CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: erusi

Kesalahan dalam bible

[Copy link]
 Author| Post time 12-8-2010 11:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by erusi at 12-8-2010 12:10

sambungan...

Reply 197# kompia23



Dalam buku saudara tu ada mengatakan sedemikian... atau itu pandangan saudara sendiri???? Boleh tunjuk kat mana??

Amat jelas pengetahuan kamu berkenaan dengan ayat-ayat Al-Qurah amat cetek.

Rujuk ayat di bawah.

As-Saff:6 Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”

Senang je... kesilapan penterjemahan dlm beberapa versi alkitab tidak bermaksud alkitab itu silap.

Rujukan asal bible itu sendiri adalah hasil daripada terjemahan. Jika penterjemahan sudah diakui silap, maka atas dasar apa untuk menolak bahawa rujukan yang digunakan itu tidak silap? Jika rujukan bible itu pun sudah ditemui berbeza antara satu sama lain pada sesetengah catatan, maka menjelaskan kesilapan sudah wujud dalam penterjemahan rujukan tersebut. Justeru bagaiman untuk mempastikan ayat-ayat yang lain dalam rujukan tersebut tidak silap? Bagaimana untuk mempastikan rujukan mana yang benar dan rujukan mana yang salah?

Yes, kamu hanya mampu mendakwa ianya tidak silap, tetapi kamu tidak mampu membuktikan kebenaran dakwaan kamu itu.

Hmmm... rasanya saudara ni terlalu ngian nak cari kesilapan alkitab sehingga mengabaikan perkara yg sebenar yg Tuhan nak beritahu... Apakah yg salasilah Yesus beritahu saudara.... salasilahnya ke Raja Daud dan kepada Adam... Itu je kan...

Percayakah saudara, yg saudara tidak akan dpt mencari satu pun prinsip yg diajarkan dlm alkitab kami tidak dpt ditunaikan oleh Tuhan...

Permasalahannya adalah jika catatan silsilah Jesus itu sudah salah, maka bagaimana dengan ayat-ayat prinsip yang diajarkan dalam bible kamu itu? Apakah ayat prinsip tersebut masih bersih daripada sebarang kesalahan ataupun ia juga mengalami nasib yang sama seperti ayat silsilah Jesus itu? Bagaimana kamu dapat mempastikan perkara ini? Apa rujukan yang kamu gunakan untuk mengesahkannya? Atau apakah kamu hanya menganggap ayat-ayat prinsip itu tidak salah seperti ayat-ayat silsilah Jesus itu? Jika demikian apa yang kamu anggap itu masih tidak terbukti benar. Kamu hanya berpegang pada yang tidak pasti. Apa alasan kamu untuk menafikan tindakan tersebut sebagai tindakan beriman secara buta tuli?

Yo saudara, kita berbeza kerana saudara cari kesilapan dlm alkitab. Saya tidak buat demikian di sini kerana ia bukan cara saya. Saya cuma nak beritahu saudara yg alkitab saya benar... kecuali saudara nak saya berbuat demikian... sebagaimana telah saya lakukan dlm thread.. why Islam is not for me... Dan kesilapan yg saudara katakan itu adalah kesilapan penterjemah bukannya salinan asli yg silap...

Apa yang kamu lakukan dalam thread why Islam not for me itu adalah mengemukakan pendirian kamu kenapa kamu menolak Islam, bukannya mengemukakan kesalahan yang kamu temui dalam Al-Quran. Dan kesilapan penterjemah bible itu menyebabkan penganutnya tidak dapat mempastikan rujukan mana yang benar dan rujukan mana yang salah. Saya ulang semula tulisan saya. Rujukan asal bible itu sendiri adalah hasil daripada terjemahan. Jika penterjemahan sudah diakui silap, maka atas dasar apa untuk menolak bahawa rujukan yang digunakan itu tidak silap? Jika rujukan bible itu pun sudah ditemui berbeza antara satu sama lain pada sesetengah catatan, maka menjelaskan kesilapan sudah wujud dalam penterjemahan rujukan tersebut. Justeru bagaiman untuk mempastikan ayat-ayat yang lain dalam rujukan tersebut tidak silap? Bagaimana untuk mempastikan rujukan mana yang benar dan rujukan mana yang salah?

Ada tu... dah beri byk kali...

Lukas 16:17  Lebih mudah langit dan bumi lenyap dari pada satu titik dari hukum Taurat batal.

Wahyu 22:19  Dan jikalau seorang mengurangkan sesuatu dari perkataan-perkataan dari kitab nubuat ini, maka Allah akan mengambil bagiannya dari pohon kehidupan dan dari kota kudus, seperti yang tertulis di dalam kitab ini."

Jika Tuhan memelihara bible, maka sila maklumkan kepada saya yang mana satu tulisan asal Lukas berkenaan dengan silsilah Jesus itu? Yang ada nama Admin atau yang tanpa nama Admin? Seterusnya bagaimana kamu mengesahkannya? Seterusnya jika pilihan kamu itu akan menafikan apa yang tercatat dalam bible atau rujukannya versi yang lain, maka bagaimana itu dapat dikatakan Tuhan memelihara bible itu, pada hal kamu sendiri menafikan catatan bible tersebut? Apakah catatan bible dan rujukannya itu adalah salah sehingga kamu menafikannya? Jika salah, itukah yang dinamakan Tuhan memelihara bible? Amat jelas tidak.

Justeru bro, ayat bible itu sendiri yang kononya dipelihara oleh Tuhan adalah tidak melambangkan keadaan sebenar yang tertimpa ke atasnya itu.

Ianya masih Firman Tuhan apabila pemahaman itu datang dari pimpinan Roh Kudus.

Saya rasa saudara pun tahu... ayat yg sama pun kalau difahami dari segi manusia je... byk perbezaan pendapat juga...

Justeru roh kudus memberikan maklumat yang salah? Di mana sifat maha benar roh kudus itu jika dia hanya mampu memberikan maklumat yang salah? Di mana sifat maha kuasa roh kudus itu jika dia tidak mampu memberikan maklumat yang betul kepada penulis-penulis bible itu?

Firman Tuhan yang menjelaskan sesuatu fakta, maka seharusnya tiada perbezaan pendapat berkenaan fakta tersebut. Jika Tuhan menjelaskan faktanya adalah "A", maka pastinya tiada perbezaan pendapat lain. Jika ada yang mengatakan "B" atau "C", maka pendapat tersebut adalah salah kerana bertentangan dengan fakta dalam firman Tuhan itu.

Kecualilah jika ayat tersebut adalah hanya tulisan manusia yang tidak lepas daripada melakukan sebarang kesalahan. Dan status tersebut menyebabkan ayat berkenaan bukan lagi firman Tuhan. Kerana firman Tuhan pastinya bukan sesuatu yang terkandung kesalahan.

Senang je... Tuhan yg akan menunjukkannya benar. Kerana bukan kami yg perlu membuktikannya benar tetapi Tuhan sendiri.. Sebab itulah sehingga hari ini, para Kristian makin percaya dgn Tuhan kerana Tuhan ternyata benar dalam FirmanNya.

Ayat kamu itu menjelaskan bahawa selama ini kamu sememangnya tidak punya sebarang bukti yang menyokong dakwaan kamu bahawa bible itu adalah benar. Jika demikian atas dasar apa untuk kamu menafikan bahawa tindakan tersebut adalah tindakan beriman secara buta tuli?

bersambung...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2010 11:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by erusi at 12-8-2010 12:11

sambungan...

Reply 197# kompia23

Jawapannya senang je... daripada ribuan naskhah yg ada tu... semuanya sama... zaman tak sama, tapi isinya masih sama... Itulah buktinya Tuhan memeliharanya... Lain karya walaupun bernilai seperti Socrates pun tidak dipelihara sebagaimana alkitab. Mungkin saudara boleh beritahu saya mana buku lain yg terpelihara lebih dari alkitab...

Saya katakan penterjemahan silap je dlm USB dan LAI... Pelik lah saudara ni..

Saya dah bagi bukti, cuma saudara tak nak dengar je..

Isinya sama? Cuba tengok semula di bawah.

ΚΑΤΑ ΛΟΥΚΑΝ 3:33 Greek NT: Tischendorf 8th Ed. with Strong's Numbers
το
ῦ

Ἀμιναδὰβ τοῦ
Ἀδμεὶν τοῦ
Ἀρνεὶ τοῦ
Ἑσρὼμ τοῦ Φάρες τοῦ
Ἰούδα


yang mana dituliskan,

ΚΑΤΑ ΛΟΥΚΑΝ 3:33 Greek NT: Tischendorf 8th Ed. - Transliterated
tou aminadab tou admein tou arnei tou esrōm tou phares tou iouda
tou aminadab tou admein tou arnei tou esrOm tou phares tou iouda


Sila rujuk di sini,
http://biblos.com/luke/3-33.htm

Namun lagi satu versi,

τοῦ
Ἀδμὶν τοῦ
Ἀρνὶ τοῦ
Ἐσρὼμ τοῦ Φάρες τοῦ
Ἰούδα

yang tidak mengandungi nama Aminadab.

Sila lihat link http://www.ccel.org/w/westcott/gnt/luke/luke_3.htm

Banyak lagi,

33 Stephens 1550 Textus Receptus
tou aminadab tou aram tou esrwm tou fareV tou iouda

Scrivener 1894 Textus Receptus
tou aminadab tou aram tou esrwm tou fareV tou iouda


Byzantine Majority
tou aminadab tou aram tou esrwm tou fareV tou iouda


Alexandrian
tou aminadab tou admin tou arni tou esrwm tou fareV tou iouda


Hort and Westcott
tou admin tou arni tou esrwm tou fareV tou iouda

Bisa dilihat di
http://www.greeknewtestament.com/B42C003.htm

ada lagi....

ΚΑΤΑ ΛΟΥΚΑΝ 3
Luke 3 Greek NT: Westcott / Hort, UBS4 Variants
33
το
ῦ
Ἀδμὶν / Ἀμιναδὰβ τοῦ
Ἀρνὶ / Ἀδμὶν τοῦ [Ἀρνὶ τοῦ] Ἑσρὼμ τοῦ Φάρες τοῦ
Ἰούδα

Linknya
http://whnac.biblos.com/luke/3.htm

Cuba kita lihat,
Ἀμιναδὰβ = Aminadab
Ἀδμὶ
ν = Admin
Ἀρνὶ
= Arni


Justeru lihat kepada “το
ῦ

Ἀδμὶν / Ἀμιναδὰβ “ iaitu “tou Admin/Aminadab”, yang mana menjelaskan anggapannya bahawa admin itu adalah mungkin juga Aminadab.

Seterusnya lihat lagi, “το
ῦ

Ἀρνὶ / Ἀδμὶν” iaitu “tou Arni/Admin”, yang mana menjelaskan anggapannya bahawa Arni itu adalah mungkin juga Admin. Ini menjelaskan bahawa WH sendiri tidak mengatakan dengan pasti bahawa Admin itu adalah Aminadab.

seterusnya,

Lihat pula manuskript codex sinaiticus.

What is Codex Sinaiticus?
Codex Sinaiticus, a manuscript of the Christian Bible written in the middle of the fourth century, contains the earliest complete copy of the Christian New Testament. The hand-written text is in Greek. The New Testament appears in the original vernacular language (koine) and the Old Testament in the version, known as the Septuagint, that was adopted by early Greek-speaking Christians. In the Codex, the text of both the Septuagint and the New Testament has been heavily annotated by a series of early correctors.

