|
(Thread Macam2 Ada) Stock2 Social Climber Hauk - All About Gaya,Penampilan Busuk
[Copy link]
|
|
personified replied at 29-3-2017 08:05 PM
Kan? I pun pernah dgr jugak. Terus JR x appear in public..
I mean I'm sure Almarhum x suka anak ...
Tp bila bab dia and keturunan2 lelaki dia duakan bini sendri boleh lak.. bukan takat 2... berlambak lambak... sooo selfishh...
Tu laaa org kata.. nak jaga keturunan.. kita nih jangan buat dulu.. what i give u get back lah kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Gendut replied at 30-3-2017 12:38 AM
Betul. Anak sulung baginda lelaki. Kerja askar pangkat bawahan saja. Takde title tunku. Bin pun le ...
Knp yea terpinggir bole stori..
Lg satu xada rs syg ke...anak lelaki pewaris tu wpun kku bkn raja sekalipun.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon nk link paranomal tu...tq |
|
|
|
|
|
|
|
IxoraP replied at 29-3-2017 09:31 AM
bkn la.. tg amir, anak angkat tpp tu.. bkn tg amir selangor ye..
Oh. Ic.. patot lah aku tgk dia mcm jarang dgn family diorang.. mcm bawa haluan sndri.. still sama lah kan.. kawen dgn sepupu sndri since ayah btol dia pon adik TA ...
Ayah mak btol dia ada lg ke x |
|
|
|
|
|
|
|
Ni iols jumpa artikel pasal Tunku Shahariah wife kpd TMJ johor sblm SI
Pjg umurnya
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
According to Nat.. tunku Shahariah ni adik beradik tunku bahiyah sultanah kedah dulu..
Lari balik ke n9 lps suami dia meninggal |
|
|
|
|
|
|
|
seram pulak i baca pasal the late sultanah negeri boksit itu...
cite lagi @tasha ,
bila korang dok cite2 ni, i tgk potret dia pun meremang...
padahal kalau tgk tanpa baca cite korang, standard la muka melayu klassik hihihi
istana2 melayu ni sah2 la ada 'something'.. keturunan dorang dh berzaman, time tu bukannya dorang guna ustaz2 ni..ada yg memakai.. i can imagine la sultan tu takut sbb istana dh bertahun2 pastu ada pulak cik han..
eh, dia muncul macam mana? as in rasa vibenya atau cik han itu munculkan diri? |
|
|
|
|
|
|
|
tasha replied at 30-3-2017 01:34 AM
Knp yea terpinggir bole stori..
Lg satu xada rs syg ke...anak lelaki pewaris tu wpun kku bkn raja ...
Mengikut cerita adik saya Tunku Puteri Intan Syafinaz yg selalu bantu dan keep in touch dgn adik beradik tiri.
Masa anak perempuan Tuanku yg lain nak kahwin, Tuanku sendiri yg mewalikan. Tapi pakai wakil wali |
|
|
|
|
|
|
|
ejans replied at 30-3-2017 01:50 AM
Oh. Ic.. patot lah aku tgk dia mcm jarang dgn family diorang.. mcm bawa haluan sndri.. still sama ...
Apak tengku amir ni adik sultan boksit..jd heols ni kira sepupu dgn tmp sbnrnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Gendut replied at 30-3-2017 02:14 AM
Mengikut cerita adik saya Tunku Puteri Intan Syafinaz yg selalu bantu dan keep in touch dgn adik b ...
Ic knplah heols yg jd wali apak theols kan msh hidup...btw aku msh xpuas ati dan nak tau kenapa beliau terpinggir atau tersorok.... |
|
|
|
|
|
|
|
oak.balustrade replied at 29-3-2017 10:45 PM
Aduhaiiiiii banyak2 haiwan, kenapalahhhh buaya jadi pet. Tapi i kagum family depa mesra haiwan bet ...
Tu laa,smpai ke anak cucu suka mmbela binatang yg eksotik...
