CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NBM

[MISTERI SETEMPAT]Kisah Seram di ITM Johor (Segamat)

[Copy link]
Post time 25-2-2019 08:19 AM | Show all posts
takde cerita lagi ke? best pulak baca..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2019 03:13 PM | Show all posts
layan gak thread nie... teringat hantar adik laki i masa dia study kt uitm segamat from KL. i hantar dia pastu drive back to KL sorg2, rasa kagum jap berani sgt masa tu sbb slalu habis hantar dia tu dah remang2 senja dah. syukur takde pape yg pelik jadi.. masa tu tak fikir hantu pun.. fikir camne nak hadap lori byk2 kt sepanjang jalan sempit tu je sbb i takut nak memotong. hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 03:53 PM | Show all posts
NBM replied at 3-12-2013 10:15 AM
ganasnya sampai gegar pintu...ni campus mana? sambung laa

ya Allah, hantu tu kejar sampai mahallah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 03:57 PM | Show all posts
ninjago replied at 25-2-2019 03:13 PM
layan gak thread nie... teringat hantar adik laki i masa dia study kt uitm segamat from KL. i hantar ...

dari KL ke UiTM Segamat, berapa jam?

mmg sunyi ke jalan nak ke UiTM tu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 03:58 PM | Show all posts
niena90 replied at 22-2-2019 02:32 PM
Uihh tak sangka uni aku masuk sini. Haiii sy budak kolej si manja kini

ko ni manja tak?

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 04:11 PM | Show all posts

Haha aku garang ok. Tak selari dgn nama kolej
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2019 04:15 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 25-2-2019 02:57 PM
dari KL ke UiTM Segamat, berapa jam?

mmg sunyi ke jalan nak ke UiTM tu?

adalah dalam 3-4jam depends. amik masa sebab dia ke dalam, kena lalu kebun kelapa sawit and jalan pun berselekoh2.. takleh bawak laju sbb byk lori besar2 sepanjang jalan nak ke segamat tu..
masa tu sunyi la nk masuk ke uitm tu.. skrg tak sure.

tapi kalau area pekan dia baru2 nie lalu sana dah byk pembangunan.. byk shoplots baru bukak and nampak meriah sikit area pekan tu.  
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 01:47 PM | Show all posts
ninjago replied at 25-2-2019 04:15 PM
adalah dalam 3-4jam depends. amik masa sebab dia ke dalam, kena lalu kebun kelapa sawit and jalan  ...

dekat pekan tu iols rindu nak mkn burger segamat...huwaaaa...17 tahun dah x makan burger tu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2019 02:38 PM | Show all posts
Ade lg burger tu..dpn supermarket Billion kan. Sekarang dah jalan 4 lorong Segamat sampai Labis...bolehla nk potong lori tanpa was2. Projek rel berkembar pun tengah rancak. nanti senang naik ETS dr segamat je..tak payah pegi Gemas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2019 01:40 AM | Show all posts
iznanaziz replied at 25-2-2019 03:57 PM
dari KL ke UiTM Segamat, berapa jam?

mmg sunyi ke jalan nak ke UiTM tu?

dulu masa baru2 siap mmg sunyi & bosan jalan ke situ.Tapi bila  dah sampai dalam tu rasa mcm bersemangat sebab sebenarnya not  bad tempat ni, bilik baru, katil cantik, pagi2 bangun tidur sejuk je suasana, nice view & mcm2 la rasa. Skrg  ni dah byk pembangunan kt segamat tak mcm masa mula2 aku masuk dulu (aku 2nd batch yg masuk situ,  masih bau kedai tempat tu hahaha) dari KL ada lah 3 jam kot.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 01:13 PM | Show all posts
sranua replied at 3-3-2019 02:38 PM
Ade lg burger tu..dpn supermarket Billion kan. Sekarang dah jalan 4 lorong Segamat sampai Labis...bo ...

ntah bile lg nak sampai ke segamat tu..
rindu semua yg ade kat sane..
even kawen dgn org jhr pun tp tiap kali balik jhr x tempuh segamat..
en somi kata jauh nak pusing2...
kuciwa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 01:23 PM | Show all posts
NBM replied at 4-3-2019 01:40 AM
dulu masa baru2 siap mmg sunyi & bosan jalan ke situ.Tapi bila  dah sampai dalam tu rasa mcm berse ...

