CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59724|Reply: 255

Cerita-cerita Mistik bersama Hantu Killer Part 4

[Copy link]
Post time 25-6-2014 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Ok, saja je bukak benang baru, sebab benang lama dah putus dan reput hehe

Sempena nak dekat bulan puasa ni, dimana Nabi kata syaitan terbelenggu, soalnya, napa masih orang yg sakit akibat setan(jin), dalam tubuhnya masih juga ada setan tu, kenapa Malaikat tak tangkap dan belenggu mereka????


Sabda Rasulullah saw :
“Apabila datangnya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka, dan dirantai syaitan-syaitan.” (Bukhari, Muslim)


Kalau boleh benang ni tak de provokasi dari yg suka provokasi.... nak cerita cerita atau permasaalahan mistik jek, harap mod pantau jika ada unsur provokasi... hehe


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2014 04:45 PM | Show all posts
harapnye berbincang secara ilmiah...
letih lah provokasi2 ni.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2014 04:45 PM | Show all posts
Ni aku copy dari pusat rawatan al hidayah:

Kerasukan Di Bulan Ramadhan
12345
( 2 Votes )
Friday, 19 July 2013 00:47

Soalan
Salam Tuan Haji, saya Azman dari Segamat Johor. Persoalan saya ialah, apakah gangguan syaitan boleh terjadi dibulan Ramadan yang mulia ini? Ini kerana saya melihat sendiri bagaimana adik perempuan saya mengalami kerasukan, menjerit dan mengilai-ngilai terutama pada ketika tengah malam. Sedangkan kita sekarang berada di bulan Ramadan? Apa yang saya tahu, iblis dan syaitan dirantai ketika bulan puasa ini. Mohon pencerahan daripada Tuan berkaitan perihal ini. Terima kasih dan selamat menjalani ibadah puasa.
Jawapan
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Bulan yang Allah sediakan begitu banyak pahala untuk direbut umat Islam melalui setiap ibadat, sehingga Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang bermaksud:
“Tidur bagi orang yang berpuasa itu adalah ibadat, manakala diamnya adalah bertasbih.” - HR al-Baihaqi
Betapa besarnya kelebihan Ramadan sehinggakan  tidur pun dianggap ibadat. Pada bulan inilah diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatulqadar. Malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan dan digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
Puasa memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin atau racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru. Dengan berpuasa juga dapat memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh secara semulajadi.
Di bulan ini juga Allah SWT menurunkan petunjuk bagi manusia, iaitu al-Quran. Kita digalak memperbanyakkan serta menggandakan bacaan al-Quran berserta maksudnya pada bulan mulia ini. Pada bulan inilah pintu langit akan dibuka seluas-luasnya bagi memberi peluang kepada umat Islam memohon ampun dan memanjatkan doa, paling penting kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas pada Ramadan kerana berpuasa dapat menghalang manusia daripada melakukan kejahatan.
Syaitan juga tidak dapat menghasut manusia pada Ramadan. Namun persoalannya ialah, bagaimana dibulan yang penuh kemuliaan ini masih berlaku kes-kes kerasukan? Sedangkan dalam hadis Nabi SAW ada bersabda:
“Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai / dibelenggu para syaitan.” - HR al-Bukhari dan Muslim
Pengalaman saya di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah selama 10 tahun dalam menangani kes-kes kerasukan mendapati ketika bulan Ramadhan kejadian rasuk kerap berlaku. Malah terdapat kerasukan dimana pesakit bertindak sangat agresif sedangkan pada ketika itu pesakit berpuasa!
Kerasukan
Di rencana saya yang lepas,  saya ada menyentuh mengenai isu kerasukan atau histeria. Dari aspek perubatan moden, hysteria atau kerasukan  adalah disebabkan oleh rasukgangguan mental seseorang atau dipanggil "mental disability'' yang akhirnya membawa kepada halusinasi atau ''halusination''. Mereka yang mengalami histeria sering kehilangan kawalan diri yang melampau dan keadaan ini akan membuat pesakit akan menjerit, meracau dan ada juga yang boleh bertindak  ganas.
