CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 904|Reply: 17

Wawa, Aeril konsisten tunai zakat perniagaan RM1 juta selama 3 tahun

[Copy link]
Post time 16-12-2025 05:00 PM | Show all posts |Read mode





Usahawan terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, menjadi contoh teladan apabila secara konsisten menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM1 juta selama tiga tahun berturut-turut.

Pasangan selebriti itu menerusi syarikat mereka Wawa Global Sdn Bhd menunjukkan keprihatinan demi membantu golongan asnaf dan mereka yang memerlukan.

Menurut Wawa Zainal, kejayaan dalam perniagaan bukan sekadar diukur melalui keuntungan semata-mata, sebaliknya perlu disertai dengan rasa syukur dan tanggungjawab untuk berkongsi rezeki.

"Kami percaya setiap rezeki yang Allah kurniakan ada hak orang lain di dalamnya. Zakat bukan hanya satu kewajipan, tetapi juga cara untuk membersihkan harta dan menenangkan hati.

"Jika perniagaan kami berkembang, maka lebih besar tanggungjawab kami untuk membantu mereka yang memerlukan," katanya selepas menghadiri Majlis Iktiraf Muzakki Dan Penyerahan Zakat (IMTIYAZ) anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS), hari ini.

Tambah Wawa, konsistensi menunaikan zakat perniagaan adalah prinsip yang sentiasa dipegang sejak awal pembabitan mereka dalam dunia perniagaan.

"Kami bermula dari bawah, jadi kami sangat memahami erti kesusahan. Harapan kami, sumbangan ini dapat memberi manfaat sebenar kepada asnaf dan menjadi asbab keberkatan serta kelangsungan perniagaan kami," katanya.

Ia sekali gus mencerminkan komitmen tinggi pasangan berkenaan terhadap tanggungjawab sosial dan kewajipan agama, selari dengan kejayaan perniagaan yang diusahakan.

Sumbangan zakat perniagaan itu disalurkan melalui LZS bagi memastikan agihan dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kepada golongan sasaran, termasuk fakir miskin, anak yatim serta individu yang memerlukan sokongan ekonomi berterusan.

Sementara itu, pihak LZS turut merakamkan penghargaan atas komitmen berterusan Wawa dan Aeril sambil menyifatkan usaha berkenaan sebagai contoh terbaik kepada usahawan Muslim untuk menunaikan zakat secara konsisten dan beramanah.

Inisiatif pasangan ini bukan sahaja memberi impak besar kepada golongan memerlukan, malah membuktikan bahawa kejayaan dalam dunia hiburan dan perniagaan mampu berjalan seiring dengan nilai kemanusiaan dan keprihatinan sosial.

Sumber : BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2025 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik kan produk timbang kilo pun boleh buat orang jadi jutawan? Tak caya diorang ada kilang sendiri, r& d buat formula sendiri, dsb.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2025 05:12 PM | Show all posts
LadyCarefree replied at 16-12-2025 05:05 PM
Pelik kan produk timbang kilo pun boleh buat orang jadi jutawan? Tak caya diorang ada kilang sendiri ...

berkat rajin online, consistent uolssdia jadikan diri dia brand value

thenfollowers dia percaya dan nak jadi stokis

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2025 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa apa pun..bagus depa ni..dapat gak bayar zakat 1m setahun tanpa gagal...ada bakti pd ummah...
Kita ni pun tak mampu....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2025 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Purplehaz at 16-12-2025 05:46 PM

konsisten semakin maju kaya couple ni, setia each other pulak tu. dah 5-6 ker tahun mmg ramai  jd ejen support, tak sangka sampai budak2 pun guna produk dorang . rezeki kuat
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2025 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
laksmanabentan replied at 16-12-2025 04:12 PM
berkat rajin online, consistent uolssdia jadikan diri dia brand value

thenfollowers dia percaya d ...

I cakap pasal lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2025 02:24 PM | Show all posts

iollss pun tak percaya uollsss dia ada kilang or R&D segala...
semua timbang kilo atau OEM gitu uoollsss
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2025 02:29 PM | Show all posts

iols ada tgk ig founder produk.. ada diploma finance tak silap..
pastu kalau nak buat product baru, dia dpt sample byk2 dari pengilang..
then dia try (katanya), kalau tak suka dia mintak adjust2 la formulation-nya..
tp tu la, jutawan sheols... takyah ada kilang, dpt sample then proceed..

meols dulu membayangkan founder2 ni perlu ada cert dalam bidang/produk dia..
tp tidak yee.. igtkan mcm deols kena belajar chemistry utk tahu sebatian or function2 bahan kimia..
rupanya dah ada org buatkan, deols just jual je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2025 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by anarina at 17-12-2025 03:01 PM

X x x
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2025 03:41 PM | Show all posts
awanysss replied at 17-12-2025 02:29 PM
iols ada tgk ig founder produk.. ada diploma finance tak silap..
pastu kalau nak buat product baru ...

ku rasa yg ada ilmu campur2 bahan ni.. maybe bonda rozita tu..tapi bukan bahan kimia la.. more tu herba n rempah ratus
sheols dulu kan dengan sendayu tinggi..
pastu ada jugak minyak2 la itu ini..
itu je la kot..
kalau bahan2 utk krim2 muka sheols pon maybe timbang kilo jugak..
tapi sbb dah start dari berpuluh tahun lepas.. x hype la sangat..
tapi brand sendayu tinggi tu laris dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2025 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
awanysss replied at 17-12-2025 01:29 PM
iols ada tgk ig founder produk.. ada diploma finance tak silap..
pastu kalau nak buat product baru ...

Yes. Tapi kalau DCT dia dari awal jujur dan telus. Dia punya produk mmg kilang di Korea. Mula2 dulu ada sijil halal.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2025 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
laksmanabentan replied at 17-12-2025 01:24 PM
iollss pun tak percaya uollsss dia ada kilang or R&D segala...
semua timbang kilo atau OEM gitu uo ...

Kan? Tapi ada yg xkisah asalkan yg ponder dirasakan cantik lawa kaya
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2025 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2025 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemain serabai rupa laki wawa ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2025 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku vote founder The Raw & Pastel Shop. Dua2 ni nmpk ada knowledge dlm skincare
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2025 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 17-12-2025 08:35 PM
Yes. Tapi kalau DCT dia dari awal jujur dan telus. Dia punya produk mmg kilang di Korea. Mula2 dul ...

Simplysiti kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2025 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
^CUN_GILA~. replied at 18-12-2025 12:52 AM

Gmbar yg sorg lagi tu siapa,jual kosmetik jugak azriel rasanya. X de gmbar dia ke?kan meroyan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2025 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
hart_attack replied at 18-12-2025 06:52 AM
Simplysiti kan

Ya. Betul. Rasanya boesen pun dia kerjasama dgn USM kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 03:39 AM GMT+8 , Processed in 1.184633 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list