CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ipes2

[ILMU MUDAH]: Apa pendapat anda tentang Vaccine untuk Covid-19?

[Copy link]
 Author| Post time 1-6-2021 12:24 AM | Show all posts
keypochino replied at 19-5-2021 03:02 PM
Thanks doc ipes.. mcmana kat sana skg? Kes makin menurun ke? Kami kat Selangor ni risau..

dah turun dah sini keypo
jadi 3000-4000 kes je sehari
deaths sini between 1-15 dalam sehari in the last week or so
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2021 12:28 AM | Show all posts
mejaputih replied at 24-5-2021 03:28 PM
dr @ipes2 kalau bacaan ANA dalam darah tinggi sgt, ok ke kalau nk amik AZ vaccine?

hmmm ANA tinggi ni jika isolated aje sy tak sure, tetapi jika tinggi dan ada Connective Tissue Diseases dan ambil immunosuppressant, sy tak yakin boleh divaccinate. kena tanya specialist yg rawat awak.
jika ANA itu diambil oleh a doc, kena tanya dia apa sebab dia ambil darah utk itu
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 12:29 AM | Show all posts
ipes2 replied at 1-6-2021 12:24 AM
dah turun dah sini keypo
jadi 3000-4000 kes je sehari
deaths sini between 1-15 dalam sehari in t ...

oh jauh beza dengan death di sini today 31/5 is 67, 851 at ICU & 25 new clusters

  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

Hasil survelan genomik yang dijalankan secara berterusan sehingga kini telah mengenalpasti  sebanyak 119 kes COVID-19 yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI). Daripada jumlah ini, sebanyak 14 kes adalah jangkitan import daripada luar negara, manakala 105 kes lagi  adalah jangkitan dalam negara. Daripada jumlah 119 kes yang dikesan tersebut,  104 kes adalah VOC dan 15 kes adalah VOI.

i. Variant of Concern (VOC) yang dilaporkan adalah seperti berikut, iaitu:
89 kes adalah varian B.1.351 (kesemua kes jangkitan dalam negara);
Sembilan (9) kes adalah varian B.1.1.7 (5 kes jangkitan import dan 4 kes jangkitan dalam negara); dan
Enam (6) kes varian B.1.617 (kesemuanya jangkitan import).

ii. Variant of Interest (VOI) yang dilaporkan pula adalah seperti berikut, iaitu:
12 kes adalah varian P.3 (kesemua kes jangkitan dalam negara); dan
Tiga (3) kes adalah varian B.1.525 (kesemua kes jangkitan import).

Bilangan kes positif COVID-19 dengan VOC dan VOI mengikut negeri sehingga 31 Mei 2021 adalah seperti di jadual dilampirkan.

Virus COVID-19 jenis VOC telah dikesan di setiap negeri dalam Malaysia terutamanya bagi varian B.1.351. Oleh itu, besar kemungkinan sudah pun berlaku penularan lebih meluas dalam komuniti bagi sekurang-kurangnya satu (1) jenis VOC di semua negeri di Malaysia. Memandangkan VOC didapati mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi, situasi ini perlu diambil serius oleh setiap individu. Sekiranya rantaian jangkitan penularan tidak diputuskan, ianya akan terus merebak dan lebih sukar bagi kita untuk terus membendung peningkatan kes COVID-19.

Sehubungan itu, KKM akan terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk meneruskan survelan genomik, memperbanyakkan ujian saringan COVID-19, melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian-varian ini di dalam komuniti.

Selain pelaksanaan total lockdown yang bermula pada 1 Jun 2021, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) juga akan terus dilaksanakan bagi kawasan-kawasan dengan pelaporan kes yang tinggi. Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular ke lokaliti-lokaliti lain. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dilaksanakan secara bersasar dalam kalangan komuniti yang terlibat.