Luke 3
son of Aminadab, son of Admin, son of Ami, son of Hezron, son of Pharez, son of Judah,

Linknya
http://www.sinaiticus.com/

Tulisan dalam bahasa yunaninya boleh dilihat di link http://www.codex-sinaiticus.net/en/manuscript.aspx?=Submit Query&book=35&chapter=3&lid=en&side=r&verse=33&zoomSlider=0

Yo, bro rujukan-rujukan tersebut saling berbeza. Kelihatannya kamu tidak mahu melihat perbezaan yang terdapat dalam rujukan-rujukan bible itu. Yes, kamu hanya mampu mendakwa semua sama, tetapi tidak mampu menafikan pembuktian yang telah dipaparkan bahawa rujukan-rujukan tersebut sudah saling berbeza.

Dan seterusnya rujukan itu juga berstatus terjemahan daripada suatu bahasa ke bahasa greek kerana penulis-penulis asal bible itu adalah orang berbangsa yahudi dan bukannya orang berbangsa greek (yunani). Mereka (penulis asal bible) itu bertutur dalam bahawa ibrani (hebrew). Jika terjemahan daripada bahasa Greek ke bahasa lainnya itu boleh dikatakan salah, maka atas dasar apa untuk mengatakan bahawa terjemahan daripada suatu bahasa ke bahasa greek bible itu tidak akan mengalami kesalahan terjemahan seperti terjemahan daripada bahasa Greek ke bahasa lainya itu?

bersambung...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2010 11:56 AM | Show all posts

Sambungan…

Reply 197# kompia23


Mudah je.. Tuhan yg memelihara FirmanNya bukan manusia.

Yes, dan kelihatannya pemeliharaan Tuhan itu bukannya ke atas bible kamu.

Tidak bersetuju dengan dakwaan saya itu? Jika demikian maka sila buktikan bahawa bible kamu itu masih terpeihara daripada sebarang kesalahan.

Kalau terlebih masin sikit tu tidak memudaratkan lah... bro...

Ini bukan terlebih masih sikit, tetapi terlebih masih banyak, bro. Kerana kesalahannya adalah kesalahan fatal iaitu kesalahan yang tidak mampu dinafikan.

Betul tu... seperti yg sekrg sedang dipelajari saudara yg langsung bukan bahan dari Firman Tuhan. Tidak disokong sejarah, tidak disokong arkeologi, tidak disokong secara geografi... tidak disokong oleh buku Taurat dan Injil.. tiada sokongan...

Saya rasa itu amat tidak bertepatan dengan Al-Quran, kerana tiada permasalahan dalam Al-Quran yang dikemukakan oleh pihak kristian yang tidak mampu diperjelaskan oleh pihak muslim. Sebaliknya saya rasa itu adalah bertepatan dengan bible kamu yang mengandungi kesalahan fatal, bro sehinggakan kamu sendiri tidak mampu membuktikan mana satu catatan Lukas yang asli dalam versi-versi bible kamu itu.

Pelik ye... camna saudara nak katakan bentuk pemahaman saya itu silap sedangkan saudara sendiri pun tidak faham sendiri.

Saya tak faham sendiri? Sila buktikan saya tidak faham. Jika hanya mampu mendakwa saya tidak faham tetapi tidak mampu membuktikannya, maka budak yang tidak berilmu pun mampu mendakwa sedemikian.

Betul ke tu?? Rasanya saudara tersilap... muhammad terus ambil gundik aka isteri... kena ingat yg terakhir tu yg membunuhnya..

Nope, kamu yang silap kerana sememangnya tiada penambahan isteri oleh Nabi Muhammad. Gundik pula, tiada istilah gundik dalam Islam. Seterusnya tiada bukti bahawa Nabi Muhammad dibunuh oleh isterinya.

Dan kerana itu, muhammad melanggar hukum Tuhan... Jadi berdosakah dia tu??

Nabi Muhammad, malah semua nabi itu bersifat maksum iaitu dipelihara oleh Allah. Justeru mereka tidak pernah melanggar hukum Tuhan dan mereka bersih daripada sebarang dosa. Malah Nabi Muhammad dipuji oleh Allah dalam Al-Quran sehingga difirmankan sebagai seorang yang mempunyai akhlak terpuji.

Maksud saudara Tuhan pilih kasih?? Tuhan memberikan keistimewaan kepada muhammad?? Rasanya saudara lupa Tuhan kita adalah Tuhan yg adil bukan Tuhan yg pilih kasih.

Kerana Allah bersifat Maha Adil, Maha Penyayang dan Maha Mengetahui lah menyebabkan tidak semua ayat-ayat di dalam Al-Quran itu ditujukan kepada Nabi Muhammad, dan tidak semua perintah di dalam Al-Quran itu tertimpa pada semua golongan muslim tanpa mengira situasi dan keadaan sesuatu golongan muslim tersebut. Seperti yang saya perjelaskan, kerana sifat Maha Penyayang dan Maha Mengetahui Allah, menyebabkan Nabi Muhammad tidak diwajibkan menceraikan lebihan daripada 4 isteri-isterinya itu kerana tidak mahu isteri-isteri yang diceraikan itu akan berada dalam situasi hilangnya tempat pergantungan daripada seorang lelaki yang berstatus suami.

Unsur nafsu tiada?? Kahwin dgn bawah umur memang bukan pasal nafsu?? Ambil gundik perang bukan kerana nafsu???

Istilah bawah umur itu hanya muncul sejak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja. Pada hal orang-orang zaman dahulu umur 12, 13 tahun sudah pun mendirikan rumah tangga. Jika diikutkan sekarang ini umur sedemikian masih di bawah umur. Tetapi ianya tidak bagi masyarakat zaman terdahulu.

Dan Nabi Muhammad tidak ambil gundik perang. Dia hanya ambil tawanan perang untuk dijadikan isteri, bukannya gundik. Apabila dijadikan isteri, maka Nabi Muhammad sebagai suami mempunyai tanggungjawab yang harus dipenuhi ke atas isterinya. Belajarlah apakah tanggungjawab-tanggungjawab suami dalam Islam itu. Besar tanggungjawab nya, bro. Kalau kamu tidak tahu, memanglah kamu tidak merasa adanya tanggungjawab apa-apa.

Begitu juga dengan isteri-isteri Nabi Muhammad yang lain, yang semuanya adalah bertaraf janda yang sudah berusia. Jika Nabi Muhammad mementingkan nafsu, lebih baik dia ambil wanita-wanita yang muda untuk hanya dijadikan gundik, bukannya dijadikan isteri. Tetapi dia tidak melakukan sedemikian kerana tiada status gundik dalam Islam. Dan jika dia mementingkan nafsu, pastinya isterinya bukanlah 12 orang sahaja. Pastinya lebih ramai lagi. Contohnya Nabi Daud sampai 99 isteri.

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2010 05:28 AM | Show all posts

Contradiction Between The Saying Of Jesus AndJohn The Baptist


According to Jesus Christ, before he came asthe promised Messiah of God, Elijah must come first toannounce on his coming:


“His disciples asked, ‘Why do the teachers ofreligious law insist that Elijah must return before the Messiah comes?’ Jesusreplied, ‘Elijah is indeed coming first to set everything in order.” (Matthew17:10-11)



Who is this ‘Elijah’ who would proclaimed thecoming of ‘the Messiah’? According to the Gospel of John, when some of theJewish Rabbi from Jerusalem ask John the Baptist whether he was the Elijah, hereplied:


“I am not the Messiah, he said. Well then, whoare you? They asked. Are you the Elijah? No he replied.” (1:19-21, NLT)



While Jesus is quoted of saying:


“I assure you, of all who ever lived, none isgreater than John the Baptist…And if you are willing to accept what I say, heis Elijah, the one the prophets said would come.” (Matthew 11:14, NLT)



Jesus says that John is the Elijah who mustcome first while John himself denied that he is the Elijah promised by Jesus,with the result that the statements of John and Jesus contradict each other.

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2010 02:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by sixret at 15-8-2010 14:42

Quotation:

"Every Christian layman believe or want to believe that Bible is the book from God,but we firmly believe that Bible has been corrupted long ago through our studies and extensive researches.It is the most disputable book,"Dr. Arthur Weigall (A proffesor in Christian History)


"They try so hard to defend their "ancestory" book but without any creditable research.Just a plain sentiment.I as a Christian scholar has lost hope long ago on defending bible after my research," Tony Bushby( A former Anglican priest)



"How well we know what a profitable superstition this fable of Christ has been for us." - Pope Leo

X (1513-1521)



"For on a time when a cardinal Bembus did move a questionout of the Gospel, the Pope gave him a very
contemptuous answer saying:
All ages can testify enough how profitable that fable of Christ hath been to us and
our company.
"
(book:Pageant of the Popes Page 179)



The Pope admitted that the motivation was monetary!!!

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2010 03:49 PM | Show all posts

This is a photographic reproduction from the R.S.V. 1971.




"YET THE KING JAMES VERSION HAS GRAVE DEFECTS." And, "THAT THESE DEFECTS ARE SO MANY AND SO SERIOUS AS TO CALL FOR REVISION . . ." This is straight from the orthodox Christian scholars of "the highest eminence." Another galaxy of Doctors of Divinity are now required to produce an encyclopaedia explaining the cause of those GRAVE AND SERIOUS DEFECTS in their Holy Writ and their reasons for eliminating them.-Ahmad Deedat

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2010 01:57 PM | Show all posts
Reply 204# sixret

Yo sis,

About your question on Elijah and John, the answers are here.

http://www.gotquestions.org/John-Baptist-Elijah.html

John the Baptist is not Elijah but have the spirit and power of Elijah (Luke 1:17). And that is what Jesus has referred to.

The bible can answer for itself in time if you are confused. Do read it and you will understand.

Regards.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 02:00 PM | Show all posts
Reply 205# sixret

"YET THE KING JAMES VERSION HAS GRAVE DEFECTS." And, "THAT THESE DEFECTS ARE SO MANY AND SO SERIOUS AS TO CALL FOR REVISION . . ." This is straight from the orthodox Christian scholars of "the highest eminence." Another galaxy of Doctors of Divinity are now required to produce an encyclopaedia explaining the cause of those GRAVE AND SERIOUS DEFECTS in their Holy Writ and their reasons for eliminating them.-Ahmad Deedat


And thus, what do they do... they went and retranslate it again from the original texts.

Simple isn't it.

Regards
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2010 02:25 PM | Show all posts
Reply 199# erusi

Apa yang diperbahaskan ini adalah Al-Quran. Justeru ianya adalah benar dalam konteks org Islam. Kamu mempertikaikan Al-Quran dengan melihat dari sudut konteks kristian. Saya tidak sependapat dengan kamu berkenaan wahyu itu.


Bro, dkt forum ini, saya tak nak bahas ttg Al-Quran. Sbb nanti jadi forum RSF pulak. Wahyu tu, saya terangkan dari segi kepercayaan kami sebagai org Kristian. Saudara tak terima itu hak saudara.

