CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13976|Reply: 48

Jenazah misteri kejutkan 3 penggali kubur di Kangar

[Copy link]
Post time 25-4-2012 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Any scientific eksplenesen?

Jenazah misteri kejutkan 3 penggali kubur.

Gambar Hiasan
KANGAR: Tiga penggali kubur tergamam menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika menggali liang lahad untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, di sini, semalam.

Mayat lelaki tidak dikenali itu ditemui jam 11.30 pagi sebaik ketiga-tiga penggali kubur berkenaan menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter.

Berdasarkan maklumat, mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur.

Bagaimanapun, kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.

Penggali kubur, Desa Sulaiman, 74, berkata penemuan jenazah itu mengejutkan kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong.

Katanya, keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.

"Saya 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini.

"Sepanjang pengetahuan saya, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat," katanya.

Difahamkan, penemuan mayat itu menyebabkan urusan pengebumian jenazah seorang wanita berusia 53 tahun yang dijadualkan sebelum Zuhur, ditangguhkan beberapa jam untuk memberi laluan kepada urusan pengebumian semula jenazah yang ditemui itu.

Desa dan dua lagi rakannya terpaksa menguruskan pengebumian semula jenazah terbabit di sebelah liang lahad yang digali, sebelum meneruskan urusan penggalian liang lahad baru untuk pengebumian jenazah wanita yang baru meninggal itu.

Rakannya, Mohd Hafiz Abdan, 20, berkata beliau tergamam melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru.

"Saya sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama.

"Apa pun, penemuan mayat berkenaan bagi saya suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2012 11:20 AM | Show all posts
knp perlu dipindahkan ke sblh, x fhm
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 11:22 AM | Show all posts
tak de misterinya pun. kalau allah swt kata kun fa ya kun maka jadilah ia..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 11:23 AM | Show all posts
berita mastika ke nih?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 11:25 AM | Show all posts
kenapa nak gali balik kawasan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 11:27 AM | Show all posts
rakyat flet pprt kelas ketiga mane lah yg buat cerita konon nk popularkan kampung halaman nih...tah2 mayat tue baru semalam mati...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2012 11:28 AM | Show all posts
subhanallah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 11:33 AM | Show all posts
kalau betul pun citer ni, tak yah le alih. Kau gali je tempat lain! Bengong punya penggali!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2012 11:33 AM | Show all posts
nak sahihkan kena buat ujian karbon,

kuasa tuhan itu di mana, wallahu'a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 11:38 AM | Show all posts
tak de misterinya pun. kalau allah swt kata kun fa ya kun maka jadilah ia..
arasham Post at 25-4-2012 11:22



subhanallah maha suci ALLAH...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 11:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by alesandra at 25-4-2012 11:43

ntahnya.nak alih buat apa??
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 02:22 AM | Show all posts
aku rasa kan diorang memang gali lubang nk kebumi jenazah baru
tp tup2 jmpa jenazah yg ni
mungkin kubur ni xbertanda or batu nisan patah n trus xdpt kenal pasti yg plot kubur tu xde org.
dulu penah sekali pokok besar tumbang kt dalam kubur n hempap byk jgk lah kubur2 kt satu tanah perkuburan di perlis.smpai pecah yg tanda(batu nisan) atas kubur tu. xdpt kenal pasti tu kubur sapa n ni kubur sapa.
pernah terjadi kt kubur great granpa aku.
mmg kitorang x tahu dh kubur dia kt mana walaupun kt dlm tanah perkuburan lps pokok besar tumbang n habis patah byk tanda(batu nisan)
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 02:52 AM | Show all posts
tak pecaya la jenazah masih utuh sebab body manusia mengalami penghidratan.
Kalo kata masih bedaging kering macam mumia tu boleh caya la tapi tempat jenazah mesti tak kena air.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 09:18 AM | Show all posts
kuasa Allah kite mane nk taw..terhidrat atau x, klu Allah kate jenazahnye akn kekal smpurna smpai bile2, nape plak kite nk pertikaikan?kan dah mmg dikate klu amalan kite di dunia baik, insyaAllah semasa alam barzakh pun kite akn dilindungi..cmne care Allah nk buat, tu bukan hak kite utk persoalkan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 09:18 AM | Show all posts
tak pecaya la jenazah masih utuh sebab body manusia mengalami penghidratan.
Kalo kata masih bedaging kering macam mumia tu boleh caya la tapi tempat jenazah mesti tak kena air.
shanshero Post at 26-4-2012 02:52



uols baru masuk islam ke  ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 09:25 AM | Show all posts
Orang yang hafaz Al-Quran mayatnya tak hancur.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2012 09:44 AM | Show all posts
tak pecaya la jenazah masih utuh sebab body manusia mengalami penghidratan.
Kalo kata masih bedagin ...
shanshero Post at 26-4-2012 02:52



    Kalau ikut sains pon ada lojiknya
Mcm kat eropah ada kes mayat yg TERawet sbb factor Tanah yg ada bahan2 pengawet semulajadi

By the way... kalau semuanya nak dilihat dari sudut lojik susah lah
banyak benda2 yg x lojik/di luar akal fikiran brlaku dalam dunia ni
Cth mudah cam di bawah ni:

Kebetulan yg sangat pelikThere are weird similarities between Abraham Lincoln and John F. Kennedy.
  • Abraham Lincoln was elected to Congress in 1846. John F. Kennedy was elected to Congress in 1946.
  • Abraham Lincoln was elected President in 1860. John F. Kennedy was elected President in 1960.
  • Both were shot in the back of the head in the presence of their wives.
  • Both wives lost their children while living in the White House.
  • Both Presidents were shot on a Friday.
  • Lincoln's secretary was named Kennedy.
  • Both were succeeded by Southerners named Johnson.
  • Andrew Johnson, who succeeded Lincoln, was born in 1808. Lyndon Johnson, who succeeded Kennedy, was born in 1908.
  • Lincoln was shot in the Ford Theatre. Kennedy was shot in a Lincoln, made by Ford.
  • Lincoln was shot in a theater and his assassin ran and hid in a warehouse. Kennedy was shot from a warehouse and his assassin ran
    and hid in a theater.
  • Booth and Oswald were assassinated before their trials.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 10:06 AM | Show all posts
drp tajuk tu aku ingat kan mayat tu datang umah penggali tu...ala2 mayat idop....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 10:25 AM | Show all posts

Dah nama pun forum uols

Reply 15# MeeSai
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 10:32 AM | Show all posts
haah la...saye pun terkonfius ngan tajuk..hingatkan jenazah tu kejut penggali kubur yg tgh tido..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.570888 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list