|
View: 801|Reply: 2
|
Cemburu abang layan ‘special’ famili mentua, adik dikecam minta belanja sehelai seluar - “Awak pergi cari suami la”
[Copy link]
|
|
|
SEORANG gadis meluahkan rasa terkilan terhadap abangnya yang dikatakan lebih mengutamakan isteri dan keluarga mentua berbanding darah daging sendiri.
Dalam satu hantaran yang mendapat perhatian di media sosial, gadis ini berkata dia kecewa apabila abang sendiri tidak dapat menunaikan permintaan kecilnya.
Menurut gadis itu, sebelum berkahwin lagi, abangnya banyak berbelanja untuk kekasih tetapi tidak pernah memberikan layanan sama kepada ahli keluarga.
"Bila sudah kahwin, dia utamakan adik ipar. Dua hari lepas, saya minta belanja seluar, dia suruh teman lelaki saya yang belanja saya.
"Tapi saya masih 'single'. Pada masa sama dia belanja adik-adik ipar dia baju raya. Saya minta sehelai seluar, tak dapat.
"Untuk makluman, ayah saya sudah meninggal. Patutnya abang kena bertanggungjawab la kan," katanya.
Apa yang lebih menyedihkan, keluarga mereka bukanlah berasal dari keluarga yang senang dengan ibunya tidak bekerja.
Perkongsian ini bagaimanapun menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak bersetuju dengan rungutan dan pertikaian gadis tersebut.
Rata-ratanya menasihati pengadu untuk lebih memahami tanggungjawab seorang lelaki selepas berumah tangga.
“Tak, awak pergi cari suami la, jangan kacau abang awak. Dia ada tanggungan dia. Dia ada tanggungjawab dia.
"Awak tu adik, ada la bahagian adik tu tapi jangan kacau abang. Pergi cari suami la, kahwin awal. Kasihan abang awak, kena kacau dengan awak,” ujar seorang netizen.
Susulan kecaman yang diterima, gadis itu tampil menjelaskan keadaan sebenar dengan menerangkan bahawa dia tidak berniat untuk meminta segala-galanya daripada abang.
Sebaliknya, dia hanya berkongsi rasa terkilan kerana ini merupakan kali pertama dia meminta sesuatu daripada abangnya.
“Ramai yang salah faham. Saya tak suruh abang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas saya. Ini pertama kali saya minta dia belanja.
"Cuma terkilan sebab dia boleh belikan baju raya untuk adik-adik ipar. Tapi saya minta sehelai seluar pun tak dapat.
"Sebelum kahwin, ye saya cemburu sebab belanja perempuan yang tiada kaitan sah sehingga adik dan mak sendiri terabai,” jelasnya.
Namun, kini dia menerima hakikat bahawa wanita itu sudah sah menjadi isteri abangnya dan layak diberi perhatian lebih. - mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jazaa100 at 1-4-2025 09:47 PM
Dik...kau dgn mak kau kena faham....mak kau membesarkn ank lelaki untuk kesenangan ank pompuan org.....bila dia dah kawin, kau & mak kau bkn tanggungjawab dia...tapi keluarga mertua adalah keutamaan dia .....
Samalah mcm kakak ipar aku....bila abg aku bg duit kat mak aku, blh jd gaduh....tapi bila dia bg duit kat mak dia....tu dia...sebeban duit RM50....tak payah kira, main amik je....pdhal dia bkn kerja pun....duit abg aku tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Adik perempuan, selagi belum kahwin adalah tanggung jawab abang setelah ayah meninggal. Sebab abanglah walinya. Apapun bertabahlah dik. Cari suami yang berada, bawak mak tinggal sama2. Lupakan abang yang kedekut Itu. Jangan abaikan mak, insya'allah hidup adik berkat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|