CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 81914|Reply: 127

PENGALAMAN MISTIK @ Istana Bandar & Masjid Sultan Aleadin Shah, Jugra

[Copy link]
Post time 3-3-2013 09:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by BabeYSHa at 10-12-2017 03:22 PM

SALAM TO ALL OF YOU.

Kali ni saya nak ceta my own personal experience semasa berkunjung ke Istana Bandar
& Masjid Sultan Aledin Shah, Jugra.

Berikut sessi warming up, saya post gambar koleksi peribadi saya yg dipotretkan pada bulan August 2012 yg lepas.
Kami bertolak pergi menziarah Makam Sultan Abdul Samad Jugra seawal 9pagi.

10pagi dah ke Istana Bandar.
Hari raya ke 7, just 3 of us.



Sudah menjadi routine saya saban mas aterluang berziarah ke Jugra. Selalunya hujung minggu.
Hari raya Aidulfitri ke 2 saya sudah berada di kompleks makam Sultan Abd Samad seawal jam 9pagi.

Selama saya pergi ke Jugra, 1st time saya tak nampak MAsjid Sultan Aledin & Istana Bandar walaupun saya lalu jalan tu betul2.

Kali kedua saya pergi, saya nampak masjid tapi tak nampak IStana Bandar.
Kali ketiga saya pergi saya nampak Istana Bandar, tapi pintu gate dia saya nampak berkunci.
Setelah saya chit-chat dgn sorang rakan, dia kata pintu tu memang tak pernah berkunci kalo nasib baik.
Silap2 haribulan pintu masuk iStana Bandar kat anjung dia pun terbuka.


So, pada hari raya ke7 August 2012 lepas, buat pertama kalinya saya nampak pintu gate tu terbuka seluas-luasnya.
Kedua-dua gate kiri kanan.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2013 09:36 PM | Show all posts
Sepanjang sessi ziarah tu banyak foto saya tangkap dalam 300 keping.
Foto dalaman Istana Bandar aja >200keping.

Demi melihat gate terbuka, saya apalagi drive keta saya parking kat batu tanda tu ...
Anak saya & saya turun.
Kami terus ke pintu kat beranda nak masuk hall.
Pintu berkunci.

Saya ke bahagian belakang istana. Tak ada sapa-sapa.
Sekali keluar 1 van Indon dari rumah kongsi kat belakang tu..
dia panggil perempuan (wife) dia pemegang /penjaga kunci Istana.

Ada seorag lelaki Indon & perempuan tu temankan saya buka pintu besar.
Perempuan tu tanya "Tak apakah kanak-kanak masuk?"
Saya kata: InshaAllah tak apa-apa.
Mamat Indon tu 4-5 kali mohon maaf kat saya "maaf ibuk, saya nga bisa temankan"

saya jawab: Tak apa, kami nak privasi bertiga sahaja.

Pompuan Indon tu pun berkali2 mohon maaf, tak dapat teman saya & risaukan anak2 saya yg saya nak bawak tour jap lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2013 09:44 PM | Show all posts
Perkara pertama kami 3 beranak buat ialah.
Bagi salam bila masuk lobby/foyer tu.

Pastu anak-anak saya & saya naik tingkat atas.
Tangga mak aiii skit punya curam...

kami naik tangga kayu... tercungap2 3 beranak naik ke tingkat atas. Kami naik sampai atas....
sekali kat penghujung anak tangga kami ended-up dlm  ruang kecik  4meter x 4meter.
Tingkap berdaun berselak. Pintu ke ruang dalam berselak kemas.

Masa nilahhh yg kami 3 beranak tak dapat lupakan.
Skeri yahamat.
Saya leading kat depan. Anak saya umur 6 tahun dari no 2 takeover ke depan. Masa tu saya nak buka selak. ketat... tak dapat masuk ke ruang dalam.

