CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8094|Reply: 51

Bila BAHLUL menjadi manusia BERPANGKAT.

[Copy link]
Post time 7-11-2015 02:48 PM | Show all posts |Read mode
                               Bila BAHLULmenjadi manusia  BERPANGKAT.


      Malaysia inisebuah negara unik di mana digelar Bolehland.Lulusan Zoologi boleh menjadipengarah Jabatan  Kewangan .Sepatutnyalulusan akaun,namun sebab sepak terajang politik,zoologi pun zoologi lah!

     Malaysia juga mempunyaimentaliti pelik.Walaupun BN memajukan Pulau Pinang dan Selangor namun rakyatmemilih Pakatan Rakyat pada PRU12 lepas.Senang lenang pemimpin Pakatan bilamenguasai dua buah negeri tersebut.Bangang juga pemimpin BN ...

     Pelik lagiKelantan yang war-warkan gelaran Serambi Mekah namun sampah dan bau hapak diKota Bharu dan lain-lain daerah hinggakan aku nak termuntah jika ke sana.Islambagi mereka mungkin sekadar pakai kopiah ke hulu hilir….Kawan aku satu bas dari Melaka rombongan ke Kelantan,semua kena cirit birit..

     Aku meninjausebuah perpustakaan dan melihat nama pengerusi Perpustakaan.Hari demi hari akuberkampung di perpustakaan ,namun kelibat pengerusi tidak kelihatan.Sepatutnyapengerusi hadir bila pintu perpustakaan dibuka dan membaca sekurang-kurangnyasejam  dua  di perpustakaan.Itulah KEPIMPINAN MELALUITELADAN….

     Aku melawatJabatan Agama dan terperanjat di mana Pengarahnya tidak tahu berbahasaarab.Mujurlah Mufti bukan lulusan Zoologi ,jika tidak,bila ditanya hukum makantelor buaya,diberinya fatwa halal.

     “Letakkan sesuatudi tempatnya” ,itulah tafsiran ulama’ bahasa arab dalam menafsirkan maksudADIL.Namun negara ini memang pelik kerana banyak jawatan dalam kerajaan danswasta diberikan kepada manusia yang memang tidak layak .

    Pengalamanberurusan dengan jabatan kerajaan dan swasta sejak tahun 1990 hingga 2015memang menemukan aku banyak perkara pelik .Apabila Jabatan Audit mendedahkansebatang skru berharga 10 sen namun dituntut RM5 ,aku bersangka  mungkin ada akauntan jabatan kerajaan lulusan sains sosial kerana tidak tahumembezakan skru besi dan skru emas.Setiap tahun Jabatan Audit mendedahkankepincangan Jabatan Kerajaan dan kepincangan namun belum keluar akhbar pegawaikerajaan yang melakukan pecah amanah dan menipu wang kerajaan disabitkanbersalah di Mahkamah.
     Ketika DrMahathir bergelar PM,aku tidak pernah mendengar perkara pelik dan anehsebagaimana hari ini di mana biasanya SPRM menangkap anggota PDRM ,namun hariini PDRM pula menyiasat kaki tangan SPRM.

     Ketika  Imam Hadhari menjadi PM,jambatan bengkokdibatalkan sedangkan ia akan menjana ekonomi negara.Mungkin Imam Hadharimendapat wahyu dari Jibrail kerana lulusannya agama dan memperkenalkan Islamada had ada hari.Di mana ada hari bekerja dan ada pula harinya tidur…
     Imam Hadhari jugamembatalkan projek jalan keretapi berkembar kononnya projek mega membuang wangnegara .Jika dikisahkan Imam Hadhari punya peel ,999 malam belum khatamkisahnya.

     al-kisah seoranglulusan Universiti Islam Madinah yang berkahwin isteri kedua di Siam sedangkandi Malaysia ada banyak jurunikah berdaftar masuk UMNO,maka sehingga hari inientah apa jasanya ,aku pun tidak tahu.Isteri PM masih juga rambutnya mengerbangke sana sini.

