View: 4327|Reply: 30
|
2016:Berpantang Cara Moden Atau Tradisional?
[Copy link]
|
|
MENIMANG cahaya mata semestinya satu detik indah yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata oleh pasangan yang mengimpikannya. Anak adalah anugerah, suatu rahmat perkahwinan dan amanah terhadap mereka yang menerimanya.
Dalam keseronokan menikmati keindahan bergelar ibu dan bapa, kesihatan para ibu setelah bersalin tidak harus dipandang enteng oleh orang sekeliling. Sesungguhnya seorang wanita yang melahirkan telah merasai satu daripada jumlah 99 juzuk kesakitan kematian.
Oleh yang demikian, penting menjalani amalan berpantang selepas bersalin, sebagai suatu proses istirahat yang bertujuan merawat dan memelihara kesihatan dan kewanitaan perempuan. Setiap masyarakat mempunyai kaedah tersendiri dalam menelusuri proses berpantang. Ada orang mengambil tempoh sehingga 100 hari berpantang, ada 44 hari dan tidak kurang juga sekadar perlu selama 30 hari bergantung kepada fizikal dan keperluan individu tersebut.
Kaedah dan rawatan antara dahulu dan kini juga sudah mengalami perubahan. Cara konvensional berevolusi menjadi lebih kontemporari. Menjalani tempoh berpantang sememangnya perkara yang sangat mencabar buat para ibu terutama sekali bagi yang pertama kali melahirkan anak.
Setelah melahirkan, ibu kehilangan banyak darah, tidak kira sama ada bersalin secara normal mahu pun pembedahan. Tubuh badan ibu perlu berehat untuk memastikan cukup sembuh daripada luka-luka dalaman dan luaran kerana melahirkan. Jika kita mengabaikan tempoh berpantang dengan mengambil mudah dan acuh tak acuh terhadap pentang larangnya, banyak masalah kesihatan fizikal dan mental yang akan berlaku, baik jangka masa pendek, mahu pun panjang.
Amalan terpakai dan mitos
Adakah wanita perlu berpantang? Masyarakat kontemporari hari ini mempunyai cara tersendiri dalam melalui tempoh berpantang. Kurangnya perkongsian dan pendedahan daripada generasi turun-temurun menyebabkan ibu muda tidak mengetahui mengenai amalan berpantang orang dulu-dulu. Makanya, mereka mencari kaedah moden yang lebih mudah dan relevan dengan kehendak zaman ini.
Melalui kaedah konvensional, orang-orang tua sangat menitikberatkan amalan berpantang sehinggakan hendak bergerak banyak pun tidak digalakkan. Apatah lagi pergerakan yang kasar atau berat, bimbang nanti luka bersalin akan tetas kembali atau kedudukan rahim tidak kecut dengan sempurna. Apabila rahim tidak kecut, kemungkinan apa yang digelarkan rahim jatuh akan berlaku dan itulah yang mengakibatkan sesetengah ibu mudah berasa sakit di bahagian perut dan ari-ari.
Begitu juga dari segi pemakanan dan minuman. Orang-orang dahulu tidak membenarkan wanita berpantang minum terlalu banyak air. Semuanya dengan alasan tersendiri. Ada nasihat terpakai dan ada amalan yang mungkin mitos atau bergantung kepada kebolehupayaan seseorang itu sendiri.
Herba-herba digunakan orang-orang dahulu segar dari sekeliling rumah dan lebih alami, manakala pada masa kini kebanyakannya telah dikomersialkan dan kita tiada pilihan lain selain mempraktikkan apa yang telah dikomersialkan. Begitu pun ia tetap memberikan manfaat tetapi opsyenal yang banyak di pasaran dengan pelbagai jenama dan tagline; barangkali menyebabkan ibu tersilap membuat pilihan.
Pada masa kini, banyak ditemukan bacaan-bacaan umum yang mengajar ibu-ibu moden tentang kaedah berpantang; baik secara kontemporari, tradisional mahupun kaedah alami. Antaranya buku Berpantang Secara Alami terbitan Kumpulan Media Karangkraf.
Malah tidak kurang juga buku-buku masakan yang mengajar kaedah penyediaan makanan untuk ibu-ibu selepas bersalin. Begitu juga dengan lambakan set herba, mandian dan ubat-ubatan buat penjagaan dalaman para ibu di pasaran. Pilih sahaja yang sesuai.
Minggu ini, WOW membawakan perkongsian daripada golongan bijak pandai mengenai amalan berpantang ini. Turut disiarkan adalah perkongsian daripada masyarakat umum mengenai amalan mereka yang tersendiri.
Amalan berpantang tradisional
BERTUNGKU
Orang dulu-dulu amat menitikberatkan amalan bertungku. Alat yang digunakan adalah batu tungku atau besi padu yang dipanaskan di atas api dalam masa setengah atau satu jam. Tungku akan dibungkus dengan daun mengkudu atau daun sireh atau pun daun lengkuas bagi memberikan aroma terapi yang menyenangkan buat para ibu. Lapisan dedaun ini juga adalah untuk mengelakkan kain pembalut tungku hangus akibat kepanasan tungku. Amalan bertungku bertujuan menghangatkan badan dan rahim ibu, membuang angin dalam badan, mengecutkan urat yang kembang setelah bersalin dan melancarkan perjalanan darah.
