|
Bersama Julo.
Julo pernah mengikut kontrak piling sehingga ke Perak, Selangor, Terengganu dll. Masih bujang jadi tak berkira sangat bila sampai ke satu satu tapak projek, Julo akan duduk di kotai kotai, rumah kedai dalam pembangunan, bawah mesin, malah bawah pokok pisang juga boleh.
Julo bercerita sekali, di Selangor, beliau duduk dalam satu kontena. 2 bulan. Malam malam kena kacau. Kalau setakat bunyi tikus Julo tak gentar. Ini bunyi orang mengetuk, melompat, berlari lari yang didengar beliau setiap malam. Orang ketuk dinding kontena bunyi macam mana? Orang melompat di atas kontena bunyinya? Orang berlari lari dalam kontena, kemudian terasa berhenti dihujung kaki, apa perasaan?
Julo kata memang seram, tapi lagi seram tak ada duit.
Betul.
P/s-Julo adik sepupu penulis. |
|
|
|
|
|
|
|
Kula
Pada waktu saya masih di USM tahun 2010, Emak dan Ayah saya di Pontian telah merahsiakan daripada saya yang mana Emak telah terkena penyakit sehampir seperti mini stroke.
Mungkin kalau saya tahu waktu itu, saya akan berhenti daripada Master saya, sepertimana saya keluar daripada UTHM pada semester kedua PhD disana kerana Ayah saya terlibat kemalangan sehari selepas BERSIH pada 2012 lepas.
Kusut kepala dan hilang minat kerja kalau Emak Ayah sakit. Buang 2 semester. Mujur tawaran UTM masih berjalan untuk setahun.
Berbalik pada cerita tadinya, setiap malam kucing kucing kesayangan Emak akan tidur bersama. Menyelit dimana mana boleh. Salah seekornya bernama Kula. Malam itu Kula menemani Emak. Malam itu lah Emak diserang mini stroke.
Siang harinya, setelah kejadian, sebelah muka bahagian kiri Emak seperti jatuh sedikit ke bawah. Namun masih boleh berjalan bekerja dan melakukan aktiviti biasa.
Dan kucing Kula tiba tiba lumpuh daripada separuh bahagian badan bawa ke kaki belakang. Pada hari yang sama. Mengesot ngesot berjalan.
Hm.
Subhanallah.
Melalui terapi intensif dan rawatan elektrik Emak kembali pulih dan kucing Kula pula kami masih bela biarpun telah kategori OKU kerana terasa terhutang budi.
Pernah dengar cerita Jin Ahmar?
Wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
bes2 cerita yg ditulis..sronok |
|
|
|
|
|
|
|
Nabila Highland Tower? Hahahaha
Menonton Highland Tower, OK pirated CD, adegan perempuan dirasuk, Ayah penulis menceritakan waktu zaman mudanya di Kedah, melihat orang kerasukkan.
Hampir terbang orang yang dirasuk, diekor pawang dibelakang. Bila di amati, jari jari kaki mangsa antara terawang awang dengan rumput ditanah. Tak terbang tak jejak. |
|
|
|
|
|
|
|
nazieqa posted on 28-11-2013 10:04 AM
bes2 cerita yg ditulis..sronok
Terima kasih.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku baru teringat satu kisah yg abang aku cerita...dah bertahun-tahun masa dia di UIA lagi.
Sekumpulan bebudak ni...(aku rasa geng2 UIA dia) ada buat program berdekatan pantai...biasa la kalau ada waktu senggang tu mesti nk ke pantai jalan2.
Dia orang ni pun petik gitar, nyanyi, ketawa2 sambil merakam... Bila dia orang dengar balik rakaman tu, ada suara perempuan sayup2... bila part dia orang tengah ketawa tu...perempuan tu membalas... "ketawalah...ketawalah..." diiringi suara mengilai-ngilai...
|
|
|
|
|
|
|
|
joey_mcintrye posted on 30-11-2013 11:16 PM
Aku baru teringat satu kisah yg abang aku cerita...dah bertahun-tahun masa dia di UIA lagi.
Sekum ...
Good. Kalau ada cerita lagi boleh kongsi disini.
|
|
|
|
|
|
|
|
gitarmahogani posted on 11-5-2010 09:42 AM
Kaki judi
May 7th 2010
yg ini terbaik..dh rasa cm tgok movie dah huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
kivio posted on 2-12-2013 01:25 AM
yg ini terbaik..dh rasa cm tgok movie dah huhuhu...
Terima kasih.
|
|
|
|
|
|
|
|
website aimanku.com dh xde? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada lagi. Sedih juga. Pemiliknya memang hillarious sinis nya. Encik Sabri Bakar. Ada beberapa tulisan saya hilang sekali dengan hilangnya aimanku. |
|
|
|
|
|
|
|
Tiger eye stone.
