CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18112|Reply: 137

Pengalaman seramku

[Copy link]
Post time 14-5-2011 02:52 PM | Show all posts |Read mode
Aku nak kongsikan pengalaman seram aku kat rumah sewa aku dulu.Peristiwa ni berlaku sekitar tahun 1994 dan masa tu aku tinggal bersama keluarga aku.Kalau ikut sejarah rumah sewa aku ni,tuan rumah aku ni merupakan keturunan India.Sebelum kami berpindah ke rumah tu lebih kurang tahun 1990,tuan rumah tu yang tinggal bersama keluarganya.   Okay,aku nak teruskan cerita aku ni.Cerita ni pendek je,namun ni la permulaan kepada gangguan dalam hidup aku bermula.Masa tu petang lebih kurang pukul 5lebih kot.Aku sorang2 je kat bilik tu tengah siapkan kerja sekolah aku.Maklumlah,masa tu aku masih di darjah 4 lagi.Sedang aku khusyuk buat kerja aku tu,tiba-tiba tingkap kat bilik aku bergegar begitu kuat sekali seolah-olah ada yang menghentak dinding bawah tingkap aku tu.Aku terkejut sebab hentakan yang terlalu kuat sampai menggegarkan cermin kat bilik aku.Aku tergamam,sambil melihat cermin tu yang betul-betul depan aku ni je.Namun,aku teruskan juga kerja aku sebab menyangkakan mungkin bunyi tu dari sebelah rumah ke.Sekadar sedapkan hati aku yang terkejut dan sedikit takut.
   Tapi,belum sampai beberapa saat aku nak sambung balik kerja aku tu lagi sekali dinding bilik aku tu dihentak dengan hentakan yang lebih kuat daripada yang awal.Aku tersentap!Kali ni aku yakin hentakan ni memang betul2 berlaku kat tingkap bilik aku dan yang lebih penting darah aku menyirap terus ke muka otomatikhmy3:.   Apa lagi,selepas tergamam labih kurang seminit..aku terus lari keluar dari bilik aku tu.
   Untuk pengetahuan uols,tingkap bilik aku ni menghadap bahagian toilet rumah aku.'Part' rumah yang paling selalu buat aku dan adik beradik lain seram sejuk je nak hadap lagi-lagi waktu malam.Tak tahulah kenapa,tapi cam ada "sesuatu" kat situ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2011 02:56 PM | Show all posts
tak faham cam mana tingkap bilik menghadap toilet?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2011 03:03 PM | Show all posts
Sebenarnya dapur dan toilet rumah aku dipisahkan dengan ruang yang agak kecil.Ruang tu jadi tempat mak aku letakkan mesin basuh dan rak pinggan mangkuk.So,kalau jenguk dari tingkap bilik aku tu akan nmpak ruang kecil nila yang menghubungkan dapur dan toilet tu.Tapi tingkap bilik aku ni lebih dekat ngan toilet la kalau diukur dari segi jarak.Ala ni bentuk rumah murah dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 03:15 PM | Show all posts
so apa jadi, tolong teruskan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 03:16 PM | Show all posts
ye la umah lama design diakan pelik2 skit...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 03:21 PM | Show all posts
ok fhm so mmg klo sapa basuh baju blh dampak dari tingkap bilik ko la kan...
so ruang tu cam tersorok skit dan gelap je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-5-2011 03:27 PM | Show all posts
Sori,,i baru je 1st time kat sini..so,mungkin lambat sikit nak type2 cerita sambil mengingat kisah yang da agak lama ni..
cerita tadi tu habis gitu jela..yela aku kan masih budak la time tu,,so memang tak faham la apa yang berlaku..so,aku ceritakan kat mak aku  sebab mak aku je yang ada time tu kat rumah.Mak aku pun masuk bilik aku nak dengar apa yang aku ceritakan tadi tu.Tapi tak dengar lagi da bunyi tu..mak aku try la hentak dengan tangan kat dinding tu bagi nak pastikan camtu ke bunyi tu...Tapi,bunyi hentakan tangan mak aku dan aku sendiri boleh dikatakan hanyalah 1/10 je daripada bunyi asal...Nampaknya,tenaga benda tu sungguh luar biasa...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 03:39 PM | Show all posts
Reply 7# charming_gal