Daripada perspektif perubatan islam, kerasukan dikaitkan dengan keadaan seseorang yang mengalami gangguan jin atau iblis. Menurut pengalaman pesakit yang pernah dirawat kerasukan, mereka ternampak pelbagai perkara yang menakutkan hinggalah mereka tidak sedarkan diri dan meracau-racau. Ada juga yang mendakwa mereka berasa sejuk dan panas pada bahagian badan, fikiran bercelaru, hati menjadi tidak keruan yang akhirnya membawa kepada tidak sedarkan diri dan seterusnya dirasuk.
Hakikat Penciptaan Jin
Bagi menjelaskan perkara yang berkaitan dengan kejadian gangguan kerasukan ini. Eloklah kita menyelusuri hakikat penciptaan jin serta sejarah kejadiannya.
Kewujudan jin adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan kerana ia juga termasuk makhluk ciptaan Allah SWT. Tujuan penciptaannya juga adalah sama sebagaimana tujuan penciptaan manusia iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.
“dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku” - Surah Az-Zariyat:56
Bersandarkan kepada Al-Quran dan Hadis-hadis Nabi SAW menyatakan beberapa jenis jin yang bertebaran di muka bumi ini iaitu
Iblis merupakan ketua atau bapa kepada seluruh jin dan syaitan
As-Syaitan iaitu syaitan-syaitan yang membisikkan kejahatan
Al-Maraddah membisikkan perasaan agar manusia merasa ragu-ragu atau was-was
Al-‘Afrit melaksanakan tipu daya
Al-A’waan merupakan pelayan-pelayan
At-Tayaruun iaitu jin-jin yang berterbangan
Al-Ghawaasuun jin-jin yang tinggal di dalam air
At-Tawaabi iaitu kuncu-kuncu atau pengikut-pengikut setia
Al-Qurana iaitu pengawan-pengawan
Al-Ummaar iaitu pemakmur
Daripada jenis-jenis tersebut,ada dikalangannya yang beriman dan taat kepada perintah Allah malahan tidak melakukan sebarang kejahatan khususnya kepada manusia.
“Dan sesungguhnya diantara kami ada yang soleh dan diantara kami ada pula yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza" - Surah Al-Jinn:11
Jika sekiranya golongan jin ini mentaati Allah SWT, maka mereka akan diberi ganjaran di akhirat kelak. Begitulah sebaliknya jika mereka yang ingkar maka selayaknya balasan azab yang pedih menanti di hari pembalasan.   
“Masuklah kamu ke dalam neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, daripada jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongan sendiri); hinggalah apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan pertama di antara mereka: “Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat kali ganda daripada (azab) neraka”. Allah berfirman:”Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui.” - Surah al-A’raf:38
Menurut Syeikh Jadul Haq (bekas Syeikh Al-Azhar), Iblis adalah 'abu syaitan' (bapa syaitan). Jika malaikat adalah tentera Allah yang mengajak kebaikan, iblis dan syaitan adalah sebaliknya. Mereka adalah musuh Allah yang menyeru ke arah kejahatan dan kerosakkan. Syaitan ialah golongan yang angkuh dan derhaka dari alam jin. Mereka adalah dari kalangan jin juga.
Sejarah Iblis
Firman Allah SWT:
“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:   Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…” - Surah al-Kahfi: 50
Iblis turut dikenali dengan nama Azazil. Sebelum penciptaan Nabi Adam a.s. Azazil merupakan imam kepada para malaikat. Riwayat menceritakan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat:
“Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat”.
Menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Luh Mahfuz itu adalah dirinya. kemudian diberitakan kepada para malaikat, menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat, agar Azazil mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat.  Azazil pun mendoakan kepada seluruh malaikat dengan doa :
“Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)”
Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya.
Ketika Allah menciptakan Nabi Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud hormat kepada Nabi Adam.  Maka para malaikat sujud tunduk kepada perintah Allah melainkan Iblis. Dia menolak, kerana merasakan bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam.
Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-
“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujud melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada makhluk yang Engkau ciptakan dari tanah?”. - Surah al-Isra’:61
Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki Azazil, yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi. Maka Azazil dihalau keluar dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya. Firman Allah SWT:
Dia (Iblis) berkata: “Khabarkanlah kepadaku, inikah orang yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, pasti aku akan sesatkan  keturunannya, kecuali sebahagian kecil”. - Surah al-Isra’:62
Iblis telah berjanji untuk menyesatkan anak cucu Adam. Justeru, gangguan daripada Iblis dan tentera-tenteranya akan terus berkesinambungan sehinggalah ke hari kiamat kelak. Maka mohonlah perlindungan daripada Allah taala agar kita terhindar daripada kejahatan dan gangguan mereka.
Syaitan yang Dirantai
Dari sudut pandangan Islam, para Ulama berbeza pendapat dalam menafsirkan maksud hadis tentang syaitan yang dirantai ketika bulan Ramadhan.
Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan dari al-Halimiy yang dimaksudkan dengan syaitan yang dirantai itu ialah para syaitan tidak dapat menggoda umat Islam sepertimana di luar bulan Ramadhan disebabkan umat Islam melaksanakan ibadah berpuasa yang berperanan melemahkan syahwat. Di bulan ini juga umat islam sibuk dengan aktiviti-aktiviti kerohanian seperti membaca al-Quran dan berzikir.
Menurut pendapat Imam Nawawi Rahimahullah di dalam syarahnya menyebut bahawa ianya hanyalah satu ‘majaz’ atau kiasan untuk menunjukkan betapa syaitan sudah tidak mampu untuk melaksanakan tugasnya seperti biasa. Ini kerana, puasa yang dilakukan oleh orang-orang Islam akan menyempitkan saluran darah yang menjadi laluan syaitan dan akan berkuranglah nafsu yang merajai hati manusia selama ini. Oleh kerana itu, syaitan tidak dapat menjalankan tugasnya dan keadaan ini menyebabkan dirinya bagaikan di'rantai'. Namun beliau tidak menolak bahawa syaitan benar-benar dirantai.
Menurut pandangan Imam As-Syafie pula, “hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas , kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan Ramadhan”.
Kesimpulan daripada pendapat-pendapat tersebut, jin dan syaitan masih lagi dapat mengganggu manusia dibulan ramadhan ini. Keteguhan iman serta amalan ibadah seseorang yang sebenarnya dapat membelenggu jin, menghindari daripada hasutan kejahatan serta tipu dayanya.
Penutup
Puasa adalah suatu ibadat ‘tazkiyah al-nafs’, iaitu proses penyucian jiwa dan nurani daripada segala penyakit rohani. Ia dapat meningkatkan nilai taqwa di sisi Allah SWT. Nilai ketaqwaan inilah yang dapat menghindarkan kita daripada gangguan makhluk-makhluk halus. Apabila kita berpuasa jiwa kita menjadi kuat sehingga dapat menakluk nafsu. Ini adalah kerana apabila lemah kekuatan badan, kita dapat mengawal lidah, hati (fikiran) dan anggota-anggota tubuh badan kita dari melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat. Puasa memiliki fungsi untuk menghidupkan hati atau jiwa yang lemah diperkudakan nafsu. Kerana nafsu merupakan sasaran syaitan yang ampuh dalam usaha merosak dan menyesatkan umat manusia.
Berikut surah-surah amalan bagi mengelakkan diri dari gangguan kerasukan:-
Surah Al Baqarah ayat 165 hingga 186
Surah Al A’raaf ayat 146 hingga 159
Surah Al Baqarah ayat 244 hingga 255
Surah Al Mukminun ayat 105 hingga 118
Jadikanlah Ramadan sebagai bulan untuk meningkatkan amal ibadah kita kepada Allah SWT dan istiqamah dilakukan dibulan-bulan yang lain juga. Begitu pula dengan amalan berpuasa, jadi ia sebagai rutin hidup kita. Selain dapat mengamalkan sunnah, kita juga dapat memelihara kesihatan tubuh badan kita daripada pelbagai jenis penyakit dan terhindar dari kerasukan! Insya-Allah.
Update Twitter status Digg This! Share on Facebook Add to Faves! Add to Del.icio.us Stumble It! Google Yahoo MyWeb
MORE ARTICLES
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:11 PM | Show all posts
pnh terbace posting sape ntah..
katenyer hantu2 yg diikat time bulan pose tu adalah hantu yg berkeliaran..
manakala hantu2 yg bertuan tu still bebas..
betul ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2014 05:13 PM | Show all posts
seingat aku, Seluruh ramadhan 2013, aku rasa sangat mencabar juga, sebab nya hampir tiap hari ade je kes berat. Harap tahun ni aku berehat....