Malam tadi usai balik daripada Alif Tambak, saya melalui jalan Parit Masjid Parit Kassim Parit Selangor yang baru 2 bulan siap berturap 2 lorong. Tiada lampu jalan. Hanya pemantul pada garis putih jalan tar.
Melalui selekoh tajam pertama, pautan pada stering dan clutch serta minyak diperkemaskan.
Nampak seekor anjing putih kuning ditepi bahu jalan sebelah kanan.
Dan pantulan mata berwarna kuning daripada ladang sawit. Dibelakang anjing tadi. Sekilas dilihat, kerana saya menumpukan pada selekoh tajam tadi.
Seingat saya di sawit tadi ada satu palang penghalang diletak. Separas perut. Ladang orang Singapore sebab saya pernah terlihat sebuah Swift merah dengan plet S disitu beberapa kali.
Pantulan mata tadi lebih tinggi daripada penghalang tadi.
Lantak lah kata saya dalam hati.
Dan jujurnya memang setiap kali lalu jalan disitu, hati terdetik untuk melihat sesuatu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku mmg dah lama tahu umah yang aku duduk ni , ada org lain pun join sama. Tapi pada aku selagi dia tak kacau aku, aku & family ok jer. Aku pindah masuk umah aku ni january, 2001, makne dah 12 tahun aku stay kat sini. So far aku tak de lah experienced yang menakutkan .. cuma dari aku pindah lagi, aku ngan suami selalu dengar , bunyi sudu.. senduk .. , bunyi orang amik lauk & nasi. Alahhh... cam bunyi sudu terantuk kat periuk or kuali. Sampai skrg ... every nite, dlm kul 10 mlm ke atas...
Sebab dah terlalu lama dgr bunyi tu.. aku ngan family dah biasa dah...
Tapi bau-baru ni.. aku & family pergi jogging kat Taman Tasik Titiwangsa, so makna nya, whole family tak de kat umah lah. Aku terlupa yang aku ada order kuih cara berlauk kat neighbour aku depan apartment tu. Masa on the way nak balik ke umah ...tetiba fren aku tu call... "kak, akak ada umah tak... saya kat depan pintu ni.. nak anta kuih". So.. aku ngan selamba jawablah, "Liza, akak kat luar ni... nanti ptg Liza dtg yea.. ., jauh lagi ni".. pastu Liza tu jawab... yang saya ketuk pintu, pastu ada orang jawab..." jap..jap..jap.".." saya & anak saya dengar lah kak.. kami kat depan umah .. tgh tunggu akak bukak pin".
Aku tak nak panjang cite dlm telefon.. aku suruh dia anta ptg.. Aku cakap kat husband aku.. tetiba dia kata.. mmg ada bende kat umah kita orang ni... cuma nasib kami baik .. dia x pernah tunjukkan muka... aku harap jin islam lah yang stay sekali kat umah aku.. Alhamdulillah.. so far.. rumah ku shurga ku ...
Tapi kekadang ada jugak "dia" wat dajal... barang kat dapu .. dia alihkan .... aku pernah ada experienced tu.. aku letak pisau kat atas singki.. on chopping board.. pastu dia letak atas fridge.. aku x pernah letak atas fridge. tinggi oooo..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tura_04 posted on 10-12-2013 04:26 PM
Aku mmg dah lama tahu umah yang aku duduk ni , ada org lain pun join sama. Tapi pada aku selagi dia ...
OOT sat. Teringat dulu lawak dibaca, kalau tak nak hantu datang rumah, kita keluar rumah.
Rasanya, daripada pembacaan, dalam setiap rumah ada keluarga jin menumpang.
|
|
|
|
|
|
|
|
gitarmahogani posted on 17-10-2011 10:54 PM
Bilik 181
Oleh:MFT
Tergantung begitu sahaja?
Aduh plot baru dibina masakan dibiar tanpa penamat..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenduri
Ini cerita lama, sebelum 1900 an dulu rasanya.
Dulu kalau kenduri dibuat orang kaya, orang ternama, wakil Sultan atau dukun bomoh pawang, sampai ke kampung kampung sebelah 1 kampung turun.
Jadinya seorang orang kaya ini mengadakan majlis kenduri kahwin untuk anak perempuan bongsu beliau. Besar besaran. Lembu kambing entah berapa ekor tumbang.
Orang orang kampung ramai ramai turun, sebab ini antara masa makan sedap. Biasa nak makan daging setahun sekali payah. Sedangkan masa itu tanah berelung relung, cuma tak ada usaha. Itu anak cucu sekarang tertanya kenapa nenek moyang kita dulu dulu senang senang sangat jual tanah macam jual pisang?
