CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36519|Reply: 135

Pengalaman Misteri Seorang Sulur Bidar - Kisah ke-6

[Copy link]
Post time 26-7-2013 05:35 AM | Show all posts |Read mode
Salam....

Aku ingin menceritakan suatu kisah benar yg terjadi ketika aku melanjutkan pelajaran ke salah sebuah IPT di pantai timur....
Kisah ini sekitar 1999 ke 2000.. (aku ingat ingat lupa).

Ketika itu aku aktif dalam sukan hoki dan ragbi..
Maklumlah.. Masa tu stress dgn memacam assignment..
So sukan adalah cara terbaik utk melepaskan stress..

Aku mempunyai seorang room-mate.
Dia budak Perak.. Namanya Mat (bukan nama sebenar..)
Pada masa yg sama, aku jugak ada rakan baik yg juga memba kamceng kepada Mat..
Namanya Epol.. (bukan nama sebenar). Budak Pahang..

Pada hari Khamis.. aku ada friendly match dgn skuad negeri bawah-18 tahun selama 2 hari..
Maka, selepas Asar aku pun bertolak... Dan aku tidur di sekolah tersebut memandangkan ia disediakan oleh pihak sekolah berkenaan...

Jumaat...(keesokan harinya)
Aku tiba di hostel pada waktu Maghrib dgn peralatan hoki.. Ketika semua student dah pegi ke masjid utk solat, aku balik ke dorm aku..
Dorm aku agak ceruk dan berdekatan dgn padang.. Ketika itu lampu corridor tidak dipasang.. suasana agak gelap dan samar-samar..
Bila aku sampai bilik aku, hanya lampu meja study yg terpasang.. Baru aku sedar bahawa room-mate aku, Mat sedang berdiri di cermin menyikat rambutnya..
Mat berbaju Melayu hitam dan berseluar hitam.. Ini yg mmg aku ingat sampai hari ni...
Kemudian, terjadilah dialog antara aku dgn Mat.. (lebih kurang sebab dah terlalu lama..)

Sambil menyikat rambut, Mat menyapa aku
"Zat! ko baru sampai?"

aku jawab:
"Yup! Dua-dua game team kita seri.."

Mat: "Zat! Ko tau tak malam semalam, Ada dua Epol kat dalam bilik nie.."

Aku: "Aku tak faham Mat. Maksud ko?"

Mat, sambil menyikat, tanpa memandang aku, menyambung cerita dia:
"Semalam Epol datang ke bilik kita tgh-tgh malam... Dia baring sebelah aku.. Cam biasa.. Tetiba Epol diam.. mukanya pucat.. Terus blah.. Lepas tu aku pegi cari Epol takde.. Sampai kat Ko-op, aku nampak Epol macam biasa.. Jalankan tugas dia kat ko-op. Baju dia plak berbeza dgn baju masa dia baring kat sebelah aku."


Memandangkan aku nak cepat, dgn badan yg berpeluh, belum solat, maka aku pun cakap..
"Mat.. nanti kita sambung.. Aku nak mandi n then kita cerita panjang.."

Aku pun mandi dan bila aku dah selesai, aku balik bilik, aku lihat, Mat dah takde... Pelik gak aku.. Dan sepanjang dia cerita, asyik bersikat jee.. Pandang muka aku pun tidak..
Ke mana dia pegi.?
Aku pun cam biasa.. Solat Maghrib sorang kat dlm bilik tue..

To be continued............ Last edited by SulurBidar on 10-8-2013 06:51 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2013 05:46 AM | Show all posts
lorr sambung2... mesti mat tu sesuatu kan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Best2. Sila sambung cepat TT.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 06:20 AM | Show all posts
sila sambung sulur....mat ke epol yg misteri ni gamaknye
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru syok dok layan,sambung pulak dah..adakah mat nie sesuatu??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2013 07:54 AM | Show all posts
PART 2
----------
Lepas aku solat Maghrib, aku pegi melepak kat bilik-bilik memba aku... Agak lama.. Start dari lepas Isyak, sampai dekat-dekat tgh malam...

