CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ilahkhatibrani

Pengalaman Mistik III- Ilahkhatibrani

 Close [Copy link]
Post time 13-8-2009 02:39 PM | Show all posts
sebut kuching...waa rasa nak nangis jer..sepatutnya saya pegi sana hari ni..dah happy sgt nak pegi sana..tapi last minute cancel trip
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2009 02:44 PM | Show all posts
2041# ketotmerah

nape tak jadi? pasal H1N1 ke..
airasia skang ada tawarkan tiket murah untuk flight jan 2010.. pe kata ketot postpone tahun depan terus..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2009 03:13 PM | Show all posts
salam nemo,
eh! takderlah cuti2 m'sia.....pergi sana sebab ada saudara terdekat belah suami wat kenduri...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 03:19 PM | Show all posts
hehehe muka nemo dgn board gosip mmg xle dipisahkan....
tpkan nemo klo kita masuk board gosip kan... bahasa kita pon dh turut beryukar kan...
hilang keayuan mek klo cilok kt gosip sana... ...
catstitch Post at 13-8-2009 14:38



Cat, a'aa.. bod gosip+bod MPS neh.. mmg x dpt dpisahkn.   ekceli, nemo nk sembang tgk org jg.. hee..   tp kdg2 tu takot jg trsalah kata.. lgsung kena basoh ngan dujuan, sekai etc..   
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 03:21 PM | Show all posts
w'kmslm.. owh.. ade kenduri ek.. wahh.. musti pas blik nnti pasti ade cite menarik y blh/bakal dikongsikan.. samat brcuti+animun
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 03:53 PM | Show all posts
2042# cloudy_83
takut h1n1 pun ye..lagi pun tiket org sponsor..so bila org sponsor faham2..kalau dah kena cancel, kita pun kena diam jer..tapi dalam hati memang dah excited nak pegi kuching..tup2 cancel..nangis dlm hati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2009 04:14 PM | Show all posts
w'kmslm.. owh.. ade kenduri ek.. wahh.. musti pas blik nnti pasti ade cite menarik y blh/bakal dikongsikan.. samat brcuti+animun
nemo0309 Post at 13-8-2009 15:21


ckp pasal cuti ni.. cat tak on9 selama 4 hari tau
dari ari sabtu sampai senin...
ari selasa baru cat on9 balik.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 04:16 PM | Show all posts
nak wat camner kan.. tepaksa la gigit jari...
ilah jalan bebaik ye.. kalau ada cter menarik di sana kongsi la ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2009 04:17 PM | Show all posts
2047# catstitch
cat pun pegi cuti2 malaysia gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 05:02 PM | Show all posts
ckp pasal cuti ni.. cat tak on9 selama 4 hari tau
dari ari sabtu sampai senin...
ari selasa baru cat on9 balik.....
catstitch Post at 13-8-2009 16:14



amboii.. dia pown nk g suti2 mesia jgek..  so, kpd y pegi brcuti tu, hati2 ketika brcuti n samat brgumbira..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 05:11 PM | Show all posts
salam lisa....
ada dapat tak pm ilah yang terbaru.....
ilahkhatibrani Post at 12-8-2009 10:17


x dapat pun ilah...tapi ilah ada dapat pm lisa x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2009 05:13 PM | Show all posts
saalm semua..

citer part ii ilah dah abis wat..

final part Insya-Allah next week
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 05:21 PM | Show all posts
ilah dapat x pm lisa?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 05:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 13-8-2009 17:07

Post Last Edit by ilahkhatibrani at 11-8-2009 17:41

PART II


Setelah pemergian wak man ke luar rumah mencari daun bawang yang dipinta ol ...
ilahkhatibrani Post at 30-6-2009 10:01


nape x leh baca yer ilah?tulisan jadi berdouble...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 05:43 PM | Show all posts
Copy n Paste cam Sosimple wat:

Setelah pemergian wak man ke luar rumah mencari daun bawang yang dipinta oleh abah, abah telah memberi isyarat kepada ilah dan isteri wak man yang abah ingin memindahkan mak ditempat yang lebih selesa . Dengan segera isteri wak man menyediakan tempat tersebut diruang tamu..sementara ilah masih dalam keadaan terkesima serta termanggu kebingungan.Kemudiannya abah terus mengangkat mak menuju ke ruangtamu di mana isteri wak man telah menghamparkan tikar mengkuang dengan tilam bujang untuk mak.Dan dari sini ilah sudah dapat meneka yang sesuatu telah berlaku kepada mak terutama bila abah berbisik perlahan ditelinga wak man sebelum dia bergegas keluar untuk mencari  daun bawang yang dipinta.

