|
Aku tak tahulah keluarga orang lain ada mengalami masalah seperti yang aku nak ceritakan ni.
Ni bukan masalah aku sebenarnya, tapi sebab dah melibatkan salah seorang kaum keluarga sendiri yang rapat dan terdekat, so kira jadik masalah kita jugak lah kan?
Abang ngah aku, masuk tahun ni dah 11 tahun dia berkahwin. Anak pun dah 4 orang. Sounds like a happy family je kan. Tapi hakikatnya...
Aku tak tahulah apa punca masalah dorang laki bini sebenarnya. Tapi just imagine, dalam 4 orang anak buah tu, hanya yang sulung dan no dua jerk yang aku kenal dan pernah jumpa. Eh bukan aku sorang, mak ayah aku pun sama. Hanya cucu pertama dan cucu kedua saja yang pernah mereka tatap!Yang lain-lain, nan hado. Kalau dah datuk dan nenek pun tak pernah jumpa cucu sendiri, agak-agak happy family gak kah gitu gaya?
Perkahwinan abang ngah aku atas dasar suka sama suka. In fact, mak ayah aku tak pernah melarang mereka bernikah even masa tu dorang masih tengah buat master. Dah anak suka, seru pun dah sampai, dari dok berlaku bende-bende tak senonoh, baiklah dihalalkan mana yang haram. So takde isu tak dapat restu or redho orang tua. Kami adik beradik pun amatlah suka time tu bila tahu abang nak kawin. Maklum sajalah, bakal terima kakak ipar pertama dalam keluarga. Lepas ni dapat anak buah pertama pulak. Maunya tak gayat sorang-sorang.
Tahun pertama seems ok semuanya. Time raya, balik sama-sama. Tapi bila lahir saja anak buah ku yang pertama, segalanya seakan berubah. Kami pun tak tahu apa punca. Dalam sedar tak sedar, abang ngah yang dulunya seorang abang yang baik dan selalu ambil berat pada adik-adik seakan kian menjauh. Well, kami pun faham. Dia sudah ada tanggungjawab baru yang lebih besar. Pastinya tumpuan utama jatuh pada anak dan isterinya. Kami terima keadaan itu seadanya. Biarlah kan..masing-masing sudah ada kehidupan sendiri.
Mula-mula tu tak perasan sangat pun, tapi bila berlaku satu peristiwa yang aku kira mula membuka mata kami sekeluarga akan keadaan sebenar, barulah kami mula merasai ada sesuatu yang tak kena pada abang ngah dan isteri dia.
Bila dapat tahu anak buah sulung selamat dilahirkan, kami ni anak beranak kemainlaaa teruja nak pegi tengok. Makanya rombongan cik kiah pun bergeraklah dari kelantan menuju ke penang dengan penuh semangat. Mak ayah akulah yang paling seronok. Yelah baru bertukar title dapat 'datuk' dan 'nenek' mestilah berbunga-bunga jerk hati. Perjalanan 5-6 jam tu tak terasa jauh lantaran kemain tak sabar nak tengok orang baru.
Kami sampai petang penang dalam pukul 5 lebih gitu. Sampai jerk, nampak si kak ngah ni sedang angkat kain di jemuran. Kami pun terkejut jugaklah sebab eh dalam pantang pun boleh keluar angkat kain bagai. Dalam terkejut-kejut tu sempatlah juga memuji kemain rajinnya menantu sulung mak ni. Sakit-sakit pun masih berkudrat buat keja rumah. Kami gelak-gelak.
Dah sampai, mak dan aku keluar dulu dari kereta. Yelah dah nampak menantu ada depan rumah kan. Yang buat kami terpinga-pinga, yang si kak ngah ni nampak saja kami bukak pintu dan keluar, terus dia menyusup masuk dalam rumah tak keluar-keluar dah! Padahal abah park kereta sebelah jer jemuran tempat dia angkat kain tu. Takkan tak perasan koootttt mak ayah mertua sampai. Jauh pulak ni datangnya.
Aku pandang jerk mak aku. Aku nampak airmuka dia berubah. Takpelah, maybe dia segan. Bersangka baiklah kami ni.
So lepas dijemput masuk oleh besan, mak, ayah, aku dan adik bongsu aku pun masuk. Tak sabar ni nak tengok anak buah baru. Dan masa kami masuk tu, si kecik tu memang sedang lena beradu pun tengah-tengah alam rumah tu. Tapi sebab baru sampai dari jauh, takdelah kami terus terjah baby tu meskipun hati kemain membuak-buak nak cuit pipi baby.
