CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Narcissist

Mixed Marriage

[Copy link]
Post time 22-5-2007 11:44 AM | Show all posts
Keistimewaan kahwin campur - Lahirkan zuriat yang baik
Oleh ZUNAIDAH ZAINON


APA uniknya perkahwinan campur?. Itulah persoalan utama yang saya ajukan kepada bekas Imam Besar Masjid Putrajaya, Tan Sri Abdul Kadir Talib pada pertemuan ringkas di rumahnya di Taman Seri Reko baru-baru ini.

``Keistimewaan paling utama terletak pada zuriat yang bakal dilahirkan. Mereka adalah pembawa baka genetik yang diwarisi daripada keturunan nenek moyang kedua-dua ibu bapanya,'' ujar beliau yang pernah menjadi Mufti Wilayah Persekutuan.

Malah beliau sendiri mempunyai pengalaman berkahwin dengan bukan wanita tempatan.

Sebaliknya, Allah s.w.t. menetapkan jodohnya dengan seorang wanita warganegara mesir keturunan Turki, Allahyarham Sohair Abdel Moneim Ibrahim Serry sewaktu melanjutkan pelajaran ke Mesir.

``Sebenarnya, apabila kita membicarakan soal perkahwinan campur, banyak perkara yang harus diambil kira.

``Paling utama ialah bagaimana kita mendidik pasangan agar menyesuaikan diri dengan cara hidup orang Melayu.

``Di samping itu, bagi pasangan yang berkahwin dengan saudara baru, berbeza pula pendekatannya kerana ia melibatkan aspek amalan agama Islam,'' jelasnya mengenai perkahwinan campur.

Menurut beliau, perkahwinan adalah perkara mulia yang dituntut agama. Rasulullah s.a.w. sendiri menggariskan empat perkara untuk dijadikan panduan kepada umatnya dalam hal memilih pasangan, iaitu kecantikan, kekayaan, keturunan mulia dan pegangan agama.

Bagaimanapun, Rasulullah s.a.w. menasihati umatnya agar berkahwin dengan pasangan yang mempunyai latar belakang didikan agama yang teguh berbanding tiga perkara tersebut.

Ini bagi mengelakkan pelbagai masalah timbul dalam kehidupan alam yang sentiasa bergolak.

Pemilihan

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda:

``Berhati-hatilah kamu dalam menentukan pemilihan bagi menurunkan baka kepada mana-mana pihak dalam cara yang baik dan selamat dengan pilihan yang tepat.''

Sesungguhnya, Islam amat memandang berat terhadap baka keturunan bagi memelihara kesucian umat Rasulullah s.a.w.

Perkahwinan campur di Malaysia juga tidak terhad antara Melayu dan Cina ataupun Melayu dan India.

Dalam dunia global hari ini, pergaulan sesama manusia juga semakin melebar dan hampir tiada batasan.

Tambahan pula, dengan kecanggihan teknologi komunikasi menggalakkan interaksi yang luas antara masyarakat antarabangsa.

Dalam konteks ini, Islam mengharuskan dalam soal pemilihan pasangan termasuklah berkahwin di kalangan warga luar.

Hakikatnya, berkahwin dengan saudara baru merupakan dakwah praktikal yang paling mujarab kerana ia akan menyebarkan keturunan di kalangan bukan Islam.

``Walaupun Islam membenarkan tetapi masalah dari segi keagamaan, akhlak dan adat resam hendaklah diambil kira, supaya tidak terbawa-bawa budaya dari negara asal yang tidak berapa sesuai dengan suasana masyarakat di sini,'' ujar beliau merujuk betapa Islam memandang berat soal keturunan yang bakal dilahirkan.

Perkahwinan merupakan perkara paling mulia di sisi agama. Atas sebab itu, perkahwinan perlu diputuskan antara lelaki dan perempuan berlainan asal usul dan keturunan, yang dilakukan atas nama Allah s.w.t. dengan adanya wali dan akad.

Dalam alam nyata yang perlu dihayati, perkahwinan campur jika dilakukan atas landasan yang betul, akan melahirkan zuriat yang ketara dari segi kecerdikan, kepintaran dan kecantikan hasil percantuman darah yang berbeza.

``Rasulullah s.a.w. sendiri menggalakkan umatnya memilih pasangan yang tidak terlalu rapat hubungan saudaranya.

``Sebaik-baiknya pilihlah pasangan yang di luar kelompok saudara mara,'' tambahnya.