super duper senior lah ni...hai senior..
i batch thn 99..
mase daftar still panggil ITM
mase tu ade 4 course je.. DIA/DIB/DBS/DIIA
Kolej pun ade 5 tu je Nilam/Mutiara/Baiduri/SMK/SR
i SMK..1st batch student pompuan ditempatkan di SMK..
tu pun level paling atas takde students lg..
tiap2 mlm mmg dgr la kerusi kena tarik ..iols level 2..
dgr org bertukang tu biase dah tiap mlm..
tapi sepanjang 3 tahun di sana x pernah nmpk lagi penampakan yg menakutkan..
cume gangguan tu je lah yg pnh iols cerita dlm thread ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 04:00 PM | Show all posts
Borak2 dgn org lama ITM Segamat..adelah dia bgtau 2-3 perkara;
1. Dulu sebelum dibangunkan kampus....sebelum sungai tu adalah tempat pembuangan mayat yg tak dituntut.
2. Ustaz pernah dipanggil berdialog dan pindahkan jin...satu bas. Diorang nak pindah ke Gunung ledang..katanya ramai keluarga kt sana. Dlm bas...tgh mlm bawak ke gunung ledang...tp tak nampak apa2..cuma dgr periuk belanga je keletung keletang....

Tu je lah ceritanya..baca boleh, percaya jangan. Apa pun kita sebagai manusia, sebagai khalifah dimuka bumi ini, kena yakin bahawa Allah lebih berkuasa.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2020 06:55 PM | Show all posts
Assalam, hi uols, baru harini jengok thread ni lama betul aku tak tengok. Biasalah bz dgn kehidupan hahaha. Baru2 tahun ni jugak la aku ke Segamat lalu Jalan Jementah ni and lalu la simpang nak masuk uitm tu tapi tak sempat nak singgah sbb kekangan masa. Rindu sgt nak tengok, maybe next time aku akan amek masa jengok jap and feeling2 memory land. Betul2 rindu tempat tu walaupun angkerr sangattt

Aku teringat dulu masa aku study sana kan, selalu jugak black out. Aku mmg suspen betul la kalau tang2 black out ni. Tapi alhamdulillah everytime black out aku kt dalam bilik (time malam) atau kt dalam kelas (kalau black out siang). Black out siang tu takde hal tak mendatangkan kesan langsung sbb hari masih terang. Cuba korang imagine kalau blackout time malam tu aku tgh mandi?? Aku boleh gerenti aku lari bogel la kuar dari toilet tu hahahahaha aku tak kisah la harga diri tolak tepi time tu.

Ok citer dia mcm ni. Malam tu masa aku tgh solat isyak, tiba2 black out tapi aku relax lagi habiskan solat sbb room mate aku semua maintain dlm bilik tak keluar dari situ, kalau keluar harus aku ikut sekali . Pastu aku join la roommate2 aku ddk sekumpul, aku mmg tak suka gelap aku takut & rimas kalau gelap. Malam tu lama pulak black outnya, smpai la kami semua buat keputusan utk terus tido je kt katil masing2 sbb dah mula ngantuk.Masa aku baru letak kepala & nak lelapkan mata tiba2 ada bunyi orang bernafas mendesah panjangggggggg sgt kt kepala aku dekat dgn telinga. Aku terus kejung berpeluh2 tak tau nak buat apa.Segala ayat aku baca sampai tak tau la betul ke tak, lama ok dia bernafas kt tepi telinga aku, bunyi dia mmg sgt2 dekat mcm 2 cm je dari cuping telinga aku. Last2 aku rasa aku pitam or pengsan sbb aku sedar esok paginya dgn tilam masih basah dgn peluh. Terus demam panas 3 hari. Rupanya bukan aku sorang je yg kena, ada sorang lagi room mate aku kena mcm aku. Yang buat aku sabar dgn gangguan2 ni semua sbb aku memikirkan aku 6 bulan je kt situ. Kalau aku kena ddk situ 3 tahun mmg aku tak lama kot.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 03:56 PM | Show all posts
yulley_vivi replied at 3-12-2013 04:18 PM
yulley pn pnh stdy kt uitm segamat dr 97-2000..amik diploma
yulley duk di kolej nilam..pnh kn gak t ...

hahahhaha...nampaknya kita 1 batch gitu....

iols kolej mutiara...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2020 05:12 PM | Show all posts
RIndu pulak baca benang ni. X sangka aku pun ada menyumbang cerita waktu 2015. Sekarang 5 tahun dah berlalu..dalam post hari tu aku ada janji nak cerita kisah lain. Tapi lupa dah nak post weyy hahahh. Aku pun lupa2 dah tapi rasanya cerita yang aku nak cerita tu, ahli dorm aku nampak something kot kat dorm tu. Tapi aku lupa lah plak details cerita dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 11:37 AM | Show all posts
Edited by Choke_Katak at 18-1-2021 05:52 PM

Salam, tahun 1991 saya dah ada kat ITM Segamat tu, semester 5 transfer kat ITM Segamat tu. Saya pun ada cerita kat sana. Ada la 2 atau 3 kali kes dgn benda halus ni, yang lain tak ingat. Benda ni sekarang dah jadi lali pulak bila selalu kena ganggu sampai sekrang.

