakon terkenal). Sang-hyun yang mulanya memperlekehkan Sung-jin, pun nak belajar buat benda yang sama juga bila diberitahu yang perempuan akan tersentuh hatinya dengan cara tersebut.
Di Happy Virus, berita Min-young dapat tawaran berlakon menarik minat Suk-gu dan Mr. Yoon. Kata Mr. Yoon, kalaulah dia tak fail screen test masa 30 tahun dulu, tentu dia dah jadi pelakon yang terkenal. Seronok tengok telatah Mr. Yoon yang sering dibuai kenangan.
Anyway, Min-young dah mula memasang angan-angan besar nak ada pengurus dan pereka fesyen peribadi walaupun Hae-jin ingatkan itu cuma watak stand-in. Tapi Min-young tak kisah, siap termimpi-mimpi berlakon dalam filem aksi ala Hong Kong lagi tapi yang buat spoil mimpi bila heronya si Sung-jin yang tak cool langsung.
Telatah Min-young berangan-angan semasa bekerja tu telah beri Seung-lee idea untuk tema promosi restoran iaitu "Melamar seperti di dalam Filem" bagi pasangan kekasih berkunjung ke hotel tu dengan menyediakan pakej makan malam yang romantik ala Peranchis sesuai untuk kekasih melamar. Dia pun bincang dengan Sang-hyun dan kemudian disampaikan kepada pihak pengurusan. En. Shin memang tertarik dengan idea tu tapi Sang-hyun tak sempat nak beritahu yang idea tu sebenarnya dari Seung-lee. En. Shin masa tu nak cepat sebab ada meeting.
Sang-hyun dan Sung-jin pun berikan hasil kerjatangan mereka kepada buah hati masing-masing. Min-young yang tak fikir panjang terus berikan hadiah dia kepada Hae-jin. Sung-jin & Sang-hyun pun bertaruh gf siapa yang benar-benar terharu dengan pemberian tu. Hadiah kecil berbentuk hati tu sebenarnya untuk digantungkan pada handphone. Jadi bila Sang-hyun minta nak tengok hp Seung-lee, memang ada dia gantungkan. Sang-hyun pun tersenyum lebar depan Sung-jin. Tapi bila Sung-jin minta hp Min-young, tak ada pula hadiah tu tergantung. Bila Hae-jin datang, ternampaklah Sung-jin hadiahnya pada hp Hae-jin. Apa lagi, benganglah dia .
Katanya, Min young tak menghargai langsung usahanya selama 6 jam buat benda tu. Sung-jin kata itu bukan sekadar jahitan silang-pangkah tapi juga 'hati'nya untuk Min-young. Min-young pun kata Sung-jin tak sepatutnya kaitkan perasaanya dengan benda-benda begitu, lagipun dia jenis yang tak suka ada benda yang tergantung dari handphonenya. Sung-jin yang dengar cakap Min-young pun terasa hati dan berkata dia tak akan 'ganggu' Min-young lagi. ** Bila tengok scene ni teringat pula scene dalam Beautiful Days bila Seon-jae sangkutkan chain kucing yang cute pada handphone Yeon-soo. Bila Min-chul tengok ada benda tu pada hp yang dia beri exclusive untuk Yeon-soo, terus dia jadi jealous yang teramat ~ remember the green-eyed monster ?).
Dalam rombakan kakitangan di hotel tu, Sang-hyun telah dinaikkan pangkat tapi Seung-lee tak. Sang-hyun pun jadi serba-salah sebab orang ingat idea di restoran tu idea dia sorang. Bila En. Shin dapat tahu hal yang sebenarnya, dia pun beritahu Seung-lee bahawa perkara yang baik di dunia tak semestinya datang dalam bentuk kenaikan pangkat sahaja. Jangan putus asa, tentu ada rezeki yang lain.....contohnya Min-young yang tak disangka-sangka dapat berlakon filem.
Akhirnya masa hari penggambaran tu, Sung-jin tak sampai hati biarkan Min-young keseorangan di lokasi pun ambil cuti sehari dan pinjam kereta Hee-jung untuk temankan Min-young. Sebelum tu sesiapa pun tak dapat temankan Min-young sebab mereka bekerja. Suk-gu pun nak tumpang sekaki ikut Min-young buat shooting. Kebetulan pulak pengarah tu Sung-jin jadi 'extra' sebab tak cukup pelakon. Suk-gu pulak dapat part jadi 'orang mati'.
