CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7984|Reply: 27

Dimensi bertemu dimensi (Cerita ringan)

[Copy link]
Post time 2-4-2016 09:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by esbok at 4-4-2016 11:49 PM

Mukadimah
Selain manusia, aku percaya ada banyak lagi makhluk tuhan lain atas bumi ini. Kadang-kadang tak tercapai dek akal logika manusia. Bila manusia melihat sesuatu yang ganjil dari yang biasa mereka lihat, mereka jadi takut. Ada juga yang jadi lebih berani. Terpulang pada penerima. Aku juga salah satu manusia tu. Berani tu tidak, takut tuh...Tuhan saja tahu

Kata orang kalau nampak, itu rezeki tuhan bagi. Ada banyak punca yang menjadikan hijab seseorang itu terbuka. Yang pasti punca aku bukan sebab amal aku, hahaha( Aku rasalah). Sifat aku yang suka berseorangan mungkin juga menjurus kan aku ke arah sensitif kepada makhlus halus.
Di sini saja nak kongsi cerita-cerita bila dua dimensi bertembung.


***


Main menyorok-nyorok
Aku tinggal dalam rumah sebiji mak aku. Awalnya rumah tu kecik saja, bak kata mak aku, besar kotak mancis je dulu. Bila ada duit, mak aku tambah sikit-sikit. Rumah aku jadi ada selok belok yang tersorok. Kalau masa besar kotak mancis dulu, kau dari depan dah boleh nampak belakang. Sekarang tak bole, kalau aku nak cari adik aku yang kuat tido (dia suka ngelat tak nak buat kerja rumah), aku kena berjalan sendiri cari setiap ruang bilik,ruang tamu untuk cari dia. Kalau aku pekik cari dia, memang bermimpi la kan dia nak sahut pekikan aku.


Satu tengah hari tu, hanya aku, mak aku dan adik aku yang ada di rumah. Aku nak masak untuk makan tengah hari. Bila masak sorang bosan, aku mula la pekik panggil adik aku. Dia ni suka ngelat tak nak masak. Aku dok pekik-pekik dia tak mai, aku letak senduk, perlahan-lahan aku berjengket jalan ke ruang tamu di depan. Rumah aku sunyi. Jadi kene berjengket walau lantai simen. Kekeke. Aku bajet nak terkejutkan adik aku yang kuat menyorok tu. Perlahan-lahan aku berjalan ke depan sambil mata meliar, telinga mengintip untuk kesan adik aku. Intai bilik aku, tak ada. Intai bilik lain, tak ada juga. Intai ruang tengok tv, tak ada. Tiba-tiba. Zupp! Ekor mata aku tangkap kelibat manusia berlari menyorok balik dinding di ruang tamu yang jauh dari kedudukan aku. Aha! Adik aku le teww.


Macam aku cakap, rumah mak aku ni banyak selok belok. Jadi lagi senang kerja aku nak menyorok nak sergah adik aku. Aku pun tunduk merangkak untuk ke ruang tamu tu. Gigih aku merangkak jauh ke ruang tamu. Elok sampai di gerbang ruang tamu. Aku pun melompat sambil jerit "HUAAAAAAAAAA!!!!!!!!!"


Ruang tamu tu takda orang. Kosong. Hanya ada aku. Hodoh betul perangai.


***


Jari runcing jelita
Kampung aku pernah dilanda satu peristiwa. Peristiwa orang minyak. Waktu itu, aku memang tak bole tidur bila malam. Pukul 3 pagi macam tu baru aku bole lelap. Itu pun kalau ada rezeki terlelap. Boleh kata masa tu, para gadis agak cuak dengan kisah orang minyak tu. Tapi aku bukan nak cerita pasal orang minyak. Orang minyak punya hal, aku ada masalah tidur dalam tempoh yang lama. Dan aku agak cemas kalau tidur dalam keadaan bergelap. Aku lebih suka tidur di ruang tamu, lapang dan terang. Sambil tengok tv, kot-kot aku boleh terlelap ke kan. Biasanya sampai pukul 3 pagi mata aku masih cerah.