Duduklah dulu kami kat satu sudut. Rumah besan mak aku ni kuarters tnb kat seberang perai. Maybe sebab ruang yang limited,makanya mereka tak letak sebarang sofa atau kerusi. So tetamu yang datang hanya duduk bersila atas karpet. Bersila lah kami anak beranak kat situ. No hal.
Lepas borak lebih kurang 20 minit, si kakak ipar ni tak jugak muncul-muncul. Ehh apa kene dia ni? Takkan mak ayah mertua datang pun buat tak reti jerk. Kot ye pun nak berehat, takkan tak boleh nak keluar tunjuk muka, salam dulu lebih kurang lepas tu nak rehat tak nak bangun-bangun pun gasak lah. Ini tidak..sampai kene mak dia jerit panggil keluar, baru lah nampak muka. Tu pun kemain ler kelatnya muka. Senyum sikit pun tidak. Lepas salam-salam, terus masuk bilik semula. Sepatah pun tak tegur mak ayah aku. Aku dah kentap gigi dah time tu. Nasib ingat duk umah orang. Sabaaa jelah.
Itu kes pertamalah yang buat kami terasa ada something wrong dengan bini bang ngah aku tu. Lepas dari tu satu demi satu perangai dia buat. Abang ngah aku ni spesis senyap mulut sikit. Tak banyak cakap macam orang lain. Apa-apa hal dia suka diamkan saja. Jarang sangat nak dengar dia bercerita apa-apa, especially lepas dia kawin. Dulu masa zaman bujang-bujang, galak jugak dia bersembang dan berlawak dengan adik beradik. Selalu jadik problem solver kami adik beradik. Ada apa-apa masalah, rujuklah kat abang ngah ni, insya'Allah settle masalah kitorang. Berbanding abang long aku, abang ngah aku ni lebih concern hal kebajikan adik-adik. Dialah yang selalu ajarkan adik-adik dia yang bengap math (macam haku..kehhehe), ajarkan adik aku yang amek mechanical engineering subjek-subjek mekanikal, ajar adik-adik laki skill baiki motor dan macam-macam lagilah. Pendek kata, dia ni kira pakar rujuk kami lah. Apa-apa hal, carik dia dulu.
Tu yang kami sedih bila dia dah kawin, dia seakan tak boleh nak settlekan masalah sendiri. Kami lagilah, nak tolong pun tak tahu macam mana. Tolong nasihat bolehlah. Dengan tolong doa.
Dari apa yang mak aku cerita (tu pun puas jugakla mak aku mengusha dia suruh bukak mulut cerita masalah keluarga), bini dia tu dari awal kawin dah mula cakap dia tak selesa dengan family kami ni. Yelah, dia dua beradik saja. Kami ni 7 beradik. Sesekali berkumpul mestilah hiruk pikuk jugak rumahtangga. So dia tak selesa. Sebab tu bila kami mai ramai-ramai datang melawat dia dalam pantang itu hari dia duduk dalam bilik tak keluar-keluar sampai sudah. Alasannya, tak selesa! Aku dengar gitu..rasa macam..tak selesa???????? What the hell? Orang melawat kau bukan hari-hari pun. Dan bukan berjam-jam pun. Dan bukan tidur rumah dia pun. Kami ni siap pi sewa hotel lagi masa datang penang tu sebab taknak menyusahkan keluarga dia. Lagi kau kata tak selesa? Tak selesa ke..kau tak suka??
Lepas tu kalau abang ngah aku balik kelantan, mesti dia balik sorang saja. Just imagine, balik raya pun lone ranger. Balik raya nih..bukan balik saja-saja. Bila mak aku tanya kenapa tak bawak balik Z (nama bini abang ngah aku), senang jerk abang ngah aku jawab: "biarlah ma dia tak balik..dari dia balik lepas tu jadik modal kami bergaduh laki bini buat apa"
Balik rumah mertua boleh jadik modal bergaduh laki bini? Kau bergaduh pasal apa? Pasal kau tak selesa? Ke sebab kau tak suka laki kau tunjuk baik dan ambil berat pasal mak dan adik-adik dia..??
Masuk raya tahun ni, dah 8 tahun bini dia tak balik rumah kami. 8 tahun..bukan 8 hari...Orang dengar pun pelik.Tapi tulah kenyataannya...
