CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20876|Reply: 4

[Dunia] Video berbaur perkauman keluarga Obama, Trump enggan minta maaf memaparkan Barack Obama dan isterinya, Michelle Obama, sebagai monyet.

[Copy link]
Post time 10-2-2026 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-2-2026 09:28 PM





Video berbaur perkauman keluarga Obama, Trump enggan minta maafPresiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dan isteri, Melania Trump, mengiringi bekas Presiden AS, Barack Obama, serta isterinya, Michelle Obama, ketika mereka beredar selepas majlis pelantikan Trump di Capitol, Washington, AS, pada 20 Januari 2017. – Foto REUTERS


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, enggan memohon maaf susulan penyiaran video di akaun media sosialnya yang memaparkan Barack Obama dan isterinya, Michelle Obama, sebagai monyet.

Bagaimanapun, Trump tetap mengecam kandungan berunsur perkauman itu, manakala Rumah Putih menyalahkan kakitangan atas penyiaran berkenaan.

Video yang dimuat naik di akaun Truth Social milik Trump semalam mencetuskan kecaman daripada pelbagai pihak dalam arena politik AS.
Pada peringkat awal, Rumah Putih menyatakan bahawa perkara itu disebabkan kesilapan kakitangan.

"Saya tidak melakukan kesilapan," kata Trump kepada wartawan di dalam pesawat Air Force One apabila ditanya sama ada beliau akan memohon maaf.

Ketika ditanya sama ada beliau mengecam imej berunsur perkauman dalam video itu, Trump menjawab: "Sudah tentu".
Ahli politik Demokrat mengecam Trump sebagai 'keji' susulan penyiaran klip yang memaparkan Obama, presiden kulit hitam pertama AS, bersama isterinya.

Seorang Senator kanan Republikan pula menyifatkan video berkenaan sebagai jelas bersifat perkauman.

Dalam video selama kira-kira satu minit yang mempromosikan teori konspirasi mengenai kekalahan Trump dalam pilihan raya 2020 kepada Joe Biden, wajah pasangan Obama dipaparkan pada tubuh monyet selama kira-kira satu saat.

Video itu turut mengulangi dakwaan tidak berasas bahawa syarikat pengiraan undi, Dominion Voting Systems, membantu menarik kemenangan pilihan raya daripada Trump.

Jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt, pada mulanya memperkecilkan isu itu dengan menyatakan imej berkenaan diambil daripada video meme internet yang menggambarkan Trump sebagai 'Raja Rimba' dan Parti Demokrat sebagai watak dalam filem The Lion King.

Beliau turut menggesa media memberi tumpuan kepada isu lain yang lebih penting kepada rakyat AS.

Bagaimanapun, kira-kira 12 jam selepas hantaran itu muncul, seorang pegawai Rumah Putih memaklumkan kepada AFP bahawa seorang kakitangan tersilap memuat naik video berkenaan dan ia sudah dipadamkan.

Bercakap kepada wartawan di dalam Air Force One, Trump mempertahankan dakwaan dalam video berkaitan penipuan pilihan raya, namun berkata beliau tidak menonton keseluruhan klip berkenaan.

"Saya hanya melihat bahagian awal… saya tidak menonton sepenuhnya," katanya, sambil menambah bahawa beliau menyerahkan kepada kakitangan untuk memuat naik video itu dan mereka juga tidak menonton keseluruhannya.

Setakat ini, pasangan Obama belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden berkenaan. - AFP


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2026 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Straight up racism... Freedom of speech... Trump speech wakili netizen masih jaga social/community circle...

BLM...suck it up bitch!...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
to dia trumpet
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam budak2
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
toksah la percaya dgn politikus2 ni acah2 gaduh

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.290161 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list