CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 919|Reply: 0

Jam pasir tertera "time is running out" diberikan kepada tawanan Israel yang dibebaskan

[Copy link]
Post time 15-2-2025 08:54 PM | Show all posts |Read mode

Iair Horn, seorang daripada tiga tahanan warga Israel yang dibebaskan memegang jam pasir yang diberikan Briged Al-Qassam. FOTO Reuters

Ankara: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas dan Saraya Al-Quds, kumpulan bersenjata daripada Jihad Islam, menyerahkan tiga tawanan Israel pada Sabtu sebagai sebahagian daripada fasa keenam perjanjian pertukaran tahanan dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).

Menurut pewarta Anadolu, penyerahan Alexander (Sasha) Turbanov, Sagui Dekel-Chen dan Yair Horn kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa berlaku di timur Khan Younis, selatan Gaza.

Briged itu juga memberikan seorang daripada tiga tawanan Israel sebuah jam pasir yang tertera perkataan "Time is running out" (Masa semakin suntuk) dalam tiga bahasa, ditujukan kepada kerajaan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, tambah pewarta berkenaan.

Pertukaran itu adalah sebahagian daripada fasa pertama perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel.

Israel dijangka membebaskan 369 tahanan Palestin pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.396525 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list