Ada satu bulan tu, akak aku berpantang di rumah mak aku. Biasalah orang berpantang kat kampung, bentang tilam bagai kat ruang tamu depan tv untuk ibu mengandung. Maka setiap malam aku berjemaah dengan akak aku dan baby nya tidur di ruang tamu.

Rumah aku ni, kebanyakan orang kata kedudukan nya terletak di lintasan (orang bunian). Pernah ada kakak aku bermimpikan ada yang nak kan anak dia, sambil mengugut dengan gunting di leher kakak aku. Walau aku tidur di sebelah, haram aku perasan akak aku pernah tidur dalam gelisah. Sejak aku tahu mimpi kakak aku tu, lagi aku jadi makin susah nak tidur. Aku bangun subuh tak de masalah sangat. Cuma rugi lah tak dapat tidur kan.

Suatu pagi buta, aku masih celik lagi. Tak boleh lelap. Aku pasang tv mana tahu nanti aku mengantuk. Jam sudah menginjak 4.30 pagi (Jam dinding tersangkut di atas tv) tapi aku masih tak bole tidur (letih tapi tak boleh tidur). Dalam leka aku sedang tengok tv dengan mata yang berat, tiba-tiba aku rasa sunyi. Bunyi tv menjadi sepi. Drama di tv masih berjalan. Tapi dunia rasa sepi dan hening. Rasa sejuk je. Perlahan-lahan aku rasa seperti aku keluar dari jasad sendiri. Seperti terawang-awang. Aku nampak jasad aku terbaring menonton tv yang terpasang. Drama tadi masih berjalan di kaca tv. Bingung.

Serasa seperti ada seseorang di belakang jasad aku. Saat itu, aku dapat rasa aku kembali semula ke dalam jasad aku yang terbaring tadi. Tapi dunia masih rasa hening. Perlahan-lahan ada tangan yang memegang bahu kiri aku. Aku nampak jarinya. Runcing. Halus. Seperti jari perempuan yang cantik runcingnya. Tapi.

Kulitnya hitam. Di setiap sendi jarinya berbulu-bulu-bulu-bulu-buluu. Uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuihhhhhh terus mencanak bulu roma satu badan aku. Main acah-acah pegang-pegang pulakk. Saat tu aku tersentak betul. Aku buka mata yang berat tadi. Drama tadi masih berjalan di kaca tv. Sejuk badan aku. Puih puih puih aku ludah ke kiri. Walau anak buah tercinta di kiri aku, tapi maafkan daku nak, terkejut dengan hantu yang menyinggah nak.


Aku tak bermimpi.

Second Post : 10#
New Post     : 19#

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2016 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
interesting..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
owh..tak seram sangat tapi bahasa tt tersusun kemas...
kipidap tt..keep it coming..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
We want more..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik susun bahasa tt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2016 10:21 AM | Show all posts
Nak lagi and lagi. Sedap baca cara tt menulis. Boleh bayangkan sendiri n x memasal rasa seram sejuk. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
nice tt, out of body exp plak tu..

keheningan itulah tahap termantopp tuk mendapat kualiti ibadah@DoA yang berkali-kali ganda

kalau lah tt teringat nak bace ayat2 ker surah kan bagus..bleh nampak mende tu terbako dengan jelas lg..kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2016 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Best citet tt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2016 09:06 PM | Show all posts
HIJRAH
Prolog
Dari tadika sampai ke sekolah menengah, hidup aku banyak di rumah. Berbanding adik-beradik aku yang lain, seawal sekolah menengah lagi adik-beradik aku sudah mula berjauhan dengan mak ayah. Untuk aku pulak setelah SPM, aku terima tawaran sambung belajar di Melaka untuk setahun. Jarang berjauhan dengan mak ayah, berani betul aku mohon jauh-jauh (aku asal orang bahagian utara). Hahaha. Ye laa, kawan-kawan aku semua dah mula merantau jauh-jauh dari sekolah menengah lagi, aku pun nak merasa juga jauh-jauh.


Bermula lah pelajaran baru dalam hidup aku, menjadi perantau di tempat orang.