Leceh ngadap jin hari hari.... jemu, tapi....
ni baru jek sorang balik minta buangkan gangguan sihir dan saka yg ada pada dirinya.... kat opis.... haha


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2014 05:15 PM | Show all posts
puanlina posted on 25-6-2014 04:45 PM
harapnye berbincang secara ilmiah...
letih lah provokasi2 ni.....

tu la kan, masaalahnya, aku ni pulak, suka layan kalau orang provoke... hehe


satu masaalah juga tu


Tapi kali ni kat benag ni aku cuba tak layan... hehe



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-6-2014 05:22 PM | Show all posts
khailya posted on 25-6-2014 05:11 PM
pnh terbace posting sape ntah..
katenyer hantu2 yg diikat time bulan pose tu adalah hantu yg berkel ...
pnh terbace posting sape ntah..
katenyer hantu2 yg diikat time bulan pose tu adalah hantu yg berkeliaran..
manakala hantu2 yg bertuan tu still bebas..
betul ke?
Entah, tak tau aku, kalau posting tu posting aku pun, aku tak ingat gak, sebab aku ni kan dah tua, tak ingat tu lumrah bagi orang yg dah tua.... hehe


Yg lebih tepatnya, yg setakat dalam pengetahuan aku le, kalau yg bukan dalam pengetahuan aku ye entah.... hehe.... yg dalam pengetahuan aku, yg lebih tepat ialah jin yg jahat(syaitan) yg mempunyai rumah atau 'perumah' tetap akan bebas.....dalam rumah atau perumahnya saja, tapi akan dibelenggu jika tertangkap tika keluar rumah atau dari perumahnya tu.

Rumah jin ni suka dialah, asalkan 'rumah'... kat pokok ke, kat longkang ke, kat gua ke, kat tokong ke, kat mesjid ke, kat rumah kosong ke, kat rumah kita ke..... so pastikan rumah kita tak jadi rumah persinggahan depa, sebab kalau dah depa masuk rumah tu, biasanya tak kan nak nya depa keluar.....

Tapi kalau jin jin baik, yg tak dipanggil setan tu, ye bebas kemana saja.... agaknya lah, sebab aku bukan jin
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:26 PM | Show all posts
ngeri lak bace ayat ni "sebab kalau dah depa masuk rumah tu, biasanya tak kan nak nya depa keluar....."
yela kot kan.. ntah.. taktau sgt.. sbb terbace je kt dlm ni.. tak igt sape post statement tu..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2014 07:26 PM | Show all posts
best..

takmo laa provoke-provoke.. juling mata baca..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 08:17 PM | Show all posts
Dulu di sebuah kampung di Terengganu.. ada sorang budak pompuan kena sihir.. dia jadi mcm gila.. sejak umur 15 tahun kut (kes org nak dia le, dia memang putih cantik sungguh)... tetapi, waktu bulan puasa saja, dia akan jadi normal... boleh sembahyang, puasa semua, tak de meracau apa semua.. tapi akhirnya setelah lebih sedekad menderita, dia meninggal dunia dah.. mungkin sebab setan2 tu waktu bulan puasa dah kena ikat..wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 04:54 AM | Show all posts
Salam TT

Disunting drpd petikan blog fiqh-sunnah...


