View: 24806|Reply: 80
|
[Tempatan]
Terlalu awal murid Tahun 1 kuasai 3M, kata pakar
[Copy link]
|
|
Terlalu awal murid Tahun 1 kuasai 3M, kata pakar
https://www.freemalaysiatoday.co ... asai-3m-kata-pakar/
Osmond Mah
24 Sep 2024, 07:45 AM
Seorang pegawai Kementerian Pendidikan baru-baru ini berkata 27.5% murid mewakili daripada keseluruhan 448,113 Tahun 1 perlu mengikuti program intervensi selama tiga bulan bermula Ogos lalu.
Pakar sosiologi pendidikan Anuar Ahmad berkata tujuan utama Tahun 1 hingga 3 adalah untuk murid belajar kemahiran membaca, menulis, dan mengira.
PETALING JAYA: Ahli pendidikan mempersoalkan keperluan program intervensi selama tiga bulan untuk membantu 120,000 murid Tahun 1 yang dikesan gagal menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira (3M).
Seorang pendidik I Lourdesamy berkata kepada FMT bahawa mungkin terlalu awal untuk menyimpulkan bahawa murid-murid ini lemah dalam kemahiran tersebut.
Lourdesamy berkata objektif utama Tahun 1 seharusnya bukanlah untuk menguasai kandungan akademik semata-mata, tetapi lebih kepada pembelajaran menyelesaikan masalah dan membina kemahiran sosial.
I Lourdesamy.
Menurutnya, program intervensi itu juga boleh menimbulkan masalah, kerana murid yang terlibat mungkin menghadapi jurang dalam pembelajaran apabila mereka kembali ke kelas biasa.
Pakar sosiologi pendidikan Anuar Ahmad turut berpendapat bahawa Tahun 1 adalah masa untuk kanak-kanak belajar kemahiran 3M.
Kenapa mereka perlu ‘intervensi’ apabila mereka baru sahaja memasuki Tahun 1 untuk belajar kemahiran 3M?
Mereka sebenarnya mempunyai tiga tahun sehingga Tahun 3 untuk menguasai kemahiran tersebut, katanya.
Anuar juga mempersoalkan penggunaan istilah ‘ketinggalan’ dan ‘intervensi’ oleh pegawai kementerian pendidikan.
Beliau berkata mengikut standard antarabangsa, seorang kanak-kanak hanya dianggap ‘ketinggalan’ dalam kemahiran literasi dan numerasi apabila mereka berusia 10 tahun ke atas.
Pada awal bulan ini, Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata seramai 122,062 Murid Tahun 1 dikenalpasti gagal menguasai 3M dan perlu mengikuti program intervensi.
Katanya, 27.5% murid mewakili daripada keseluruhan 448,113 Tahun 1 itu perlu mengikuti program intervensi selama tiga bulan bermula bulan lalu.
Seramai 62,928 murid masih belum menguasai literasi dan numerasi di tahap penguasaan minimum iaitu Tahap Penguasaan 1, katanya, manakala 45,465 murid belum menguasai literasi dan baki 13,669 murid belum menguasai numerasi.
Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia, Noor Azimah Abdul Rahim, berkata bahawa sukatan pelajaran sekolah rendah untuk Matematik, Sains, Bahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris mengandungi terlalu banyak topik dalam mata pelajaran tersebut.
Fokus sepatutnya adalah pada penghayatan topik-topik ini sambil menanamkan kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah, katanya kepada FMT.
Noor Azimah Abdul Rahim
Fokus sepatutnya adalah pada penghayatan topik-topik ini sambil menanamkan kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah, katanya kepada FMT.