Kamu melihat buku Harry Potter itu sebagai buku yg tiada bermasalah? Jika demikian, kelihatannya buku Harry Potter itu lebih sempurna jika dibandingkan dengan buku bible kamu yang diakui wujud kesilapan terjemahan itu. Saya tidak melihat buku Harry Potter itu daripada Tuhan kerana tiada dakwaan pun ianya adalah daripada Tuhan.


Rasanya saudara ini tersilap menilai apa yg saya katakan. Saya cuma tunjukkan kepada saudara bahawa penilaian yg tiada kesilapan dlm sesebuah buku tulisan manusia tidak bermakna ia adalah dari Tuhan.

Sememangnya subjektif, tetapi ianya bukan masalah. Namun bukan semua yg terdapat dalam Al-Quran itu adalah bersifat subjektif, ada juga yang bersifat fakta. Namun dari sudut fakta pun kaum kristian tidak dapat mencari sebarang kesalahan dalam Al-Quran.


Banyak tu... taip je dlm internet.

Berkenaan dengan sayap lalat, sekarang ini sudah terbukti banyak kajian tertumpu kepada lalat untuk mencari penawar daripadanya.


Boleh berikan buktinya.. Yg sebelah sayap tu racun, sebelah sayap satu lagi tu penawar??

Dalam Islam, terdapat perintah tertentu Tuhan yang tidak sama untuk semua manusia. Ianya bergantung kepada keadaan dan kemampuan sesuatu golongan manusia tersebut terhadap sesuatu perintah Tuhan.


Maksud saudara, perintah Tuhan itu berkecuali kepada org tertentu?? Dlm kata lain, dosa bagi org lain bukan dosa bagi golongan tertentu? Camtu, saudara nak kata, setiap manusia ini berbeza harganya di mata Tuhan? Tuhan Kristian tak macam tu. Setiap org adalah sama berharga di mata Tuhan. Beri alasan yg lebih munasabah tu.

Sebagai contoh, Tuhan mewajibkan ibadat puasa. Namun kewajipan itu hanya jatuh pada golongan manusia yang sesuai dan mampu menjalankan ibadat tersebut. Bagi golongan manusia yang uzur, sakit atau sebagainya, mereka tidak diwajibkan menjalankan ibadat tersebut disebabkan tiada keupayaan mereka untuk menjalankan ibadat tersebut, juga untuk mengelakkan kemudharatan tertimpa ke atas mereka.


Kalau saudara rujuk ke negara Israel tu... yg kaum terpilih oleh Tuhan zaman lalu lalu tu. Ada dia org berpuasa sebulan cam saudara buat??? Takde. Jadi, kenapa dilakukan sekrg? Tuhan berubah fikiran lagi? Lagi satu, Israel adalah kaum pilihan Tuhan kerana janji Tuhan kepada Abraham.. ribuan generasi. Tetapi kenapa semua negara Islam menentang Israel? Ada udang di sebalik batu??

Penceraian isteri-isteri nabi Muhammad itu kelak akan membawa kepada kemudharatan kepada isteri-isteri nabi. Kerana penceraian tersebut akan menyebabkanmereka hilang perlindungan daripada lelaki yang bergelar suami. Ini kerana wanita-wanita yang telah menjadi isteri nabi Muhammad tidak boleh dikahwini pula oleh mana-mana lelaki lainnya.


Betul. Dan nabi m pulak boleh kahwin isteri kawannya yg diceraikan.

Bagi orang yang hanya mahu melihat dari satu sudut pelanggaran perintah Tuhan, memang akan nampak wujudnya sesuatu yang tidak bertepatan dengan perintah Tuhan. tetapi bagi orang yang melihat secara keseluruhan dan memahami situasi tersebut, akan dapat melihat bahawa keadaan itu sebenarnya tidak melanggar perintah Tuhan.


Terbalik tu saudara, bagi yg melihat secara menyeluruh akan dpti yg perintah itu bermasalah. Tetapi bagi yg melihat kpd individu, yg menjadikannya tidak bermasalah. Tuhan itu bukan Tuhan kepada nabi je.

Kerana apa? Kerana seperti yang saya katakan, dalam Islam, terdapat perintah tertentu Tuhan yang tidak sama untuk semua manusia kerana ianya bergantung kepada keadaan dan kemampuan sesuatu golongan manusia tersebut terhadap sesuatu perintah Tuhan itu.


Camtu, Tuhan yg saudara kenal tidak sama dengan Tuhan yg saya kenal. Tuhan saya tidak pilih kasih.

Seterusnya harapan utama mati untuk Tuhan adalah untuk memperolehi syurga, bukannya untuk memperolehi 7 perawan.


Tetapi itu yg dikatakan sebagai habuan kepada mereka yg mati di medan perang bukan mati biasa.

Di dalam syurga itu terdapatnya segala-galanya sehinggakan benda-benda yang tidak terlintas di akal fikiran pun terdapat di syurga. Justeru jika sekadar mereka inginkan 7 perawan, sememangnya akan ditunaikan oleh Allah. Begitu juga dengan wanita. Setiap hajat mereka akan ditunaikan oleh Allah. Justeru jika mereka inginkan 7 pria, maka tiada halangan untuk mereka perolehinya kerana setiap hajat penghuni syurga itu akan ditunaikan oleh Allah kerana syurga itu adalah nikmat yang paling baik.


Maksud saudara tu, dkt syurga tu saudara boleh buat seks berkumpulan ke??? . Syurga tempat utk melayani Tuhan dan menikmati kebaikan Tuhan bukan tempat berseronoklah.

Justeru tiada nikmat yang lebih baik daripada nikmat dapat berdampingan dengan para nabi dan nikmat bertemu dengan Tuhan. Bila itu difikirkan, maka kita boleh lihat akan tiada permintaan lain oleh penghuni syurga selain daripada permintaan bertemu dengan Tuhan dan mendampingi para nabi. Namun gambaran bersenang-senang dengan perawan dalam syurga itu perlu untuk menjelaskan kenikmatan syurga tersebut dan memperjelaskan bahawa di dalam syurga itu tiada satupun hajat penghuninya yang tidak ditunaikan oleh Allah.


Hmm... bila saya baca keterangan saudara tu... saya rasakan percanggahan yg teramat sgt. Sukar nak dipercayai. Satu belah kata nak bagi 7 perawan atau 7 pria. Satu belah kata nak hidup alim. Satu belah lagi kata ada sungai arak yg mengalir, yg lebih sedap dari arak kat dunia tetapi dikatakan tidak memabukkan... hai hai hai... Itukah syurga Tuhan atau syurga buatan manusia. Rasanya, yg kedua tu rasanya lebih betul.

Dan seterusnya setiap permasalahan yang terdapat dalam web itu, semuanya adalah jenis-jenis permasalahan yang sudah terjawab oleh pihak Islam. Dan jawapan daripada pihak Islam itu tidak mampu dinafikan oleh pihak kristian.


Tak mampu dinafikan atau saudara tak nak dengar keterangan kami??

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 02:46 PM | Show all posts
Reply 200# erusi

Dan kami umat Islam ketika bersolat sememangnya tidak tunduk pada binaan kaabah itu. Dalam solat kami hanya tunduk kepada Allah sahaja, bukannya kepada binaan kaabah itu. Cumanya solat kami itu dalam arah yang satu iaitu menghadap ke kaabah. Justeru apa masalahnya?


Dah terang-terang buat, nak nafikan. Arah mana saudara sembahyang ke?? Ke arah Kaabah. Apa yg di depan saudara masa saudara tunduk berlutut tu?? Bukankah kaabah?

Tercatat dalam Al-Quran yang juga bersifat kitab sejarah umat manusia. Justeru apa masalahnya?


Memang ada masalah. Buku suci saudara tu takde dicatitkan dlm sejarah manusia sehingga masa wujud nabi saudara tu je. Sejarah tu merujuk kpd pengetahuan org lain yg sudah mengetahuinya.

Boleh, buktinya dalam Al-Quran mencatatkan sejarah yang mana kaabah itu dibina oleh Nabi Ibrahim dengan dibantu oleh anaknya Nabi Ismail. Nabi Ibrahim itu sendiri adalah bapa kepada orang yahudi yang membina rumah ibadat di jerusalem itu. Justeru sudah tentu binaan Nabi Ibrahim lebih dahulu wujud daripada binaan yang dibina oleh keturunan-keturunannya.


Bagus tu. Boleh bagi bukti sejarah yg ibrahim dan ismail ada kat Mekah??

Binaan rumah ibadat di jerusalem itu, ada tak kajian saintifik untuk bahan binaan di sana? Jika ada sila kemukakan kepada saya.


Buat apa nak kajian saintifik. Kan Jerusalem masih ada kat sana.

http://blog.standforisrael.org/articles/archaeologists-uncover-3350-year-old-document-near-jerusalems-city-wall

Ayat kamu itu menjelaskan kamu tidak punya bukti bahawa di kaabah itu wujud roh-roh Tuhan. Justeru itu menjelaskan kamu hanya beranggapan kosong semata-mata. Penyembahan berhala dilakukan oleh orang-orang kufur di kaabah itu, namun itu tidak bermakna wujudnya roh-roh tuhan di sana. Berhala-berhala itu bukannya tuhan. Ia hanya batu kosong semata-mata.


Rasanya, saudara sendiri yg tidak faham. Kalau takde roh dkt kaabah masa 300 tuhan disembah tu. Ada org akan pergi ke sana ke?

Apakah rujukan-rujukan lain itu salah? Jika rujukan-rujukan lain itu salah, maka atas dasar apa untuk membuktikan rujukan-rujukan lain itu salah?


Rujukan lain tidak salah sebahagian disalah terjemahkan je.

Bersambung....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 07:19 AM | Show all posts
salam sume,

sebagai pembaca kat sini, saya nak sentuh sikit tentang beberapa perkara.... antaranya tentang isu sembahyang menghadap kaabah, sampai bila isu ni nak selesai? saudara kompia mempersoalkan isu ini(secara fizikal, berlutut, tunduk=rukuk dan sebagainya di depan kaabah bermaksud menyembah kaabah) dan saudara erusi telah pun menjawabnya... dan jawapannya terpulang kapada saudara kompia untuk menilai dari segi kepercayaan saudara... soalan telah diajukan, jawapan telah diberikan tetapi tak jugak selesai2, saya hargai niat saudara erusi untuk menjawab segala yang dipersoalkan oleh saudara kompia... apabila semakin jauh dalam isu ni, saya dapati saudara kompia byak memsoalkan benda yang sama maka dengan itu samalah juga jawapan yang diberikan oleh saudara erusi, saya pun menjadi agak bosan apabila membacanya... jika diskip saya takut saya akan terlepas point2 penting so terpaksalah saya baca berulang2....

kesimpulannya saudara kompia, muslim bukan menyembah kaabah, muslim hanya sembahyang menghadap kaabah, berbeza tau... niatnya "sahaja aku sembahyang fardhu subuh 2 rakaat tunai kerana Allah swt"(sembahyang kerana Allah swt sahaja)... bukannya "sahaja aku sembahyang fardu subuh 2 rakaat tunai menyembah kaabah" nak tau kenapa menghadap kaabah? kerana kaabah(kiblat) adalah simbol memberitahu bahawa muslim hanya menyembah 1 tuhan(1 arah, 1 tujuan, 1 pegangan, 1 jalan) sahaja iaitu Allah s.w.t. (kalu banyak tuhan nnti keliru nak ikut tuhan mna?, kalu byk arah nk ikut arah mna nnti tersesat pulak, kalau byk pegangan nanti bercanggah pulak satu sama lain)=jawapan dari kacamata seorang muslim seperti saya.