Tak aku sangka, penghijrahan aku ni membawa pada kemurungan. Aku homesick untuk separuh semester. Tapi aku bole kata, bagus juga aku homesick. Sebab aku lebih fokus dengan belajar. Aku tak campur orang, aku hanya belajar, belajar dan belajar. Untuk melepak dengan kawan-kawan pun tak. Sebab aku risau kalau tengah-tengah melepak tu, buatnya mak aku telefon dan tanya aku buat apa. Takkan aku nak cakap, "tengah melepak mak".. Mak aku tak control aku, cuma aku rasa jawapan semacam tu umpama mengecewakan mak aku. Dia hantar anak jauh-jauh, tapi tak dengar jawapan "tengah belajar mak".

Maka inilah puncanya aku selalu berseorangan. Dah bole kata kera sumbang dah. Haha.

Kera sumbang aku sehingga tahap aku tak nak kawan-kawan kacau aku di bilik, aku lari pergi cari spot yang takde orang dan aman untuk belajar. Kebanyakan classmate aku tak tahu nombor bilik aku, memang aku nak elak diaorang tahu pun. Rutin aku, setiap kali selesai solat maghrib, aku akan pergi ke tingkat 4 blok asrama aku. Di tingkat 4 tak ramai penghuni, sekadar 3 4 bilik yang berpenghuni. Aku akan duduk di tangga dengan buku-buku belajar aku sambil menghadap pemandangan bukit bukau hutan. Kedudukan blok asrama di atas bukit membuatkan pemandangan di hadapan aku terbentang luas, cantik dan tenang. Dari kejauhan ada kelihatan sedikit sinar-sinar lampu rumah orang kampung. Masuk waktu isyak, aku akan balik ke bilik aku di tingkat 2 untuk tunaikan solat dan lekas-lekas balik semula ke spot belajar aku bagi mengelakkan aku terserempak dengan kawan-kawan yang suka ajak berborak (Hm. Bila pikir balik, teruk betul aku nih).


Sehingga jam 11 malam, baru aku pulang ke bilik.  Aku tak pernah terfikir pasal benda-benda lain bila aku duduk sorang-sorang di situ. Yang aku tau, aku kene ingat apa aku belajar .Kalau tak ingat, aku akan rasa malam yang sia-sia. Aku ni bukan hati kering, tapi jenis tak pikir keliling. Hehehe.


***


Duduk antara dua sujud
Walau aku kera sumbang, tapi aku agak rapat dengan roommates aku. Rezeki aku, aku dapat kawan-kawan sebilik yang kaki belajar jugak jadi kitaorang agak memahami perangai pelik masing-masing. Oh, punca aku suka belajar luar bilik pun, sebab salah sorang ni jenis manusia yang belajar kena bercakap kuat-kuat dengan diri sendiri.

Hari berlalu bulan berganti bulan, kehidupan aku hanya dengan buku je. Aku rasa hidup aku normal. Tanpa aku sedar, aku kerap bermimpi yang bukan-bukan. Aku tak pasti apa amalan aku sebagai pelindung diri, yang aku pasti paling rendah pun amalan aku, rasanya doa tidur aku baca juga. Kekeke. Kami sebilik, ada 4 penghuni. Bilik kami dibahagi dua dengan almari baju yang diletakkan di tengah-tengah bilik. Ruang katil aku bersebelahan dengan ruang katil Nira. Katil kami berdua di satu bahagian bilik, lagi 2 penghuni di satu bahagian lagi yang terhalang dari pandangan kami dengan almari baju.

Seperti biasa, jam 11 malam baru aku kembali ke bilik untuk tidur. Malam itu sebaik semua lampu dipadamkan kecuali lampu meja aku, semua beransur-ansur tidur. Entah bila aku terlelap, aku terjaga semula. Suasana bilik yang gelap membuatkan aku tak bergerak sedikit pun (Aku fobia gelap). Aku tertangkap dengan mata kiri aku, ada seseorang di tempat Nira. Dalam hati aku terdetik 'Eh? Nira solat apa dalam gelap-gelap ni?' Aku tahu bukan tahajud. Tapi nak kata isyak pun, Nira seorang yang solat di awal waktu. Aku yakin dia dah solat isyak sebelum tidur.

