View: 13513|Reply: 107
|
[Tempatan]
Nasihat kepada Nurul Izzah dari Zul Kulim
[Copy link]
|
|
Ni pasal Izzah lagi. Saja je nak share. Kalau mod nak katup, katup je lah. Huhu
cc: @NIXAR
Nasihat kepada Nurul Izzah
MEMANG mengikut peraturan penjara Anwar tidak boleh keluar untuk menikahkan anaknya sendiri.
Maka saya diberi arahan untuk mendapatkan pelepasan Anwar daripada Penjara Sg. Buloh dan mengendalikan urusan-urusan berkaitan upacara pernikahan.
Masih ingat lagi masa itu saya membawa seorang bernama Ustaz Shamsul, masa itu Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara masuk ke Penjara Sg. Buloh.
Tujuannya untuk mendapatkan perwakilan wali daripada Anwar, dan diwaktu yang sama membuat latihan upacara akad nikah.
Masih saya ingat masa itu saya berlakon jadi pengantin, dan Ustaz Shamsul konon Tok Kadi yang mempersaksikan Anwar menikahkan Izzah.
Gelak besar masa itu bila Ustaz Shamsul kata "ini macam mau orang lain jadi menantu ni kang!"
Pada masa itu Tun Mahathir masih lagi menjadi perdana menteri.
Dan Tun Abdullah Ahmad Badawi @ Pak Lah adalah menteri dalam negeri.
Saya ingat lagi diarah berjumpa dengan Pak Lah untuk memohon kebenaran untuk Anwar dibenarkan keluar penjara untuk majlis akad nikah Syahrir-Izzah.
Memang tension masa tu. Turun naik tangga KDN, berulang-alik Penjara Sg. Buloh, panjat tangga Jabatan Agama Islam Wilayah untuk mengurus pernikahan mereka.
Alhamdulillah akhirnya Pak Lah memberi kebenaran untuk Anwar dibenarkan keluar untuk menghadiri upacara akad nikah Syahrir-Izzah.
Masih saya ingat lagi suasana masa itu.
Sesampai sahaja Anwar dirumah, suasana sedih dan hiba diiringi tangisan sedih bercampur gembira dengan kehadiran Anwar, bapa pengantin.
Hasil perkahwinan Syahrir-Izzah, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Raja Nur Safiyah (7) dan Raja Jarith (4).
Saya mendengar pelbagai cerita mengenai sebab permohonan perceraian itu difailkan oleh Izzah.
Saya percaya tentu ada sebab yang serius untuk menyebabkan perkara ini berlaku.
Namun saya berdoa dan berharap Syahrir dan Izzah akan berusaha keras untuk menyelamatkan perkahwinan mereka yang sudah berusia 10 tahun itu.
Kalau boleh, kenangkan betapa susah payahnya kami semua masa itu untuk mengurus perkahwinan kamu berdua.
Pernikahan kamu disempurnakan di atas airmata ramai orang.
Memang saya sekarang menentang ayah Izzah, tapi itu atas soal prinsip mempertahankan aqidah dan agama saya.
Saya juga menentang pendirian Izzah dalam soal memberi kebebasan untuk umat Melayu-Islam memilih agama termasuk boleh murtad, sebagaimana yang disebut oleh Izzah dalam Forum 'Islamic State: Which Version: Who's Responsibility' di Gereja Tabernacle USJ pada 03.11.2012 lepas.
Tetapi dalam hal perkahwinan Izzah-Syahrir, saya mengambil pendirian bahawa ini soal peribadi mereka yang tidak sepatutnya digembar-gemburkan, apatah lagi dipolitikkan.
Berilah mereka ruang dan peluang untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik demi menyelamatkan perkahwinan mereka, juga demi anak-anak mereka yang masih kecil.
Nasihat saya kepada Izzah dan Syahrir, berusahalah mencari jalan perdamaian.
Carilah kesepakatan. Ingatlah perceraian adalah suatu keharusan yang paling dibenci ALLAH.
Semoga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah kepada kamu berdua.
Wallahua'lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.