So, aku pn balik ke bilik aku...

Sampai je aku kat bilik, aku nampak Mat dn Epol tgh lepak dan duduk bersembang...
Aku pun bagi salam dan rilekslah dgn diorang..
Cuma, aku terperasan bhawa Mat dah tukar pakaian.. Itu anggapan aku...
Maka keluarlah cerita segalanya...

Mat: "Zat! Baru sampai? Ape cerita? Menang ke kalah? "

Aku: (Pelik) "Eh! Kan aku bgtau tadi.. Seri da.."

Mat: "Ko nak dengar cerita seram tak? Ko dah tahu cerita pasal Epol?"

Aku: "Aku dah tau dah. Ada dua Epol kan?. Ko ni berapa kali ko nak ulang.."

Masa ni, aku nampak muka Mat dgn Epol berubah mendadak dgn seribu pertanyaan dan kehairanan.. Mmg berubah bebenar muka depa..

Epol: "Siapa cerita kat ko Zat?"

Aku: "Laa.. Tadi kan Mat yg cerita kat aku... Masa aku baru sampai tadi waktu Maghrib..  Mat asyik dok sikat jek.. Sombong gila dgn aku beb!"

Mat: "Waktu Maghrib? Aku tak balik bilik laa Zat! "

Aku: "Ko biar betul Mat!"

Mat: "Betul! Aku ke masjid dgn Epol dan Shah.. Lepas Maghrib, aku makan kat warung depan tue bertiga.. Aku nampak bas IPT kita lalu depan warung tadi.. "

Aku: (dah cuak.. Gementar pun ada..) "Errr.. cuba cerita sebenarnya apa yg berlaku..."

Mat: "Semalam, aku tgh melepak kat bilik.. Aku rasa sekitar dekat-dekat jam 1 pagi.. Tetiba Epol datang.. Diam jek.. Aku pun tak kisah laa.. Tapi muka monyok.. Dah dia nak baring sebelah aku, maka aku tak kisah lah.. Selang dlm 10 minit lepas tu, aku tengok muka Epol pucat semacam.. Aku tanya kenapa, Epol diam... "
"Lepas tu dia bangun... Dan terus keluar.. Aku nampak dia menuju ke arah padang.. Aku kejar... Tapi cepat plak dia jalan.. Lepas tu dia hilang... Aku dah tak nampak.. Aku ingat dia nak bergayut dgn awek dia..  Aku pun lapar pegilah ke ko-op.. "
"Yg buat aku terperanjat, aku nampak dia sibuk melayan bebduak dan student dgn seluar Cheetahnya dan baju pagodanya.. Sedangkan tadi dok baring dgn aku, baju hitam, seluar hitam.. Apa lagi, aku panggil dia dan ceritalah segalanya..."
"Dan yg buat aku lagi terkejut adalah, aku tak tau camana ko boleh tau sedangkan aku baru jumpa ko sekarang nie.. sejak lepas kelas semalam aku tak jumpa ko, sampailah skarang nie.. Demi Allah aku takde kat bilik waktu Maghrib...
Kalau ko tak caya, ko tanya Epol dgn Shah.. Boleh jugak ko tanya Nina n the geng sebab diorang makan depan meja kitorang..."

Aku: (Speechless.....) Dan aku ceritakan kembali camana aku jumpa 'Mat' . sebagaimana kawan aku Mat, bersama 'Epol' ..

Mat: "Ko kan tau Zat, aku mana ada baju dgn seluar hitam..."

Aku: "Betul....."

Epol: "Samalah apa yg aku tanya pada MAt semalam.. Aku mana ada baju hitam... "

Persoalannya siapakah yg bersama kawan aku si Mat tu dan siapa plak yg menegur aku masa aku baru pulang dari main hoki di dalam bilik?
Malam tu, hujan lebat turun dgn angin yg kencang.. Aku ingat sebab pokok dekat dgn bilik aku tu dahannya patah kena tingkap bilik sebelah.. aku, Epol, Shah, Mat bentang tilam atas lantai dan tidur sekali... Last edited by SulurBidar on 26-7-2013 07:59 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2013 08:38 AM | Show all posts
lagi...tu jek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2013 08:49 AM | Show all posts
puankhairil posted on 26-7-2013 08:38 AM
lagi...tu jek?