Balik pada kenduri tadi, datang seorang lelaki dagang. Tua orangnya. 60 ke 70 tahun umur. Nak tumpang meriah.
Entah macam mana ada pula tetamu lain terkurang ajar dengan lelaki tua tadi. Iyalah, orang dagang. Siapa sangat nak pandang? Dulu lah punya cerita.
Lelaki tua tadi diam saja dan mengundur diri. Tak sempat jamah apa. Tak siapa pun kisah.
Tak lama kemudian, terbakar tiba tiba khemah kenduri. Seorang budak mati terpijak waktu tengah panik orang menyelamatkan diri.
Tapi kenduri masih dijalankan. Kenduri orang kaya lah katakan.
Tunggu punya tunggu rombongan lelaki tak sampai sampai.
Sampai ke tengah malam.
Esoknya tunggu lagi, tak sampai sampai.
Esok satu lagi baru sampai. Kenduri tetap diteruskan tapi semua orang dah rasa hairan.
Bila ditanya rombongan lelaki kata mereka sesat tak nampak jalan masuk ke kampung. Jumpa jalan bila seorang tua datang minta sedekah makanan.
Makin hairan orang semua.
Fikir fikir maka cuba dicari orang dagang tua tadi. Ikhtiar orang dulu dulu.
Tak jumpa. Pondoknya kosong tak berpenghuni lagi.
Sumber cerita daripada orang orang lama kampung penulis. |
|
|
|
|
|
|
|
kivio posted on 13-12-2013 08:43 PM
Tergantung begitu sahaja?
Aduh plot baru dibina masakan dibiar tanpa penamat..
Iya. Itu saja penamatnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
gitarmahogani posted on 26-12-2013 04:26 PM
Kenduri
Ini cerita lama, sebelum 1900 an dulu rasanya.
Neat plot. Kipidab.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tuihhhhh dari atas pokok.
Oleh MFT
Cerita ini dieceritakan Moksu (Mak Usu) penulis, sewaktu dikampung. Begini-
Suatu masa keluarga Moksu baru bertolak balik ke Segamat daripada Kuantan (atau Perak). Pemanduan tenang tenang awalnya. Waktu malam. Kalau waktu siang yang seram ialah JPJ.
Bebek (nama betul Azhar), adik sepupu penulis, becok mulutnya sepanjang perjalanan. Adik beradik yang lain dengar diam saja. Poksu (Pak Usu) menumpukan mengawal stering kereta Accord lama beliau.
Kalau penulis tak salah ingatan, waktu mereka melalui Jalan Pagoh, barulah terjadi sesuatu.
Pemanduan waktu malam memang selesa dengan sejuknya. Asal saja lampu kereta semua hidup terang. Yang lain minyak, angin tayar, minyak hitam biasalah.
Basah tiba tiba cermin kereta. Bukan setakat cermin depan, cermin sebelah tempat pemandu, penumpang sebelah, malah cermin belakang kereta, termasuk cermin kiri kanan penumpang belakang. Basah tiba tiba.
Jalan dilalui tiba tiba berkabus putih tebal. Senyap semua seisi kereta.
Moksu membaca ayat Kursi.
Alhamdulillah, mereka selamat sampai ke rumah di Segamat.
Malam itu Moksu bermimpi, diatas sebatang pokok, makhluk besar berbulu bermata satu. Meludah ke atas kereta Accord mereka.
Dengan angkuh memberi amaran- 'Kenapa kau lalu sini? Lain kali jangan lalu lagi!!'.
Sejak itu, Poksu sentiasa mahu melalui ulang Jalan Pagoh tetapi ditegah Moksu. Bukan takut syaitan, tetapi tak mahu jadi bukan bukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Suatu masa
Apek Salleh- Gua ingat orang aaa. Pencuri ka perompak ka. Rupa kepala anjing badan orang oooo.
Atuk-Kau buat apa? (berkalih duduk)
Apek Salleh-Gua diam dulu aaa. Kereta gua parking dekat itu hantu. Tak boleh terus gua (masuk kereta). Tapi gua tak takut, gua kici kici kawan Melayu jadi gua tau lah itu benda apa. Orang Cina kata dewa dewi, tapi gua tau aa itu hantu aa. Setan.
Atuk-Memang setan (angguk)
Apek Salleh- Tapi masa gua jumpa itu hantu aaa gua cuma tanya 1 soalan aja aa sama diri wa.
Atuk-Apa?
Apek Salleh-Jumpa hantu macam itu, gua mahu bogel buang pakaian serupa jumpa Pontianak ka?
Hahahahahahaha
p/s-Salleh nama diberi kerana Apek Salleh ini sepanjang hidupnya sudah berkawan rapat dengan orang orang Melayu. Siap mengaku abang adik dengan arwah Atuk (Al Fatihah) penulis. |
|
|
|
|
|
|
| |
|