Dlu pun Almarhum TJ ada mmbela anak buaya kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Ye betul..maybe sbb bkn berdarah raja. Benda2 tu semua turun temurun kenss
|
|
|
|
|
|
|
|
Yeke..penah belajar silat tak? My hubby pn tk bole dgr serunai nobat dgn tgk org bersilat. Tk tentu arah dia. Iolss plak yg cuak , tetibe naik syeikh kt situ haru!
|
|
|
|
|
|
|
|
Chuolss average jane la |
|
|
|
|
|
|
|
Owhh yaa..lupa plak kt bapa dia..tasty sgt heshe
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu ler pasal..sampai skrg x sure knp Almarhum S.Iskandar gemor bela buaya..debab2 buaya peliharaan istana Jhr..Ayam utk beri mkn kat buaya2 pun kena cuci bersih2,x boleh ada bulu2 bagai..tp sedih tgk keadaan zoo Jhr kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Gendut replied at 30-3-2017 12:46 AM
Ada satu cerita mistik lagi pasal kesultanan utara. Masa almarhumah sultansh mangkat persatuan wan ...
xprnh dgr la pulak yg ni...sbb xsefemes ngri boksit...ataupun x da org lma2 kt kg I nk brcerita...syg nya xnk iktiraf ank llki ...mgkin da prjanjian lma kut...atau pun takut perebutan takhta |
|
|
|
|
|
|
|
Selain kes pembunuhan kejam kakak kpd Sultan Pahang,kes pembunuhan isteri ke 2 raja dihilir Perak dll..Iols nk share sikit criminal yg dilakukn oleh anak sedara Sultan Kedah kat Singapore.Sampai sanggup membunuh utk rompak jam rolex (sbg hadiah birthday kpd gf yg bekerja sbg seorg hooker)
ARKIB : 09/12/1998
Anak saudara Sultan Kedah dihukum gantung
SINGAPURA 8 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung terhadap seorang anak saudara lelaki Sultan Kedah setelah didapati bersalah membunuh seorang jurusolek pada April tahun ini.
Tengku Jonaris Badlishah, 24, seorang produser dan pembantu peralatan bebas, dituduh membunuh Sally Poh Bee Eng semata-mata kerana mahu merompak jam tangan Rolex milik wanita itu untuk diberikan sebagai hadiah hari jadi kepada teman wanitanya, yang juga seorang pelacur Thai, pada hari yang sama.
Dia memukul lebih 10 kali kepala Sally dengan penukul dan menetak kedua-dua pergelangan tangan wanita itu di sebuah perhentian bas di Marina South di sini, pada awal pagi 20 April tahun ini.
Pada tengah hari yang sama, Tengku Jonaris membawa sebiji kek, sejambak mawar merah dan sebotol arak sebelum menghadiahkan jam tangan Rolex bertatahkan emas dan berlian bernilai S$7,500 itu kepada Saifon Ngammoo sempena hari jadinya yang ke-31 pada satu majlis di sebuah rumah pelacuran di kawasan hitam Geylang.
Sepanjang 19 hari perbicaraan itu, yang diberi liputan meluas oleh media di sini, Tengku Jonaris memberitahu mahkamah bahawa kehidupannya semasa kecil penuh dengan penderitaan dan semasa dia berusia setahun, bapanya Tengku Abdul Hamid Thani, seorang saudara lelaki Sultan Kedah, menceraikan ibunya, Elizabeth Seet.
Pesuruhjaya Kehakiman Amarjeet Singh, semasa membacakan penghakimannya, menolak dakwaan pihak pembela bahawa Tengku Jonaris, seorang warganegara Malaysia, mengalami tekanan neurotik dan khayalan ganja semasa pembunuhan itu.
Amarjeet Singh berkata selepas mendengar pendapat pakar psikiatri daripada pihak pembela dan pendakwa, beliau mendapati Tengku Jonaris berupaya mengawal dirinya semasa melakukan pembunuhan itu.
Ini disokong oleh keterangan para pekerjanya yang berkata bahawa tertuduh bersikap seperti biasa sebelum itu dan merupakan seorang yang suka bersosial, katanya.