Suk-gu berjaya buat pengarah tu naik angin bila sedang shooting, dia bangun dari set sebab nak tengok monitor. Padahal dia sepatutnya terus berlakon kaku jadi orang 'mati'. Masa scene Min-young pula, tak ada dialog dan asyik shot bahagian belakang saja yang diambil. Kesian juga tengok dia sebab wataknya memang watak 'stand-in' sahaja.
Masa pratonton filem, mereka semua tertunggu-tunggu scene Min-young. Bila keluar, yang nampak cuma belakang Min-young sahaja. Bila time Min-young berpaling ke arah kamera, Sung-jin pula enter frame dan terus block Min-young. Lagilah Min-young sedih, sebab nampaknya macam tak ada impak pun dia berlakon dalam filem tu tak seperti yang disangkanya.
Anyway, lepas tengok filem tu semua orang berpakat untuk hiburkan hati Min-young. Bila Min-young disuruh ke restoran tu (atas alasan ambilkan barang Hae-jin yang tertinggal), all her friends dahpun menunggu di situ siap dengan bunga, wain dan jamuan serta bergambar ramai-ramai semuanya mengikut konsep idea Seung-lee & Sang-hyun. Kata mereka semua Min-young sebenarnya jauh lebih baik jadi pekerja hotel dari seorang pelakon :2cool:. |
|
|
|
|
|
|
kEro^bEiRosZ This user has been deleted
|
The one yang tak pakai specs, yang jadi jahat tu.... [/quote]
yg jadi Pengurus Han tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Park Jung Chul
Yang jadi anak Ketua Pengarah yang baru meninggal tu. Yang naik kereta kuning tu & minatkan SHK...... |
|
|
|
|
|
|
|
at last..
akan ku tonton cerita ini petang nanti..tungguuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu.. mr shin tu takleh kalo tak usik hae jin tu.. semlm kene lagi.. saje je bila duit bonus disangka markah pekerja..isk |
|
|
|
|
|
|
Takki_Aniki This user has been deleted
|
Cite ni pun dah lama tinggal... eh, arini ade kan? Alamak, nak gi tgk la. Ja'!
katt, best nyer episod re-cap tuh! Teringat zaman "Ad-Madness" dulu. Hehe.
yellow, apsal x nak follow "Hotelier"? Best gaks aper... BYJ nmpk lagi macho. ;) |
|
|
|
|
|
|
Takki_Aniki This user has been deleted
|
Walaupun production house yg sama n bertemakan pekerja hotel, “Hotelier” n “Reservation For Love” tak sama langsung. Cam katt ckp, RFL is more family-oriented. Kita tgk pun tak la tensed sgt, more laid back. Feel good kata org… Hehe. Kelakar la episod arini, esp masa the guys kena denda setelah kantoi in the end. Killer sentence from the girls, “Byk masa lagi ni sebelum Subuh!”
katt, betul ke ade scene yg romantic-meter dia mencapai tahap Hyung Chul pakaikan gelang utk Sun Mi?! Setkt ni, scene tu la yg paling best dlm byk |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Takki_Aniki at 2003-6-27 02:54 PM:
yellow, apsal x nak follow "Hotelier"? Best gaks aper... BYJ nmpk lagi macho.
apsal tak follow Hotelier?..
herm..maybe sbb aku nie anti sikit ngan TV3 punya K-Drama..:cf:
[ Last edited by yellow belmont on 28-6-2003 at 01:23 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Takki_Aniki at 2003-6-27 04:17 PM:
katt, betul ke ade scene yg romantic-meter dia mencapai tahap Hyung Chul pakaikan gelang utk Sun Mi?!
romantic-meter?...romantik pun pakai meter..kes kes kes..first time aku dgr..
herm..interesting..:2cool: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yellow belmont at 2003-6-28 01:17 AM:
apsal tak follow Hotelier?..
herm..maybe sbb aku nie anti sikit ngan TV3 punya K-Drama..:cf:
I can understand kenapa yellow belmont anti dengan TV3 punya K-drama tapi kan......kalau anti, lama-lama nanti boleh jadi suka! :2cool: |
|
|
|
|
|
|
|
romantic meter
Originally posted by yellow belmont at 2003-6-28 01:22 AM:
romantic-meter?...romantik pun pakai meter..kes kes kes..first time aku dgr..