Manakala mak pula tidak menunjukkan tanda-tanda positif untuk bangun daripada pengsan….pelik betul sebab tidak mungkin mak tertidur pula sebab keletihan...….ilah mulai risau melihat keadaan mak...Perasaan ilah mulai berkecamuk bercampur sedih dan menyesal kerana dengan sifat yang terlalu ingin tahu …telah menyebabkan mak menjadi begini…
Air mata ilah mulai bergenang .dan perasaan menyesal semakin menebal bila melihat muka mak mulai pucat .tanpa disangka abah mengusap kepala ilah menyuruh ilah bersabar dan memujuk ilah Insya-Allah tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan dan abah sedang berusaha untuk membuang badi yang telah terkena kepada mak.....ya-Allah bila ilah dengar perkataan badi ..semakin deras air mata ilah mengalir sebab kali ini ilah benar-benar menyesali tindakan terburu-buru ilah telah menyebabkan orang tersayang terkena tempiasnya. sementara isteri wak man terus duduk disebelah ilah apabila melihat ilah semakin beremosi.....manakala abah pula cepat-cepat berdehem memberi signal kepada ilah agar mengawal perasaan dan emosi ilah terutama ketika abah perlu menumpukan perhatian dalam mengubati mak...hmm alhamdullilah ilah dapat mengawal emosi..walaupun masih tercalit perasaan bersalah di dalm diri... .....dan kebetulan pada masa wak man sudah kembali dengan daun bawang yang dipinta..dan .terus diberinya kepada abah...

dan tanpa disuruh..wak man bersila terus duduk bersila betul2 disebelah kiri hujung kaki mak  seolah2 telah tahu apa yang perlu dibuat..dengan kain batik lepas panjang dihamparkan disebelahnya...dengan balang tanah liat kosong..serta daun keladi yang besar saiznya .. manakala abah pula duduk bersila berhampiran disebelah kanan pinggang mak ...


Tanpa membuang masa ..abah terus mengambil sebalang air yang telah disediakan oleh isteri wak man   dan terus membaca beberapa potong ayat yang ilah pasti salah satunya daripada surah jin ,surah al-maun dan surah Tin....dan selebihnya ilah gagal menangkap kerana suara abah sangat perlahan....tetapi ilah tahu abah sedang membuat penawar bisa....untuk mak dimana boleh disuling dan ditawar bisanya jika masih diperingkat awal.....setelah itu abah merendamkan akar daun bawang sepenuhnya dalam beberapa minit dengan membaca ayat terakhir ayatul kursi sebanyak tiga kali..dan terus di olesnya akar daun bawang yang basah di bibir mak sebanyak tiga kali olesan......pada olesan pertama mak mengeluh dengan mengeluarkan suara seperti kesakitan...apabila tiba olesan kedua ...tubuh badan mak mulai tersentak-sentak..namun abah tidak menunjukkan reaksi malahan meneruskan untuk olesan ketiga.....apabila sampai olesan ketiga..tanpa di sangka ..mak terbangun dengan keadaan duduk dan terus terbatuk dengan kuat seolah-olah ada benda atau sesuatu yang cuba dikeluarkan daripada tekaknya....namun gagal mengeluarkannya..yang hanya keluar hanya lelehan air liur dan lendir yang sangat banyak

dan kali nie terus abah menekan dibahagian belakang pinggang mak dengan ibu jarinya.. semakin kuat mak batuk..dan kali nie batuk mak kelihatan teruk...kemudiannya terus abah bangun dan bergerak di belakang mak...terus memukul belakang leher mak dengan akar daun bawang yang basah tadi  sambil melaungkan Allahuakhbar ...dengan lantang....tanpa disangka...kali ini mak terbatuk seperti bersin ..dimana kali ini ilah dapat menangkap dengan jelas ada sesuatu kabus hitam gelap yang terpelanting keluar laju daripada hembusan batuk mak....seperti terbang laju keluar..