ada yang mempersoalkan kenapa perlu sembahyang menghadap kaabah, tidak terus menghadap Allah swt? seperti yang saudara kompia nyatakan tuhan boleh berada di mana2 sahaja(jika berkehendakkannya dan ianya memang betul). tapi kami sebagai muslim kompem la akan kelam kabut, kejap ali sembahyang ke kanan, emaknye smbhyg menghadap kiri, bapaknye menghadap ke depan, pening orang yang tengok, itu bru rumah... camne nak kira berjuta-juta muslim kat mekah, bermacam2 arah sembahyang... kononnya sebab menyembah tuhan yang berada di mana2 tempat walaupun serentak, nanti ada pulak orang yang cakap gila... sebab itu muslim disuruh sembahyang menghadap 1 arah sahaja iatu sebelumnya jerussalem, sekarang di mekah(kaabah)...diingatkan! jangan kompius di sini! baca dulu di bawah...(Allah swt maha mengetahui segala yang tersurat dan tersirat)

soal bertukar dari israel(jerussalem) ke mekah(kaabah) tu? kenapa mempertikaikannya(baca bawah)? ianya sangat berkaitan dgn isu menyembah kaabah... kenapa hanya mempersoal kononnya menyembah kaabah? tapi tak pulak mempersoalkan muslim dahulu yang menyembah jerussalem? maksud saya jika muslim cuma menyembah benda(kaabah) agak2nya kaabah ni berjalan ke berlari dari jerussalem ke mekah? ke naik Qatar airways? owh! kaabah mmg tak pernah wujud pun kat jerussalem...

kalau tuhan tidak memindahkan (jika faktor pemindahan arah kiblat dari israel ke mekah yang menjadi soalnya) arah kiblat, bermaksud muslim akan ada 2 kiblat(jerussalem & kaabah) hah! kelam kabut la saya mcm mna nk menghadap 2 kiblat dalam satu smbahyang? Allah swt Maha Mengetahui segala yang tersurat & tersirat, kesimpulannya muslim tidak menyembah tempat atau benda... muslim hanya menurut perintah tuhan(pencipta alam dan isinya) dah disuruh-Nya kita sembahyang menghadap kaabah, dahulunya muslim disuruh sembahyang menghadap jerussalem... kita patuh je la, sudah itu perintah Yang Maha Berkuasa, apa hak kita sebagai manusia untuk mempertikai kan Perintah tuhan yang maha kuasa? Allah menurunkan bala tsunami... apa hak kita untuk mempertikaikan samada Allah swt itu kejam(ada org mempersoalkan hal ni)? apa hak kita untuk mempersoalkan sahabat kita kaya, tetapi kita miskin? hanya org(muslim) yang tak sedar diri sahaja yang mempertikaikannya(saya tidak maksudkan saudara kompia kerana saya faham pendapat dan pegangan kita berlainan dan akan sentiasa berlainan), dah la cuma hamba, tapi nak lebih2 pulak, tak sedar diri...!! bak kata pepatah, beri betis nak peha, jgn la kita(muslim) menjadi seperti anjing yang menggigit tangan tuannya yang memberikan makan(pepatah).. bersyukur la dgn apa yang ada.. setiap kejadian yang terjadi ada hikmah di sebaliknya.. sedarlah kita hanya hamba Allah yang sangat hina... kita hanya hamba yang hina! dari-Nya kita dijadikan, kepada-Nya kita dikembalikan... =dari kacamata seorang muslim seperti saya.

syurga.... adalah destinasi yang dijanjikan oleh Allah swt kepada umat beriman kepada-Nya... saudara kompia jgn la tanya detail sangat 7 perawan la, sungai arak segala bagai.... penat saya nak membaca soalan saudara yang berulang2 bersama jawapan saudara erusi yang juga akn berulang2... satu je yang saudara kompia perlu faham, di syurga tiada batasan, seperti yang saudara erusi terangkan... tiada batasan! pasni diharap takda la lagi soalan tentang 7 perawan, kawin 90 org, minum arak, terjun dari everest, berenang di angkasa, snorkeling di marikh...(suma ni takda masalah di syurga, sebut je nak apa, semua tercapai) harap saudara kompia faham inilah ganjaran syurga dari kacamata seorang muslim seperti saya, syurga dari pandangan kristian mungkin lain kan sebab kita agama lain2, anda betul dgn ajaran anda, saya betul dgn ajaran saya...takda yang salah

seboleh2nya saya takkan respon kepada sebarang reply, sebab saya nk fokus kepada saudara erusi dan saudara kompia.... harap semua faham... jika saudara kompia dan saudara erusi tidak sependapat dengan saya, tidak mengapa.. saudara2 boleh teruskan hujah2 tentang kaabah dan syurga seperti sediakala... saya terpaksa baca juga.. kan... teruskan je...
(maaf jika pernyataan yang saya berikan di atas adalah salah, saya belajar tak tinggi... harap diperbetulkan)

--saya terpaksa mengformalkan bahasa saya sebagai menghormati saudara erusi & saudara kompia--
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 05:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by kompia23 at 25-8-2010 17:10

Reply 211# pelastik

apabila semakin jauh dalam isu ni, saya dapati saudara kompia byak memsoalkan benda yang sama maka dengan itu samalah juga jawapan yang diberikan oleh saudara erusi, saya pun menjadi agak bosan apabila membacanya... jika diskip saya takut saya akan terlepas point2 penting so terpaksalah saya baca berulang2....


Hmmm... maaflah bro, kalau saudara terpaksa membaca berulang-ulang... tetapi hakikat di sini adalah tunduk dan sembah kepada kaabah adalah sesuatu yg tidak dibenarkan dlm alkitab dan itu yg saya terangkan kepada si erusi yg masih tidak mengerti dan saya rasa saudara pun sama. Dlm perjanjian lama, wujud peristiwa di mana umat Israel membelakangkan Tuhan dan membentuk satu anak lembu emas dan berlutut dan menyembahnya. Kita org tahu, mereka bukan menyembah patung lembu tersebut tetapi tuhan mereka di zaman Mesir. Itu yg saudara buat juga. Saya cuma tunjukkan yg ini tidak dibenarkan dlm ajaran Kristian. Saudara sekrg di forum Kristian. Jadi, tidak mungkin saya akan mengatakan apa yg saudara buat adalah betul dari segi Firman Tuhan.

  kerana kaabah(kiblat) adalah simbol  memberitahu bahawa muslim hanya menyembah 1 tuhan(1 arah, 1 tujuan, 1 pegangan, 1 jalan) sahaja iaitu Allah s.w.t. (kalu banyak tuhan nnti keliru nak ikut tuhan mna?, kalu byk arah nk ikut arah mna nnti tersesat pulak, kalau byk pegangan nanti bercanggah pulak satu sama lain)=jawapan dari kacamata seorang muslim seperti saya.


Itu memang jawapan dari setiap yg seagama dgn saudara. Tetapi saya nak katakan, Tuhan itu ada di merata tempat bukan di satu tempat. Sebab tu, umat Kristian boleh berdoa kat mana mana je dan tidak perlu menuju ke arah yg tertentu dan itu juga yg ditunjukkan oleh Yesus. Masa Dia berdoa tak pernah Dia minta arah kiblat. Tak pernah sekalipun dlm perjanjian lama, oleh semua para nabi yg perlunya berdoa ke arah yg saudara katakan. Itu yg saya nak saudara fikirkan. Sesuatu yg tidak pernah dipraktikkan tiba tiba dipraktikkan.

nanti ada pulak orang yang cakap gila... sebab itu muslim disuruh sembahyang menghadap 1 arah sahaja iatu sebelumnya jerussalem, sekarang di mekah (kaabah)...diingatkan! jangan kompius di sini! baca dulu di bawah...(Allah swt maha mengetahui segala yang tersurat dan tersirat)


Adakah saudara katakan semua nabi dulu gila?? Jgn kompius kan sendiri tu.

kenapa hanya mempersoal kononnya menyembah kaabah? tapi tak pulak mempersoalkan muslim dahulu yang menyembah jerussalem? maksud saya  jika muslim cuma menyembah benda(kaabah) agak2nya kaabah ni berjalan ke berlari dari jerussalem ke mekah? ke naik Qatar airways? owh! kaabah mmg tak pernah wujud pun kat jerussalem...


Rasanya saudara tak baca habis apa debat saya bersama erusi. Saya persoalkan bagaimana saudara tahu yg roh-roh yg disembah di kaabah sudah tiada? 300 tuhan yg berlainan. Pernahkah saudara lihat kepercayaan org Cina. Mereka menjemput tuhan mereka dlm patung keluar masuk ke badan mereka?? Jadi 300 tuhan, takde roh ke?

kalau tuhan tidak memindahkan (jika faktor pemindahan arah kiblat dari israel ke mekah yang menjadi soalnya)  arah kiblat, bermaksud muslim akan ada 2 kiblat(jerussalem & kaabah) hah! kelam kabut la saya mcm mna nk menghadap 2 kiblat dalam satu smbahyang?


Kalau tidak ditentukan kiblat, kan senang saudara nak berdoa.

Allah menurunkan bala tsunami... apa hak kita untuk mempertikaikan samada Allah swt itu kejam(ada org mempersoalkan hal ni)? apa hak kita untuk mempersoalkan sahabat kita kaya, tetapi kita miskin? hanya org(muslim) yang tak sedar diri sahaja yang mempertikaikannya(saya tidak maksudkan saudara kompia kerana saya faham pendapat dan pegangan kita berlainan dan akan sentiasa berlainan), dah la cuma hamba, tapi nak lebih2 pulak, tak sedar diri...!! bak kata pepatah, beri betis nak peha, jgn la kita(muslim) menjadi seperti anjing yang menggigit tangan tuannya yang memberikan makan(pepatah).. bersyukur la dgn apa yang ada.. setiap kejadian yang terjadi ada hikmah di sebaliknya.. sedarlah kita hanya hamba Allah yang sangat hina.


Yo bro, bagi saya miskin dan kaya bukan persoalannya di sini. Tuhan berikan apa, dan ia akan dipertanggungjawabkan ke atas kita. Yg kaya akan diadili dgn apa yg diberi, sama dgn yg miskin. Sebab tu dlm Yesus mengatakan, utk org kaya ke syurga adalah seperti unta masuk ke mata jarum.

Tuhan turunkan bala tsunami sebagai amaran kepada umatNya yg Dia berkuasa. Dan masanya sudah mahu tiba. Gempa bumi, kebuluran, penyakit, peperangan sudah ada. Itu permulaan kepada akhirat.

kita hanya hamba yang hina! dari-Nya kita dijadikan, kepada-Nya kita dikembalikan... =dari kacamata seorang muslim seperti saya.


Memang kita ini hambaNya dan sebagai hambaNya, saya harus memberitahu kebenaran FirmanNya kepada saudara.

syurga.... adalah destinasi yang dijanjikan oleh Allah swt kepada umat beriman kepada-Nya... saudara kompia jgn la tanya detail sangat 7 perawan la, sungai arak segala bagai.... penat saya nak membaca soalan saudara yang berulang2 bersama jawapan saudara erusi yang juga akn berulang2.