Dulu kami tak berapa pasti apa sebab dia begitu. Tapi dah lama-lama, baru abang ngah aku ni buka cerita. Tu pun cerita sekerat-kerat. Dia malas nak panjangkan isu. Katanya laaaaa.
Bini dia ni ada sejenis penyakit. Tahu penyakit apa? Penyakit hati. Cemburu bila tengok laki dia buat baik dengan mak mertua dengan adik beradik ipar. Dia amat tak boleh kalau tahu abang aku nak balik kelantan jenguk mak ayah dan adik beradik. Dia cemburu, dia sakit hati. Penah dia kata kat abang aku (ni aku curik tengok dalam henpon abang ngah aku)" haaa tu balik kelantan tu tak gheti-gheti nak balik kedah smula lah tu. Lupa anak lah tuh. Leka sangat dengan mak ayah dia tuh."
Aku like..what the hell kau niiiii??? Dia balik tengok mak ayah dia..bukan dia pegi menjalang dengan betina siam! Yang kau nak sakit hati sangat tu dah kenapa??
Sampaikan sekarang ni abang ngah aku kalau balik kelantan, sampai tengahari petang kang dia dah lipat balik kedah semula. Just imagine, kedah-kelantan-kedah balik hari jerk? Sampai satu tahap mak aku dah malas nak tanya sebab apa. Sebabnya dah tahu sangat, bini dia akan meroyan kalau abang ngah aku stay sehari dua kat situ. Lepas tu mulalah mesej yang bukan-bukan, call cakap bende merepek-repek.
Penah satu kali, abang ngah aku dah on the way nak balik kedah semula, tiba kat Tanah Merah temperature kereta dia naik tinggi. So lepas reda temperature tu,dia decide nak patah balik semula ke Kota Bharu. Yelah takkan nak amek risiko balik kedah jugak. Kang jadi apa-apa tengah hutan banat tu, sapa mau tolong. Bini dia tahu membebel jerk.
So sebagai suami yang sayang bini (puiiiiiii lah) call lah bagitau yang dia tak jadi balik hari tu. Owhhh dan dan la minah ni meroyan. Mesej macam-macam kata abang ngah aku sengaja reka cerita semata sayang nak tinggalkan keluarga dia. Sanggup lupakan dia dan anak bila dah balik kelantan. Ni aku baca sendiri ni mesej ni masa abang ngah aku keluar tengok kereta dia. Aku apa lagi, terus aku mesej perempuan tu. "Kak ngah ni dah kenapa, ingat cik ngah saja-saja reka cerita kereta rosak?kereta dia rosak betul lah, kene kat tanah merah nun. Lagi nak suruh dia balik kedah jugak???Jadik apa-apa, menyesal tak sudah karang!!"
Serius aku bengang gila takde tahap time tu. Aku tahu aku tak sepatutnya campur hal depa laki bini tapi bila mak aku dah mula menangis-nangis merayu abang ngah aku jangan balik sebab dia berkeras jugak nak balik (maybe dia dah tak tahan dengar bini dia dok histeria), aku mula naik hantu. Ingat dia sorang ada hantu? Eh silap orang laaaa.
Time tu jugak aku sound abang ngah aku. Selama ni aku diam jerk. Kalau nak cakap pun, aku slow talk jer dengan dia. Tapi haritu aku memang hilang sabar. Aku cakap jerk "kau ni ngah..sayang bini pun kene ada tempat. Jangan sampai nyawa terancam pun masih lagi dok ingat bini. Takut sangat kat bini. Kau tu lelaki ngah..bini yang kene ikut cakap kau. Bukan kau yang ikut cakap bini. Orang pun sayang bini jugak, tapi agak-agaklah!"
Memang tegang suasana senja hari tu. Dahla nak maghrib. Setan pun banyak. Makin meloncat-loncatlah setan tu tengok manusia berantakan. Pedulik...janji aku dapat luah bende yang dok berbengkam dalam hati. Sakit betul hati aku dengan perangai kak ngah aku tu. Ntah hapa-hapa cemburu.
Abang ngah aku ni sampai nak hulur duit kat mak aku bulan-bulan pun sorok-sorok. Padahal tu tanggungjawab anak lelaki pada mak ayah dia. Eh tak boleh hoke..tahu ke bini dia, maunya meroyan tak sudah.