tanpa disangka..wak man melompat menangkap benda tersebut dengan balang tanah liat ...dan dengan sekilat mungkin terus ditutupnya mulut balang tersebut dengan daun keladi kemudiannya diikat dan dibalut dengan kain batik lepas yang dihamparnya tadi.....dan baru ilah perasan dihamparan batik lepas tersebut penuh dengan butiran garam....apabila butiran garam tersebut melanggar daun keladi ..tanpa disangka ia mengeluarkan asap yang nipis.....dengan segera wak man menepuk ditepi balang yang telah dibungkus rapi sambil membaca sesuatu..terus hilang asap nipis tersebut....

Tanpa disangka ..terus wak man keluar rumah dan hilang dalam kegelapan malam....terus abah berkata kepada kami yang wak man pergi ke sungai untuk membuang sesuatu....dan kami berdua terus faham .......

manakal mak pula menunjukkan tanda positif ....dan mulai sedar daripada pengsan....terutama apabila mak minum air campuran tersebut ......setelah itu  abah menyuruh ilah memandikan mak dengan lebihan air suam campuran tersebut dengan pertolongan isteri wak man..untuk mengeluarkan sisa-sisa bisa yang mungkin tertinggal dalam badan...ilah menurut tanpa bantahan..

Manakala abah pula bergerak untuk membersihkan badan dan bersiap untuk solat hajat dan sujud syukur....dimana kebiasan yang abah buat setelah berjaya mengubati pesakit....

Alhamdullilah setelah mandi dengan campuran air tersebut....mak kelihatan bertenaga sedikit...ilah benar-benar lega melihat keadaan mak.....dan terus ilah memeluk serta mencium pipi mak dengan linangan air mata..sementara isteri wak man hanya tersenyum girang melihat telatah ilah ..mak pula hanya tersenyum lemah sambil mengalirkan air mata.....

Sekembalinya kami daripada memandikan mak...ilah lihat wak man sudah kembali dan sedang berbual-bual dengan abah sambil menepuk-nepuk bahu abah..sementara pula ilah lihat wajah abah sangat sugul...namun ilah tidak menunjukkan minat untuk mencuri perbualan mereka..walaupun terusik serta gusar dihati kerana bimbang kesugulan diwajah abah disebabkan abah....sebaliknya ilah terus masuk ke bilik tidur menemani mak tidur...di mana pada malam itu ilah tidur dengan memeluk mak dengan erat...

THE END PART II
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 05:52 PM | Show all posts
thanks f_zal...dapat gak baca kisah ilah nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2009 06:02 PM | Show all posts
salam lisa...

ilah dapat pm lisa..yang hari tu jer..ada yang terbaru ker.....
lisa tak dapat pm ilah ker..hmmm takper ilah cuba lagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 07:34 PM | Show all posts
1930# ilahkhatibrani  


ai pun nak jg...{:2_70:}
MeeSai Post at 12-8-2009 10:52


salam ilah, zai dh dpt respon dr ilah, sebenarnya zai punberat hati nk buat semua tu tp, td dok jln2 kt umah ilah ni, terbaca pasal rawatan akrine tu... rasanye nk ke sana la dulu.

ilah, neway dh bc part11 kisah badi td... membuatkan x sabar jer nk tunggu end part dier...(hehehehe... asyik x sabar jer, kn???...)
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 07:36 PM | Show all posts
ilah. post zai kat atas tu mcm slh quote jer... abaikan jer la....  

neway, byk gak zai nk tanya ilah tp tunggula leh pm balik sbb rasanyer personal sgt....

time kacih ilah yer....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 11:22 PM | Show all posts
dh abis part II....x sabar plak nk tau final part dia...apa la jd ngan kak milah tu ye??cian dia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.527113 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list