Berulang?? Cuba saudara fikir dgn betul betul... Adakah Tuhan kita jenis yg nak merasuah kita supaya kita melakukan pekerjaanNya??

Satu je yang saudara kompia perlu faham, di syurga tiada batasan, seperti yang saudara erusi terangkan... tiada batasan! pasni diharap takda la lagi soalan tentang 7 perawan, kawin 90 org, minum arak, terjun dari everest, berenang di angkasa, snorkeling di marikh...(suma ni takda masalah di syurga, sebut je nak apa, semua tercapai) harap saudara kompia faham inilah ganjaran syurga dari kacamata seorang muslim seperti saya


Itulah masalahnya saudara, bagi saudara - syurga adalah tempat enjoy, tempat berpesta pora, melakukan apa yg saudara nak, tetapi ini adalah berbeza dgn kami, umat Kristian. Syurga adalah tempat di mana kami bersama lagi dgn Tuhan dan menjaga ciptaanNya seperti yg dilakukan sebelum manusia jatuh dlm dosa.

syurga dari pandangan kristian mungkin lain kan sebab kita agama lain2, anda betul dgn ajaran anda, saya betul dgn ajaran saya...takda yang salah


Itu betul dan itu saya hormati. Tetapi bila saudara katakan sedemikian kat forum Kristian, saya akan melihatnya dari segi alkitab dan bukan dari pandangan saudara.

saya takkan respon kepada sebarang reply, sebab saya nk fokus kepada saudara erusi dan saudara kompia....  harap semua faham... jika saudara kompia dan saudara erusi tidak sependapat dengan saya, tidak mengapa.. saudara2 boleh teruskan hujah2 tentang kaabah dan syurga seperti sediakala... saya terpaksa baca juga.. kan... teruskan je...


Tidak respon takpe... Tapi harap saudara tak kisah kalau saya jawab balik persoalan saudara tu.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 03:06 AM | Show all posts
Post Last Edit by pelastik at 26-8-2010 05:26

Reply 212# kompia23

maaf saudara kompia, terasa nak reply plak...

Hmmm... maaflah bro, kalau saudara terpaksa membaca berulang-ulang... tetapi hakikat di sini adalah tunduk dan sembah kepada kaabah adalah sesuatu yg tidak dibenarkan dlm alkitab dan itu yg saya terangkan kepada si erusi yg masih tidak mengerti dan saya rasa saudara pun sama. Dlm perjanjian lama, wujud peristiwa di mana umat Israel membelakangkan Tuhan dan membentuk satu anak lembu emas dan berlutut dan menyembahnya. Kita org tahu, mereka bukan menyembah patung lembu tersebut tetapi tuhan mereka di zaman Mesir. Itu yg saudara buat juga. Saya cuma tunjukkan yg ini tidak dibenarkan dlm ajaran Kristian. Saudara sekrg di forum Kristian. Jadi, tidak mungkin saya akan mengatakan apa yg saudara buat adalah betul dari segi Firman Tuhan.


it's okey.. saya akan terima pengulangan tu.. yg penting ilmu yang kita dapat..
ya, dalam Al-Quran juga ada menyebut tentang peristiwa tersebut... dan ajaran kami juga menyatakan mereka sememangnya menyembah(menyekutukan Allah SWT) lembu tersebut. tetapi dalam Al-Quran juga menyebut di Mekah mmg umat islam sujud, tunduk. tetapi bukan menyembah Kaabah, Kaabah hanyalah rumah(tempat berkumpul).

Al-Baqarah: 125: Dan (ingatlah), ketika kami menjadikan rumah(Ka'abah) tempat berkumpul dan tempat aman bagi manusia. Dan jadikanlah maqam Ibrahim itu tempat salat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Isma'il," Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, orang yang itikaf, orang yang ruku',dan orang yang sujud!"

kami diperintahkan oleh Allah SWT hnya untuk beribadat(menyembah Allah SWT) di sana( untuk orang-orang yang tawaf, orang yang itikaf, orang yang ruku',dan orang yang sujud!). bukan disuruh menyembah Kaabah(tempat berkumpul dan tempat aman bagi manusia)...

saya faham ianya bercanggah dengan pendirian saudara(kerana kita berlainan pegangan) dan bible. saya hormati forum ini, cuma sekadar memberikan info tentang agama saya(islam)...


Itu memang jawapan dari setiap yg seagama dgn saudara. Tetapi saya nak katakan, Tuhan itu ada di merata tempat bukan di satu tempat. Sebab tu, umat Kristian boleh berdoa kat mana mana je dan tidak perlu menuju ke arah yg tertentu dan itu juga yg ditunjukkan oleh Yesus. Masa Dia berdoa tak pernah Dia minta arah kiblat. Tak pernah sekalipun dlm perjanjian lama, oleh semua para nabi yg perlunya berdoa ke arah yg saudara katakan. Itu yg saya nak saudara fikirkan. Sesuatu yg tidak pernah dipraktikkan tiba tiba dipraktikkan.


doa tak perlu mengarah ke kiblat... hanya sembahyang sahaja mengarah ke kiblat...

maaf sekadar info mengenai islam...(saya hormati pendirian saudara & agama saudara berbeza)


Adakah saudara katakan semua nabi dulu gila?? Jgn kompius kan sendiri tu.


maaf mungkin ayat saya tidak kemas, gila yang saya maksudkan bukan kepada nabi2(sesiapa sahaja yg muslim), tetapi kepada non-muslim(mengatakan gila) setelah yang melihat ragam umat islam yang kononnya sembahyang pelbagai arah... tetapi itu tidak berlaku, kami sembahyang dgn teratur walaupun berjemaahkan berjuta2 org dgn seorang imam...

petikan ayat(di bawah) yang saudara ambil dari pernyataan asal saya tidak lengkap.
nanti ada pulak orang yang cakap gila... sebab itu muslim disuruh sembahyang menghadap 1 arah sahaja iatu sebelumnya jerussalem, sekarang di mekah (kaabah)...diingatkan! jangan kompius di sini! baca dulu di bawah...(Allah swt maha mengetahui segala yang tersurat dan tersirat)


ini pernyataan asal saya yang lengkap:
ada yang mempersoalkan kenapa perlu sembahyang menghadap kaabah, tidak terus menghadap Allah swt? seperti yang saudara kompia nyatakan tuhan boleh berada di mana2 sahaja(jika berkehendakkannya dan ianya memang betul). tapi kami sebagai muslim kompem la akan kelam kabut, kejap ali sembahyang ke kanan, emaknye smbhyg menghadap kiri, bapaknye menghadap ke depan, pening orang yang tengok, itu bru rumah... camne nak kira berjuta-juta muslim kat mekah, bermacam2 arah sembahyang... kononnya sebab menyembah tuhan yang berada di mana2 tempat walaupun serentak, nanti ada pulak orang yang cakap gila... sebab itu muslim disuruh sembahyang menghadap 1 arah sahaja iatu sebelumnya jerussalem, sekarang di mekah(kaabah)...diingatkan! jangan kompius di sini! baca dulu di bawah...(Allah swt maha mengetahui segala yang tersurat dan tersirat)


harap maklum....


Rasanya saudara tak baca habis apa debat saya bersama erusi. Saya persoalkan bagaimana saudara tahu yg roh-roh yg disembah di kaabah sudah tiada? 300 tuhan yg berlainan. Pernahkah saudara lihat kepercayaan org Cina. Mereka menjemput tuhan mereka dlm patung keluar masuk ke badan mereka?? Jadi 300 tuhan, takde roh ke?


owh! saya tak habis baca, maafkan saya, mungkin saya terleka...
ya, saya pernah melihat kepercayaan org cina(dalam movie)... tetapi saya(muslim) beriman dgn agama saya(islam). saya tidak beriman dgn agama atau kepercayaan orang lain. bagi menjawab persoalan saudara yang
diajukan kepada saya(muslim), jawapan saya: tidak ada roh.


Kalau tidak ditentukan kiblat, kan senang saudara nak berdoa.


seperti yg telah dinyatakan... sebagai orang islam, berdoa tidak memerlukannya untuk menghadap kiblat.. cuma sembahyang sahaja menghadap kiblat... maaf, sekadar info mengenai islam.


Yo bro, bagi saya miskin dan kaya bukan persoalannya di sini. Tuhan berikan apa, dan ia akan dipertanggungjawabkan ke atas kita. Yg kaya akan diadili dgn apa yg diberi, sama dgn yg miskin. Sebab tu dlm Yesus mengatakan, utk org kaya ke syurga adalah seperti unta masuk ke mata jarum.

Tuhan turunkan bala tsunami sebagai amaran kepada umatNya yg Dia berkuasa. Dan masanya sudah mahu tiba. Gempa bumi, kebuluran, penyakit, peperangan sudah ada. Itu permulaan kepada akhirat.


saya setuju dengan pendapat saudara tentang keadilan, kekuasaan & ketibaan hari akhirat... cuma saudara berdasarkan kepada ajaran agama saudara, saya berdasarkan kepada ajaran agama saya...


Berulang?? Cuba saudara fikir dgn betul betul... Adakah Tuhan kita jenis yg nak merasuah kita supaya kita melakukan pekerjaanNya??


maksud saya berulang dari segi reply(isu tidak berkembang=sekadar pendapat saya sahaja)...maaf

Erti rasuah dalam kamus bermaksud: sogokan, sogokan diklasifikasikan sebagai jenayah..

kita tidak melakukan jenayah untuk mendapat ganjaran syurga, tetapi kita melakukan amal kebaikan untuk mendapat ganjaran syurga ikhlas kerana Allah SWT...inilah yang agama saya ajarkan... sebagai contoh, sempena bulan puasa yang mulia ni, ali memberikan zakat kepada fakir miskin, ya.. itulah ibadat(amal) yang dituntut... tahukah saudara, di segenap hati & akal fikiran ali, tidak terlintas langsung ganjaran syurga(hanya keikhlasan)... dan saya percaya tidak pernah terlintas di fikiran sesiapapun akan ganjaran syurga kepada sesiapa yang ikhlas melakukan kebaikan... dan inilah sebenarnya yang dimaksudkan, harap saudara faham...

Itulah masalahnya saudara, bagi saudara - syurga adalah tempat enjoy, tempat berpesta pora, melakukan apa yg saudara nak, tetapi ini adalah berbeza dgn kami, umat Kristian. Syurga adalah tempat di mana kami bersama lagi dgn Tuhan dan menjaga ciptaanNya seperti yg dilakukan sebelum manusia jatuh dlm dosa.


Tidak, bagi saya syurga itu adalah kenikmatan... maaf, kita masih lagi hidup di dunia, perkataan enjoy, berpesta telah digunakan di dalam malaysia(mentaliti)
sebagai berunsurkan duniawi menggambarkan muda-mudi, orang tua yang lupa diri yang leka dengan dunia....ini boleh menimbulkan salah faham.

An-Nahl: 30-31:
30: Dan kemudian dikatakan kepada orang yang bertakwa,"Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?" Mereka menjawab, "Kebaikan." Bagi orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat(balasan) yang baik. Dan sesungguhnya negeri akhirat pasti lebih baik. Dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa.