     Tidak pelik satuhari nanti dapat pula pangkat Datok ,almaklum lulusan Universiti IslamMadinah.Kasihan Tan Sri P Ramlee,sudah masuk kubur baru dapat anugerah.Hari inipula artis ternama yang  pernah  mengejek “Siapa Mahathir” dapat Datok.Andainyaaku boleh beri anugerah Datok,aku beri kepada Bang Man penyapu sampah di AlorGajah sebab rajin menyapu sampah.Kadangkala penyapu sampah lebihberperikemanusiaan berbanding artis hanya tahu melalak dan berlakon jadiustaz.Pelik juga artis dalam drama A menjadi ustazah,dalam drama B pula menjadiwanita seksi pakai kain tak cukup….

     Aku sedih melihatkeadaan politik dan isu semasa negara tercinta,Malaysia .Isu perkauman semakinmenjadi-jadi setelah ISA dihapuskan.Dahulu semua bangsa dan agama hidupharmoni.

     Aku yang tidaksekolah tinggi di mana sekolah rendah aku dahulu hanya dua tingkat danberdindingkan kayu bukan kayu cengal,hairan dengan keputusan PM hariini.Menghapuskan ISA,memberi izin demontrasi ,menyuapkan rakyat BR1M,membukaKlinik 1Malaysia di mana  ada klinik tiadadoktor di dalamnya dan pelbagai haram jadah yang memeningkan rakyat.Sejak PMMohd Najib bergelar PM,UTC sahajalah yang aku banggakan sebab aku bolehmasukkan duit Tabung Haji dan ASB pada hujung minggu .

     Sejak ringgitjatuh mencecah RM4.40 berbanding dolar Amerika,menteri haram jadah memberitahuianya bagus kerana jumlah pelancong akan banyak masuk ke Malaysia .Selepas inikeluarkanlah kenyataan jerebu bagus untuk negara di mana jualan topeng mukameningkat hingga tauke pisang goreng pun berhenti menggoreng  pisang  danjual topeng muka.

    Al-kisah menteriyang suka mencanang jika harga barang mahal,belilah di Kedai Rakyat1Malaysia.Maka aku pun merayau-rayau KR1M kebanggaan menteri dan memang haramjadah punya menteri.Lebih baik aku pergi ke Tesco dan Giant di mana harganyalebih murah.Mujurlah PM Najib buang Hasan Malek ,menteri lawak keluarkankenyataan “Jika ayam naik harga,jangan makan ayam”.

     PM dankuncu-kuncunya hari ini menghentam Dr Mahathir siang malam melaluiakhbar,TV,FB,blog dan pelbagai cara memalukan mantan PMtersebut.Sekejam-kejam  Dr Mahathirpun,harga ikan selar kuning pada zaman beliau bergelar PM hanya RM2sekilogram.Hari ini bawa RM2 ke pasar dapatlah ikan seekor.Sila-silap dapatekor ikan sahaja jika nama ikan Siakap atau Tenggiri dengan duit RM2.

     Malaysia sebuahnegara yang kaya dengan hasil mahsul namun pentadbiran yang hawau menyebabkanekonomi negara semakin merudum,ringgit jatuh dan masalah jerebu belasan tahunpun,belum ada telor menyaman Indonesia .Jenayah semakin menjadi-jadi hattatabung masjid pun dirompak.Akibat takut selipar hilang,aku ke masjid solatJumaat pakai selipar Jepun warna sebelah lain dan sebelah lain.

     Dr Mahathirberkata “ PM dan BN hari ini tidak pernah memikirkan rakyat” dan ianyakenyataan yang BENAR.Rakyat benci GST,ia diperkenalkan.Rakyat sukakan hargabarang murah,kerajaan biarkan harga barang naik mencanak saban hari,minggu danbulan.

