CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9847|Reply: 33

Saka , Warisan , Sihir , Gangguan atau sekadar halusinasi

[Copy link]
Post time 24-1-2015 11:42 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum

Saya sebenarnya menggatalkan tangan untuk membuka benang baru walaupun tajuk ni rasanya dah ada , dan dah banyak kali di bincangkan tetapi pada pandangan saya ramai dikalangan orang orang baru dalam bod ini tak rajin nak mecari benang benag lama yang banyak menceritakan perihal saka ini.

pertamanya apa itu SAKA?

diambil dari perkataan PUSAKA .. mempusakai atau mewarisi sesuatu.

Secara jujurnya saya tidak berapa menggemari istilah saka kerana PUSAKA atau mewarisi sesuatu itu termasuk juga kita mempusakai DNA ,jadi bila disebut SAKA maka secara auto masyarakat akan kata JIN ... HARIMAU... PENAGGAL , PELESIT dan sebagainya . sedangkan hakikat erti kata SAKA selalu seiring dengan kata BAKA (saka -baka keturunan ..... ) jadi adakah kita bersaka ? ya , kita mempusakai IMAN dari ayah ibu kita sebagai MUSLIM. (Heheheh off topic)

Tetapi saya terus menggunakan istilah SAKA ini kerana istilah ini popular dan senang difahami.

Berbalik kepada soalan apa itu SAKA

Dari sudut saya yang dhaif ini  pendapat dan juga pengupasan pelbagai guru adalah berbeza, sedangkan perkara Feqah juga wujud percangahan pendapat antara ulama apatah lagi perkara mistik , tetapi percangahan pendapat itu tidak membawa kepada perdebatan yang sia sia kerana mereka saling hormat menghormati pendapat dan kefahaman orang lain, jadi saya menceritakan dari sudut apa yang disampaikan oleh guru2 saya dan juga pengalaman saya sendiri.

SAKA ialah seuatu yang diwarisi dengan sedar atau tanpa sedar daripada sesaorang kepada seseorang yang lain .

jenis jenis saka

1. Saka berbentuk Makhluk
2. Saka berbentuk tanggungjawab
3. saka dalam bentuk ilmu .

Saka dalam bentuk makhluk
adalah kategori yang paling popular dengan undian SMS dan Juri tetap terbanyak , ia popular dari dulu hingga kini .dan kisahnya banyak dalam novel2 drama drama TV , dan juga forum forum .

Saka dalam bentuk tanggungjawab
contohnya seseorang yang mewarisi tugas seperti bomoh atau pawang

Saka dalam bentuk ilmu
contohnya ilmu perbidanan atau urutan yang dipusakai tanpa belajar

Stop kat sini kalau ada permintaan untuk diteruskan akan disambung , jangan kena kunci sudah ... tapi MOD semua baik2 kan , Hensem2 dan Ayu2 semua ....

Wallahualam


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2015 02:25 AM | Show all posts
menarik.boleh kupaskan lagi ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 03:21 PM | Show all posts
Terima kasih perkongsianya tuan @ariapersanta

Maka saya pun terkena jangkitan gatal tangan nak mengetik keypad ni, lebih kepada nak bertanya maklumat dan sedikit personal view sebagai org awam.

Jika tuan mempunyai maklumat, saya lebih tertarik dgn sejarah munculnya sebutan SAKA dgn dakwaan perawat dlm jumlah yg banyak dan menghuni tubuh manusia, samada dlm bentuk tulisan, dialog dalam filem atau filem yang berkait langsung dgn saka. Termasuklah jika ada rujukan maklumat siapa2 jer pioneer kaedah rawatan penyakit mistik yg pusatnya tumbuh bak cendawan di tanah melayu ini.

Kaedah guna ayat2 AL-QURAN ni amat sukar dikritik guna logik & rasional dibanding perawat yg guna pantun mantera. Cop jer  yg guna mantera mcm pantun tu sesat dan syirik, selesai, kuranglah org yg nak berubat, lebih2 lagi selari dgn pendirian pihak berautoriti.