Noor Azimah juga menggesa Kementerian Pendidikan untuk menunjukkan kepada ibu bapa jangka masa dan hasil yang diharapkan daripada program tersebut.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ape plk.. murid tahun satu sepatutnyaa dah tahu punca kuasa tiga.. satu lg murid tahun satu leh start amik a level tak pun.. tak pun biasa kan bevudak tu buat karangan dlm 3000 p.perkataan. bila lg nak maju.. kita dah terlalu ketinggalan |
|
|
|
|
|
|
|
Tambahkan lagi sukatan dan lmbtkan balik bebudak tuu.. masuk 7.30 balik pkl 5.. aa gittew.. pas tuu sambung dgn kelas kafa.. barulaah masa diisi dgn berkesan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu lg tingkatkan lg kbat lagi.. bagi semua soklan kbat.. soklan yg ada skrg ringan sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
betula tu, patut darjah 6 dah boleh amik SPM
form 2-5 msuk ipta
umor 18 tahun dh keja
umo 20 tahun dh kwin beranak pinak 2-4 org anak
barula msyarakt jdi cemerlang,terbilang,gemilang bagai
kementerian pendidikan kn pandai nk memandaikan murid2, jadi tikus makmal lagi
belajr nk kerja pstu banding negara lain tak abis2 smpai bila.. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu thread bising budak tahun 1 xthu 3M, yg ini lak dok bangkang sbb tekankan 3M
Tpi sbgai ayah anak tahun 1, memang aku tekan 3M, biarlah nk komen apa |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by vespa_oren at 24-9-2024 11:53 AM
Yg dr anuar ahmad ini jika betul lah dia yg kt fb tu malas aku nk komen |
|
|
|
|
|
|
|
Nak buat macam mana silibus pendidikan dh berubah skrg ni kalo boleh semua nk laju,benda yg dulu blaja masa sekolah menangah skrg dh diajar di sekolah rendah...yg boleh catch up oklah yg x mampu tu akan rasa berat la...zaman dulu x sama ngan skrg ni lagi2 bab sains n teknologi |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 24-9-2024 11:49 AM
Yg dr anuar ahmad ini jika betul lah dia yg kt fb tu malas aku nk komen
Dia ni kan yg semua benda salah? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa kalau nk cepatkan jd spm pun kena amik masa umur 12 la gitu ye dak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Realiti tak sama
Keupayaan budak2 tak sama level |
|
|
|
|
|
|
|
Azharitubunga replied at 24-9-2024 02:48 PM
Realiti tak sama
Keupayaan budak2 tak sama level
Iyaaa…tu belum kira kalau pelajar susah duduk pula luar bandar yg x cukup kelengkapan. Tibeh naik darjah satu kena terus pandai 3M.
Buat syllabus tu cuba la tgk menyeluruh kemudahan yg ada luar dan dalam bandar. Cikgu cukup ke x. Skrg ni kalau darjah 1, wanub tahu baca terus. Tadika kena start dr umur 4 tahun. Baru lah naik D1, boleh membaca
Tapi kalau fam susah duk luar bandar, mcm mana tu?? Tadika skrg pon bukan murah. Kadang tu mahal yuran tadika dr yuran masuk U |
|
|
|
|
|
|
|
Seriously SG enjoy zaman sekolah rendah SG dulu. Really enjoy my childhood…kesian tgk budak2 zaman skrg. Mcm xde life, xde outdoor activities, survival tu x tau lah mcm mana kalau kena campak dlm hutan atau one day negara darurat |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 24-9-2024 03:00 PM
Seriously SG enjoy zaman sekolah rendah SG dulu. Really enjoy my childhood…kesian tgk budak2 zaman ...
Betul...
Jenis pokok yang simple2 pun tak kenal.. huhu
Kebahagiaan mandi hujan.. main lumpur..
|
|
|
|
|
|
|
|
darjah 1 dah expect pandai 3m. cikgy dah ready dgn kbat. kat norway belajar 4 jam sari, homework xde. elok je idop. free edu sampai uni plak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sukar dah aku nak kata. Subjek RBT utk darjah 5 pun belajar teori rekabentuk pengaturcaraan dah. |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu,
patutnya kerajaan bina byk lg sekolah dan pra sekolah.
pra sekolah patut seawal usia 3 tahun,
ramaikan lg guru,patut 1 kelas 15 murid utk 1 guru.
baru la leh capai ape yg dimahukan,jgn kata 3m usia 7 tahun, usia 13 tahun dah boleh masuk universiti.
|
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 24-9-2024 07:00 AM
Seriously SG enjoy zaman sekolah rendah SG dulu. Really enjoy my childhood…kesian tgk budak2 zaman ...
Mana2 negara sama sis. Cikgu2/netizens Americans tu pun dok komplen students millenial deol bengap semacam pehtu attitude hansuang. |
|
|
|
|
|
|
|
copy_paste replied at 24-9-2024 07:20 AM
betul tu,
patutnya kerajaan bina byk lg sekolah dan pra sekolah.
pra sekolah patut seawal usia 3 t ...
Takde bajet doe...
Tu yang terpaksa sumbat 40 pelajar dalam 1 kelas.
Baik galakkan birth control. |
|
|
|
|
|
|
|
Radzor replied at 24-9-2024 07:08 AM
darjah 1 dah expect pandai 3m. cikgy dah ready dgn kbat. kat norway belajar 4 jam sari, homework xde ...
Masalahnya weols bukan Norway...Hu....
Silibus Maths weols kat SK lebih kurang sama dengan Sinagaporn n Korsel. Memang susah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|