Aku lihat Nira yang bertelekung sedang duduk antara dua sujud. Dalam kebingungan aku panggil dia.
"Nira?" Dia tak sahut, toleh pun tidak. Aku panggil lagi.
"Nira?" Tak bersahut juga, mungkin suara aku perlahan. Aku cuba lagi.
"Nira?"

Perlahan-lahan, kepalanya berpusing menoleh ke arah aku.
Erk! Mukanya. Kosong! Rata!

Seraya tersentap nafas aku!
Mata aku terbuka. Sejuk badan aku. Sesejuk angin malam yang dingin.

Lampu meja masih terpasang. Aku bermimpi lagi.

Aku ludah ke kiri 3 kali.

***


Terjaga
Asrama aku ni, asrama lama. Jadi struktur bilik ni agak merepek sikit, pada aku lah. Walau setiap penghuni dapat sisi dinding masing-masing tapi katil kami tak rapat ke dinding. Ada sedikit ruang antara katil dan dinding, dek kerana ada struktur tiang di dinding (di bahagian kaki katil) yang menghalang dari katil dapat dirapatkan ke dinding. Aku tak suka lubang tu. Kalau aku orang kerdil, aku golek kiri kanan mau jugak boleh terperosok masuk celah lubang tu tengah-tengah aku tidur. Aku agak tak suka lubang tu, tak tau atas dasar apa. Tapi tak sukalah.

Sunnah nabi untuk tidur mengiring ke kanan. Jadi untuk ikut sunnah aku kene hadap dinding dan lubang tu. Lagipun lepas peristiwa mimpi nira, aku memang menghadap ke kanan saja.

Malam berlalu seperti biasa. Entah apa yang menyentak tidur aku malam tu, aku terjaga. Untuk mengurangkan sebarang kemungkinan yang menyukarkan keadaan, aku biarkan mata terpejam sahaja. Rasa susah untuk tidur waktu itu. Susah sangat. Aku cuba zikir untuk lekakan diri sehingga tertidur. Biasanya berjaya, tapi kali ni sangat lama rasanya aku berzikir. Tiba-tiba aku rasa macam ada benda terawang atas aku.

Sejuk badan aku serta-merta. Mata masih terpejam. Cuba berlakon tidur. Tapi makin mencuba makin cemas aku rasa, sebab aku tahu aku memang tak boleh nak tidur semula. Perlahan aku dengar bunyi menyeringai. Tapi bukan menyeringai seperti kucing, nafasnya lebih besar dari seekor kucing. Aku hilang fokus. Entah apa aku zikirkan waktu itu. Bunyi menyeringai yang pada awalnya samar-samar, kini semakin jelas di telinga kiri aku.

Sepertinya dia menyeringai di telinga aku.  Dekat dengan telinga aku. ZUP! Tegak bulu roma aku seluruh anggota badan. Macam nak tercabut bulu-bulu roma aku dari akarnya. Tak pernah aku rasa macam tu. Bunyi menyeringai yang bernafas besar membuatkan aku terfikir kan satu haiwan, Harimau.


Zikir aku jadi kelam kabut terabur. Yang aku tahu, aku doa "Ya Allahhhh tidurkan lah aku ya Allahhhh. Ya Allahhhhh pengsankan lah aku ya Allahhhhh. Ya Allahhhh bagi lah aku tidur ya Allahhhh". Punya cemas, sampai mintak nak pengsan.

Belum sempat doa aku termakbul. Badan aku kembali tenang. Sepertinya badan aku bertenang dengan sendiri nya. Bunyi itu tiada.


Dalam keadaan mata terpejam. Aku baca ayat Kursi, aku hembus kiri aku, ke kaki aku dan terakhir ke hadapan aku (Aku ni ilmu tak ada, jadi aku buat mana aku rasa patut je lah). Perlahan-lahan aku beransur lelap. Termakbul doa aku.


Selepas kejadian malam tu, aku ubah kedudukan perabot dalam bilik. Alhamdulillah kawan aku senang dibawak berunding, kawan aku pun mungkin bosan tak nampak aku dek terhalang dengan almari baju antara kami. Almari baju kami tolak ke dinding dan katil, kami gabungkan jadi queen bed. Hilanglah lubang2 yang aku tak suka. Dan aku juga punya teman untuk tidur. Kekeke.