31:
(yaitu) surga-surga 'Adn yang mereka masuki, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam (surga) itu mereka mendapat segala apa yang diinginkan. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang yang bertakwa.

sekadar info mengenai agama saya(islam).

syurga dari ajaran kita mmg berbeza... dan saya mengaku memang membawa masalah jika kita membawa topik ini untuk berdiskusi...kerana hakikatnya agama kita mmg berbeza, kesimpulannya anda percaya dgn ajaran anda, saya percaya dgn ajaran saya...   



Itu betul dan itu saya hormati. Tetapi bila saudara katakan sedemikian kat forum Kristian, saya akan melihatnya dari segi alkitab dan bukan dari pandangan saudara.


saya setuju... maaf.

Tidak respon takpe... Tapi harap saudara tak kisah kalau saya jawab balik persoalan saudara tu.

Sekian.


maaf, selepas ini saya akan respon jika perlu, harap boleh diterima..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2010 01:15 AM | Show all posts
Reply 207# kompia23

Thank you for the link.

So even if John the Baptist was literally the person of Elijah, it would have been a resurrection, not a reincarnation. To say otherwise is to force one’s preconceived view of reincarnation on Scripture.

Second, the Bible is quite clear that John the Baptist is given this designation because he came in the “spirit and power of Elijah” (Luke 1:17)





This is very intriguing up to the pont of confusing.


I was quoting from the link you have given me.


The article has tried very hard to prove that John the Baptist was a resurrector of the Elijah but disposed the idea of reincarnation BEFORE JESUS.


Where else,in the very next line,the article,by quoting Bible,that John the Baptist has came in the spirit and power of Elijah!!!!


Without they knew it,they have contradicted their own statement!!!


By all means,contradictions are the fatal cause of the Bible!


If God had written a book,surely,there was NO mistake,let alone contradictions!
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2010 10:18 AM | Show all posts
The article has tried very hard to prove that John the Baptist was a resurrector of the Elijah but disposed the idea of reincarnation BEFORE JESUS.


Well, the main point of the writing is to tell that John the Baptist is not the reincarnation of Elijah. And they continue to elaborate on the misunderstanding of some people taking what Jesus and the prophets have said as reincarnation of Elijah.

The explanation is very obvious - John the Baptist has the spirit and zeal like Elijah and that all what they meant. If you do read the bible, you should know that Elijah appeared to Jesus at the mountain, which show that Elijah and John are really not the same person.

Where else,in the very next line,the article,by quoting Bible,that John the Baptist has came in the spirit and power of Elijah!!!! Without they knew it,they have contradicted their own statement!!!


It is not a contradiction.

Regards
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2010 10:38 PM | Show all posts

Siapa Kata Al-Kitab Telah Diubah?

Apabila umat Kristianmemetik daripada Injil, umat Muslim seringnya menegur :

Nas yang kamu membaca itu bukanlah Injil yangbenar. Injil Isa al-Masih yang asli itu sudah pun hilang. Generasi Kristianyang lampau telah memalsukan Kitab suci kamu, jadi, pada hari ini Kitab kamutidak berguna lagi.

Pra-sangka ini begitumeyakinkan bagi para Muslim sehingga ianya menggugat perhubungan dan apa-apakomunikasi yang bermakna di antara mereka dan saudara-saudara Kristian mereka.Bagaimanakah umat Kristian dapat menjelaskan pemahaman dan akidah mereka mengenaiHazrat Isa al-Masih apabila para Muslim yakin bahawa 'Injil yang asli'menggambarkan Hazrat Isa yang berlainan? Dakwaan itu sentiasa ditonjolkanbahawa "Kamu umat Kristian bergantung kepada Kitab-kitab yang sudahdipalsukan."

Dakwaan-dakwaan ini adajuga terdapat pada bahan-bahan bercetak. Tidak berapa lama dahulu sebuah bukuberjudul "Jesus Prophet of Islam" (Isa Nabi Islam) telah diterbitkan.Sejajar dengan ajaran Islam, penulisnya mendakwa bahawa Hazrat Isa telahmengemukakan diri-nya hanya sebagai seorang Rasul dan dia tidak mati disalib(beliau telah diselamatkan oleh sekumpulan malaikat), bahawa dia telah'menyebut tentang kedatangan Muhammad'. Akidah umat pada Kristian hari iniadalah satu penyelewengan yang telah diperkenalkan dengan sengajanya padatahun-tahun selepas kebangkitan Hazrat Isa. Dan pembidaah-pembidaah ini, sipenulis terus mendakwa, sanggup 'mengudungkan' kitab suci mereka. Malah merekajuga telah memperkenalkan tulisan-tulisan palsu bagi menyokong ajaran-ajaranmereka.

"Buku-buku yang mengandungi ajaran-ajaranHazrat Isa itu telah dimusnahkan, sengaja ditumpaskan atau diubah bagi mengelakapa-apa percanggahan dengan ajaran baru mereka.Ajaran yang asli itu telahmengalami perubahan secara menyeluruh dan telah hilang selama-lamanya samasekali."

Tidak puashati denganmenjatuhkan hukuman umum itu, si penulis cuba menunjuk kepada satu titikpermulaan 'tepat' bagi 'proses pemalsuan itu'.

"Pada 325 Tahun Masihi, Sidang Nicea yangterkenal itu telah bersidang. Ajaran Tritunggal telah diisytiharkan sebagaiajaran rasmi bagi 'Gereja Pauline' dan salah satu daripada akibatnya ialahdaripada lebih kurang tiga ratus 'Injil' yang wujud pada masa itu, hanya empattelah dipilih sebagai 'Injil rasmi' gereja. Yang bakinya termasuk 'InjilBarnabas' diperintahkan untuk dimusnah. Satu lagi perintah telah dikeluarkanyang menyatakan bahawa sesiapa yang dijumpai memiliki Injil tidak rasmi ituakan dihukum mati. Ini adalah detik-detik awal percubaan secara teratur bagimenghapuskan segala catitan dan rekod ajaran Isa al-Masih, baik di dalammanusia mahupun di dalam buku-buku."1

Bagi mereka yang fasihdengan hakikat-hakikat sejarah, tuduhan-tuduhan dan dakwaan seperti di atas denganmudah sekali dapat ditolak. Apakah yang boleh dikata kepada mereka yang percayabahawa kota London terletak di negeri Libya? Akan tetapi bukanlah semudah bagipara Kristian yang kurang mempelajari teologi atau pun sejarah gereja. Merekamungkin kurang pasti apa jawapan sepatutnya diberikan kepada tanggapan danprasangka saudara-saudara Muslim mereka.

Bagi pihak merekalah,saya akan senaraikan beberapa fakta-fakta dan hujah-hujah yang menunjukkanInjil pada hari ini tidak mengalami perubahan. Tetapi ianya berguna untukmenanyakan: Dari manakah para Muslim memperolehi tanggapan ini bahawa InjilKristian telah diubah?

Bermulanyasatu mitos (cerita dongeng)

Dalam al-Qur'an umatMuslim diperintahkan untuk menghormati Injil Isa-al-Masih yang dibaca oleh umatKristian. Al-Qur'an menganggap Injil yang dimiliki oleh umat Kristian padahakikatnya sama dengan yang telah diisytiharkan oleh Hazrat Isa.2 'Dalamempat abad yang pertama selepas wafatnya nabi Muhammad (600-1000 TM) tidak adasatu pun ahli Ulamak yang membawa tuduhan bahawa nas-nas Kitab Injil bukansahih. Mereka mungkin menuduh para Kristian memberi salah-tafsiran kepadaperkataan-perkataannya; tetapi mereka tidak mempertikaikan perkataan-perkataanitu sendiri. Kajian ke dalam apologetik Islam telah membuktikan bahawa tuduhan'pemalsuan' ini telah hanya bermula dengan seorang tokoh Islam, Ibn-Khazem(*)yang meninggal dunia di Kordoba pada 1064 T.M.'3

Ibn-Khazem telahmemerintah di selatan Andalus(Sepanyol) sebagai wazir kepada khalifah. Diatelah keluar berperang banyak peperangan saudara bagi pihak khalifah. Dia jugamelibatkan diri di dalam perbincangan-perbincangan polemik agama dan teologi.Dia memegang kepada fahaman Zahiri dan telah menentang ahli Shi'a dengansetegas-tegasnya. 'Di dalam kedua-dua jurusan politik mahupun hal halkeagamaan, dia bersikap pahlawan yang sangat tegas. Sesiapa yang beranimenentangnya akan mencederakan dirinya umpama dihentam oleh batu karang.Penanya sehebat sebilah pedang pahlawan.' Oleh kerana sifatnya yang terlalutaasub Ibn Khazem telah gagal menarik murid-murid kepada dirinya, tetapipenulisannya amat berpengaruh pada masa yang akan datang.4

(*
)nama penuhnya: Abu Muhammad Ali bin Ahmad ibn-Khazem(994 - 1064 T.M.)

Semasa perjuangannyamenentang para Kristian, Ibn Khazem telah terserempak dengan beberapapercanggahan di antara al-Qur'an dan al-Injil. Satu contoh yang jelas ialah nasal-Qur'an "Padahal bukanlah mereka membunuhnya dan bukan pulamenyalibnya" (Q.4:156). Pada hemat Ibn Khazem : "Qur'an seharusnyadianggap benar, jadi ajaran Injil yang bercanggah dengan al-Quran ini adalah salah.Tetapi nabi Muhammad telah menyuruh umatnya supaya menghormati Injil, oleh itu,nas-nas al-Kitab itu telah dipalsukan oleh umat Kristian." Tanggapannyaini tidak berdasarkan kepada hakikat-hakikat sejarah, tetapi hanya di ataspendapat dan hemat Ibn Khazem semata-mata, dan juga pada hasratnya untukmenjaga kebenaran al-Qur'an.5 Setelahdia memutus untuk mengambil jalan ini, tiada sebarang daya yang dapatmenghentikan Ibn Khazem mengejar keazamannya. Nampaknya cara yang paling mudahialah untuk serang dan mengecam musuh-musuhnya. "Kalau kita dapatmembuktikan kepalsuan Kitab mereka, semua bantahan-bantahan mereka akankehilangan apa-apa kewibawaan."6 Initelah mendorongnya membuat pernyataan sinis "Umat Kristian telahkehilangan Injil yang telah diwahyukan bagi mereka kecuali segelintir yangdibenarkan oleh Tuhan sebagai satu kesaksian untuk menentang mereka."7

Penulis-penulisseterusnya telah memeluk dan memperkembangkan tanggapan ini. Pemalsuan Al-Kitabterus didakwakan oleh Salikh ibn-al-Khusain (meninggal dunia 1200 TM), Ahmadat-Qarafi (meninggal dunia 1285 TM), Sa'id ibn-Khasan (1320 TM), Muhammadibn-Abi Talib (1327 TM), ibn-Taimija (1328 TM) dan lain-lain. Sejak itu dakwaandan tanggapan ini telah menjadi bahan tetap dalam 'resipi' polemik Islam menentangsyiar Kristian.