Beliau tidak menafikan, ada segelintir masyarakat yang `pekat' didikan Melayunya, sukar menyesuaikan diri dengan cara hidup pasangannya yang berbeza.

Keharmonian

Bagi Abdul Kadir, untuk memelihara keharmonian rumah tangganya, beliau mengambil pendekatan mudah dengan tidak meletakkan sebarang syarat dalam pergaulan isterinya.

Mengimbas kembali detik awal perkahwinannya kira-kira 39 tahun yang lalu, beliau berkata segala yang berlaku di luar perancangannya.

Mereka bertunang selama tujuh tahun sejak isterinya berumur 14 tahun dan belajar di sekolah menengah, sebelum mengambil keputusan berkahwin pada 11 Oktober 1964.

``Selepas berkahwin, saya bawa isteri saya pulang ke kampung di Johor. Bukan hendak menduga akalnya, tetapi dia tidak pernah membantah, malah mengikut sahaja ke mana saya pergi termasuk meredah paya, sungai dan sawah padi,'' kenang beliau mengenai keistimewaan isteri yang amat dikasihi, yang meninggal dunia dua tahun lalu.

Membentuk

Walaupun berkahwin dengan orang luar, Abdul Kadir berjaya membentuk isterinya untuk menjalani hidup seperti orang Melayu termasuk memakai baju kurung, memasak makanan Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu.

``Manusia sentiasa dibekalkan dengan akal dan ilmu. Jika seorang suami dan isteri yang bijak, maka tidak timbul masalah penyesuaian budaya jika berkahwin dengan orang asing,'' jelasnya lagi.

Menurut beliau yang berasal dari keturunan Bugis, keenam-enam anaknya mempunyai perbezaan yang ketara dari segi rupa paras, kecerdikan dan warna kulit kerana mewarisi gen nenek moyangnya.

Anak sulungnya, Wafa, 39, mewarisi darah keturunan Arab daripada ibunya. Begitu juga anak keduanya, Jamal, 37. Manakala Ilham, 35, Amar (meninggal sewaktu berumur 10 tahun), Hibatullah, 29 dan yang bongsu, Badriah, 27 masing-masing turut mempunyai keistimewaan tersendiri.

Kesungguhan isterinya mendalami bahasa Melayu terbukti apabila beliau sanggup mengikuti kursus di Universiti Malaya (UM), walaupun fasih berbahasa Inggeris dan Arab.

Selain menjadi anggota Persatuan Penterjemah Malaysia peringkat antarabangsa, isterinya juga merupakan tenaga pengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia selama 25 tahun, dan dua tahun di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam Pengajian Bahasa Arab.

``Saya sangat bangga dengannya apabila suatu hari isteri saya berkata, ``Saya berbangga menjadi warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia tetapi saya berasal dari Mesir dan berdarah keturunan Turki'' katanya tersenyum.

Pada pandangan beliau, selain tidak meletakkan sebarang syarat dalam pergaulan, beri masa kepada pasangan untuk memilih yang terbaik dan pada masa yang sama, bimbinglah mereka berdasarkan acuan budaya Melayu dan tuntutan agama Islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2007 11:46 AM | Show all posts
ini adalah antara kelebihan org kawen campur....
tp satu jer ug sampai now pyh nak ubh ..pasal makanan ..bella n hubby selalu mkn menu lain2...
dia nk mkn makanan dia n me lak wajib nak mkn mkanan melayu ....
ada tak sesaper camni gaksss???
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 06:08 PM | Show all posts
Originally posted by BellaDeLaRossa at 21-5-2007 10:46 PM
ini adalah antara kelebihan org kawen campur....
tp satu jer ug sampai now pyh nak ubh ..pasal makanan ..bella n hubby selalu mkn menu lain2...
dia nk mkn makanan dia n me lak wajib nak m ...

me, laki me tak makan langsung makanan melayu, masak kari kalau dia ada kat rumah, cam cacing kepanasan...
hari tu goreng belacan histeria dia sbb bau   nak tenguk dia makan nasi payah, tapi taklah jadi masalah
sbb kalau me teringin nak makan melayu, me masak aje, masak 2 differents menu most of the times kalau me rajin,
kalau malas, masak wstern foods aje.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 06:15 PM | Show all posts

Reply #183 faraway's post

  aha sama la..hb bella...mintak maaf la kalau bau sambal belacan ker belacan apa bagai ker......fening lalat jadiknyerrrrrrrrrr...............

