CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20078|Reply: 0

Cuaca sejuk, hujan lebat ancam ratusan ribu penduduk Gaza

[Copy link]
Post time 8-2-2025 10:32 AM | Show all posts |Read mode

KANAK-KANAK meninggalkan sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di kem Balata di timur Nablus di Tebing Barat. FOTO AFP

New York: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Khamis memberi amaran bahawa hujan lebat dan angin kencang di Gaza mengancam ratusan ribu penduduk Palestin dengan cuaca sejuk yang teruk.

Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), ancaman ini timbul selepas rumah mereka musnah akibat serangan Israel selama 15 bulan.

Dalam satu hantaran di platform X, UNRWA menyatakan ramai keluarga Palestin masih tinggal di tempat perlindungan sementara akibat kemusnahan besar di seluruh Gaza, dengan cuaca buruk baru-baru ini, termasuk hujan lebat dan angin kencang, memburukkan lagi keadaan.

"Hujan lebat dan angin kencang di Gaza menyebabkan ratusan ribu orang terdedah kepada keadaan sejuk dan basah dalam tempoh 24 jam lepas. Ramai keluarga masih berlindung di tempat perlindungan sementara berikutan kemusnahan yang meluas," kata UNRWA.

UNRWA turut memaklumkan bahawa pasukannya terus menyediakan bantuan segera yang amat diperlukan, termasuk khemah, tilam, selimut dan pakaian bagi penduduk yang kehilangan tempat tinggal di seluruh wilayah berkenaan.

Agensi itu turut menyiarkan video yang menunjukkan angin kencang menerbangkan khemah sementara yang diperbuat daripada kain dan nilon, serta mencampakkan barangan penduduk yang terjejas di kawasan Al-Mawasi, barat laut Khan Younis di selatan Gaza.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.589594 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list