Last edited by tapibukanaku on 27-1-2014 10:19 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
penulis sendiri ...cebuk tak sempurna ....mau nasihat oreng ....
|
|
|
|
|
|
|
|
well...choose family Nurul. better that way. sebab politik yg saudari juangkan di sebelah sana saya tak rasa ia betul adil beza dengan kesamarataan. may be ini turning point for you. reflect. |
|
|
|
|
|
|
|
nak asingkan politik dan peribadi susah
selepas penamaan calon PRU13, Nurul dan Raja Nong Chik
sama2 buat perjanjian agar dalam ceramah kempen Lembah Pantai
masing2 jangan buka cerita peribadi.
Raja Nong Chik seronok la sebab dia muka yang ada setiap
minggu di at least satu pasar malam di Lembah Pantai sejak
dia Pemuda UMNO lagi. Dia rajin tinjau setiap longkang kat PPR
sampaikan digelar Menteri Longkang.
Nurul tak sampai 24jam terus langgar perjanjian, buka cerita
buruk peribadi ayah dan keluarga Raja Nong Chik.
Nong Chik kalah sampai menangis,puak PR sebarkan gambar
Nong Chik menangis tapi dia hanya cakap kesal aje Nurul masuk
hal peribadi dalam kempen setelah perjanjian.
(anyway Nong Chik pecah trend, apabila menang majoriti undi pengundi
muda melayu bandar)
sekarang Nurul kena terimalah aib peribadi dibuka dijaja seluruh negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak aci laa kj amik kesempatan nak umumkan jasa dia dulu dlm isu spt ini. Buruk siku betul.... |
|
|
|
|
|
|
|
baru ni aku berborak dgn sorang cina mca, dia ni seorang kontraktor buat decoration jalan..dia ckp ada 2 org yg dia letih berkerja utk dptkan projek, satu shafie afdhol..satu lagi raja nong chik...aku diam aje la, sbb dia nak ngadukan, takkan aku nak halang plak..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Sominya eh ke ex somi patutnya....tak hemsem...opps.. |
|
|
|
|
|
|
|
nurul izzah ni copycat apaknya.... |
|
|
|
|
|
|
|
sapa penulis surat ni..
dok ungkit pula kerjabuat dia...
|
|
|
|
|
|
|
|
mak_wa95 posted on 26-1-2014 08:40 AM
sapa penulis surat ni..
dok ungkit pula kerjabuat dia...
Mat sabu kot |
|
|
|
|
|
|
|
zorrro_03 posted on 26-1-2014 08:26 AM
Tak aci laa kj amik kesempatan nak umumkan jasa dia dulu dlm isu spt ini. Buruk siku betul....
Blogger ni bukan kj lah.huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
mak_wa95 posted on 26-1-2014 08:40 AM
sapa penulis surat ni..
dok ungkit pula kerjabuat dia...
Tak tau lah. Iols suka baca kolum blogger dlm sinar harian. Balance semua ada hak bersuara
|
|
|
|
|
|
|
|
ringcat posted on 26-1-2014 07:48 AM
nak asingkan politik dan peribadi susah
selepas penamaan calon PRU13, Nurul dan Raja Nong Chik
Gitu lah membuka dan dibuka
|
|
|
|
|
|
|
|
zorrro_03 posted on 26-1-2014 08:26 AM
Tak aci laa kj amik kesempatan nak umumkan jasa dia dulu dlm isu spt ini. Buruk siku betul....
zul kulim ni...kj takkan citer pasai akidah |
|
|
|
|
|
|
|
machai_umno posted on 26-1-2014 08:35 AM
baru ni aku berborak dgn sorang cina mca, dia ni seorang kontraktor buat decoration jalan..dia ckp a ...
setau aku, dgn shafie plng senang dpt
|
|
|
|
|
|
|
|
Hasil perkahwinan Syahrir-Izzah, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Raja Nur Safiyah (7) dan Raja Jarith (4). sblm nak nasihat org lenkali double check statement yg nak dikuarkan.byk la ko punya raja jarith
|
|
|
|
|
|
|
|
agk2 kalo kat marina mahathir ade berani nasihat tak?itu dah brepe kali kawen cerai,dgn SIS dia lagi |
|
|
|
|
|
|
|
suka sangat jaga tepi kain org... |
|
|
|
|
|
|
|
cheh...semua diungkit
betul kah ni zul kulim?
siap dgn adios amigos gracias bagai |
|
|
|
|
|
|
|
xAthenax posted on 26-1-2014 11:48 AM
cheh...semua diungkit
betul kah ni zul kulim?
haha lawak kan.mcm budak hingusan jah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|