Tiba-tiba kami bertiga macam takut. Uadra kawasan ruang terpengap tetiba menjadi tersangatlah sejuk.
tapi bulu roma tak naik. satu bunyi pun tak dengar.
saya tengok anak saya. anak saya tengok saya mengharapkan saya jgn buka selak pintu.
Saya terkocoh-kacah turun ke bawah, anak lekaki saya 6 tahun sampai nyaris terpelanting dari tingkat atas ke bawah...corner tangga.
hanya tangan dia lekat kat pemegang tangga. kaki & kepala dah full swing.
Anak perempuan saya pun hampir jatuh sebab kami berebut2 nak turun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2013 09:49 PM | Show all posts
sampai aja ke bawah.
kami menggigil2... terkejut punya pasal.
tapi kami terus ke bahagian dalam.
Luas istana ni....

Macam ada musolla katdalam.
Toilet ada macam ada 4 tempat.
Bahagian dapaur & rumah org gaji.

Tempat yg paling skeri kat bahagian belakang umah org gaji built in dalam istana...gelap..suram...
saya nak masuk, anak saya tarik tangan saya tak kasi masuk.
masa saya duduk kat muka pintu rumah org gaji kat area belakang tu,
especially bahagian laundry room, kitchen & derang punya maid room.
macam berapa kali nampak kelibat dukintai-intai. saja saya buat tak tahu, taknak takutkan anak.

Satu lagi area yg seram ialah area toilet... masa saya pergi tu tengah renovation.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2013 09:53 PM | Show all posts
Selepas insiden turun tanga tu, saya jumpa sebuah lagi pintu.
Itupun saya berhajat nak buka.
Masa tu anak perempuan saya dah terdiam.
Saya tak tahu kenapa.
Sebab ralit sangat ambik gambar.
Snap sana, snap sini.

Saya hanya tahu apa sebenarnya pada 2hb January 2013.
Anak perempuan saya buka mulut.
Dia cerita apa yg dia nampak.

"Tiqah hairan tgk mama selamba & bersemangat nak buka pintu tu, apa mama tak nampak kah ada kepala rambut panjang?"

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 09:55 PM | Show all posts
fuufufufuf...terasa ke'skeri'an...sambung sambung
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-3-2013 10:02 PM | Show all posts
kizuna80 posted on 3-3-2013 09:55 PM
fuufufufuf...terasa ke'skeri'an...sambung sambung

Saya jawab " pintu mana? kan  banyak pintu kita nak buka?"

"Alaaa mama ni, pintu besar kat bawah lepas kita terhegeh2 turun bawah tu...
mama tanya, nak nuka kew tak. Tiqah nampak kepala tu... hitam... rambut panjang"

Saya agak terperanjat. Dah lebih 5 bulan, baru anak saya buka cerita.
"Macamana rupa dia? Baik ew jahat? Garang kew apa? Dia marah kita kew?"

Anak saya cakap: "Tinggi mama, sama tinggi dgn pintu tu... kepala aja Tiqah nampak. Tunduk ke bawah tak nampak muka. Rambut aja panjang cecah lantai... hitam lebat. Duduk sebelah mama. masa tu mama sibuk pegang selak pintu, nak buak daun pintu, takkan mama tak nampak? Tiqah dalam hati kata ...alamakkk mama ni... jgnlah mama buka pintu tu..."

"Tapi Tiqah tengok dia macam tak marah pun. Dia diam aja."





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2013 10:08 PM | Show all posts
Lepas peristiwa kami terkocoh -kacah turun tangga yg mendebarkan tu.
Anak saya macam tak nak dah explore Istana Bandar tu.
Saya pun rasa macam tu... dupp, dappp, dupp, dappp...
tapi alang-alang dah sampaikan...

Bukan senang nak masuk tahu apa kat dalam tu.
Sebabagi pencinta sejarah, say amanhu tanamkan semangat cintakan sejarah pada anak2 saya.

