CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

[Tempatan] Barisan Kabinet 2013

[Copy link]
Post time 16-5-2013 11:45 AM | Show all posts
kalau nuar umumkan barisan kabinet dia dulu sebelum pru mesti dah menang sekrg...rakyat nak tgk juga sapa bakal menteri2 ni...PM sapa..oopppssssssssss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2013 11:48 AM | Show all posts
walaupun aku PR, aku setuju KJ naik balik.. sbb nampak mcm dh insoffff gitu khennnn

rugi gak tak amik dia. karismatik & capable gituuu
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 11:48 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 16-5-2013 11:45 AM
Hisam ni macam kes Sami bulu lah..parti nakkan dia..sebab tu suka tak suka Sami bulu tetap juga ja ...

selalu nya kan uols...kalau ahli MT umno kalah masa pru13 hari tu, agak2 masih jadi MT umno tak?

iols tak faham sgt procedure nya. ke kena undian jugak
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 11:49 AM | Show all posts
honeybee1802 posted on 16-5-2013 08:44 AM
harap wahid tangkap memana kakitangan kerajaan yg ske mengular time pejabat...hahaha..

Wahid masa dlm TM..citer pasal dia cair dan jual eset macam Khalid Gagap buat lah..tapi bila dia diMaybank..tak dengar plak dia jual eset...dengar bagus plak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 11:50 AM | Show all posts
shahidan dan idris jusoh pun ada??2 2 ni fail kat peringkat menteri besar..xlayak jadi menteri..sayang saifudin and ghani othman kalah..kalau x mesti ada nama mereka dalam kabinet ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 11:51 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 16-5-2013 08:44 AM
hisam - mindef......
nazri - pelancongan..

Najib kena letakkan yg kemutu gak..takkan nak letak yg sukar bugar je...nanti apa yg kemutu tu cakap plak?...habis manis sepah dibuang.

Ni tranformasi Najib gak lah..gandingkan yg kemutu dgn yg sukar bugar supapa yg sukar bugar boleh belajar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2013 11:52 AM | Show all posts
mustapha mohamed pun xpatut ada..bn kelantan telah gagal..

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 11:55 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 16-5-2013 11:51 AM
Najib kena letakkan yg kemutu gak..takkan nak letak yg sukar bugar je...nanti apa yg kemutu tu cak ...

ye lah kan. kalau letak sugar bugar semua camne nak belajar pulak kan..

transformasi bawah kepimpinan najib? nanti ada pulak yg meroyan uols..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2013 11:56 AM | Show all posts
haiku posted on 15-5-2013 09:47 PM
Hehe .. tak ada le anti sangat dgn Shahidan
Umur macam beliau tu patutnya berehat kat rumah main  ...
Umur, saiz fizikal, style & pengalaman dlm FAM & MyTeam membuatkan KJ calon yg sesuai jadi Menteri KBS ..
Tak kan nak pilih menteri sukan yang boroi & flabby pulak
ye betul
ni fisrt time aku agree dgn najib/jibby/bijan
sbb dia pilih KJ jd menteri belia dan sukan
plus, bukan stakat fizikal KJ jek, malah KJ bleh tekel org2 muda belia dan mmg kena sangat la dgn KBS
kalo letak veteran hamno/menetri umur 50 above, takde maknanya belia bagai
pastu menyusahkan sume orang nanti
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 12:02 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 16-5-2013 11:48 AM
selalu nya kan uols...kalau ahli MT umno kalah masa pru13 hari tu, agak2 masih jadi MT umno tak?
...

Tak semestinya kalah PRU maka tidak dipilih oleh para perwakilan..ia banyak bergantung sejauh mana dia disukai oleh ahli2 UMNO..krn yg memilih adalah ahli UMNO bukan dipilih oleh rakyat Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 12:04 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 16-5-2013 11:50 AM
shahidan dan idris jusoh pun ada??2 2 ni fail kat peringkat menteri besar..xlayak jadi menteri..saya ...