Siri SBDJ, siri Tok Awang Ngah dan yg sezamannya rasanya tak ada menyentuh tentang saka atau gangguan yg menghuni tubuh manusia dlm jumlah banyak. Begitu juga filem melayu lama pun rasanya tiada yg berkaitan.

Tempat saya ni, perkataan saka atau santau tak pernah dikenal (kecuali segelintir yg expose pada maklumat tersebut) sehinggalah dipublisitikan & dipromosikan melalui TV oleh perawat yg mewakili pusat rawatan alternatif popular yg dibuka sekitar 3~4 tahun lepas. Maka, ada antara individu2 yg mula takut dgn saka atau kemungkinan disantau ketika makan-minum di kedai makan luar. Bukan sebab kurang iman rasanya tetapi lumrah org melayu sejak dulu memang ditanamkan rasa takut pada hantu atau rasa gerun pada jin. Ditambah dgn maklumat sebegini yg kebetulan disampaikan pula oleh guru agama dgn kaedah rawatan guna ayat2 AL-QURAN.

Secara peribadi, saya tidak melihat maklumat  guru agama dan program tv itu memberi manfaat besar dari segi agama, masyarakat mahupun bekal hari akhirat. Ia malah menambah jumlah ITEMS YANG DIGERUNI oleh melayu islam. Secara tidak sadar ia promosi utk menambah kegerunan pada, saya tak pasti yg betul, pada jin atau pada syaitan. Kekadang perawat ni bila ada gangguan mistik, disebut jin jer secara borong.

Tentang saka baka ni, saya pernah terserempak perbincangan yg agak mendalam di forum bicara something. Tak recall dah nama site tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2015 08:01 PM | Show all posts
AwgSagi replied at 25-1-2015 03:21 PM
Terima kasih perkongsianya tuan @ariapersanta

Maka saya pun terkena jangkitan gatal tangan nak meng ...

Alhamdulillah saya sudah berjaya 'menyeru' seorang otai lama ... mudah mudahan yang lain2 sayang telah bertukar menjadi SR dapat kita jadikan Bod ini Bod Ilmiah seperti 2 tahun lepas bukan Bod cerita dan cerpen seram macam sekarang ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2015 08:04 PM | Show all posts
Saya masih mengkaji selidik lagi tentyang asal usul munculnya istilah SAKA ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 08:46 PM | Show all posts
Macam mana nak bezakan kena gangguan ataupun ada sakit mental?mcm schizophrenia ke.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2015 09:17 PM | Show all posts
Kalau tempat saya, mungkin SAKA ini apa yang kami panggil GIMBARAN dlm dialek lokal atau KEMBAR.
Diceritakan, ada 2 cara utk mendapat GIMBARAN, iaitu:

1. Lahir bersama bayi tetapi gimbaran itu mungkin dlm bentuk telur2 berudu, kepompong dll. Sampai satu saat si ibu atau empunya diri akan mendapat mimpi mengenai dgn keberadaan gimbaran di alam halus, itu pun jika benda itu diurus dgn sempurna seperti mengurus tebuni. TIPIKAL & STANDARD bahawa gimbaran itu adalah sang putera raja yang kacak atau sang puteri raja yang jelita.

2. Memperolehinya ketika masuk hutan. Ini kes makhluk alam halus berminat atas sebab tertentu untuk, biasanya, menjadi bodyguard atau penolong ketika bergaduh. Biasanya jumlah adalah TIPIKAL & STANDARD iaitu dlm jumlah ganjil - 1, 3, 5 dgn maksimum 7. Dari cerita tanpa sumber sahih, orang yang pernah bergaduh dgn orang yang mempunyai gimbaran ini seolah-olah ada ramai yg ikut bergaduh. Masyarakat setempat umumnya menerima dan menganggap org yg memiliki gimbaran adalah org yg diberi keistimewaan.