Sepanjang ruang tengah ke toilet tu kami berdzikir "Allah. Allah. Allah"
Setakat kelibat-kelibat tu biasalah kelihatan.

Tapi takder gangguan.

Lepas tu menjelang 11.45pagi kami berangkat ke Masjid Sultan Aledin.
Sebenarnya pada Eidul Fitri ke dua saya dah pergi seorg diri sekitar 11.30pagi Masjid yg sama.
Hari Raya ke2, masjid lengang, sunyi sepi...

Pada hari raya kedua tu saya dah alami kepelikan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2013 10:14 PM | Show all posts
Ni masa 2nd Eidul fitri:
Masa tu saya masuk ke mihrab, solat tahiyatul masjid kat mihrab...sebab tak der seorg pun...
Lpas tu saya baca buku kat tepi mimbar.
(mimbar ni pun ada kes pelik, nanti saya cerita separately)

Sebab dah lama sangat dlm masjid.
Saya rasa saya nak tukar angin. jam berdeting... Grandfather clock tu... mak aiii berdetang jantung saya)

Saya baca buku kat serambi luar. Saya parking keta kat open air. Panas terik tu kat pukul 12 matahari tegak terpacak tak der bayang.

Tiba-tiba baca buku, hujan turun dgn lebat.
Saya baca selamba aja... dah hujan panas... nak buat apa lagi...
Lebat berdetang deting bunyi atap zink.
Saya teringat kereta saya.
Saya mula2 tak ras anak kalih masuk bawah khemah gazebo tu...
Saya masih membaca. Sikit pun tak pandang belakang atau pandang keluar.
Lepas tu saya teringat nak alih kereta.
Saya pergi ke muka pintu.
Alangkah terperanjat.
Setitis air hujan pun tak ada.
Saya tengok kaki lima & rumput.
Serius tak basah & tak ada tanda2 hujan.




Last edited by sya_sugar_sugar on 4-3-2013 10:17 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 10:27 PM | Show all posts
lagi... lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 11:10 PM | Show all posts
kuat semangat betul anak akak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2013 07:30 AM | Show all posts
kayyy... tadi saya cerita hujan lebat pada raya Eidul Fitri ke 2.
Maka pada Raya eidul Fitri ke 7, perkara yg sama terjadi lagi.
Kali ni saya & anak-anak.
Hujan bukan main lebat.
Tapi tengok kat luar tak ada apa, setitik air pun tak menitis.
Sampai anak-anak saya seram dgn bunyi hujan tu.

Kejadian sekitar pukul 12 tengahari.

Saya sebenarnya dah lama bercita-cita nak ke maqam Jugra. bagaikan diseru-seru.
Sejak baca kat satu majalah saya tahu maqam Jugra ni dan siapa Sultan Abdus Samad.
Dari tahun 2000 saya nak pergi tapi tak pernah sampai-sampai.

Sehinggalah pada June 2012 baharulah saya berkesempatan melawat maqam ni dgn seorg makcik
(makcik ni pulak dari tahun 1985 lagi nak pergi tapi tak pernah sampai, grup2 dia semua dah sampai, dia aja tak sampai lagi).

Masa saya & makcik tu 1st time sampai.
Sekitar pukul 11pagi.
Tak ada sesiapa masa tu.
Kami sampai kat pintu depan aja.... zussssssssssssss
kuat sangat bau minyak atar kasturi....
(kata makcik tu.... ini bau sama macam kat maqam Sultanul Arifeen Syeikh Ismail kat Pulau Besar)
Bau tu ada dalam kira 30 saat. Kat area pintu tu aja.

Masa kami balik, satu kereta saya wangi sepanjang highway...dari simpang 3 Jugra yg ada masjid tu... sampailah ke Ampang kat KLCC tu.