Penah satu kali mak aku cerita ( ni pun abang ngah aku sendiri yang terlepas cakap), bini dia dengan mak ayah dia serta adik dan adik ipar serta anak-anak buah nak pegi berjalan. Naik grandlivina. Bule dia pi cakap kat laki dia "hang kalau nak ikut, hang bawaklah waja hang tuh. Kami anak beranak naik satu keta ja.." Nak berjalan, tapi laki kene naik kereta asing. Kau anak beranak, naik satu kereta. Eh kot kita, kalau nak berjalan mana-mana, kompem suami, isteri dan anak-anak dulu prioriti dia. Korum kene cukup dulu. Mak ayah tu boleh masuk list, tapi yang adik dan adik ipar tu..? Bukan kau takde kereta sendiri pun. Nak ikut family orang, bawaklah kereta sendiri. Ni nak jugak menempel naik kereta orang lepas tu ketua family orang tu kau nak singkir. Cantek sungguhla perangai!
Cakap ngan laki pun 'hang-hang' saja? 'Hang' ni dalam bahasa bakunya sama seperti 'kau'. Cakap dengan laki 'kau'?.Korang nilailah sendiri.
Dan yang terkini, ni yang mak aku yang dengar sendiri. Kebetulan pulak masa mak aku call abang ngah aku tu si bini dia tengah merempan tak hengat donia. Puncanya apa tahu? Hanya dari sebotol kicap! Yaa....kicap! Tu pun boleh jadik modal bergaduh. Adolayai.
Abang ngah aku masak nasik goreng dan terlebih bubuh kicap. Makanya membebellah si bini ni kata macam-macam kat si laki. Yang abang aku ni plak maybe sebab dah tak tahan dia pi tengking la si bini dia ni. Yelah, dah over sangat marah laki. Padahal terlebih bubuh kicap jer pun. Laki tolong masak pun dah besar rahmat, lagikan kau nak mengeji hanya sebab tak tepati piawaian tekak kau. Sungguh kufur nikmat manusia ni.
Bila dah kene tengking tu, makin naiklah hantu raya hantu jembalang dalam diri dia. Tu yang terpekik terlolong. Kene pulak mak aku call time tu dan abang ngah aku pun angkat, maka kian terpancarlah kebenaran. Memang timing tepat sungguhlah.
Menangis mak aku dengar menantu dia dok maki hamun anak dia. Dah la bang ngah aku ni anak kesayangan mak aku. Bila orang buat camtu kat anak dia, lagilah dia sayu. Takde apa yang boleh mak aku kata, just sabarlah ngah..sabar. Sabar jelaa modal dia. Dapat kat aku, takde makna sabar sabar dah. Aku suruh dia nikah lain jerk! Hamek kau.
Bukan kami adik beradik tak nasihat abang ngah kami ni,macam-macam idea dah kami kasik. Sebab apa yang kami nampak, dia dah gagal sebagai ketua keluarga. Dia apa-apa hal memang balik kat kepala suami semula. Bini kurang hajar, salah suami sebab gagal bentuk dan tarbiah bini. Bini tak hormat mak ayah mertua, pun salah suami jugak sebab tak boleh nak tegur bini. Tegur, bukan tak tegur,tapi dah bini bangsa ego tinggi jenis tak sedar dek untung, pun salah suami jugak. Even to some extent, memang isteri jugak ada silap; ego, degil, keras kepala, tak dengar nasihat, tapi hujung cerita memang akan berbalik pada bahu suami jugak.
Bila isteri sendiri tak reti nak respect suami, apa lagi yang tinggal?
Bukan abang ngah aku tak terfikir nak lepaskan bini dia or cari bini lain, memang ada tapi bila dia fikir balik pasal anak-anak, terus tak jadi. Dia sayang anak-anak dia. Dia tak nak anak-anak jadik mangsa kalau mak ayah bercerai. Sampai dia kata dia sanggup telan apa saja dugaan ni sebab anak-anak. Aku naik muak dengar ayat dia yang tu. Penah aku cakap "ngah jerk pikir anak-anak..bini ngah tu ada pikir anak-anak? kalau dia reti berfikir, dia tak buat perangai macam tu.."
Nama kata nak berbincang heart to heart, tak nampak jalanlah. Bukan abang ngah aku tak pernah buat sesi luangkan masa, luahkan rasa kat bini dia. Tapi tak dan kawan ni nak bukak mulut, dia dulu dah cantas macam-macam. Sudahnya bukan nak berbincang, tapi lebih kepada nak bergaduh. Blame sana, blame sini. Laki jela yang salah. Bini semuanya betul.