    benda ni memang kuat tenaga...sbb tu kalau sapa2 kena rasuk memang kuat smcm je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2011 03:54 PM | Show all posts
Cerita ke2~Aku baru je selesai solat asar.Aku ni memang penakut sikit,so aku solat kat bilik ayah aku je.Masa tu,ayah aku sedang nyenyak tidur.Mak aku pulak tak ada kat rumah masa tu sebab pergi ke rumah datuk aku(rumah datuk aku selang beberapa rumah je).
   Selesai je solat,tiba2 aku ni datang ketakutan tak tentu pasal.Aku pun tak tahula apa sebabnya.So,aku pun dengan telekung yang masih tersarung tu dudukla kat hujung katil.Kira betul2 dekat dengan kaki ayahku.Dada aku ni berdebar dengan tiba-tiba je.
   Tengah-tengah melayan perasaan takut aku yang tak tentu pasal je sebabnya,,tiba-tiba aku terlihat dari tingkap bilik ayah aku tu ada seseorang yang nak masuk ke rumah.Aku da lega sikit sebab sangkakan sepupu aku yang laki.Memang dia selalu datang ke rumah kami sebab rumah sepupu,datuk aku ni semua dekat jela.
   Tapi yang peliknya,dia tak masuk2 pun sebab jarak pntu ke hall dan bilik ayah aku ni dekat je pun.Namun,aku dengar seolah2 bunyi tapak kaki orang yang sedang masuk ke rumah aku...hmy3:
   Peraan takut yang terkurang sikit tadi da mula menghantui aku balik..Tiba-tiba aku tersedar aku hanya nampak kelibat cam hitam(kepala yg berambut ala2 mawi )...Tapi kenapa aku tak nampak mukanya sedangkan ikut logik..orang yang berjalan ke hadapan mestilah kita nampak muka kan?tapi kenapa kepala je aku nampak...
   Oh tidak...!kali ni ketakutan aku ni tak dapat nak dibendung lagi..so,aku dengan ketakutan yang teramat sangat tu terus tutup muka aku dan baring kat tepi katil ayah aku tu.Aku tak berani nak bergerak sekalipun,lagikan nak tengok ke pintu bilik tu.Aku rasakan seolah-olah benda tu berdiri kat pintu tu sebab rasa cam ada bayang orang je kat depan pintu.
   Aku dengan tangan yang masih tutup muka aku tu terus cuba bergerak-gerak menghampiri ayah aku.Kali ni keberanian aku memang tahap 'kosong' da.Apa lagi,aku kejut ayah dengan memanggilnya(tangan masih tutup muka)aku terus menangis teresak-esak sebab da terlalu takut.
   Apa lagi,ayah aku terkejut dengar tangisan aku tu terus bangun.(tapi dia lagi terkejut tengok aku dengan telekung sembahyang tu)So,apa lagi dalam keadaan menangis aku tu,aku ceritalah apa yang aku nmpak tu..Ayah aku tergamam sangat sebab dia tak pernah pula diganggu apa-apa setakat ni.
   Ayah aku bagi aku minum air yasin untuk hilangkan keadaan aku yabg seolah2 da terkejut sangat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 03:59 PM | Show all posts
uish... siang2 pun kena kaco...angker tul la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2011 04:05 PM | Show all posts
Pengalaman aku kene kacau masa awal2 dulu biasanya petang.Mungkin sebab petang tu biasanya sunyi sepi je.Yela adik-beradik aku semua sekolah sesi petang.Jiran-jiran aku semua kebanyakannya cina.So,petang-petang gini biasanya diorang jarangla keluar rumah.So,benda tu tahola,nila masa yang paling best nak usik aku.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2011 04:11 PM | Show all posts
Reply 6# surfinv


   yela..sebab ruang tu tak ada lampu..yang ada lampu kat dapur dan toilet je..so,bila mlam ruang tengah tu gelap sikit..dan kebetulan kitorang tidur menghadap ke cermin tu..bayangkan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 04:12 PM | Show all posts
Reply 8# babysha


   betul-betul, setuju sgt!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2011 04:14 PM | Show all posts
Reply 8# babysha


yela baby,sebab tu la susa kite nak lawan kan tenaga die..hanya dengan ayat quran je kita boleh lawan..tu jela kelemahan die
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 04:22 PM | Show all posts
whoaa..lagi2 ape yg mende2 tu kaco lg..chite lg..angker je umh tu...parents x pnh kne kaco ke ngn makhluk2 tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 04:23 PM | Show all posts
tah2 yg 1st stori brgegar kuat tu ayah charming tgh grill dnding x nak gntung frame ke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2011 04:48 PM | Show all posts
Reply 15# ida88


kalau ada pun mak i ade la kene..cuma tak cite kat kitorang dulu sebab tau sgt anak2 die ni pnakut...ayah tak kenala..kitorang adik beradik yang kene..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2011 04:50 PM | Show all posts
Reply 16# akashiro