     Kadangkala akuberasa menyesal undi BN ketika PRU13.Aku bersangka PM dahi jendol dan berkilatlebih baik berbanding Imam Hadhari ,namun sangkaan aku meleset.Sebusuk ImamHadhari pun,belum dengar isterinya gila ke sana sini membeli belah.Sebusuk kakitidur ketika musabaqah pun,tak pernah dengar dia minta derma RM2.6 bilion daripak arab dermawan.

     “Kawasan LaranganMerokok” jelas terpampang di masjid dan surau namun aku lihat asap berkepul danasap berkepul itu datangnya dari AJK Masjid dan surau sendiri.Lawak apakah ini?

     Kadangkala akutidak memahami apa yang berlaku hari ini ….

     Bayangkan royaltisebuah buku hanya RM200 setahun dan jika dibahagikan 365 hari,aku tidak mampumembeli seekor ikan untuk makan.Namun artis boleh mendapat 15K hanya melalaktiga buah lagu.Ketika zaman Keemasan Islam,penulis dibayar nilai emas tulin bagisetiap manuskrip ditulis.Hari ini penulis dilayan seperti anjing kurap.Menyesalaku tak masuk Bintang RTM pada tahun 80an dahulu…..

    Wahid Kasrancontohnya penulis dalam Mingguan Malaysia yang aku suka baca di mana pernahmencatatkan jumlah jualan lebih 2 juta naskhah sehari ghaib entah dimana.Mungkin sudah meninggal dunia atau bertukar profesion kepada penggalikubur.

    Aku suka bacaUtusan Malaysia zaman 90an di mana wartawan berani menulis hatta mengkritik PMketika itu,Dr Mahathir.Aku pernah baca berita Utusan tahun 90an di manawartawan pertikaikan projek kerajaan yang dianugerahkan kepada  sebuah syarikat baru buka tiga hari namundapat tender bernilai jutaan ringgit .Begitulah beraninya dan ada telor wartawanUtusan dahulu kala. Hari ini Utusan dipenuhi wartawan kaki bodek dan suka ampuhingga Utusan menjadi akhbar paling banyak disaman dan jualan merudum hattadiberikan percuma pun ,rakyat tidak suka membacanya.
      Sejak lahirnyainternet,aku jarang membeli akhbar dan membaca di hujung jari.Namun sekalisekala belilah juga akhbar Melayu sebagai menyokong industri tauke Melayu.SemangatKemelayuan aku masih ada walaupun tercungap-cungap membaca tulisan jawi ….

     Ketika menunggukereta dibaiki di bengkel Melayu,aku berbual dengan kontraktor Melayumenceritakan mantan Ketua Menteri Melayu pernah berkata “ Kalau projek ini bagikontraktor Melayu,entah siap ke tidak…”

     Pelik juga denganmenteri Melayu kondem kontraktor bangsanya sendiri.Mungkin Ketua Menteritersebut makan banyak kali guna chopstick dan sudu  hingga lupa makan gunatangan.Mungkin juga selalu bersalam dengan mereka yang baru lepas makan babidan tidak menyamaknya.
     Aku diberipeluang bertemu Zulkifli Haron di mana aku sedang menulis buku berkaitandirinya.Tiga jam kami berbual dan bersembang seakan rakan lama sudah lamaterpisah.Kasihan aku dengan perjalanan hidupnya di mana pernah dicerca dandihina pegawai kerajaan .

     Sejak aku rajinmenulis,aku sedih rencana aku keluar Melaka Hari ini tidak dibayar hinggasekarang.Mungkin syarikat  terbitkanMelaka Hari Ini adalah termiskin dalam Malaysia hingga tidak mampu membayar 99 sen sepatah perkataan  sebuah rencana di mana aku menulisnya dengankepala lutut.Mereka fikir aku menulis gunakan bulu ayam yang dicabut dari rebanjiran sebelah tanpa meminta izin dan dakwat dari air longkang ..Hairan juga akudengan Melaka Hari ini yang hanya terbitkan 5000 naskhah sehari namun mampumembayar  nilai  wang  riburiban  gaji  semua kaki tangan dan elaun.
     11 tahun akubergelar penulis,layanan dari penerbit memang mengecewakan.Pengerusi sebuahsyarikat penerbitan siang malam memuji seorang penulis dalam FB sedangkan ramaipenulis lain tidak disebut namanya .Nama aku tidak pula disebut-sebut ,mungkinnama aku tidak seglamour Hantu Kak Limah yang anak aku Tahun satu pun kenal.