So apa lagi yang boleh dibuat? Nak buat macam yang Allah suruh "bila ada persengketaan antara kedua kamu, bawalah hakaman min ahlihi wa hakaman min ahliha"- dah cuba buat, tapi tiba masa nak berkumpul dan berbincang, ada jela alasan si bini tu kasi. Last-last kensel segala. Sebab pada dia, dia tak rasa dia yang bermasalah. Dia dok kata abang aku yang bermasalah. Tak layak jadi suami bla bla bla. Siap cabar lagi suruh ceraikan dia kalau berani. Tapi rumah, kereta dia nak lah. Dah siap bubuh nama dia siang-siang segala harta yang ada. Materialistik sungguh.
Ni tak tahulah sampai bila nak bertahan. Aku pun dah mati kutu nak nasihat macam mana.Abeh akal dah nak kata apa.
Kot ada sapa-sapa di kalangan readers yang boleh share ideas, sangat-sangatlah dialu-alukan. Gracias! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
abang ko salah dari awal...
dah 4..terlambat sudahhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
abg ko patut lebih tegas... lom telambat lagi utk abg ko mengecapi kebahagiaan. klupun bkn bersama bini dia skrg maybe dgn org lain yg lebih syg n hormat dia as ketua keluarga. xnak becerai sbb ank2.. pikirkanlah keadaan ank tuh yg membesar dgn famili yg asik bergaduh. x elok utk pembesaran ank tu. tq for the story. mga menjadi iktibar kepada yg lain. |
|
|
|
|
|
|
|
ahli keluarga sendiri dah nasehattt tp x makan saman abg ngah tu..hurm...kami numpang baca je lah. Sangat2 kesian.
Tuan puteri Gubung Jerai manelah bini dia tuh.... pangai ntah pape.
Elok2 cerai je kot... |
|
|
|
|
|
|
|
pandangan carly... abang yu seorang anak dan suami yang baik dan bapa yang bertanggungjawab.. dia sanggup telan semuanya sorang2... walaupun dia tahu kalu perkara sebenar terbongkar... org akan blame dia diatas apa yg berlaku.. tp dia sebenarnya serba salah... dia terpaksa mengorbankan perasaan seseorang... apa yg berlaku dkt yu... berlaku dkt family hubby carly.... tp lama2... mak mentua kata.. bukan sorang je menantu yg dia ada... dia ada menantu lain.. so dr dia terpaksa jaga hati menantu tue... baik dia jaga menantu yg tahu jaga hati dia.. so sebgai anak.. elok yu nasihatkan mak yu untuk redha dgn keadaan tue... kalu yu api2kan.. lg sakit hati mak yu dgn keadaan abg yu... lebih baik yu minta mak yu doakan kebahagiaan abg yu... mungkin satu hari nanti.. wife dia akan tersedar sendiri.... mmg kita yg dengar sakit hati.. yu bayangkan keadaan abg yu tu sendiri... mungkin hati dia dh x de kat bini... cuma anak2 tu saja penyeri hidup dia.. sbb tu dia bertahan... lgpun dia dh masak dgn pangai wife dia.... dan dia boleh baca apa tindakan wife dia jika derang bercerai.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tuah_r posted on 20-5-2013 11:06 AM
abang ko salah dari awal...
dah 4..terlambat sudahhh....
wakakakakakaka..gelihati aku bila baca komen ko nie.
yelah. kalau takat 1 org anak, aku rasa, abang ko bleh blah ajek. kawen lain ke hapa.bawak sorang anak tu dibawak lari.
ini 4 orang anak wey... dgn bini hazabedahblahetcabacdecfghigklmnopqrsptxxxx..
|
|
|
|
|
|
|
|
adakah bini abang ko tu sebenarnya sakit meroyan? |
|
|
|
|
|
|
|
Hana posted on 20-5-2013 05:20 AM
wakakakakakaka..gelihati aku bila baca komen ko nie.
yelah. kalau takat 1 org anak, aku rasa, a ...
Well..tu kata..gadoh2 jugak..tapi beranak2 jugak..ermm
|
|
|
|
|
|
|
|
Hana posted on 20-5-2013 05:21 AM
adakah bini abang ko tu sebenarnya sakit meroyan?
Time lepas beranak takde plak dia meroyan.means, normal.tpi waktu normal dia tak normal.so....mmg tak normal!haha
|
|
|
|
|
|
|
|
carly_lah posted on 20-5-2013 03:39 AM
pandangan carly... abang yu seorang anak dan suami yang baik dan bapa yang bertanggungjawab.. dia sa ...