Kejap.. Tgh nak refresh balik...
Banyak kejadian berlaku sewaktu aku masih belajar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2013 09:00 AM | Show all posts
definitely bukan your frens.. main sakat2...epol sakat mat..mat sakat zat...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 09:19 AM | Show all posts
sesuatu la tu...
dia sibuk citer epol ada 2...si mat pon ada 2 gak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 09:32 AM | Show all posts
tak kan kat sane takde dengar cerita dari student lain...

macam senior takde cerita ke pasal si baju hitam ni..memang suke menyamar bagai...

sereemmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2013 09:43 AM | Show all posts
Kisah 2

Sekitar 1993 -1996, aku sekolah berasrama penuh di utara tanahair..
Peristiwa ini terjadi ketika aku sedang berkhemah dek menyertai pasukan seragam sekolah.. Camping ini berlangsung selama 4 hari 3 malam... Seramai ... antara 40 - 50 orang (aku dah lupa) menghadiri perkhemahan ini..

Seperti mana-mana pasukan seragam sekolah mengadakan perkhemahan, waktu malam pasti akan ada giliran utk berjaga bagi memastikan perimeter kwasan khemah kami tidak dicerobohi oleh mana-mana haiwan liar...
Sewaktu melakukan rondaan malam di sekitar perimeter khemah, kami hanya bersenjatakan parang dan segenggam belerang yg disimpan di dalam bekas..
Waktu rondaan bermula daripada 11 malam hingga 6 pagi.. Terdapat dua kumpulan yg meronda..... Satu kumpulan mengandungi 3 orang..
Setiap satu kumpulan ini akan meronda ke arah bertentangan sehingga dua kumpulan ini akan berjumpa di suatu check point pertama dan akan terus meronda hingga berjumpa di check point kedua di mana kedua-dua check point ini telah ditandakan.

Malam pertama...
Aku dan dua org rakanku, Eddy (budak Pontian) dan Mat Yie (budak Machang) melakukan rondaan.. Malam pertama, giliran aku bertugas, antara jam 2 pagi - 3 pagi (iya.. Semua org tahu bahawa itu adalah waktu........................ Lu pikirlaa sendiri)

Setelah kira-kira setengah jam, berjalan, maka, kami bertiga berehat seketika.. Ntah camana, ingin aku cacakkan parang aku ke tanah, terkena kasut Eddy.. Nasib baik terkena pada bhgian jari kelingkingnya.. Aku mmg cuai.. Aku kesal masa tue..
Maka bila dibuka kasutnya, jelas darah keluar dgn banyaknya... Mat Yie pun cuba mencari dlm porch bagnya kalau-kalau ada kain yg boleh dibuat utk membalut luka Eddie..
Namun, tiba-tiba, aku terdengar bunyi seperti burung mengibaskan sayapnya tidak jauh dari belakang kami bertiga...............

To be continued........... (aku sakit perut... kejap..)


Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 10:23 AM | Show all posts
sambung tt
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 10:57 AM | Show all posts
erm lamanya memerut.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 11:14 AM | Show all posts
cepat sambung tt... bln pose ni berani le bace.. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt belum habis memerut lagi ke? Lamanye. Cepat lah smbg tt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2013 03:30 PM | Show all posts
huwaaa mende tu bau darah kah
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 03:31 PM | Show all posts
btw..sulur bidar tu sendiri makhluk yang misteri kan? suka baca psl sulur bidar ni..thrilling
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 03:39 PM | Show all posts
Da ptg da ni...x abes memerut lg ke TT oit??
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
erk....blum smbung lg, sabo jer lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.567714 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list