Itu 1st time saya sampai ke Jugra.
2nd time seminggu lepas tu saya sampai sekitar pukul 10 malam.
Entah apa gila tiba-tiba saya dan adik saya drive sampai situ. Gelap sangat malam-malam.
Pintu pagar berkunci.
Kami U turn balik.
3rd time, saya bawak kawan saya.
3rd time ni saya naik atas bukit, buat solat atas rumput kat area maqam atas bukit...
masa ni saya dengar derap tapak kaki datang rapat, ada org follow saya solat.
Saya fikir kawan saya lah.
Sebab tadi dia masih di bawah dalam bangunan maqam tu.
Lepas solat sunat , saya berdoa. Dzikir. (jgn salah sangka, bukan solat kat kubur, dzikir kat kubur, doa mintak dgn kubur tu)
Ini bawah pokok, kawasan lapang berumput... atas bukit.
Lepas habis baca doa saya toleh.
Tak ada sapa-sapa.
Kawan saya masih kat bawah sana.





Last edited by sya_sugar_sugar on 4-3-2013 07:33 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2013 10:06 AM | Show all posts
sambung lagii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2013 10:38 AM | Show all posts
mummyn80 posted on 4-3-2013 10:06 AM
sambung lagii

Taklah seseram mana Mummy...
Kalo nak dibandingkan dgn ceta yg lain.
Cuma mistik aja... tapi tak seram
Share sikit-sikit pengalaman misteri.
Tapi tak semua boleh share sebab ada adab & adatnya.


Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2013 11:59 AM | Show all posts
di mana tempat jugra tu sya.. tak pernah dengar ler
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2013 12:26 PM | Show all posts
MMISS posted on 4-3-2013 11:59 AM
di mana tempat jugra tu sya.. tak pernah dengar ler

Owh... saya terus kopipes Wiki...
Jugra terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Antara lokasi berhampiran ialah Pulau Carey, Kampung Chodoi, Banting, Jenjarom dan Sungai Buaya dan Bandar. Jugra menghadap ke Selat Melaka dan berdekatan muara Sungai Langat. Jugra meliputi kawasan Bukit Jugra, pantai Kelanang, Kampung Sungai Arak dan Kampung Chodoi.

Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah negeri Selangor dari tahun 1859-1898 Bukit Jugra telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor. Rumah api Bukit Jugra dibina di puncak Bukit Jugra. Sampan, perahu dan tongkang yang membawa bijih timah dari Kajang, Balakong, Hulu Langat, Semenyih dan lain-lain dibawa keluar melalui Sungai Langat dan membayar cukai di Jugra.

Bukit Jugra merupakan tempat strategik kerana berhampiran dengan laut, menghadap perairan Selat Melaka dan ingin dimajukan sebagai kota maritim. Bukit Jugra berasal dari sebuah perkampungan kecil Melayu yang bernama Tanjung Kera. Terdapat banyak kera di sini iaitu dari jenis primate hutan pantai. Kera tidak begitu sesuai dengan status baru kawasan istana lalu ditukar nama kepada Bandar Temasya.

Bukit Jugra ada 3 punca bukit yang menempatkan:
Makam-makan diraja Selangor.
Bangunan lama untuk para pembesar dan kerabat diraja Selangor.
Rumah api Bukit Jugra setinggi 146 meter dibina pada 1976 dan ditadbir oleh Jabatan Marin Malaysia.[1]
1976 pembinaan istana oleh Sultan Abdul Samad.
1898 Istana Jugra menjadi tempat pertabalan Sultan Selangor ke-5 iaitu Sultan Alauddin Sulaiman Shah.

Istana Bandar ni adalah lokasi shooting Filem Pontianak Harum Sundal Malam.
MAsa shooting tu ada kes-kes seperti mereka dengar bunyi bising kat tingkat ats, padahal semua org sudah turun bawah.

Sultan Abdul Samad ialah Sultan Selangor yg  ke empat.
Dalam alam kerohanian, beliau adalah seorang wali Allah.
Kalo kita ziarah makam Sultan Abdul Samad, akan kedapatan banyak lagi makam lama.
Ada makam yg berbalut kain kuning, kain putih, kain hijau, kain hitam.
Semua warna itu ada maksudnya.

