CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 809|Reply: 2

Kucing harga RM18,000 mati akibat penyakit parvo, Iqbal Zulkefli sedih sampai tidur dalam sangkar

[Copy link]
Post time 22-5-2025 04:55 PM | Show all posts |Read mode


KEHILANGAN kucing tersayang memberi kesan yang amat mendalam buat usahawan Iqbal Zulkefli sehingga dia sanggup tidur di dalam sangkar haiwan peliharaannya yang diberi nama Pablo itu.


Kata Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 31, hampir setiap hari dia menangis terkenangkan kucing yang mati pada 16 Mei lalu akibat penyakit panleukopenia atau parvo.


“Setiap hari saya berharap dapat mimpikan dia. Saya selalu menitiskan air mata bila teringatkan kucing itu.


“Malah tahap rindu saya pada dia sampai tertidur dalam dalam sangkar Pablo,” katanya kepada mStar.




Iqbal mula menjadikan Pablo haiwan peliharaannya sejak lima tahun lalu.


Dia membeli kucing berkenaan dengan harga RM18,000.


Lebih menyedihkan bagi Iqbal apabila dia tidak dapat berada di sisi Pablo ketika kucing itu mati di sebuah klinik veterinar.


"Buat masa ini hanya anak patung jadi pengubat rindu saya terhadap Pablo.


"Saya rasa bersalah dan rasa diri tak guna kerana tiada di sisi dia sewaktu hujung nyawa," luahnya.




Dalam masa sama dia juga sedar apabila ada yang menganggap dirinya keterlaluan meratapi kehilangan kucing berkenaan.


Bagi Iqbal, sebagai seorang pencinta haiwan, perasaan tersebut sukar digambarkan dengan kata-kata.


Apa lagi selama ini Pablo menjadi peneman untuk dia melepaskan rasa sedih atau penat.


"Orang tak faham apa yang saya rasa. Mereka boleh cakap ia hanya kucing.


"Saya rasa perit kehilangan kucing sebab dalam hidup ini cuma ada anak dan kucing saya," ujarnya. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2025 07:32 AM | Show all posts
Ye, aku pun nangis kucing aku mati tp idok ler sampai tido kt sangkar
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kucung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.228956 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list