Beliau berkata, adalah tidak mungkin Tengku Jonaris tidak dapat mengawal dirinya kerana dia tidak mempunyai sebarang sejarah berkelakuan ganas walaupun selepas menghisap ganja.
''Tertuduh berbelanja lebih daripada kemampuannya dan tekanan kewangan itu berpunca daripada keinginannya untuk menawan hati Saifon,'' kata Amarjeet Singh.
Tengku Jonaris, yang berpakaian sut hitam, kelihatan tenang sepanjang prosiding itu termasuk semasa hukuman ke atasnya dibacakan. Selepas dijatuhkan hukuman, dia tidak langsung menegur ibunya, yang turut hadir di mahkamah.
Suami mangsa, Lee Boon Siang, pula menjerit kepada Tengku Jonaris: ''Celaka, padan muka kau,'' semasa tertuduh dibawa keluar dari mahkamah.
Semasa perbicaraan kes bunuh itu, mahkamah diberitahu bahawa Tengku Jonaris telah menelefon Sally pada malam sebelum pembunuhan itu untuk memberitahunya bahawa dia memerlukan khidmatnya bagi satu sesi foto dan memintanya menunggu di perhentian bas Marina South pada pukul 6.30 pagi.
Menurutnya dia telah menghisap segulung ganja sebelum pergi ke tempat kejadian.
Tengku Jonaris berkata, selepas dia memukul kepala Sally Poh dengan penukul, dia mengheretnya ke belakang rimbunan pokok-pokok renek di belakang perhentian bas itu tetapi semasa dia sedang mengambil jam tangan wanita itu, mangsa kembali sedar dan cuba merangkak menghala ke perhentian bas itu.
Melihat keadaan itu, dia menjadi panik dan memukul Sally Poh berulang kali dan menetak pergelangan tangannya dengan pisau pemotong kertas sebelum melarikan diri.
Tengku Jonaris ditangkap polis dua hari selepas pembunuhan itu.
Seorang daripada pekerjanya, Denis Lian, memberitahu mahkamah bahawa Tengku Jonaris risau mengenai apa yang harus dibelikannya untuk Saifon kerana sebelum ini dia menerima pemetik api Dupont bernilai S$800 daripada teman wanitanya itu.
Dalam kenyataannya kepada polis, Tengku Jonaris berkata, dia mahukan jam tangan Rolex itu kerana ia boleh dijadikan ''hadiah istimewa'' untuk Saifon dan memandangkan dia tidak mampu membeli jam tangan mahal itu, dia memutuskan untuk merompak Sally Poh.
Tengku Jonaris berkata, dia bertemu dan jatuh cinta dengan Saifon pada September tahun lepas dan sering mengunjunginya iaitu empat kali seminggu.
Mahkamah juga diberitahu bahawa Saifon, yang berpendapatan antara S$12,000 dan S$13,000 sebulan, telah meminjamkan Tengku Jonaris sebanyak S$6,000 pada Februari dan beliau mahu dia membayar hutang itu kerana ia adalah ''wang usaha gigihnya''.
Saifon juga pernah memberitahunya bahawa bekas suaminya telah memberikan beliau sebuah jam tangan Rolex tetapi ia telah dicuri semasa beliau masih di Thailand.
Tengku Jonaris memberitahu mahkamah bahawa semasa kecil dia sering didera oleh ibu dan bapa tirinya yang antara lain merotannya, memaksanya berlutut selama beberapa jam, mengklipkan klip penyidai baju di telinga, jari, bibir dan lidahnya serta kadang kala memaksanya memakan cili.
Tengku Jonaris berkata, dia dan adik lelakinya yang berusia 22 tahun dilayan seperti orang asing sedangkan anak-anak ibu dan dan bapa tirinya dilayan dengan baik.
Dia juga mendakwa bahawa ibunya mahu dia dikenali sebagai anak saudaranya dan bukan sebagai anak kandungnya.
Sementara itu, Seet mengakui bahawa beliau telah memukul anaknya. Menurutnya selepas perceraiannya, beliau tidak mendapat sebarang bantuan kewangan dan terpaksa tinggal dengan abangnya sebelum berkahwin semula. - Bernama.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|