herm..interesting..:2cool:
Yelah, first time juga dengar romantic-meter ni. Yes, sounds very interesting......:2cool:
Nantilah, kalau tiada aral malam nanti I'll re-cap Mr. Shin & Hae-jin's romantic scene. Now ni browse thru' dulu sebab sehari semalam tak dapat connect to internet. Ni baru dapat baca all the messages. |
|
|
|
|
|
|
|
Episod 28 ~ Khazanah Negara ~ 23/6
Seung-lee, Min-young, Sang-hyun & Sung-jin merancang nak buat day-trip ke pantai pada hari mereka bercuti. Hae-jin tak dapat pergi sebab bekerja. Masa Seung-lee & Min-young nak melangkah keluar, terserempak dengan Puan Oh Mi-za yang sibuk mengemas stor di rumah tu. Masa dia mengemas barang dia terjumpa dengan sebuah pasu kecil yang tersimpan dalam kotak. Kata Puan Oh, itu pasu peninggalan mak mertuanya dan selalu diisi dengan lollipop. Min-young pun berkata manis untuk mengambil hati Puan Oh, dia pujilah yang pasu tu cantik dan nampak baru. Mendengar kata Min-young tu, Puan Oh pun berikan pasu tu kepada Min-young.
Sebenarnya dia bukannya nak sangat, saja berkata manis. Dia nak beri pada Seung-lee tak mahu. Kebetulannya bila Suk-gu datang cari Hee-soo, terus Min-young beri pasu kecil tu pada Suk-gu dan suruh dia pergi sebelum Puan Oh nampak.
Di perhentian bas, dah sejam Seung-lee & gang menunggu tour bus yang sepatutnya bertolak ke kawasan pantai tu. Rupanya Min-young tersilap pakej percutian tu yang dijadualkan untuk bulan yang lain. Jadi dalam keadaan marah dan letih menunggu terpaksalah mereka melepak di Happy Virus saja pada hari mereka cuti.
Di Happy Virus, bapa saudara En. Yoon datang melawat. Dia beritahu En. Yoon yang pasu kecil peninggalan mak En. Yoon tu sebenarnya suatu khazanah negara yang sangat berharga sebab diturunkan dari zaman Dinasti Chosun dulu. Dan pasu tu dah disimpan dalam keluarga Yoon selama 21 generasi. Jadi, harga pasu tu masakini dah menjadi sangat tinggi. En. Yoon bila dengar berita tu, gembiranya dia tak terkata.
Min-young & Seung-lee yang ada di Happy Virus pun turut mendengar cerita tu. Apa lagi, berlarilah mereka balik ke rumah. Mahu tak mahu terpaksalah Min-young beritahu Puan Oh yang dia dah beri pasu tu pada Suk-gu. Bila Hee-soo balik dari sekolah, Suk-gu tak ikut sama. Rupanya Suk-gu dah pergi ke suatu kuil untuk mengulangkaji di sana selama seminggu dan handphonenya juga dimatikan supaya tiada gangguan.
Puan Oh pun minta Min-young & gang pergi ke kuil tu untuk cari Suk-gu sampai dapat sebelum En. Yoon tahu apa yang berlaku. Punyalah jauh nak panjat bukit untuk sampai ke kuil tu. Bila Min-young terjatuh sikit, Sung-jin pun offer untuk bawakan beg galasnya. Segan dengan Seung-lee, Sung-jin pun tolong bawakan beg Seung-lee juga dan Sang-hyun pun nak tumpang juga. Sebenarnya Sung-jin bawa backpack, bolehlah dia masukkan beg orang lain ke dalam begnya. Big mistake!
Bila sampai di kuil tu, Suk-gu pulak tak ada. Menurut sami di situ, Suk-gu tak jadi nak tinggal di kuil tu sebab banyak nyamuk. Mereka pun cuba kejar Suk-gu tapi tak sempat. Dah nampak dia nak naik bas tapi bila panggil tak dengar, sebab dengar discman. Tak mahu ketinggalan, Sung-jin pun buat tindakan drastic dengan menahan sebuah lori pick-up di tengah jalan. Nasib baik tak kena langgar. Walaupun dah tumpang lori tu mereka masih tak dapat kejar Suk-gu.
Akhirnya semuanya kena turun dari lori tu tapi terlupa pula nak bawa beg. Sung-jin tertinggal begnya di dalam lori tu. Maka, sorang pun tak ada duit atau handphone bersama mereka. Bila dah macam tu, mulalah Min-young & Seung-lee mengungkit salah siapa perkara macam tu berlaku. Akhirnya, after a heated war of words, mereka pun berpecah - Sung-jin & Min-young bergerak ke arah lain manakala Sang-hyun & Seung-lee ke arah lain.
