RUU355: JANGAN PERNAH DILUPAKAN PERISTIWA SEMALAM YANG MEMBUKTIKAN SIAPA LIM KIT SIANG DAN DAP!
Konsistennya Lim Kit Siang dengan apa yang dilakukan tidak boleh dipertikaikan lagi, apabila perbuatannya semalam di parlimen, sekali lagi membuktikan antik politik itu tidak pernah berubah sikap dan pendiriannya, khususnya kepada Islam. Itu hakikat, dan semalam, tanggal 7 April 2017 menjadi saksi, bahawa segalanya tentang Lim Kit Siang adalah benar, tiada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka. Lim Kit Siang adalah Lim Kit Siang, DAP tetap DAP. RUU355, yang dibentangkan adalah untuk memperkasakan undang-undang syariah serta terpakai hanya kepada umat Islam sahaja. Apa logik akal, seorang yang bukan Islam, cuba untuk campurtangan dalam hal ehwal yang langsung tiada kena mengena dengan dirinya jika dipersetujui dan dilaksanakan kelak? Yang jelas seperti ini juga mereka tidak segan silu untuk menentang, hairankah kita jika puak-puak yang sama juga mengganggu urusan Islam seperti yang berlaku ke atas Majlis Fatwa Pulau Pinang?
|