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ
وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ

Apabila masuk sahaja Ramadhan, maka pintu-pintu Jannah pun dibuka,
pintu-pintu jahannam ditutup, dan syaitan-syaitan pula dibelenggu.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 11/55, no. 3035)



إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ
صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ
أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ
أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ

Apabila tiba saja malam pertama bulan Ramadhan,
dibelenggulah syaitan-syaitan dan jin-jin yang ganas.
Pintu-pintu Neraka ditutup dan tiada satu pun terbuka.
Pintu-pintu Syurga pula dibuka dan tiada satu pun yang tertutup.
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 3/103, no. 618. Ibnu Khuzaimah, 3/188, no. 1883. Dinilai hasan oleh al-Albani)





Imam Ibnu Khuzaimah (Wafat: 311H) menyatakan:

باب ذكر البيان أن النبي صلى الله عليه و سلم إنما أراد بقوله
"و صفدت الشياطين مردة الجن منهم"
لا جميع الشياطين إذ اسم الشياطين قد يقع على بعضهم

Bab penjelasan terhadap apa yang dimaksudkan dengan Sabda Nabi s.a.w.:
“Dan dibelenggulah syaitan-syaitan yang ganas (atau besar).”
Bukan merujuk kepada seluruh syaitan kerana sebutan syaitan-syaitan
adakalanya digunakan untuk sebahagian dari mereka.
(Shahih Ibnu Khuzaimah, 3/187)



Kata al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah:

المراد بالشياطين بعضهم وهم المردة منهم وترجم
لذلك بن خزيمة في صحيحه وأورد ما أخرجه هو
والترمذي والنسائي وبن ماجة والحاكم

...Apa yang dimaksudkan syaitan dalam hadis ini merujuk kepada sebahagiannya,
iaitu mereka yang ganas lagi menentang.
Sebab itulah Ibnu Khuzaimah membuat judul bab dalam kitab Shahihnya untuk hadis berkaitan,
lalu beliau menyebutkan hadis diriwayatkannya sendiri
dan juga diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, an-Nasaa’i, Ibnu Majah, dan al-Hakim... (sebagaimana di atas).




Syaitan Dibelenggu, Tetapi Kenapa Maksiat Berleluasa?

Imam al-Qurthubi menjelaskan:

فإن قيل كيف نرى الشرور والمعاصى واقعة في رمضان كثيرا فلو صفدت الشياطين لم يقع ذلك فالجواب أنها إنما تقل عن الصائمين الصوم الذي حوفظ على شروطه وروعيت ادابه أو المصفد بعض الشياطين وهم المردة لاكلهم كما تقدم في بعض الروايات أو المقصود تقليل الشرور فيه وهذا أمر محسوس فإن وقوع ذلك فيه أقل من غيره اذلا يلزم من تصفيد جميعهم أن لا يقع شر ولا معصية لأن لذلك اسبابا غير الشياطين كالنفوس الخبيثة والعادات القبيحة والشياطين الإنسية

Apabila dikatakan,
“Mengapa kita masih melihat kejahatan dan maksiat berlaku di bulan Ramadhan.
Sekiranya syaitan dibelenggu, bukankah sepatutnya perkara seperti itu tidak akan berlaku?”

Maka jawabannya,
“Bahawasanya gangguan syaitan hanya berkurang terhadap orang-orang berpuasa
yang memelihara syarat-syarat puasa dan adab-adabnya.
Atau yang dibelenggu hanya sebahagian syaitan sahaja,
iaitu para penentang yang ganas dari kalangan mereka
sebagaimana dinyatakan dalam sebahagian riwayat.
Atau yang dimaksudkan adalah berkurangnya kejahatan dalam bulan Ramadhan,
dan ini merupakan perkara yang dapat dirasakan,
di mana kejahatan ketika bulan Ramadhan lebih sedikit
jika dibandingkan dengan bulan-bulan selainnya.
Apabila semua syaitan dibelenggu, juga tidak menjadi sebab
untuk tidak akan berlakunya kejahatan dan kemaksiatan.
Kerana sebab berlakunya kemaksiatan itu turut didorong oleh
sejumlah faktor lainnya selain dari faktor syaitan.
Boleh jadi disebabkan nafsu yang buruk, tabiat yang kotor,
dan syaitan-syaitan dari kalangan manusia sendiri.”