Di Happy Virus, En. Yoon asyik tersenyum dan ketawa sendirian kerana gembira. Katanya, dia memang tahu yang dia akan jadi kaya bila tua nanti dan pasu kecil tu merupakan hadiah yang paling berharga dari nenek-moyangnya. Di rumah pula, Puan Oh dah sakit kepala dan susah hati mengenangkan keadaan yang bakal berlaku bila suaminya tahu hal sebenarmya. Tiba-tiba Hee-soo beritahu yang Suk-gu ada hantar SMS yang dia tak jadi belajar di kuil sebaliknya belajar sambil merendamkan kaki di dalam air sejuk tapi tak cakap di mana. Puan Oh fikir ni mesti di kawasan lembah yang ada mata-air sejuk. Dia pun telefon beritahu Seung-lee supaya cari di kawasan lembah.
Seung-lee & Sang-hyun bernasib baik sebab di pekan yang berhampiran mereka terjumpa balik dengan pemandu lori yang mereka tumpang tadi. Dapatlah mereka beg galas tu semula dan dapat makan setelah penat berjalan. Sung-jin & Min-young tak bernasib baik sebab terpaksa berjalan jauh dan berlapar. Oleh sebab dah lapar sangat, mereka berdua nekad curi jagung rebus dari seorang budak kecil. Sampai menangis that little girl dibuat mereka, langsung dikejar dengan neneknya yang bawa kayu. Kelakar mereka ni, boleh curi makanan dari budak kecil lagi.
Suk-gu sebenarnya pergi belajar di library saja dengan merendam kakinya di dalam besen air sejuk, bukannya di mana-mana kawasan lembah yang disangkakan. Bila dia ke rumah Hee-soo, barulah dapat tahu yang dia dah buang/berikan pasu tu kepada orang lain. Kebetulan Hee-jung, Hae-jin & En. Shin datang maka turn mereka pula pergi cari pasu tu. Unfortunately bila jumpa dengan orang yang dah ambil pasu tu (a very old lady yang rabun & kurang pendengaran), pasu yang dicari tu sebenarnya dah pecah diketuk oleh that old lady. Dia ingatkan ada tikus dekat pasu tu, nak pukul tikus terkena pasu.
Jadi, untuk menutup rahsia, Hee-jung pun disuruh ibunya pergi beli pasu yang palsu untuk ditunjukkan kepada bapanya. Bila En. Yoon tengok the fake pasu, dia pun pujilah betapa 'halus' & indahnya buatan pasu warisan tu yang tiada lagi pada zaman sekarang. Hee-soo & Hee-jung tak dapat tahan diri daripada sindir bapa mereka pasal pasu yang palsu tu tapi sempat ditahan oleh Puan Oh, Seung-won sebelum rahsia terpecah. Tiba-tiba En. Yoon dapat call dari bapa saudaranya tu.....oh, oh bad news! En. Yoon terpaksa jawab panggilan dalam bilik sebab takut orang lain dengar, rupanya pasu kecil tu bukanlah yang original sebab generasi ketiga Yoon dahpun menjualnya. Hampir dapat heart attack En. Yoon tapi apa yang lebih penting sekarang bagaimana nak selesaikan masalah yang berbelit ni. En. Yoon, being him.....nak jaga air muka, after all dia yang happy sangat dengan khazanah tu.Tentu malu kalau orang dapat tahu yang pasu tu sebenarnya palsu.
In the meantime, orang lain susah hati memikirkan kesan yang akan berlaku bila En. Yoon tahu pasu tu palsu. Dia dah bercadang nak jualkan pasu tu once and for all. Tiba-tiba terdengar bunyi benda pecah dari bilik bawah. Bila semua orang sampai, rupanya pasu tu dah terpecah. En. Yoon pun 'bersandiwara' dan menangis yang kononnya dia tak sengaja terpecahkan pasu dan kini dia rasa bersalah sebab menghancurkan harapan semua orang yang percayakan tuah pasu tu. Isterinya kata tak apa sebab pasu tu tak penting sebenarnya, yang penting kehidupan yang bahagia bukannya harta semata-mata. Pandai semua orang berlakon sedih, padahal masing-masing lega sebab pasu tu pecah.....tak perlu simpan rahsia dan berpura-pura lagi. Legaaa....
