CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 8592|Reply: 7

[Dunia] Penumpang tanggal baju, lompat dari pesawat

[Copy link]
Post time 4-2-2026 08:05 AM | Show all posts |Read mode
BANGKOK – Seorang lelaki dipercayai warga Russia mencetuskan huru-hara di dalam pesawat sebelum terjun keluar dari pintu kecemasan dengan hanya memakai seluar dalam, sejurus kapal terbang mendarat di lapangan terbang Bangkok, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang selepas sebuah pesawat AirAsia tiba dari Vietnam.

Seorang wanita Thailand yang menaiki penerbangan sama berkongsikan rakaman kejadian itu di akaun TikToknya.



You Won’t Believe How This Girl Walks Like A Horse—Viral Video!
Brainberries

10 Movies Betrayed By Their Own Studios
Brainberries
Wanita itu menjelaskan bahawa lelaki tersebut dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol. Dia mula mencetuskan gangguan sekitar 15 minit sebelum pesawat mendarat di Bangkok.

Semasa kejadian, lelaki menggunakan bahasa Russia itu menanggalkan pakaiannya dan hanya meninggalkan seluar dalam serta berlari di dalam kabin.


Kru kabin cuba menenangkan lelaki tersebut dan menahannya tetapi tidak dapat mengawal sepenuhnya keadaan semasa pesawat masih berada di udara.

Selepas pesawat mendarat dan diparkir di lapangan terbang, lelaki itu melompat ke darat selepas pintu  dibuka, menyebabkan kakinya cedera.

Anggota-anggota keselamatan lapangan terbang kemudian berjaya menangkapnya, namun tiada maklumat lanjut setakat ini mengenai tindakan diambil ke atas lelaki itu. – AGENSI




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2026 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Katanya mabuk
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 12:21 PM | Show all posts
sebab ini lah islam mengharamkan arak, bahaya terjun dari kapal terbang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 09:08 AM | Show all posts
kenapa tak boling je terus
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 09:16 AM | Show all posts
aku ingat dia lompat masa kapal terbang di udara... boleh juga tengok real superman terbang. haha
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruk ya bahasa direct translation
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2026 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
terlebih Vodka ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan nak terjun mcm cite air force one.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.040528 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list