Penulis-penulis initelah mendakwa Maharaja Konstantine dan Paulus sebagai pemalsu-pemalsu yangutama. Watak Konstantine yang telah dikelirukan oleh penulis-penulis ini(kononnya beliau telah melibatkan diri dalam Sidang Nicea) dipersalahkan olehkerana kononnya dia telah merekakan cerita penyaliban Hazrat Isa bagisebab-sebab politik dan dialah menghadkan catatan-catatan Injil kepada empatjilid. Mengenai Paulus pula, banyak lagi cerita yang tidak masuk akal telahdirekakan oleh mereka. Menurut satu cerita, Paulus adalah seteru utama kepadaumat Kristian dan ingin sangat untuk menghapuskan ajarannya. Usaha awalnyamelalui kekerasan dan kezaliman tidak berjaya, jadi dia mencuba helah lainiaitu dengan 'berpura-pura' memeluk akidah Kristian termasuk dibaptiskan.Tujuannya ialah bagi merosakkan ajaran Kristian dari dalam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2010 10:39 PM | Show all posts

Untuk memperkukuhkanlagi kesan pemelukan akidah Kristiannya itu, Paulus ingin dikenang sebagaiseorang yang telah bermati syahid bagi ugama Kristian. Jadi, dia telah rekacerita bahawa Hazrat Isa telah menjelma kepadanya pada suatu malam danmenyuruhkannya pergi mengorbankan diri di kaki sebuah gunung. Pada hari sebelumkematiannya kononnya Paulus telah memanggil tiga orang raja Kristian yang utamadan menyampaikan kepada setiap satu wahyu rahsia yang berlainan. Kepada yangpertama diberinya 'wahyu' Al-Masih itu adalah Anak Tuhan, yang kedua diberi'wahyu' Siti Maryam itu isteri Tuhan dan yang ketiga pula ialah Tuhan ituadalah 'tiga'. Apabila matahari terbit pada pagi seterusnya maka keluarlahPaulus dengan berkain selubung berwarna kelabu dan membawa sebilah pisau. Danbeliau telah menikam dirinya sehingga mati dengan tangannya sendiri. Orangramai yang menyaksikannya kagum dan menganggap dia sebagai seorang pesuruh Tuhan.Inilah cerita kononnya bagaimana umat Kristian telah terima ajaran-ajaranserong mereka dan telah dibahagikan kepada mazhab-mazhab yang berlainan8.Menurut cerita-cerita lain Paulus adalah seorang raja Yahudi, atau seorangbiarawan di kota Roma 150 tahun selepas Hazrat Isa al-Masih. Semuacerita-cerita ini bersetuju dengan dakwaan bahawa beliau ialah seorang yangtelah membuat pemalsuan dengan licik, dan 'telah berpura-pura memeluk agamaKristian supaya dapat merosakkan agama itu dari dalam.'

Dongeng-dongeng inimengenai raja Konstantin dan Paulus berasal daripada campuran sumber-sumberanti-Kristian Yahudi, legenda-legenda Parsi dan tulisan-tulisan Marcion.9 Untukmembuktikan bahawa cerita-cerita ini tidak mempunyai kesahihan sejarah bukanmenjadi satu perkara yang rumit. Paulus hidup dari 5 TM ke 67 TM, beliaumemperkembangkan ajaran yang sama dengan Hawariyun-hawariyun yang lain dan diatelah mengarang kebanyakan daripada warkah-warkah dalam kitab Perjanjian Baru.Konstantin ialah Maharaja Roma dari 312 - 337 TM. Beliau telah membenarkan umatKristian mengamalkan agama mereka dengan aman. Konstantin tidak mereka ceritapenyaliban Hazrat Isa atau cuba membuat pindaan kepada Kitab Injil. SidangNicea yang bersidang dari 20 Mei ke 25 Ogos tahun 324 TM tidak mengeluarkanapa-apa perintah tentang tulisan-tulisan 'apocrypha'. Seramai 300 uskup-uskupyang berjemaah di sana telah berbincang tentang pentafsiran dan pemahaman nasAl-Kitab dan BUKAN tentang isi kandungan Al-Kitab itu sendiri. Semuapemimpin-pemimpin Kristian di Jemaah itu mempunyai persetujuan penuh mengenainas Al-Kitab dan kesahihannya pada masa itu. Semua ini adalah hakikah-hakikahsejarah yang nyata.

Kalau kita mengetahuiapa yang menyebabkan sesuatu penyakit, itulah langkah pertama untuk mencariubatnya. Umat Islam seringkali membaca tulisan-tulisan dan karya-karya merekasendiri yang hanya mengulangi dakwaan-dakwaan lama mereka terhadap ajaranKristian sehingga hanya itulah yang meyakinkan mereka. Seekor katak yang hidupdi dalam perigi boleh yakin ia telah mengalami lautan. Apakah jawapan kepadajalan buntu ini? Untuk benar-benar mencapai kemajuan dalam proses berdialogyang ikhlas, kedua-dua para Muslim mahupun Kristian sewajarnya mengabaikan danmelepaskan prasangka-prasangka,salah tafsiran dan tanggapan lama merekamasing-masing terhadap Kitab-kitab suci mereka dan mengkaji fakta-faktaobjektif dengan teliti dan dengan fikiran yang terbuka.

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2010 10:40 PM | Show all posts

Teks al-Injil

Ini membawa kita kepadapenilaian teks Injil sendiri. Bolehkah kita menemui teks-teks asal danmenentukan ketepatan kata-kata yang diilhamkan Tuhan itu yang telah dicatat diantara 50 dan 90 TM? Banyak saintis-saintis dan para ilmuan yang lain telahmenumpukan tenaga dan kehidupan mereka bagi memperoleh jawapan kepada soalanini. Pengkajian 'text criticism' telah membuat penelitian yang begitu rapikepada banyak penulisan-penulisan yang kuno dan lama; di antaranya buku-bukuPerjanjian Baru (New Testament). Saya akan cuba menjelaskan dalamperenggan-perenggan berikut proses ini yang sebenarnya satu kaedah yang cukuprumit dan teliti.

Pada zaman Hazrat Isaal-Masih semua buku-buku dan surat-surat kena ditulis dengan tangan. Apabilasemua tulisan-tulisan Perjanjian Baru telah sempurna dicatat, mereka hanyadapat diperkembangkan kepada jemaah-jemaah Kristian di merata tempat denganmengambil catitan-catitan yang telah sempurna ditulis. Jenis surat ini digelar'manuskrip'(dr.bahasa Latin yang bermaksud 'ditulis dengan tangan'). Bahan yangdigunakan pada masa itu ialah 'papyrus', sejenis kertas berkualiti rendah yangdisediakan daripada sejenis buluh. Oleh kerana kitab-kitab suci sering digunakan-semasa pembacaan peribadi ataupun semasa Sembahyang Ahad, manuskrip-manuskripterawal itu mudah menjadi luntur dan susuh, dan kena diganti dengancatitan-catitan manuskrip yang baru.

Pada abad keempat tahunMasehi, sejenis bahan yang lebih tahan lasak telah dijumpai, iaitu kertaskulit(parchment). Kertas kulit ini dibuat daripada jalur-jalur kulit kambingatau biri-biri yang telah dikikis, disamak dan dijahit rapi untuk dijadikangulungan. Kulit gulungan ini semestinya lebih mahal untuk dihasilkan, akantetapi keistimewaannya ialah satu bahan yang amat susah untuk dimusnahkan.Sedikit demi sedikit lebih banyak buku-buku Perjanjian Baru dicatit di atasgulungan-gulungan kulit tersebut, yang diberi nama 'Kodis(codice)' ataubuku-buku dimana kepingan-kepingan kulit disusun satu demi satu sama sepertibuku yang ada pada hari ini. Ada juga kemajuan dalam bidang penulisan. Padaabad pertama T.M. setiap huruf bahasa Yunani mengunakan huruf besar (tulisanMajuskul). Lepas itu satu jenis yang berbeza telah muncul (tulisan Miniskul).Apabila para ahli sains menjumpai manuskrip yang lama, mereka cuba menentukanumur dokumen itu. Lepas itu, mereka akan menyalin teksnya dengan sebaik-baiknyadan mengkaji segala ciri-ciri catatan itu. Teks-teks yang telah dibaik-pulihdari sesuatu manuskrip itu akan dibandingkan dengan teks-teks lain yang telahdijumpai.

Untuk membuat pengkajiantulisan-tulisan Perjanjian Baru, ahli-ahli sains mempunyai banyak sekalibahan-bahan sejarah. Ada tidak kurang daripada 4,680 buah naskhah yang ditulisdi dalam bahasa Yunani (Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Yunani). 68 buahdaripada mereka adalah dalam bentuk papyri, 241 adalah dalam salinan bentukmajuskul, 2,533 adalah salinan miniskul dalam gulungan kulit (parchments) danterdapat 1,838 koleksi petikan-petikan nas Al-Kitab bagi ibadat hari Ahad.

Ada juga lebih daripada6,000 naskhah terjemahan dalam bahasa-bahasa lama seperti bahasa bahasa Latin,Syria, Koptic Mesir, Eropah tengah (Gothic), Armenia, Habsyah, Georgia, ArabNubia, Parsi dan Slav.

Sumber ketiga bagitujuan perbandingan ialah petikan-petikan Kitab suci yang terdapat pada lebihdari 220 tokoh-tokoh dan pemimpin gereja awal (church Fathers) dan paraulama-ulama Kristian.

Ada di antaranaskhah-naskhah tersebut yang sangat tua. Salah satu daripada koleksi papyrusdikenali sebagi 'P52' mengandungi sebahagian daripada Injil yang dicatit olehYahya-seorang Hawariyun dan murid Hazrat Isa al-Masih. Tarikhnya telahditetapkan pada 130 T.M., yakni salinan Injil ini tidak melebihi empat puluhtahun selepas catatan asalnya. Satu lagi contoh salinan Injil yang sahih ialahKodeks Sinaiticus yang telah disalin pada tahun 350 T.M. di Mesir. Sebanyak 347muka suratnya telah dipelihara dan ini pula menjangkau lebih kurang keseluruhanjangka masa Perjanjian Baru. Dengan membandingkan tulisan manuskrip tersebutboleh disimpulkan bahawa tiga orang penyalin telah mengusahakannya.

Ciri-ciri dalil-dalil itu

Untuk membandingkanribuan naskhah-naskhah ini dan sumber-sumber lain yang menjangkau jangka masalebih kurang dari abad kedua sehingga abad keempat-belas merupakan satu tugasyang amat berat. Tetapi ia telah dilakukan! Proses penyalinan yang telah berulang-ulangdari abad ke abad telah menyebabkan penyerapan beberapa perbezaan yang kecilkepada teks-teks. Ini dikenali sebagai 'perbezaan bacaan'. Sekali terjadinyasuatu perbezaan kecil ini kepada kandungan sesuatu teks, ia akan 'diwarisi'oleh naskhah-naskhah yang telah disalin daripadanya. Dengan menganalisis semuaperbezaan-perbezaan kecil ini, ahli sains telah dapat mengumpulkan banyaknaskhah-naskhah kepada beberapa kelompok utama dan daripada ini dapat mengesanbahawa semua naskhah-naskhah tersebut telah berpunca daripada sumber yang sama.Dalam cara begini, versi-versi teks yang paling awal dapat dikesan dan dibentuksemula dengan rapi dan sangat tepat. Kita dapat mengesahkan bentuk dan keadaanteks pada penghujung abad yang ketiga T.M. mengikut empat aliran transmisiiaitu Iskandariah, Barat, Kaisari dan Antiokus. Dengan proses ekstrapolasi kelebih dalam lagi mengenai sejarah teks-teks itu, kita dapat tentukan teks yangasal bagi semua teks-teks tersebut.