On the way back, Min-young ajak Seung-lee, Sang-hyun dan Sung-jin beli pasu lain buat ganti. Mereka tak tahu cerita di rumah. Niat tu nak surprisekan En. Yoon. Bila sampai rumah, terus mereka beri pada En. Yoon walaupun Puan Oh beria bagi 'eye-signal' jangan cakap apa-apa tapi the 2 girls tak faham. Akhirnya rahsia pun terbongkar. Terpaksalah mereka mengaku yang pasu tu dah pecah sebenarnya (yang mereka ingat En. Yoon sangka itu pasu original). En. Yoon tak pula buka rahsia yang dia tahu pasu tu pasu palsu sebab nak jaga imej dia. Instead dia mengaku pecahkan pasu tu kononnya nak menguji diri sendiri sama ada jenis mata duitan atau sebaliknya. Bila dengar tu, semua orang pun tabik dan tepuk tangan pada En. Yoon sebab sanggup buat begitu. Dia ketawa besar bila dipuji begitu. Masuk ke dalam bilik pun dia ketawa lagi tapi ketawa dalam tangisan. Apa nak buat, tak ada rezeki nak jadi kaya! :cry:
[ Last edited by katt on 29-6-2003 at 12:15 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Episod 29 ~ First Kiss ~ 24/6
First of all, episode ni dicerita semula secara ringkas jelah, ya. Sorry, tak sempat nak buat detail-detail sebab dah behind schedule. Hanya 50 % of the episode ^_^.
*****
Lepas tengok a romantic movie, Seung-lee berangan-angan dicium oleh Sang-hyun. Bila Hee-soo caught her daydreaming, dia pun buat keputusan nak tolong supaya mereka berdua dapat their first kiss. Dia phone beritahu Sang-hyun about Seung-lee. Jadi untuk beri hint pada Seung-lee, Sang-hyun dengan bantuan Sung-jin membuat satu computer image (they call it ~ gambar komposisi) Sang-hyun dan Seung-lee in a kissing position, almost!
The next day di hotel, Sang-hyun pun print gambar tu untuk tunjuk pada Seung-lee. Bila mereka berdua dalam lift and were about to kiss tapi tak sempat (Sang-hyun agak clumsy dan tertekan button lift). Sebab panik, Sang-hyun tertinggal gambar tu dalam file yang Seung-lee nak hantar kepada bahagian pengurusan.
Bila Sang-hyun tersedar pasal kehilangan gambar tu, punyalah mengelabah dia. Cari di office tak jumpa sebab surat-surat dalam file tu dah dihantar ke company luar. Kecoh Sang-hyun mencari surat tu, sampai teruk dipukul oleh ramai penghantar surat. Mana taknya, nampak aje penghantar surat terus terkam. Sebenarnya gambar tu En. Shin dah simpan. Tak pasal-pasal Seung-lee yang kena 'sound' dengan Pengurus besar sebab bawa hal percintaan ke tempat kerja.
Anyway, bila Seung-lee tunjuk gambar tu pada Hae-jin dan Min-young, Hae-jin pun dapat idea untuk buat benda yang sama kepada En. Shin. Dia superimposedkan gambar dia dan En. Shin pada gambar Demi Moore & Patrick Swayze dalam Ghost. Lepas tu dia berikan terus pada En. Shin. Bila En. Shin tengok tu, smiling.....he said to himself: Hae-jin, awak sering mengagumkan saya. Awak kelihatan lembab tetapi begitu bagus menyaingi saya.
Walaupun gambar komposisi & superimposed tu hanya bertujuan untuk personal viewing between couples in love, tapi bukankah perkara tu sesuatu yang dangerous? Dalam kes Sang-hyun/Seung-lee, nasib baik En. Shin yang jumpa dan bukan orang lain. Dan gambar superimposed Hae-jin/En. Shin tu, kalaulah terlepas ke tangan orang yang tak sepatutnya, bukankah ia kan memberikan kesan yang buruk kepada reputasi En. Shin sebagai Pengurus Besar?
Anyway, Sang-hyun & Seung-lee masih tak dapat their first kiss in this episod. Timing selalu silap......:cf: |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by Takki_Aniki at 2003-6-27 04:17 PM:
katt, betul ke ade scene yg romantic-meter dia mencapai tahap Hyung Chul pakaikan gelang utk Sun Mi?! Setkt ni, scene tu la yg paling best dlm byk |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by katt at 2003-6-28 04:12 PM:
I can understand kenapa yellow belmont anti dengan TV3 punya K-drama tapi kan......kalau anti, lama-lama nanti boleh jadi suka! :2cool:
hehe..ko mmg memahami..
lama2 jadi suka?..buktinya?..ada penjelasan saintifik ker?..atau ini cuma kebiasaan menusia? |
|
|
|
|
|
|
|
thanks again katt..
En. Yoon..En. Yoon..kui kui kui
yelah..bahaya gambar2 camtu tu..kita tak tau apa blh jadi pd masa akan datang..cthnya..macam kes dramatis kita tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|