Beza dgn SAKA ialah entiti SAKA memberi konotasi gangguan jahat dan diperangi oleh perawat2. GIMBARAN menjadi idaman dan dianggap keistimewaan.

Sekian secara ringkas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:27 PM | Show all posts
Aku berminat dengan perkataan dan penerangan tentang 'saka berbentuk ilmu'

Atas pembacaan, pengkajian dan perkongisan bersama ahli2, memang tak dapat dinafikan tentang ilmu yang diwarisi sejak Nabi Adam a.s lagi..
andai digunakan logik akal, memang tidak akan terjangkau.

Cuma masalah orang kita terutamanya Melayu, amat terkongkong pemikirannya dengan warisan ilmu perubatan semata2..sedangkan banyak lagi kebolehan dan pengetahuan yang berkait dengan ilmu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 12:44 PM | Show all posts
saya tertarik dengan jenis2 "SAKA" ...

1. Saka berbentuk Makhluk
2. Saka berbentuk tanggungjawab
3. saka dalam bentuk ilmu .

konteks yang sangat jelas disini adalah "peninggalan" ataupun "membekalkan". Sama ada sedar atau tak kita mewarisi hasil "perbuatan"/"amalan" orang terdahulu. Cuma bentuknya berbeza.

maaf kalau salah sebab saya ni bukanlah orang bijak pandai ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:47 PM | Show all posts
thank you TT buka thread mcm ni ..... best la kalau bincang2 mcm ni .... bnyak "expert" bagi pendapat yang bernas.

for sure akan ada perbezaan pendapat tapi benda tu lah yang best.  sebab xsemua kita punya "point of view" betul mahupun salah ....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Soalan @manofstyle tentang rawatan SAKA dgn SCHIZO tu tertakluk di mana si pesakit berada.

Kalau persekitaran tiada terdedah kepada SAKA, istilah lain akan digunakan. Yang membezakan ialah punca dan rawatan. SAKA, berdasarkan klaim2 standard perawat2 orang kita, berpunca daripada gangguan JIN, dan, rawatannya lebih tertumpu kepada meneutralisasikan JIN atas kepercayaan jika JIN penganggu tiada, pesakit sembuh.

Rawatan standard SCHIZO tertumpu langsung kepada pesakit dgn gabungan PIL PENENANG dan terapi human-to-human.

Pemerhatian rambang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 02:09 PM | Show all posts
Agaknya warisan2 yg sampai kepada kita sekarang ni banyak yg menyeleweng dari maksud asalnya. Lebih2 lagi bila dikenang habit berkias dlm menyampaikan maklumat disamping keterbatasan perkataan.

Satu kejadian di mana seorang kawan men'TRIM' misai kucing, konon nampak kiut. Lantas ditegur oleh pakcik: "eeh kanak2 ani banaa, nada banaa banyak tahunya. mun sudah kamu putung kumisnya atu, apa kan LAMPONGnya tu?". Masa tu yg terpikir ialah pakcik tu obses dgn benda2 mistik sampai kucing pun guna LAMPU=LAMPONG. Sampailah satu ketika saya browse google utk mendapatkan maklumat kucing. KUMIS=MISAI kucing itu rupanya berperanan sebagai SIGNAL atau SENSOR. Pakcik guna perkataan LAMPU utk merujuk SENSOR, rasanya sebab keterbatasan perkataan. LAMPU=LAMP dan SENSOR adalah perkataan asing. Nyaris tidak disebut JAMUNG atau PELITA atau SULUH, lagilah berbau mistik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 02:30 PM | Show all posts
pak aria udah kembali, marilah kite kesurupan bersama2 dlm tred ni
ok...juz joke

aku pun ade mende yg membelenggu pikiran bab2 saka ni (saka ilmu kot)
terjadi di kalangan saudara terdekat
semakin dipikirin semakin bingung
makanya biar saja ia berlalu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 02:44 PM | Show all posts
Terima kasih di atas perkongsian..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 03:17 PM | Show all posts
Pak aria lama bertapa..baru timbul

Saka tu namanyer, kalo di bicarakan pasal namanyer tak kehabisan bicaranyer..tapi kalo xde nama cemana nak kenal kan kan kan...