Kawan aku tanya kenapa nak ubah, kata aku "untuk naikkan mood belajar nak dapat 4 flat" .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2016 09:16 PM | Show all posts
Edited by esbok at 3-4-2016 09:22 PM
olyd88 replied at 3-4-2016 01:19 PM
nice tt, out of body exp plak tu..

keheningan itulah tahap termantopp tuk mendapat kualiti  ...

@olyd88
Itu pun bingung. Lepas jadi tu, ada beberapa kali nak jadi. Kalau terasa nak jadi memang cepat2 duduk tegak, tak nak termasuk dimensi lain. Pernah buat research pasal ni. Itu pun 3 4 tahun kemudian .


@Princess_Na
Bole la.

@spankee_fili
Bole la. Selalu takde la kemas sangat

@awaynepian
There you go.

@BONDAFAD
takde apa lah. mari kita kagum dengan kebesaran tuhan.

@shiedafaizal
Sila doakan, semoga terus kemas. Haha.

@Rainrein
Aku ingat ko baca 10:21 malam. Pagi rupanya. Air cond ko sejuk sangat tuh. haha

@anno_miss
Bole la, takat buat isi masa lapang membaca.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
esbok replied at 3-4-2016 09:16 PM
@olyd88
Itu pun bingung. Lepas jadi tu, ada beberapa kali nak jadi. Kalau terasa nak jadi memang ...

hehe...saya faham camner rasa nak jadi tu...saya dulu pun selalu camtu, perasaan tu lain sgt, rase cam menyeramkan sbb tu cepat2 gerakkan anggota badan....kalau ikut pengalaman sndiri, bila u trus jer...go with the flow tanpa rasa takut, nti dah 'masuk dimensi' xder lah benda apa yg menakutkan camtu...usually lembaga2 atau2 bunyi dan halusinasi berlaku semasa u dalam peralihan sedar-hening...soon bila termasuk alam/dimensi tu benda ni dah xder(based on my exp), tapi saya x pasti lah apa yang berlaku dgn orang yang ada saka,

Ikut kebiasaan, ader benda kejar lari je lah kalau dah takut.haha...seriuously jgn takut lah, benda nak kacau kita, guna lah ilmu agama yg kita plajari...kalau keras sgt, xnak terbako atau lari, ni cara terakhir lah tpi agak mencabar sbb perlu konsentrasi sepenuh jiwa-skip dimensi atau lompat dimensi, lebih kurang macam teleportation lah...just in case...hihi

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka cara tt menulis. Kipidap tt!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 12:36 PM | Show all posts
suka citer tt
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 01:23 PM | Show all posts
Teruskan tt...gigih aku membayangkan setiap suasana dlm citer tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2016 11:47 PM | Show all posts
Edited by esbok at 5-4-2016 01:12 PM

Ana, aku nih
Sejak katil aku jadi queen bed, hidup aku jadi lebih ceria. Aku lebih banyak berkomunikasi dengan kawan aku bernama Zana (Of course Zana bukan nama sebenar). Nama kami sama, tapi untuk mengelakkan kekeliruan antara kawan-kawan, aku dipanggil Za, dan dia dipanggil Ana.
Kalau sebelum ni aku masuk tidur jam 11 malam selepas selesai rutin belajar aku di tangga tingkat 4. Kali ni aku punya teman belajar. Maka rutin baru aku, aku akan sambung belajar sehingga tengah malam atau pagi buta. Ya kami kategori manusia yang kene belajar 44 kali baru boleh score paper. Hehehe. Berbanding Nira dan seorang lagi roommates. Mereka jenis manusia yang malam ni belajar, esok sudah boleh jawab ujian dengan cemerlang.

Hampir setiap malam kami stay up untuk belajar. Kadang kala berjanji.
"Malam ni stay up?" tanya aku.
"Rasanya stay up" jawab Ana.
"Cun" sahut aku semula.