(Ibnu Hajar, Fathul Bari, 4/114)

p/s: Puasa tu menahan lapar, tanpa diikat perutnya.

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 04:54 AM | Show all posts
k_a_a posted on 25-6-2014 08:17 PM
Dulu di sebuah kampung di Terengganu.. ada sorang budak pompuan kena sihir.. dia jadi mcm gila.. sej ...

kesian nya dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 10:10 AM | Show all posts
Shad 38
"Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu."

Kisah jin  syaitan dibelenggu dizaman Nabi Sulaiman, menunjukkan bukan dibulan puasa saja jin syaitan dibelenggu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 10:15 AM | Show all posts
Mengikut kajian mistik, tentunya bukan kajian dalam agama lah ye, sebab tak berdalil: terbelenggunya syaitan jin itu tika bulan ramadhan, lebih menjurus kepada seperti perintah berkurung, iaitu jin jin masih boleh berbuat apa saja dikawasan yg telah dibenarkan iaitu dirumah atau pada perumah(tubuh manusia)


Ini menyebabkan orang yg berjin, tetap jin tu ada dan tetap sakit, rumah yg berhantu tetap berhantu.... tetapi hantu yg berkeliaran memang takkan dijumpa... memudahkan manusia keluar malan untuk kemesjid atau surau( tapi la ni banyak kekelab malam atau pusat hiburan).. so hantu hantu dipusat tersebut masih bebas menyesatkan manusia

Waulohua'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 01:52 PM | Show all posts
Dah berada dalam bulan ramadhan ni, sapa yg masih ada gangguan jin??? silalah cerita sikit kat sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 01:53 PM | Show all posts
Ok, apa kelebihan merawat gangguan jin dibulan ramadhan berbanding bulan bulan biasa? sapa berani jawab???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2014 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
hantukiller posted on 30-6-2014 01:52 PM
Dah berada dalam bulan ramadhan ni, sapa yg masih ada gangguan jin??? silalah cerita sikit kat sini: ...

Aku x tahu lah yg ganggu aku ni jin ke setan ke apa. Tapi even bulan puasa ni dia ada je. Boleh masuk dalam solat aku dan siap berdoa lagi. Macam mana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 04:58 PM | Show all posts
kenapa guna istilah belenggu/ikat dan bukan istilah dikurung? kalau belenggu ya masih ada kudrat utk mengganggu..cuba tgk orang kena gari ya boleh saja lolos dari jagaan polis..kalau dikurung dan tempatnya jauh dari manusia ya memang tak leh kacau le..hihi..sekadar pandangan...2 sen orang kata...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2014 09:20 AM | Show all posts
anne_boleyn posted on 30-6-2014 02:10 PM
Aku x tahu lah yg ganggu aku ni jin ke setan ke apa. Tapi even bulan puasa ni dia ada je. Boleh ma ...

Segala jin yg berada di alam manusia dipanggil setan, walaupun islam agamanya.

Katalah ada jin dibulan ramadhan ni, dan ianya berada didalam rumah kita atau ditubuh kita, katalah islam agamanya, tujuannya tidak lain selain untuk menyesatkan kita, walaupun nampaknya baik mendoakan kita, sebenarnya menyebabkan kita taksub pada mereka, dan lama kelamaan ibadah kita yg mulanya dilakukan hanya dan semata mata kerana Allah, akan bertukar kepada amalan semata mata kerana diri sendiri, seperti untuk pahala dsb. Iaitu mereka akan menjauhkan kita beribadah secara jujur dan ikhlas hanya semata mata kerana Allah.



Memandangkan dibulan ramadhan ini jin yg berumah(dirumah kita atau ditubuh kita etc), mereka masih bebas menyesatkan kita atau menyakitkan kita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2014 09:22 AM | Show all posts
abas8888 posted on 30-6-2014 04:58 PM
kenapa guna istilah belenggu/ikat dan bukan istilah dikurung? kalau belenggu ya masih ada kudrat utk ...

Entahlah, mungkin memang ada rantai dileher mereka sebab ada ayat Quran mengatakan sedemikian"Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu. "shad 38
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.049129 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list