Kalo kain hitam = pendekar, panglima, pahlawan
Kain putih = guru agama, ulama
Kain hijau = wali
Kain kuning = kerabat

Mengikut khabar, Sultan Abdul Samad ini mempunyai tanda di lidahnya ... tanda hitam...
Oleh itu pada masa hayat Baginda, apa yg Baginda lafaz, do'akan, kata terus jadi.
Mulut masin. Inilah karamah Baginda.

Dianjurkan kalo kita pergi ke suatu tempat sebegini. kalo muncul apa-apa .. jgn diterima, jgn diambil.
Kalo di terima atau diambil, maka putuslah tauhid.


Last edited by sya_sugar_sugar on 4-3-2013 12:27 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2013 12:44 PM | Show all posts
hebat jugak ye sultan abdul samad ni.... cerita la lagi... seronok dgr... sy pnh smpai bukit melawati je masatu kol 12 mlm..... adela ternmpk meriam berbalut kuning... tp dh dipesan sesiap oleh penganjur jangan buat ape2 kat kawasan tu atau usik ape2 menda kt sana.... percaya tidakla... tp sekadar menghormati makhluk lain... pendatang knela hormatkan tuan rumah jugak... mana boleh buat sesuka hati kan?...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2013 12:52 PM | Show all posts
baru tau kisahnye...nice story..sejarah + suspen
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2013 04:07 PM | Show all posts
wah best cite akak ni... historical part yang mistik dan misterius...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2013 04:15 PM | Show all posts
punkerzoe posted on 4-3-2013 04:07 PM
wah best cite akak ni... historical part yang mistik dan misterius...

hmmm... bolehlah sikit-sikit.
Tapi kalo ker area Jugra tak sah kalo tak interview 2 org

1. Penjaga Makam Sultan Abd Samad
2. Almarhum Raja Kassim (Ni Kerabat Kedah sezaman dgn Tuanku Abd Rahman dulu,
merajuk ke Jugra sebab taknak berebut takhta)
Al Marhum Raja Kassim daulat beliau kuat juga, mulut masin.
Dialah penjaga peti besi Sultan Abdul Samad.
(Saya pernah ke rumah Raja Kassim dan interview beliau sekitar tahun  2009, dah uzur benar beliau)

Selama ini kita hanya tahu peti besi itu  seperti kisah ini:

Salah satu tinggalan Sultan Abdul Samad yang boleh kita lihat pada hari ini ialah peti besi yang tersimpan di rumah Yang Mulia Raja Kassim di Kampung Permatang Pasir.Peti besi ini pada mulanya di simpan di Istana Sedang Masa yang digunakan oleh baginda untuk menyimpan hartanya yang berharga ,dokumen-dokumen penting  dan beberapa bilah keris kerajaan negeri Selangor.

Peti yang berukuran  4 x 2 ½  kaki persegi sentiasa diselimuti dengan kain kuning. Menurut ceritanya peti ini pernah di bawa ke Muzium Negara di Kuala Lumpur pada 1969 tetapi terpaksa dipulangkan semula ke istana ini.  Dalam perjalanan ke Jugra dengan diiringi oleh polis dengan mengambil masa lama kira-kira 7 jam.Kereta yang membawa peti itu tidak boleh bergerak dengan laju seolah-olah membawa bebanan yang amat berat.Apabila sampai di perkarangan istana kren yang sudah sedia menunggu hampir patah ketika menurunkan peti tersebut.Akhirnya Pak Ungku (Raja Kassim) dapat menurunkan peti itu bersama seorang rakannya dan dimasukkan ke dalam istana tersebut dengan mudah.Yang peliknya walau tidak mangga peti besi yang padu itu sukar dibuka penutupnya.

Versi yang saya interview Penjaga Makam lain pula kisahnya...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.086289 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list