bella plak jns x reti mknnasik takder belacan....yer la cheq dibesarkan di utara.......belacan mariiii..line clearr
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 06:25 PM | Show all posts
Originally posted by BellaDeLaRossa at 22-5-2007 05:15 AM
  aha sama la..hb bella...mintak maaf la kalau bau sambal belacan ker belacan apa bagai ker......fening lalat jadiknyerrrrrrrrrr...............

bella plak jns x ...

dulu awal awal kahwin, boleh buat terasa hatilah sbb ayat ayatnya...
tapi sekarang dah tak heran, tapi bertolak ansurlah cam kalau me nak masak
asian, me masak time dia keja sbb hud dapur ni cam tak bole diharap sgt utk asian foods.
tapi makan samalah, lagipun laki me kata busuk ke apa ke, dia jugak yang hulur duit beli benda tu semua,
dia jugak yang memastikan me dapat apa me nak makan

kalau ingat lucu sesangat sbb perbezaan, nak masak telur pun nak ikut cara dia atau me...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 06:30 PM | Show all posts
Originally posted by faraway at 22-5-2007 06:25 PM

dulu awal awal kahwin, boleh buat terasa hatilah sbb ayat ayatnya...
tapi sekarang dah tak heran, tapi bertolak ansurlah cam kalau me nak masak
asian, me masak time dia keja sbb hud dapur ni  ...



aha..tu la kan fara....mmg dulu2 selalu ajer termakan hati..tp now dah lali dahhhh......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2007 08:50 AM | Show all posts

anak melayu+jawa+hindi





[ Last edited by  Cooki3Munsta at 23-5-2007 09:08 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2007 07:43 AM | Show all posts

Reply #187 Cooki3Munsta's post

comelnye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2007 07:48 AM | Show all posts

Reply #182 BellaDeLaRossa's post

ada...suami saya tak makan sangat masakan melayu ni...tapi sbb leceh nak masak 2 jenis lauk, sayabiasa  masak lauk pauk dia je...bila dia outstation je saya msk kari ke, sambal ke etc...anak pulak ikut tekak bapak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2007 09:42 AM | Show all posts

Reply #188 nour2001's post

Thankss..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2007 12:37 PM | Show all posts

Reply #181 BellaDeLaRossa's post

teringat semasa arwah Pn Soheir kat UKM...cakap melayu mcm native & senyum manjang.... penah tgk Ilham...gelap sket compare dhn kakak dia Wafa...depa ni lain-lain dr segi rupa, warna kulit & personaliti....

kehebatan mix marriage.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 12:54 AM | Show all posts
Originally posted by khaipozi at 7-6-2007 12:37 PM
teringat semasa arwah Pn Soheir kat UKM...cakap melayu mcm native & senyum manjang.... penah tgk Ilham...gelap sket compare dhn kakak dia Wafa...depa ni lain-lain dr segi rupa, warna kulit &a ...



wafa abdul kadir ni tak salah dulu pernah berlakon kot, tak ingat sangat , tapi rasanya wafa pernah jadi pelakon drama masa me kecik kecik dulu... anybody boleh confirm whether thats the same wafa?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 01:28 AM | Show all posts
yippeee akhirnya jumpa jugak thread ni setelah penat melilau lilau di cari forum. seronok baca postings kat sini, boleh jadi reference. mamapotter,i like ur sense of humour walaupun ada posting u yang mengharukan like what ur mil did to u one hour before ur akad nikah.actually ngeri jugak baca abt mil from that part of the world, they are notorious.

actually in certain ways, we are similar. i am  malay but technically ada banyak mix (mom- pattani, dad - indian muslim, malay, arab , and traces of turkish blood on both sides of his parents) and currently in a serious relationship with a punjabi muslim from pakistan.actually i "ketaq" perut jugak baca posting u abt ur mil because i knw this is a typical trait of a "desi mil"..... banyak kali juga dengarpasal diorang ni.

camna nak amik hati diorang? but one thing for sure i will never agree to live under one roof with my future mil, (tu pun kalau jadi kahwin dgn mamat ni la) tak kira la mil melayu  ke apa ke ,, kalau pakistani /punjabi  mil lagi la tak mau.sorry la kalau ada org pakistan kat sini, bukan i cakap semua pakistani/ indian like this. ada banyak exceptions. but generally this is the stereotype.hopefully boleh la forumers kat sini share tips tips nak amik hati /elak persengketaan our in laws yang obviously from a different cultures. misunderstanding tend to happen. thanks

eh satu lagi lupa lak, since dah ada gambar anak anak forummers kat sini yang memang comel comel, apa kata letak pulak gambar weddinng korang? bukan boleh tengok tiap tiap hari gambar interracial wedding, unik wooo......... .. harap harap boleh la share yer... jangan malu malu.... boleh jadi sumber inspirasi kepada yang belum kahwin but plan nak kahwin nanti. thank u...