Shahidan memenuhi qouta Perlis...Idris pula memenuhi qouta Terengganu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 12:05 PM | Show all posts
PM hargai pengundi Sabah, Sarawak

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
[email protected]

PUTRAJAYA 15 Mei - Pembentukan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini menyaksikan hampir separuh jawatan menteri penuh disandang oleh wakil dari Sabah dan Sarawak.

Seramai tujuh wakil dari Sarawak dilantik sebagai menteri penuh di mana empat daripadanya merupakan timbalan menteri dalam Kabinet lalu dan seorang muka baharu iaitu Datuk Fadilah Yusof sebagai Menteri Kerja Raya, Datuk Joseph Entulu Belaun sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Timbalan Presiden (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) SUPP, Datuk Richard Riot Jaem sebagai Menteri Sumber Manusia.

Selain itu, bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim dilantik mengisi kekosongan di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dan seorang muka baru iaitu Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri sebagai Menteri di JPM.

Dalam masa sama, dua menteri penuh dalam Kabinet sebelum ini iaitu Senator Datuk Seri Idris Jala dikekalkan sebagai Menteri di JPM manakala bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berubah portfolio kepada Kementerian Perusahaan, Peladangan dan Komoditi.

Sementara itu, dua muka baru dari Sabah dilantik sebagai menteri penuh iaitu, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Dr. Ewon Ebin yang masing-masing mengisi kekosongan di Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Sains dan Teknologi.

Dua lagi menteri dalam Kabinet terdahulu iaitu Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Anifah Aman pula dikekalkan di kementerian yang sama iaitu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Luar Negeri.

Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pula bertukar portfolio ke Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air manakala bekas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup dinaikkan pangkat sebagai Menteri di JPM.

Sementara itu, empat wakil dari Sarawak dilantik mengisi jawatan sebagai timbalan menteri iaitu Datuk Joseph Salang (Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan), Datuk Dr. James Dawos Mamit (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Kementerian Dalam Negeri) dan Datuk Alexander Nata Linggi (Kementerian Luar Bandar dan Wilayah).

Tiga wakil dari Sabah pula dilantik sebagai timbalan menteri iaitu dua muka baru Datuk Mary Yap Kain Ching (Kementerian Pelajaran) dan Ahli Parlimen Beauford, Datuk Azizah Mohd. Dun (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri (Kementerian Pertahanan).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... rawak#ixzz2TQQ6tZql
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 12:07 PM | Show all posts
So..negeri2 lain kalau nak tengok pemimpin2 mereka ramai diKabinet..buat macam org Sabah dan Sarawak...jangan iri hati, busuk hati dan jeles hokehhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 12:08 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 16-5-2013 12:04 PM
Shahidan memenuhi qouta Perlis...Idris pula memenuhi qouta Terengganu.

masalahnya xkan xder yang lebih berkaliber dari shahidan dan derih jusoh tu di terengganu dan perlis..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 12:11 PM | Show all posts
Kabinet tambah masalah - Mahfuz
Harakahdaily  
Abdul Aziz Mustapha,  16 Mei 2013  


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyifatkan kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai kabinet tambah masalah.

"Tidak akan bermakna lantik Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri jika anggota kabinet yang lain terdiri dari mereka yang bermasalah," katanya.

Beliau mempersoalkan, apa yang boleh dilakukan oleh Paul jika dikelilingi oleh orang-orang yang bermasalah.

"Apa makna lantik Presiden TI-M kalau hanya untuk ditenggelami oleh orang-orang yang bermasalah.

"Dia bukan sahaja tidak akan mampu menyelesaikan masalah tetapi hampir serta merta akan tenggelam dan perkara itu akhirnya menambahkan lagi masalah.