Hasilnya semuapenyelidikan dan kajian-kajian ini ialah kesahihan dan kewibawaan teksPerjanjian Baru telah dikukuhkan kedudukannya tanpa apa-apa keraguan lagi. Kitadapat menentukan hakikat dengan muktamad bahawa teks yang ada pada kita hariini adalah sama dengan teks Perjanjian Baru yang asal.10

Untuk menyatakannyasecara yang kuantitatif pula: kesan perbezaan-perbezaan kecil yang telahmenyerap kedalam teks dalam proses penyalinan selama berabad-abad ini ialahhanya kepada satu perpuluhan lima peratus jumlah teks asal (yakni sepatahperkataan bagi setiap enam puluh patah perkataan); dan tiada membawa apa-apakesan pengajaran atau pun perbezaan kepada akidah Kristian pada hari ini.Sebanyak sembilan puluh lapan perpuluhan lima peratus teks Alkitab mempunyaidasar sahih yang kukuh yang tidak dapat dipertikaikan.

Ini membuktikan bahawateks itu tidak dipalsukan. Sesungguhnya, kalau ada seseorang yang ingin cubamembuat suatu pemalsuan, muslihat ini dapat dikesan dengan mudahnya. Cubalahfikirkan satu senario di mana seorang pemilik Bank yang kaya di Singapura telahmenulis surat wasiatnya yang menghuraikan bagaimanakah harta bendanya akandibahagikan selepas lima puluh tahun yang akan datang. Orang kaya ini mempunyailima orang anak dan setiap satu daripada mereka telah menyalin satu salinansurat wasiat tersebut masing-masing. Setiap satu di antara mereka telah membawasalinan surat masing-masing semasa berhijrah ke lima tempat yang berlainan didunia iaitu London, Cape Town, Los Angeles, Sydney dan Rio de Janeiro. Setiaporang anak orang kaya tersebut telah mempunyai lima orang anak masing-masingdan mereka pula telah membuat salinan surat wasiat yang asal itu. Cucu-cucuorang kaya ini pun telah memperolehi lima orang anak mereka masing-masing danmereka juga telah membuat salinan surat wasiat datuk mereka bagi anak-anakmereka. Pada suatu hari, pemilik bank yang kaya di Singapura itu telahkehilangan surat wasiatnya yang asal, dengan membandingkan salinan-salinan yangbanyak yang telah dibuat oleh anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit pemilik itudi seluruh dunia, Surat wasiat yang asal itu dapat disahkan. Kalau mana-manaanak atau cucu si orang tua itu ingin membuat pindaan kepada teks Surat yangasal itu, pemalsuannya itu akan didedahkan serta-merta kerana berbeza dengansalinan-salinan surat asal yang sudah ada!

Dalam cara yang sama,mana-mana percubaan memalsukan teks Al-Injil akan didedahkan dengan serta-mertakerana percanggahan dan perbezaannya dengan beribu-ribu salinan teks asal yangada.

Raja Ashoka yangberagama Buddha telah memerintah di India dari 273 S.M. ke 240 S.M., dia telahmengumumkan suatu perlembagaan berlandaskan perikemanusiaan yang unik. Diaperintah supaya perlembagaannya itu diukir pada tempat-tempat umum diempayarnya saperti batu-batan besar, tiang-tiang dan tembok-tembok gua. Lebihkurang tiga-puluh lima ukiran-ukiran tersebut dijumpai dan telah dibaik-pulih.

Oleh sebab itu kitadapat mengesahkan kandungan perlembagaan Raja Ashoka yang asal. Walaupunseorang daripada pengukir-pengukir itu cuba meminda teks asal Ashoka untuk memperdayakankita, pemalsuan itu dapat dibuktikan dengan membandingkan ukiran-ukiran lainyang ada.


Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2010 10:41 PM | Show all posts
Injil merupakanperlembagaan bagi gereja yang awal. Beribu-ribu salinannya telah dibuatdaripada teks asalnya dari awal lagi, kalaulah kononnya suatu pemalsuan telahberlaku, tentu sekali ia dapat didedahkan dengan mudah.

H.K.Moulton yang telahmenyelidiki dan mengkaji manuskrip-manuskrip Injil lebih daripada empat puluhtahun, boleh dipetik bagi memberi kesimpulan bagi hakikat ini. Dia telahmencapai kesimpulan bahawa perbezaan-perbezaan kecil di antara beberapa tekstidak membawa kesan yang buruk kepada mana-mana ajaran-ajaran Kristian. Katanyalagi:

"Setelah semua dokumen-dokumen ditapis danditeliti serapi-rapinya didapati bahawa pada dasarnya mereka adalah secocok…"

Tidak ada buku yangtelah diteliti dan diselidik dengan sehebatnya buku-buku Perjanjian Baru. Tiadamana-mana pemalsuan yang dapat tahan pengujian dan penyelidikan sedemikian rupa(yang telah diadakan terhadap buku-buku Perjanjian Baru). Kita boleh meyakiniKitab-Asal yang ada pada kita (hari ini), ia telah dikenakan pengujian yangruncing tetapi ini tidak dapat mengemukakan apa-apa kelemahan padanya.11

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2010 10:42 PM | Show all posts

Penjaga-penjaga Ajaran.

Jadi, telah dibuktikan di atas bahawa umat Kristian dari awal-awal lagi telah memelihara dengan setia ajaran-ajaran yang diterima mereka daripada Isa al-Masih. Ini pula bukanlah perkara yang menghairankan. Pengikut-pengikutnya amat mengutamakan pemeliharaan mutiara-mutiara rohani yang telah dianugerahkan mereka oleh Tuhan. Seawal T.M. 50 Paulus telah menulis: "Saudara-saudaraku, kamu harus tetap percaya dan berpegang kepada ajaran-ajaran yang telah kami sampaikan…"(2 Tesalonika 2 ay.15). "Sentiasa mengikut ajaran yang aku berikan kepada kamu (1 Korintus 11 ay.2). "Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting: Al-Masih mati kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam AlKitab…Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula…Kami semua mengisytiharkan perkhabaran yang sama dan maku semua percaya kepadanya…Berita Baik itu akan menyelamatkan kamu jika kamu berpegang kepadanya dengan teguh (1 Korintus 15:3-4,11,2).

Umat Kristian yang terawal amat mementingkan apa-apa yang telah dikatakan dan dilakukan oleh Isa Al-Masih. Orang-orang Yunani dan Roma telah mengikut taraf yang agak tinggi di dalam penulisan-penulisan sejarah. Mereka tahu ini memerlukan mereka melapurkan fakta-fakta yang objektif, yang dapat dibuktikan oleh saksi-saksi dan dokumen-dokumen yang asal.

Para ilmuan moden telah memutus bahawa beberapa ahli-ahli sejarah pada masa kuno boleh diyakini dan dipercayai dalam tulisan-tulisan mereka. Herodotus, Thucydides, Polybius dan Tacitus adalah cemerlang dalam bidang ini; Josephus, Kaisar(Caesar), Polynius dan Livy adalah boleh diyakini. Walaupun mungkin ada di antara mereka yang cuai, umat Kristian yang awal itu akur kepada peraturan dan cara-cara mencatat rekod-rekod yang benar dan sahih.12 Oleh itu, kita seharusnya menerima dengan serius kenyataan Lukas bahawa dia telah merujuk kepada saksi-saksi (Lukas 1 ay.2) dan seterusnya bersambung: "Saya sendiri telah menyelidiki semua peristiwa itu dari permulaannya, maka ada baiknya saya juga menulis satu laporan yang teratur untuk Tuan..supaya Tuan dapat tahu dengan selengkapnya bahawa apa yang telah diajarkan kepada Tuan memang benar." (Lukas 1 ay.3-4). Umat Kristian secara lazimnya telah sentiasa ingin mengetahui kebenaran sepenuhnya segala-gala yang telah diajari kepada mereka.

Satu Permulaan Baru

Umat Kristian dan Muslim berkongsi banyak kepercayaan yang sama. Tuhan yang maha Esa, Pencipta segala-galanya dan Punca segala wahyu-wahyu. Hakim yang penyayang; yang akan menghukum penjahat dan menganjarkan mereka yang salih. Pada masa kini apabila fahaman materialisme menonjol-nonjolkan kepalanya yang berpengaruh di seluruh dunia, amatlah penting dan mustahak supaya semua ahli-ahli Kitab menekankan bidang-bidang yang dikongsikan bersama-sama di antara mereka dan bukanlah perbezaan-perbezaan yang membawa kepada percanggahan dan perselisihan sesama sendiri. Ini bermakna bahawa prasangka-prasangka yang tidak berasas di kedua-dua pihak seharusnya dijatuhkan. Pada bulan Februari 1976, seramai 1,200 para rombongan daripada enam puluh buah negara mengambil bahagian di dalam satu Seminar 'Dialog Islam-Kristian'. Para Kristian disitu telah memohon peserta-peserta Muslim supaya mengenal dan mengkaji Perjanjian Baru secara lebih terbuka dan mendalam dan untuk menjatuhkan tuduhan 'pemalsuan' terhadap mereka. Untuk berdialog memerlukan kedua-dua pihak menerima kesahihan Kitab-kitab suci mereka masing-masing.13

Sesungguhnya kebanyakan tokoh dan pemikir-pemikir Islam yang agung telah menerima kesahihan teks Injil dan Perjanjian Baru. Untuk menghuraikan nama-nama mereka disini merupakan penutup yang sesuai bagi karangan ini. Kesaksian mereka membuktikan bahawa dialog di antara para Muslim dan Kristian tidak usah dibelenggui oleh tuduhan yang telah dipelopori oleh Ibn-Khazem. Dua ahli sejarah Islam yang agung, Al-Mas'udi (meninggal 956 T.M.) dan Ibn-Khaldun (meninggal 1406 T.M.) telah memegang kepada kesahihan teks Al-Injil. Empat orang ahli ulamak yang terkenal pun telah menyetujui hakikat ini: Ali at-Tabari (meninggal 855 T.M.), Qasim al-Khasani (meninggal 860 T.M.), 'Amr al-Ghakhiz (869 T.M.) dan tokoh yang terutama, imam Al-Ghazzali (1111 T.M.).14 Pandangan ini pula disokong oleh Abu Ali Husain Ibn Sina, lebih dikenali di Barat sebagai 'Avicenna' (m. 1037 T.M.). Al-Bukhari (m.870 T.M.) yang terkenal kerana mengumpulkan hadith-hadith yang terawal, telah memetik daripada Al-Qur'an sendiri (Surah Ali-Imran 3 ay.72,78) bagi membuktikan bahawa teks Al-Kitab Al-Mukaddis tidak pernah dipalsukan.15

Akhir kata, seorang tokoh Muslim terkemuka di zaman moden, Muhammad Abduh Sayyid Ahmad Khan, seorang 'ulamak Islam moden' yang telah menerajui pembaharuan sosial pada era moden ini, telah menerima keputusan-keputusan sains moden. Beliau telah berkata:

"Bersabit dengan teks Al-Kitab (Bible), ia tidak mengalami apa-apa perubahan. Juga tiada sesiapa yang dapat mengemukakan sesuatu teks (alternatif) yang berbeza sebagai teks yang sahih".16
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.166115 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list