|
Soalan 54
Bagaimana hendak mengetahui tahap kesuburan kerana risau disebabkan kelambatan berkahwin?
Jawapan
Sekiranya saudari tidak mempunyai penyakit seperti:
Diabetes (Kencing manis)
Kanser
Sakit Kelenjar Tiroid
Asthma
Kemurungan(depression)
Tidak mengambil ubat-ubat seperti:
Steroid
Ubat untuk kemurungan
Tidak merokok, Tidak mempunyai berat lebih 25% dari normal/terlalu kurus
Tiada masalah organ peranakan seperti Endometriosis, fibroid, pelvic inflammatory disease, period/menses normal (setiap bulan).
Kemungkinan % mengandung mengikut kajian adalah seperti berikut:
25-29 tahun : 78%
30-34 tahun : 63%
35-39 tahun : 52%
40-44 tahun : 36%
Walau bagaimana pun perlu diingatkan bahawa dalam perkahwinan, perlu kedua-dua suami dan isteri sihat dan subur, bukan hanya isteri sahaja. Saudari perlu menjaga kesihatan dan janganlah terlalu risau kerana perasaan bimbang ini juga boleh mempengaruhi kesihatan seseorang. |
|