     Aku sedang googlejutawan dan bilionair arab yang dermawan agar mendapat  RM2.6 Bilion ,kemudian aku manfaatkan wangtersebut membuka syarikat akhbar,majalah dan buku dalam bahasa dunia agarberbilion naskhah buku,akhbar,majalah “Made In Malaysia” berada pelusuk dunia.Namun google siang malam belumbertemu lagi .
     Malaysia sebuahnegara Islam namun ada kandang babi bersepah-sepah,manakala Singapura negarabukan Islam mengharamkan penternakan babi.Aku hairan dan pelik dengan situasiini.Tahun 80an lampau,aku suka mandi manda di pantai Tanjong Bidara yang bersihdan damai,hari ini bau hapak dan menyeramkan.Apa yang dibuat Ahli ParlimenMasjid Tanah yang baru dapat Datok,aku pun tidak tahu.
     Dr Mahathirbukanlah sempurna,namun beliau adalah PEMIMPIN yang memahami apa itukepimpinan.Pemimpin hari ini bukan sahaja tiada sifat kepimpinan,malah mulutlongkang membodohkan rakyat .Mereka sangka rakyat hidup zaman Jepun arigatoarigato……..Hari ini zaman Google,klik sahaja boleh baca New York Post sekelipmata.

     Aku sedih denganBERNAMA ,mereka jemput aku memberi kursus sekali,kemudian senyap tidak sudi lagi menjemput.Agaknya aku bukanberdarah Mahsuri atau cucu Mat Kilau.

     Wartawan amatmudah ditemui jika artis menghubungi,namun aku sms dan buat panggilan pun tidakdijawab.Agaknya muka wartawan akan berseri dan umur panjang  jika dapat bertemu artis cun melecunberbanding menemui aku yang bersekolah kayu.

     Aku merinduidoktor perubatan yang bergelar PM di mana beliau pernah berkaki ayam ke sekolahnamun hari ini PM yang membesar dalam kemewahan dan kesenangan tidak pernahfikirkan rakyat marhain.

     Jika hukama’mengatakan setiap 100 tahun akan lahir permata gemilang dan pemimpinhebat,sudah pasti tahun 2025 akan lahir permata gemilang seperti Dr Mahathirdan mungkin aku ketika itu sudah jadi ahli kubur dan tidak sempat merasaikepimpinan manusia hebat pada tahun tersebut.
     Kita jangan lupasegala pangkat dan nama dalam dunia hanya bernilai ketika masih hidup,bilabadan menjadi mayat,penggali kubur boleh selamba rock hisap cerut tepi kuburkita…

     Sampai bilakahyang berpangkat dari golongan BAHLUL ?

    Apa yang aku adahanyalah doa agar negara tercinta akan gemilang sebagaimana era Dr Mahathirbergelar PM….Aku dan rakyat merindui Dr Mahathir bergelar PM.

Sata Saalimun

     Sata Saalimun  nama saintifik  ,mendapat pendidikan di Universiti Islam Madinah Arab Saudi dan UitmMelaka.Usahawan kecil dan penulis tegar.

https://www.facebook.com/IsuPolitikTerkini




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2015 03:02 PM | Show all posts
mahathir pun bahalol gak
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 03:04 PM | Show all posts
hidup zahid pemimpin malaysia paling bijak , cerdas dan berwibawa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2015 03:07 PM | Show all posts
|-0-| replied at 7-11-2015 03:02 PM
mahathir pun bahalol gak

kalau ada telor guna avatar muka sebenar cam aku hawau....