BERURUT
Urutan dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Ia dijalankan selepas semingggu bersalin selama tiga hari berturut-turut. Ada juga yang meneruskan urutan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42 atau 44, atau hari ke 60 dan ke 100 pantang, bergantung kepada tempoh seseornag itu mengamalkan berpantang. Ia bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membersihkan kulit mati dan memperkemaskan bahagian perut serta mempercepatkan pengeluaran darah nifas dan kekotoran.
MANDIAN SEMASA BERPANTANG
ada orang memandikan diri dengan air rebusan dedaun herba dan ada juga yang menjalani kaedah mandi lulur. Dilakukan selepas dua minggu. Antara daun yang digunakan adalah daun kunyit, lenggundi, secerek, pandan, lengkuas, serai wangi, daun inai, pisang kelat, mengkudu, rempah halba dan daun limau purut. Aroma mandian ini sangat menenangkan para ibu. Ia bertujuan mengeluarkan angin, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan awet muda.
MEMAKAI BENGKUNG
memakai bengkung penting untuk mengembalikan kecantikan rubuh badan. Sebelum memakai bengkung, tepel disapu bersama minyak kayu putih, kapur sireh dan perahan limau nipis. Pada masa kini, banyak losyen pati halia juga bersesuaian digunakan semasa berbengkung. Ia membantu mengurangkan rasa sakit di perut, mengenpiskan perut dan mempercepatkan pengeluaran darah kotor. Selain itu ibu berpantang turut memakai param di badan untuk mengelakkan masuk angin serta di dahi untuk mengelakkan pening. 5. PEMAKANAN
di awal proses setelah kelahiran ibu berpantang disyorkan makan makanan kering sahaja untuk mempercepatkan proses pengecutan rahim. Dilarang makanan pedas, gatal, berlemak dan berminyak. Penjagaan makanan amat penting untuk mengelakkan angon meroyan atau peranakan tidka kembali ke tempat asal.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/wow/berpantang-cara-tradisional-moden-1.476810 |
|
|
|
|
|
|
|
Time berpantang ni jah gigih dok jaga makan itu ini...lepas pantang habis semua kau melantak. Tak ada guna jugak dek...
|
|
|
|
|
|
|
|
Pakai bengkung aje me buat... |
|
|
|
|
|
|
|
lepas bersalin anak pertama dulu, bangkem pantang lebih 44 hari...dari segi makan la..
berbengkung tu semua sebulan lebih pastu sambung pakai girdle jer sebab perot dah kempis
pantang ngan hasben lebih 100 hari woo..
bangkem ikut hasben je die on bangkem on la..tapi die kate nak bagi saya sihat betul, die seram kottt.
sebab die tengok camne keseksaan masa bangkem bersalin
dah 2-3 orang anak, bangkem dah tak strict sangat bila berpantang |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi bangkem ni memang lawak la.....hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 24-1-2016 09:06 PM
lepas bersalin anak pertama dulu, bangkem pantang lebih 44 hari...dari segi makan la..
berbengkun ...
So skang nk pggil bang ke kak ni kemaruk oiii???
Iols suspek yg beranak tu sume kucing uols je pnn.... |
|
|
|
|
|
|
|
aechae replied at 24-1-2016 10:50 PM
So skang nk pggil bang ke kak ni kemaruk oiii???
Nasib bukan kak ruk..sikit lg mcm beruk.hehe |
|
|
|
|
|
|
|
bangkem mabuk todi..
selamat bercuti lagi esok bangkem..
mabuk la puas2
|
|
|
|
|
|
|
|
bang kem ni untie untie rupanya.
mati2 ayol ingat abang kekar ala2 axl batch gituhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
ohnoLia replied at 24-1-2016 10:53 PM
bang kem ni untie untie rupanya.
mati2 ayol ingat abang kekar ala2 axl batch gituhhh
Bang kem ni antertu lah sis....
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang kat dalam tuh kuar kan dulu...jgn nak ghairah ber bengkong bengkong nih semua......dulu.......
Take one step at a time.......
Jangan nanti yang di kejar tak dapat ...yang digendung ter golek dog.......
Kheen?
|
|
|
|
|
|
|
|
heee, ai ketinggalan betul
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu ada sorang pakar kebidanan selalu kasi tips pantang nama dia ummi jannah. selalu masuk tiwi dan majalah. aku baca majalah wanita taun 96 ke 97 tapi aku budak lagi ketika itu xfaham. main baca je
hidop lagi ke ntah org tua tu. |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 24-1-2016 09:06 PM
lepas bersalin anak pertama dulu, bangkem pantang lebih 44 hari...dari segi makan la..
berbengkun ...
gedik nya |
|
|
|
|
|
|
|
bangkem bukan kat kelab..
tengah kupas kelapa untuk persiapan esok |
|
|
|
|
|
|
|
Yg penting lps beranak aku berurut bg urat2 rahim bagai kecut ...betungku pun sakit..last tungku sampai lecur2 perut aku..fobia dah..
Tu ja aku buat..nak pantang gila2 ikut tradisi aku x sanggup.. |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 24-1-2016 09:06 PM
lepas bersalin anak pertama dulu, bangkem pantang lebih 44 hari...dari segi makan la..
berbengkun ...
So kira skang bangkem dah cantik menawan la pas pakai bengkung ni...iols is jeles.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|