Yang di bicarakan sebetulnyer setan jin yang mengganggu manusia itu..x kiralah namanyer saka ke,jembalang tanah ke, atau hantu2 keliaran ke,..jadi utk mudahkan pahamnyer aku rangkumkan semuanyer pada satu nama ajelah "setan jin".

Jadi antara sebb yang membuatkan setan jin tu suka berdampingan dengan manusia??

1) Kerana kesilapan org terdahulu membuat janji dengan setan jin tersebut,
2) Kerana belajar sesuatu yg menarik setan jin, cth: amalan silat songsang,berbomoh atau belajar ilmu nak hebat
3) Atau kerana sememangnyer setan jin tu menjalankan tugasnyer sebagai penyesat,pengacau untuk manusia.
4) Atau ianya kiriman sebagai kifarah kepada kesalahan manusia tu sendiri..

Halusinasi suatu penyakit otak yang mungkin juga asalnyer dari setan jin juga,..penagih dadah berhalusinasi selepas cucuk dadah tapi asal muassal rasa nak berdadah tu dtgnyer dari bisikan setan jin juga..

dah lama x berporum caca marba dah ayat aku...harap dpt paham...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 04:49 PM | Show all posts
AwgSagi replied at 26-1-2015 02:09 PM
Agaknya warisan2 yg sampai kepada kita sekarang ni banyak yg menyeleweng dari maksud asalnya. Lebih2 ...

nak tanya pasal .... batu apa ntah nama dia
jiran saya .. arwahmak dia ada mengamalkan beberapa "amalan"
selepas meninggalnya mak kepada jiran saya ini .... dia bermimpi mak dia suruh gali sesuatu di serai yang ditanam arwah ketika hayatnya....
ketika digali .... dia menemui beberapa batu pelbagai warna
dan selepas consult orang yang pakar
batu2 itu ada fungsi masing2 ....

adakah bernda2 mcm ni boleh diibaratkan "warisan" ....  ??? ... apakah yang "diwarisinya" kalau ya ???
saya tak bertanya lanjut apakah benda2 yg perlu diamalkan or what sebab takut menyinggung .... takut dia sangka saya menuduh mak dia mengamalkan sesuatu yg tidak baik .....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 05:10 PM | Show all posts
Terima kasih dengan perkongsian ilmu dan rumah baru yang sihat ini... Semoga dpt menjaga keharmonian rumah ini.... Welkam bek kepada tuan rumah aria...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 06:56 PM | Show all posts
Saya hanya pernah mendengar cerita 'harta' pohon serai wangi @damian_lee malah cerita pun bukan diceritakan oleh empunya benda.

Pernah dibuka thread   gambar tentangnya.

Benda biasa jer kalau tidak dikaitkan dgn mistik. Jika dijual tanpa diceritakan latarbelakang mistiknya, tak sampai RM100 kot.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya hanya pernah mendengar cerita 'harta' pohon serai wangi @damian_lee malah cerita pun bukan diceritakan oleh empunya benda.

Pernah dibuka thread   gambar tentangnya.

Benda biasa jer kalau tidak dikaitkan dgn mistik. Jika dijual tanpa diceritakan latarbelakang mistiknya, mungkin tak sampai RM100 kot.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 08:32 PM | Show all posts
ada satu petua orang tua ... kalau mengunjungi saat sakaratulmaut orang yang membela saka .... jangan bersandar di dinding ... not sure apa significantnya .... cuma petua ini ... ada disebut orang2 tua ,,,,
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.327560 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list