Thanks carly,
Yup dia mmg anak yg baik.sbb tu dia jadik anak kesayangan mak. sayangnya dia tersalah pilih pasangan, barangkali.dan mungkin juga nasib dia.dugaan pun ya. tuhan ni hadirkan ujian dgn bentuk yg pelbagai.
|
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 posted on 20-5-2013 03:39 AM
ahli keluarga sendiri dah nasehattt tp x makan saman abg ngah tu..hurm...kami numpang baca je lah. S ...
Dia tersekat sebab anak. kalau takde anak, lama sudah dia lepaskan. Anak sulung dia pernah merayu2 di kaki.."ayah..jangan tinggalkan kami..jangan ceraikan ibu.." Tergamak kah kau nak buat jugak bila anak dah merintih merayu di kaki sendiri?
but the thing is, si bini tu yg tak sedar diri. dapat laki baik pun tak reti hargai.entah, dah hilang esok baru mengerti, kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
nuzulai posted on 20-5-2013 03:23 AM
abg ko patut lebih tegas... lom telambat lagi utk abg ko mengecapi kebahagiaan. klupun bkn bersama b ...
Ni lah yang payah kalau dari awal2 lagi bini dah tunjuk taring. awal2 nikah lagi dah amek alih tugas ketua keluarga. yang abang aku ni plak jenis memendam rasa. aku pun hangin kat dia.cubalah berkeras sikit..yg salah, kene kata salah.bagi sekali sedas dua atas muka kalau nampak tak reti sangat bini tu.tapi dia macam tu la jugak. bila dia marah volume 2, bini dia up lagi sampai volume 5. dah tu macam mana..bini lagi handal dr somi..malapetaka sungguh laaa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hana posted on 20-5-2013 01:21 PM
adakah bini abang ko tu sebenarnya sakit meroyan?
tak la...masalahnya bini abang dia tak suka budu..
tu aje... |
|
|
|
|
|
|
|
Sufeenan posted on 20-5-2013 01:42 PM
Well..tu kata..gadoh2 jugak..tapi beranak2 jugak..ermm
tu le pasal. 4 orang tau.
kalau 2 orang tu, boleh la kata, anak sulung, sebab bunting pelamin.
anak no.2 tu termengandung terlupa nak ambik family planning sebaik sahaja abis darah nifas.
tapi, ini 4 orang anak tau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sufeenan posted on 20-5-2013 01:43 PM
Time lepas beranak takde plak dia meroyan.means, normal.tpi waktu normal dia tak normal.so....mmg ...
ko tak tahu kan sebab ko tak duduk sekali dgn kakak ipar ko.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sufeenan posted on 20-5-2013 01:45 PM
Thanks carly,
Yup dia mmg anak yg baik.sbb tu dia jadik anak kesayangan mak. sayangnya dia ters ...
ye..cinta itu sungguh buta. dah ada 4 orang anak, tersekat le.sorang anak, boleh blah lagi.
ko lum kawen ke dah?
kalau lum, masa pilih tu, kena betul2 pilih. jgn tersalah pilih mcm kes abang ko sudah le. kang 2 org anak pulak tak balik2 kampung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hana posted on 20-5-2013 02:07 PM
ye..cinta itu sungguh buta. dah ada 4 orang anak, tersekat le.sorang anak, boleh blah lagi.
ko l ...
ko je bila bercinta jadi buta...
aku bercinta kalu nampak semakin jelas indahnya dunia ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo aku... takdenya aku nak salahkan kakak ipar tu 100%
perangai hazabedah pong abg ko ngadap sampai anak 4
maksudnya kakak ipar ko ada kelebihan yang sgt spesel mengatasi perangai hazabedah beliyau mahupun kepentingan mak ayah adik beradik
bertabahlah korang anak beranak.... sbb abg ko mmg sayang sangat kat isterinya |
|
|
|
|
|
|
|
penmerah posted on 20-5-2013 02:25 PM
kalo aku... takdenya aku nak salahkan kakak ipar tu 100%
perangai hazabedah pong abg ko ngadap samp ...
jate kelate meme takut tino....
gedebe je lebih...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lavawoi posted on 20-5-2013 02:45 PM
jate kelate meme takut tino....
gedebe je lebih...
sbb?
1. bini breadwinner family
2. bini lawa cam rozita che wan
3. bini superwoman, masak mcm kt hotel, umah kemas mcm ada 10 bibik
4. serbis baik
andai itu adalah salah satu sebabnya.... maka tak heranlah laki sayanggggggggggg
|
|
|
|
|
|
|
| |
|