   ayah i xdela time tu sebab die kerja xsala masa tu..yang ada kat uma time tu mak je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2011 05:21 PM | Show all posts
cerita ke-3~ Aku 3beradik perempuan..kitorang ni rapat dengan sepupu kitorang yang laki..So,agak keraplah diorang datang melepak kat rumah kitorang ni.Umur kitorang ni kira sebaya lah.  So,adalah kenduri sikit kat rumah datuk aku ni.So,masa tu malamlah lebih kurang pukul 9lebih.So sepupu aku yang aku namakan din dan syed ni ajaklah pergi rumah aku nak lepak2 kejap.So,masa tu aku,kakak aku,din dan syed jela.Kitorang pun berbual kosong la sambil bergelak ketawa agak kuat juga kat hall rumah aku.Kitorang duduk kat meja makan masa tu.Kira meja makan aku ni dekat ngan dapur dan pintu belakang rumah akula.
  Tengah-tengah kitorang bergelak ketawa dengan cerita kitorang(cite hantula tak salah aku)..tiba-tiba aku terdengar seolah-olah ada suara yang sedang bercakap-cakap dari arah belakang rumah.Untuk pengetahuan uols,pintu dapur rumah aku ni berkunci.Masa tu,biasalah kita tak akan fikir panjang.Aku sangkakan suara jiran aku.So,suara tu aku dengar bercakap-cakap masa kitorang tengah bercakap sakan.Mula-mula nada suaranya biasa je..Namun,lama kelamaan suara tu makin kuat seolah-olah marah kat kitorang ni sebab kebetulan nada suara sepupu aku ni makin kuat bergelak ketawa.
  Aku perasan,makin kitorang gelak dengan kuat makin suara tu kuat pulak membebel.Aku tak dapat tangkap butir2 ayat suara tu,tapi cam dia cakap dalam bahasa melayu la kot.Suara sebijik cam jiran aku ni..sorang makcik tapi jiran aku ni tinggal selang 3 rumah dari rumah aku.Apa motif die nak pergi belakang rumah aku kan malam2 camni,dan yang lebih penting kenapa pula die nak bebel kat belakang rumah aku pla.(belakang rumah aku ni bnyak anjing,yela jiran2 kan cina)Bebelan yang seolah-olah nak sound kitorang sebab bising.
   Aku sememangnya da hilang konsentrasi dengan cerita sepupu2 aku ni sebab suara misteri dari belakang rumah tu.{:1_126:}Peliknya,diorang ni cam tak dengar je sebab tak ada pun yang tegur ke pe..Aku da mula pelik,,hinggalah sepupu aku yang syed tu tiba2 berhenti gelak(dia la paling kuat gelak pun)..Dia pun tanya kitorang dengan suara takut dan muka tak ada darah..."korang dengar tak suara orang".Aku yang memang dengar dari tadi tu terus bersuara dalam suara yang takut2.."aku dengar,aku dengar"..terlebih exited sebab aku sangkakan telinga aku je yang terpilih nak dengar...
   Suasana rumah aku terus bertukar sunyi,,semua diam!Masing-masing pasang telinga nak dengar suara misteri itu..Yang peliknya,masa kitorang pasang telinga nak dengar dan masa syed tanya je..suara tu da beransur2 senyap..pelik kan?tapi bila kitorang masing2 cerita balik pasal suara misteri tu..kedengaran balik suara tu dari nada yang perlahan-lahan terus kuat...kitorang berpandangan sesama sendiri...
  Tindakan kita..?apa lagi seperti biasa kita maraton la..cabut lari terus ke luar rumah...Paling kuat larinya sepupu aku yang syed tu..aku hampir2 tertinggal kat belakang sekali sebab aku duduk kat meja paling dalam sekali..dekat dengan peti sejuk.So,kalau lari memang aku la last sekali tertinggal..Tapi aku tekad tolak sepupu aku yang din tu sebab die kelihatan terpinga-pinga sangat sebab terkejut.
  Yang lebih seram sejuk kaki kitorang ni,,masa kitorang lari tu suara misteri tu semakin menggila.Mungkin sebab die tahu kot kitorang ni dalam ketakutan yang menggila juga....Malah,aku sempat dengar seolah-olah die tengah gelakkan kita..tapi bukan mengilailah(yang ni konpem aku pengsan).
  Kitorang pun terus lari ke rumah nenek aku dan kitorang ceritalah kat family kitorang..(rumah xsmpat nak kunci pun).Rupa-rupanya aku dan syed je yang dengar suara tu awal2 walaupun kedudukan diorang lebih dekat ngan pintu belakang.Kakak aku dan din dengar suara misteri tu masa kitorang semua lari tak cukup tanah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 05:53 PM | Show all posts
suare tu nk sound korg la..da tgh mlm pn nk bising2 gk ke

tp skeri la...nada sore ikut tone sore korg lak yer...tah2 die nk join korg bchite tak tp korg wt tak dgr kt chite die

umh sewa kt area mne ek?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.054886 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list