"Sebab itu kita melihat kabinet yang Najib umum itu hanya kabinet tambah masalah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, antara perlantikan yang paling dipandang sinis oleh banyak pihak serta banyak mengundang kritikan ialah perlantikan perlantikan Datuk Tajuddin Abdul Rahman sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Antara lain, anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Datin Paduka Marina Mahathir menulis dalam laman Twitter "Six million dollar man Umno mendapat jawatan timbalan menteri".

Tajuddin diberikan nama jolokan itu selepas beliau dilaporkan telah dipecat dari Umno pada tahun 1995 kerana dituduh membayar RM6 juta untuk mengekalkan kedudukannya sebagai ketua bahagian.

Tajuddin juga baru-baru ini menerima anugerah konsesi RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah, Perak, walaupun syarikat milik beliau, Detik Utuh Sdn Bhd bukanlah syarikat pembinaan yang aktif dan tidak mempunyai rekod prestasi yang baik dalam bidang pembinaan.

Selain Tajuddin, kata Mahfuz, seorang lagi yang disebut terbabit dalam amalan politik wang oleh Lembaga Disiplin Umno sendiri ialah Khairy Jamaluddin.

Khairy dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Dalam tulisannya "Kenapa saya masuk balik Umno," antara lain Dr Mahathir menulis, "Saya percaya dia (Najib) tidak akan pilih perasuah yang terkenal dan diketahui umum seperti Khairy dan beberapa lagi sebagai menteri atau anggota kerajaan".

Mahfuz melihat tindakan Najib itu seolah-olah mencabar Dr Mahathir dan beliau ternanti-nanti untuk melihat apakah reaksi Dr Mahathir terhadap kabinet baru Najib itu.

"Bukan itu sahaja, tindakan mengekalkan orang seperti (Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) membuktikan Najib enggan melakukan perubahan ke arah lebih baik sedangkan Kementerian Dalam Negeri di mana beliau menjadi menterinya sebelum ini adalah antara yang paling banyak dilaporkan mengalami ketirisan dalam laporan Ketua Audit Negara.

"Itu belum lagi diambil kira orang seperti (Datuk Seri) Shahidan (Kassim) yang ditolak dan tidak diterima oleh istana," katanya.

Selepas pilihan raya 2008 lalu, istana Perlis menolak cadangan supaya Shahidan dilantik sebagai Menteri Besar negeri itu.

Najib melantik Shahidan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala Hishammuddin dilantik sebagai Menteri Pertahanan
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 12:12 PM | Show all posts
ideris jusoh yg ditolak sultan ganu jadik menteri
hindraf yg dulu dikata pertubuhan pengganas pun jadik munteri

hisapmudin jadik menteri pertahanan
selamatlah pavilion

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2013 12:13 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 16-5-2013 12:02 PM
Tak semestinya kalah PRU maka tidak dipilih oleh para perwakilan..ia banyak bergantung sejauh mana ...

owh ok. baru faham. so maknanya ada jugak menteri yg bukan MT umno sbb tak dipilih oleh ahli umno sendiri kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 12:19 PM | Show all posts
Aku setuju sangat KJ jadi Ment. Belia dan Sukan..

Apa yang aku lihat, perlantikan KJ ini dapat memberikan NAjib 2 kelebihan utama iaitu
1 - Menarik balik sokongan muda terhadap BN
2 - Mengimbangi kuasa dan pengaruh puak Mahathir - Muhyiddin - Mukhriz
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Idris dan shahidan??? Waytha?? Stock2 reject... Rugi duit tax aku bayar pencen diorang nanti...

Sbb nak memenuhi quota negeri? dulu2 quota kaum...bknnya dipilih atas sbb competency?? Wawasan 2020 jd wawasan 2030 jelah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 12:38 PM | Show all posts
perang_saudara posted on 15-5-2013 07:25 PM
isap mudim-anuar jeng

(yang najib dengan kakaknya, yang isap mudim dengan adiknya)

senyumnya seiras
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.075035 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list