Pada tahun ini, buat pertama kalinya kami mengadakan cara penulisan review yang lebih mudah.
Markah review akan dikira untuk CARI 2015 K-Drama Awards.
Bagi sesiapa yang sudah menonton drama TWENTY AGAIN
Anda boleh memilih mana-mana cara yang anda rasa memudahkan anda.
Tagkan @dauswq, @ismaha , @eddlisa_uyuk untuk menuntut kredit setelah masukkan review.
REVIEW BOX (Pilih yang mana yang anda rasa mudah untuk dibuat)
CARA 1: >>KLIK SINI<<
CARA 2: >>KLIK SINI<<
---> Baca Review dari CARA 2 " >>KLIK SINI<<"
(Kredit extra diberikan pada those yang menulis / memasukkan review dengan details dan lengkap)
Rating Keseluruhan Drama: (7.7+7.4+8.6+4.8+3.5=32.0/4=8.00)
1. Cerita (7.7/10)
Suprisingly to know that writer ini adalah writer yg sama utk Brilliant Legacy & 49 Days. Kedua-duanya adalah my favorite drama all-the-time. Apa yang menarik untuk naskah kali ini adalah genre drama berbentuk slice-of-life yang mana temanya memfokuskan pada seseorang yg tekad untuk mengubah diri menjadi lebih baik & berguna , menjadikan kehidupan lamanya sebagai panduan. Keruntuhan rumahtangga mendidik teraju utama drama ini, Han No Ra untuk berdikari, yakni tidak lagi bergantung pada 'pelindung' nya, iaitu suaminya. Han No Ra menjadi seorang yang reti mempunyai keputusan sendiri, kembali menjadi dirinya 20 tahun yang lepas, berani dan tak lagi bergantung pada orang lain.
Cerita bermula dengan kehidupan Ha No Ra sebagai seorang pendiam, hanya menurut kata suami & tiada pegangan hidup. Sehinggalah satu hari Han Nora terkejut apabila suaminya, wong chul @wonto mahu menceraikannya citing lack of communications sebagai satu sebab. Mereka bersetuju utk bercerai scr kontrak selama 4 thn sehinggalah anak mereka, Min Soo telah berjaya memasuki kolej. Han Nora berasa kehidupannya sangat gelap kerana tiada sesiapa untuk dia mendapat perlindungan lagi-lagi apabila mengetahui dirinya menghidapi penyakit kanser, dan suaminya tetap dgn pendirian mahu bercerai. Han Nora hanya mempunyai 3 bulan saje untuk survive. Rentetan drpd itu, Han Nora menyenaraikan perkara2 yg perlu dia buat utk gembirakan balik dirinya, salah satunye belajar di kolej iaitu impiannya 20 thn lepas yg tak kesampaian.
Kehidupan Han Nora berubah 100% stlh memasuki kolej & berjumpa dgn rkn sekolah lamanya, Cha Hyun Suk 20 thn yg lalu. Tetapi dia bkn lagi kwn sememeh mcm dedulu, malah merupakan seorg professor teater terkenal dan juga hensem menjadi rebutan di kolej berkenaan. Ats dsr simpati mahupun kesan cinta lama, Cha Hyun Suk membantu mengubah diri Han Nora menjadi sorg yg berdikari, extrovert , yakin pd diri sehinggalah Han Nora kembali pd wtk cerianya pd 20 thn lepas. Cha hyuk suk scr indirect bertindak sbg pelindung baru bg Han No Ra.
Kemudian, diceritakan bagaimana Han Nora menyesuaikan dirinya di kolej, bagaimana dia cuba menyembunyikan status dirinya sbg isteri professor wong chul dan juga ibu beranak satu di hadapan pelajar2 kolej, bagaimana perhubungan rumahtangga Han Nora menjadi semakin teruk dan akhirnya bercerai memantapkan lagi perisa drama bergenre slice-of-life ini. Writer juga emphasize kan wtk 'secretive' Han No Ra , yakni, personal life nya dia tak pernah kongsikan pd org lain melainkan satu-satunya kawan rapat, Ro Yong.