Meja belajar kami bersebelahan dan berhadapan dengan tingkap bilik. Aku ni tak ada lah rajin sangat, bila dikenang semula, aja gila cara aku belajar. Tapi kami seronok belajar bersama. Walau mata berat pun, kami masing-masing paksa diri masing-masing untuk terus segar. Ada kala kami berborak untuk alih perasaan mengantuk. Ada kali kami pasang radio untuk pecah kesunyian dan mula bernyanyi bersama bila lagu favourite dipasang dj. Hingga ada beberapa ketika, frekuensi radio diubah. Waktu tu, dari mata berat  terus celik, tapi masing-masing berlakon. "Ngantuklah. Jom tidur"

Jarang kami bincangkan apa jadi. Faham-faham sendiri je lah. Ana lebih suka cabut plug radio. Aku pula tak, aku biarkan saja. Rela aku dengar radio berbunyi dengan plug terpasang dari aku dengar radio berbunyi tapi plug tak terpasang.


Aku tidur lena hampir setiap malam, sehingga satu malam. Mungkin terlalu letih, aku tertidur lebih awal dari biasa.


Aku berada di lorong kaki lima tingkat 2 asrama aku. Hanya aku seorang. Tak pasti aku sedang perhatikan apa di hujung kaki lima. Lorong yang sentiasa diterangi lampu-lampu pendaflour kini gelap. Hitam pekat. Aku berdiri di depan pintu bilik aku. Serta merta, aku panik. Aku cuba buka pintu bilik. Pintu bilik terkunci! Ah! Aku takut yang teramat. Bertalu-talu pintu bilik aku ketuk.

Ana!!!!Ana!!!! Ana!!! Bukakkk pintu!!!! Anaa!!!!Ana!!!!! Ana!!!! Anaa!!!!! lama aku menjerit. Berkali-kali aku cuba panggil. Tiada yang menyahut.Seraya aku terasa bahu aku digoncang laju.

"Za!Za! Ko kenapa?! Za! Bangun! " suara Ana kedengaran
Mata ku buka, nafas aku resah. Aku lihat Ana kelihatan cemas dengan aku. Tanpa berkata apa-apa. Pantas aku capai tangan Ana dan genggam. Perlahan-lahan aku pejam mata dan tidur dengan tenang semula sambil menggengam erat tangan Ana. Dapat aku lihat wajah kebingungan Ana sebelum mata aku dipejam semula.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2016 11:55 PM | Show all posts
Edited by esbok at 5-4-2016 12:02 AM
miskay replied at 4-4-2016 01:11 PM
ku membayangkan situasi bilik tt nimacam bilik aku time kat matrik perak dulu
cumanya tak ada la  ...

@miskay
Hehehe. Struktur bangunan kami bangunan lama. Batu blok. Hehehe.

@olyd88
Ada kata, kalau tak pandai cara. Termasuk dimensi lain, tinggi kebarangkalian bertembung dengan macam-macam.

@rioster
Bole le takat hiburan

@eenhemo2
Alhamdulillahh dongibab. Cerita biasa-biasa sajoo tak adventure pun

@AryaStark


@hatikudus
Aku biasa tulis siang. Sebab aku pun pengecut.

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by olyd88 at 5-4-2016 01:52 PM
esbok replied at 4-4-2016 11:55 PM
@miskay
Hehehe. Struktur bangunan kami bangunan lama. Batu blok. Hehehe.



yup, mmg mcm2 tapi lagi scary benda yang mampu ikut kitorang ke mana2...sy siap terbang, tembus rumah itu ini tapi lembaga ni dok ikut blakang trus, finally ubah strategi masuk nyorok kat tanah(susah nak terangkan cmne) ,hehe....lebih kurang menyamar jadi tanah gitu...hehe...sounds crazy tapi cenggini lah jadik kalau da lama bereksperimen...

so, ader penah lagi blaku yg mcm kena tarik ke suatu tempat tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
I feel u esbok tang x bleh tido tapi badan letih tu
Ya Allah, smpai aku rase mcam Allah dh tarik nikmat tidur
Kite penat sgt nk tido, tapi x bleh tido, otak tu mcam sntiase bkeje + perasaan lain mcam, seolah2 ade entiti lain bersama2 kite, tapi kite x nmpak
Esok pagi nk kne gi keje lagi, Allah haii....sakit sgt rasenye mase tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.434206 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list