Dengan pelaksanaan perintah ini:
Semua penduduk dan pelawat yang telah berada di kawasan tersebut tidak dibenarkan keluar dari rumah sepanjang tempoh perintah PKPD dikuatkuasakan;
Pelawat-pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah PKPD dikuatkuasakan; dan
Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup;

Bagi kawasan-kawasan lain, orang ramai dinasihatkan untuk kekal berada di rumah sepanjang masa. Sekiranya terpaksa keluar atas urusan penting, patuhilah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan dan lindungilah diri seperti yang sering dinasihatkan oleh KKM. Tempoh masa dua (2) minggu ini adalah amat kritikal bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia dan ianya perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh semua lapisan masyarakat.

Semoga dengan segala usaha yang dijalankan dapat melandaikan keluk pandemik COVID-19 di negara kita dan memastikan kelestarian sistem penjagaan kesihatan yang baik di Malaysia.  

#LockdownKendiri
#BantuSistemKesihatanNegara

- KPK KKM -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Risau Diri dan Keluarga Anda dijangkiti Covid-19!

Dalam situasi wabak Covid-19 yang semakin serius ini, Banyak Tips2, Saranan2 dan Maklumat2 PALSU yang disebarkan oleh Pihak-Pihak tidak bertanggungjawab yang ingin menangguk di air keruh dan mengaut keuntungan daripada ANDA.

Jangan biarkan diri Anda menjadi mangsa. Semak kesahihan dan status iklan-iklan yang disiarkan. Sekiranya tiada nombor kelulusan LIU, ABAIKAN sahaja iklan-iklan tersebut. Ingat! Produk berasaskan makanan tidak boleh membuat tuntutan seolah-olah ianya ubat.

Jadilah Pengguna Yang Bijak!

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2021 12:34 AM | Show all posts
keypochino replied at 1-6-2021 12:23 AM
belum lah doc.. tgh tggu queue ni.. register  lama dah..

takpe.. janji dah daftar
jaga SOP tu ye
kang kena saman jadi mcm nilopa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2021 12:36 AM | Show all posts
ipes2 replied at 1-6-2021 12:34 AM
takpe.. janji dah daftar
jaga SOP tu ye
kang kena saman jadi mcm nilopa

haha org kata kalau xnak kena saman boleh ngaku sedara dia.. hihi

saya sebolehnya elak keluar.. mmg terperuk kat rumah ja.. WFH.. meeting n training semua online.
husb sy dah vx. dia dpt sinovac. saya xkisah la apa pun, harap akan dpt juga soon..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2021 12:37 AM | Show all posts
keypochino replied at 1-6-2021 12:29 AM
oh jauh beza dengan death di sini today 31/5 is 67, 851 at ICU & 25 new clusters

tu lah.. kita dah lawan UK dah
UK ni padahal penduduk padan dan jauh lebih ramai org nya
harap penduduk kita jaga SOP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2021 12:39 AM | Show all posts
deekhan replied at 14-5-2021 08:15 PM
Salam dr @ipes2
Sy nak tanya pendapat dr berkenaan vaksin ni. 1 st dose inject 4/3/21. 5 hari lps v ...

waalaikumussalam,
seriously sy ingatkan sy dah jawab. belum ye rupanya?
hmm ke deekhan ada tanya same Q elsewhere.

apa2 pun, how was the symptoms?
itch ni selalu jugak lah merupakan allergic reaction to something tetapi ianya mild je lah
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 12:40 AM | Show all posts
ipes2 replied at 1-6-2021 12:37 AM
tu lah.. kita dah lawan UK dah
UK ni padahal penduduk padan dan jauh lebih ramai org nya
harap p ...

tulah, the highest dealth kelmarin 98.. hopefully lepas2 ni tak de setinggi tu dah.. kesian to all frontliners yg xcukup rehat..
so doc kat sana dah back to normal routine or still working long hours tanpa cuti?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2021 12:41 AM | Show all posts
keypochino replied at 1-6-2021 12:36 AM
haha org kata kalau xnak kena saman boleh ngaku sedara dia.. hihi

saya sebolehnya elak keluar.. ...