Pacing drama ini agak mendatar dan setakat ni belum ade adegan2 yg klimaks. Certain part dibentukkan scr melodramatik cthnye scene Han Nora mengesali keputusannya utk mengikuti wong chul sehingga dia mengabaikan semua impiannya termasuk menjadi seorang dancer selepas Ha Nora beraksi di atas pentas dengan tangisan Han No ra menjelaskan kekesalannya. Selain itu, scene interaksi antara Han Nora & wong chul terutamanya apabila salah satu antara mereka cuba melengah-lengahkan perjanjian penceraian, serta scene wong chul merendah-rendahkan maruah Han Nora juga antara yang baik diketengahkan. Perkembangan karakter juga dapat dilihat pada kedua-dua teraju utama, dan juga wtk si suami.
Saya berpendapat drama ini akn jadi lebih baik sekiranya Han No ra berjaya graduasi menggenggam segulung ijazah mengiyakan pepatah "determination leads you to success" namun saya masih respek olahan writer yg mana kehidupan slps kolej tidak hanya bersandarkan pd 'certificate' semata-mata. Olahan ini ditunjukkan pd karakter Han No ra mengambil keputusan berhenti kolej kerana perbuatannya utk meneruskan pelajaran dianggap sia-sia jika tak lagi berminat belajar.
Bagi saya, storylines just OKAY...tidak terasa lgsg utk STOP...sesuai utk ditonton semua lapisan masyarakat.
Saya lebih suka karya writer ini yg sebelumnya - 49 Days > Brilliant Legacy > 20 again
2. Keberkesanan Lakonan (7.4 /10)
Choi Ji Woo [Best Actress]
Walaupun bukan her best acting amongst her works, tetapi saya enjoy dengan kebolehan Ji Woo membawa wtk Han Nora menjadikan dirinya dikasihani. Innocent type memang antara trademark lakonan Ji Woo sejak dulu. Menariknya, Ji Woo berjaya mempamerkan perubahan dr sisi sorg housewife robot kpd sorg yg ceria & seductive haha
Lee Sang Yoon
Lee Sang Yoon antara pelakon kertu yg masih eye-candy. Tidak keterlaluan utk mengatakan rmi forumer pasti tergoda melihat senyuman lelaki ini sepanjang menyaksikan drama ini. Wtk Cha Hyun Suk yg cool, protective & kdg2 rajuk berjaya dilakonkan dgn berkesan. Cuma ade "something" missing utk pencalonan kategori ini.
Choi Won-Young [Best Supporting Actor]
Lakonan hebat ahjussi ni sbg suami yg tak bertimbang rasa, psiko, mementingkan diri sendiri memang terbaik saya pernah lihat dr byk2 dramanya sebelum ini. Kebolehan utk menjadikan wtknye dibenci ttp juga likeable at certain time antara sebab yg menarik perhatian saya utk dinilai pencalonan pd thn ini. Thumb up!
Pelakon yg selayaknye dicerca kerana kekayuan thp maksima haruslah jatuh pd Kim Min Jae aka Min So. So, rating keseluruhan lakonan terpaksa ditolak sedikit kerana ade segelintir actor/actress tak beri lakonan memberangsangkan.
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (8.6/10)
Director yg berpengalaman semestinya berjaya menggerakkan pacing drama yg slow tetap jugak ditonton org. Elemen melodramatik diletakkan pd tmpt yg sesuai ditambah dgn gubahan instrumental & ost lagu yg mengasyikkan. Director juga memfokuskan camera pd perubahan mimik muka ditunjukkan pelakon menjadikan scene 2 tersebut betul2 bernyawa.
4. Skor muzik (4.8/5)
Skor lagu-lagu utk drama ini agak hebat dan kena dgn storylines drama ini. Ost diletakkan pd tmpt sesuai dgn adegan tertentu.
Antara yg saya ingin nominate:
1. Fine - Jeong Jun Il
2. You Don't Love Me - Roy Kim
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3.5/5)
Saya letak 3 bermakna ade kemungkinan juga akn tgk jika bosan.
-------------------------------------------------------------------------- TOTAL = (7.7+7.4+8.6+4.8+3.5=32.0/4=8.00) Nomination: Choi Ji Woo, Choi Wo-young