Cerita saya ni mungkin korang tak percaya kot. Tak seram pun. Gini cerita dia...

Malam tu ada perlawanan bola Piala Malaysia. Saya ni suka main bola tapi tengok bola tak berapa minat. Jadi saya dengan geng saya ni orang Perak, Meor nama dia naik la ke bilik di level 2 no 24x, hehehe. Saya tak ingat saya dok Asrama Garuda ke Rajawali tapi asrama yang mengadap asrama pompuan tu la, yang dekat jalan naik bukit tu.

Dalam perjalanan naik tangga ke bilik tu, saya cakap la macam ni lebih kurang "kau nak datang, datang la malam ni, aku study sampai pukul 3. Tapi aku tak nak jumpa kau". Play safe beb, kena jaga-jaga. Meor dah bengang dengan saya bila saya cakap macam tu. Saya cakap relax la, bukan ko, aku yang cakap.

Err saya ni jenis perangai gila-gila sket, happy go lucky dulu. Pukul 2, 3 pagi tu selamba je naik level atas yang tak ada orang tu sorang-sorang, sambil hisap rokok. Tak ada plak kena kacau.

Sambung balik citer. So saya pun study la sampai pukul 3.00 pagi betul-betul. Tutup lampu, landing atas katil. Saya dok kat katil bawah, Meor dok kat katil atas, katil dabel deker derr. Tutup aje mata, benda tu dah mula ketuk-ketuk pen atas meja study. Saya tido kepala megadap meja study. Saya fikir dalam hati, dia dah datang kot. Tapi tak pulak rasa takut ke apa, menggigil pun tak. Saya biar dulu dia main pen tu, lagu apa ntah dia ketuk-ketuk buat drum. Lepas tu saya angkat kepala tengok kat atas meja, terus senyap. Uiii tak nak bagi tengok konsert ke. Member yang 2 orang dalam bilik ni tak sedar apa, layan mimpi kot.

Bila dah senyap macam tu, saya tengok keliling ok je. Saya letak kepala balik, member katil dabel deker sebelah si Apek dah mula bercakap dalam tidur. Bahasa apa tak faham dia cakap. Tapi dia lawan bercakap dengan suara pompuan yang kat luar tingkap.


Nanti ada masa saya sambung...panjang-panjang korang tak nak baca plak nanti....hihihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2021 12:28 PM | Show all posts
Choke_Katak replied at 18-1-2021 11:37 AM
Salam, tahun 1991 saya dah ada kat ITM Segamat tu, semester 5 transfer kat ITM Segamat tu. Saya pun  ...

cerita je byk mana pun, PKP ni weiii bosan2 boleh layan cerita seram kt forum
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2021 12:40 PM | Show all posts
sambil2 work from home ni tiba2 aku teringat satu lagi cerita lagi. Maklumlah dah berpuluh tahun punya cerita byk dah lupa.  Satu malam tu aku lapar, so aku turun la nak pegi KoOp masa tu nak tutup dah so malas nak cari kawan turun aku turun sorang2. Masa tu aku baru masuk situ. Tangga yg aku turun tu mcm agak gelap sikit, tak de orang pun masa tu yg lalu situ, aku sorang je. Ondway turun aku berselisih dgn sorang pmpuan pakai baju kurung putih rambut dia lurus je. Kulit pun putih kuning langsat. Dia tak pandang aku dia tunduk je pandang bawah. Slow je dia naik tangga. Aku teruskan perjalanan ke KoOp tu. Aku terjumpa la kakak senior aku yg tinggal kt Mutiara jugak so ada la kawan aku nak naik bilik ni. Aku ajak dia ikut tangga tadi tu, terus dia tanya aku, kau ikut tangga tu tadi ke? Aku pun cakap ye betul aku guna tangga tu. Sis tu nampak mcm seriau, pastu dia bgtau aku lain kali jgn guna tangga tu malam2 sbb dah selalu orang terjumpa Kakak Cantik kt situ. So aku ckp la tadi ada berselisih dgn soran pmpuan, pstu sis tu sambung rambut panjang lurus, kulit putih kuning pakai baju putih kan? adoiyyaiii aku rasa nak pengsannnn, lps tu aku tak lalu dah situ.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 11:12 AM | Show all posts
aku bljr UITM SEGAMAT graduate 2017, sepanjang belajar kat sane, takde lg la kena kacau ke ape, padahal aku nie kaki lepak gak memalam, kua kampus g makan kat luar, balik sblm 12, jalan2 kat highway segamat sampai tangkak tu, pahtu pusing balik, sje jalan2 dlm kete, hahahahha, tak perna lg kena kacau ke, best baca tread nie, biasa la setiap org ada pengalaman sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.096374 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list