[ Last edited by  farahsultan at 8-6-2007 01:35 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 02:13 AM | Show all posts
Originally posted by farahsultan at 7-6-2007 12:28 PM
yippeee akhirnya jumpa jugak thread ni setelah penat melilau lilau di cari forum. seronok baca postings kat sini, boleh jadi reference. mamapotter,i like ur sense of humour walaupun ada posting u ...

i think kalau bab ambil hati mentua ni, me really good about it
and i'm so proud about that very much ,
beginning they go crazy because the youngest son converted to muslim..
the first dari keturunan dorang yang kahwin campur jugak.. so me ni new case bagi families dorang...
me panggil dorang papa dan mama yang mostly menantu panggil mentua dgn nama aje.
listen to them, love them like our own parent, jangan ambil hati, pandai bergaul, pandai
ambil hati, jaga anak dorang bebaik...
jangan mengungkit apa dorang kata, jangan masamkan muka bila jumpa dorang..
jangan berat tulang... so today happy sebab bukan hanya dengan mentua, malah dgn ipar duai, anak saudara, sepupu
sepapat makcik pakcik me ada hubungan yang baik sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 09:05 AM | Show all posts
Originally posted by faraway at 8-6-2007 02:13 AM

i think kalau bab ambil hati mentua ni, me really good about it
and i'm so proud about that very much ,
beginning they go crazy because the youngest son converted to musli ...



aku rasa aku pun pandai bab ambik hati ipar duai ni, Tgk cam diorg sayang sgt kat aku je (he...he.. syok sendiri lah pulok). Hubby aku takde parents, dah meninggal masa dia kecik2 lagi. Yg aku pulak takde kakak. Membesar ngan abg ngan adik2 lelaki. So, bila kahwin, hubby aku jadi rapat ngan mak ayah aku, yg aku pulak rapat ngan kakak2 ipar. Seronok rasa bila kdg berjalan sama2 bila jumpa ngan org, ada kakak yg intrioducekan aku sbg adik bongsu, instead of ipar.

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 09:11 AM | Show all posts
Originally posted by Core at 7-6-2007 08:05 PM



aku rasa aku pun pandai bab ambik hati ipar duai ni, Tgk cam diorg sayang sgt kat aku je (he...he.. syok sendiri lah pulok). Hubby aku takde parents, dah meninggal masa dia kecik2 lagi. Yg ...

elok sangat rapat ngan mentua ni.. cam my case, families me jauh sangat... atleast kalau benda tak best terjadi..
ada orang nak mengadu buat rujukan... atleast tak kesoranganlah walau mereka tu emak bapak family husband..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2007 09:44 AM | Show all posts
masa mnyilau2 in terserempak dgn thread ni... terus jer melangut kt sini....


baba in berbangsa arab campuran pakistan (sebelah maknya) afghan (sebelah bapanya)..
mama pula thai (sebelah ibunya) cina yunan (sebelah bapanya)
perkahwinan mereka diatur oleh org tua memasing yg bersahabat baik... datuk in (bapa baba) berhijrah ke thailand membawa baba dan pakcik in (adik baba) berniaga dan sekaligus lari dr peperangan setelah kaum keluarga ramai terbunuh termasuk isterinya.. mereka behijrah ke malaysia setelah datuk
in meninggal (sebelah mama dan baba).
kami adik beradik semua dilahirkan di malaysia tanpa ada bangsa... yang paling sedih, kami semua tdk sempat melihat datuk/nenek kami
dikedua2 belah pihak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 02:44 PM | Show all posts

Reply #192 farahsultan's post

it's the same Wafa....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 11:16 PM | Show all posts

Reply #197 indah1285's post

in 'tak der" bangsa.... so camna ic in? kalau nak masuk sekolah keraajaan ke, apa apa ke, nak buat loan seua tak leh lah in?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2007 09:46 AM | Show all posts
Originally posted by farahsultan at 8-6-2007 11:16 PM
in 'tak der" bangsa.... so camna ic in? kalau nak masuk sekolah keraajaan ke, apa apa ke, nak buat loan seua tak leh lah in?


bangsa lain2... tp, kerakyatan malaysia...
in sek keb cam biasa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.215786 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list