kalau ada cipap pun sama....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 03:14 PM | Show all posts
sbb mahatir...org indo, bangla, india jadi bumuputra malaysia,
org malayu jadi hamba....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 03:14 PM | Show all posts
Pelik lagiKelantan yang war-warkan gelaran Serambi Mekah namun sampah dan bau hapak diKota Bharu dan lain-lain daerah hinggakan aku nak termuntah jika ke sana.Islambagi mereka mungkin sekadar pakai kopiah ke hulu hilir….Kawan aku satu bas dari Melaka rombongan ke Kelantan,semua kena cirit birit..


cina pengotor tak cuci verak.

kalau PAS berkuasa, nanti seluruh Msia jadi Kelantan

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2015 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bolehland apa nak hairan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kelakar la citer pasal imam hadhari tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2015 03:18 PM | Show all posts
Walaupun BN memajukan Pulau Pinang dan Selangor namun rakyatmemilih Pakatan Rakyat pada PRU12 lepas.Senang lenang pemimpin Pakatan bilamenguasai dua buah negeri tersebut.Bangang juga pemimpin BN ...


BN memajukan selangor dan penang?  tanpa aktiviti perniagaan orang cina dan cukai mereka, boleh ke maju?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun 2025 azmin gonna be pm.baru la balik zaman gemilang mader
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2015 03:43 PM | Show all posts
DontStupid replied at 7-11-2015 03:14 PM
sbb mahatir...org indo, bangla, india jadi bumuputra malaysia,
org malayu jadi hamba....

Melayu bodoh jaadi hamba cam ko...aku Melayu kaya raya....

Terima kasih Dr Mahathir ubah Malaysia miskin jadi membangun...

ko apa jasa?

setakat goyang telor,unta pun tahu bro....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2015 03:43 PM | Show all posts
lvsg8 replied at 7-11-2015 03:39 PM
Tahun 2025 azmin gonna be pm.baru la balik zaman gemilang mader

Azmin better than mat gagap.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
apalah org tua mana yg menulis panjang lebar membebel tu ye
macai madey
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
lvsg8 replied at 7-11-2015 03:39 PM Tahun 2025 azmin gonna be pm.baru la balik zaman gemilang mader

Pr dah kehilangan satu2nya yg boleh JD PM yg terbaik.Arwah Ben Omar. Yg lain sorry to say....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri2 kabinet spore terdiri drpd org2 yg ada capabilities dlm stp budang masing2
Kalo kat msia...main letak je kroni...bangang bodoh pun x pe...subordinates ramai yg bleh wat keje
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 04:14 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 7-11-2015 03:43 PM
Melayu bodoh jaadi hamba cam ko...aku Melayu kaya raya....

Terima kasih Dr Mahathir ubah Malays ...

antara jasa che det, bagi IC kat pati di Sabah  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2015 04:15 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 7-11-2015 03:43 PM
Azmin better than mat gagap.....

makin ramai awek boleh hisap eskrim dlm toilet  
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 04:21 PM | Show all posts
Kita kena belai Najib .
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Stop living in the past..buleh tak? Penat la ..baik banding ngan zaman lepas merdeka..ikan sekilo sepuluh sen je..kan lagi best bunyinya..

zaman tengah gawat ni..jgn merintih banyak sangat sampai terlupa nak cari jalan penyelesaian..abisla kalau semua tak buat keje asyik duh merintih cari salah sesame sendiri..kan lagi bagus kita semua berganding bahu untuk membawa mesia keluar dari kegawatan ini..
pernah dengar tak pepatah tough times wont last, but tough people do..

Sy percaya semua pemimpin sedang berusaha untuk bawa mesia keluar dari kegawatan ini..dan sy percaya juga semua pemimpin mesia di masa depan akan majukan dan makmurkan mesia lagi baik dari sekarang..amin
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamat ni tulis pjg2 xpuas hati still undi BN gak. Ko pilih sampah, buat mcm mana pun still dpt sampah, takdenya nak jadi emas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.104576 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list