vaccine apa pun takpe lah keypo
bagus lah awak ada mentality sebegitu.. kerana effectiveness depa dekat2 aje.. yg penting jika covid tu bulltes, kita ada something depan kita.. btg pokok ke, sandbag ke, tembok ke.. apa2 aje utk kurangkan risiko, lainnya Allah nye cerita, kita manusia usaha dan tawakkal sahaja yg Dia minta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2021 12:45 AM | Show all posts
keypochino replied at 1-6-2021 12:40 AM
tulah, the highest dealth kelmarin 98.. hopefully lepas2 ni tak de setinggi tu dah.. kesian to all ...

ya, nmpk dah turun cases jadi 6000+ kan? dan death pon dah turun.
sini dan buka dah semua busines pada 14th April dulu tu, dan cases maintain
tetapi kita tahu 3rd wave akan dtg, so UK berjaga2 now ni

bagus la hubby awak dah vax, sekurang2 nya seorang dah ada some protection

frontliners dah boleh amik cuti here and there sikit2
juga kempen utk jaga frontliners ni bagus jugak, bersungguh la nmpk nya depa buat.. utk jada mental health frontliners
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 12:47 AM | Show all posts
ipes2 replied at 1-6-2021 12:41 AM
vaccine apa pun takpe lah keypo
bagus lah awak ada mentality sebegitu.. kerana effectiveness depa ...

ye betul.. kalau semua benda nak persoalkan kita tak boleh buat apa2 lah.. so, kita dah usaha & tawakal..
ramai org salah anggap kalau dah complete 2 doses tak kena covid.. bukan mcm tu, risiko utk kena tu tetap ada cuma impak maybe tak seteruk org yg tak ambil vaksin.. betul kan? sbb mak mertua adik sy frontliner dah completed her 2nd dose, +ve.. tapi alhamdulillah dah sembuh..
so doc, u too take care kat sana.. may Allah ease everything for u..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2021 01:20 AM | Show all posts
keypochino replied at 1-6-2021 12:47 AM
ye betul.. kalau semua benda nak persoalkan kita tak boleh buat apa2 lah.. so, kita dah usaha & ta ...

iya, risiko utk kena adalah jauh lebih rendah
macam police yg pakai bulletproof best la; chance utk tembus memang ada tetapi jauh lebih rendah

ameen ya rabb. mekasih keypo atas kata2 yg elok
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 1-6-2021 01:20 AM
iya, risiko utk kena adalah jauh lebih rendah
macam police yg pakai bulletproof best la; chance u ...

Yg MIL adik sy tu dah sembuh, tp FIL dia pun +ve dan belum vax. Masa warded stage 3,now dah stage 5. Hopefully dapat bertahan dan kembali sembuh.  
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 10:10 AM | Show all posts
ipes2 replied at 31-5-2021 11:34 PM
takpe.. janji dah daftar
jaga SOP tu ye
kang kena saman jadi mcm nilopa

Nunggu gak ni...dah hape2 urusan vx ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2021 10:11 AM | Show all posts
keypochino replied at 31-5-2021 11:36 PM
haha org kata kalau xnak kena saman boleh ngaku sedara dia.. hihi

saya sebolehnya elak keluar.. ...

Ok tak hubby setakat ni?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 10:12 AM | Show all posts
ipes2 replied at 31-5-2021 11:24 PM
dah turun dah sini keypo
jadi 3000-4000 kes je sehari
deaths sini between 1-15 dalam sehari in t ...

Sini 6000 ke 9000++ dah...kematian smp 60-90++...ngeri...
Terus lockdown...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 10:14 AM | Show all posts
ipes2 replied at 31-5-2021 11:45 PM
ya, nmpk dah turun cases jadi 6000+ kan? dan death pon dah turun.
sini dan buka dah semua busines ...

Bilalah nak berakhir + return to normal...huhu...
Cari semekut Raya lah- comfort food
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 1-6-2021 10:11 AM
Ok tak hubby setakat ni?

Alhamdulillah ok.. hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.105688 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list