View: 8479|Reply: 28
|
Telur penuh khasiat, elok dimakan sebiji hingga dua biji sehari - Public Health Malaysia
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Penurunan harga runcit telur ayam gred A, B dan C sebanyak 3 sen sebiji yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini menjadikan makanan itu sebagai pilihan utama orang ramai.
Menerusi perkongsian Public Health Malaysia di Facebook, telur ayam merupakan antara barangan dapur dan pilihan makanan yang murah, namun memiliki pelbagai khasiat.
Katanya, telur adalah sumber protein berkualiti tinggi dan baik untuk pembinaan otot serta pembaikan tisu.
“Telur juga memberi impak kepada kesihatan mata kerana ia kaya dengan lutein dan zeaxanthin.
“Selain itu, sesuai untuk tingkatkan fungsi otak kerana kandungan kolin dalam telur penting untuk otak,” jelas PHM.
Dalam perkongsian sama, PHM memaklumkan telur adalah pilihan makanan terbaik bagi mereka yang dalam proses menurunkan berat badan.
“Bantu beri tenaga berpanjangan dan membantu kenyang lebih lama.
“Telur mengandungi vitamin A, B12, dan selenium dalam menyokong imuniti badan seseorang serta baik untuk kesihatan tulang disebabkan kandungan vitamin D yang membantu penyerapan kalsium.
“Makan satu hingga dua biji telur sehari sebagai sebahagian daripada diet seimbang. Kombinasikan dengan sayur-sayuran, buah-buahan, dan bijirin penuh,” kongsi PHM.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
kalau mkn salad telur laju je brt turun |
|
|
|
|
|
|
|
but I allergic dengan telur. makan sikit pun terus naik rashes dan gatal2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku bfast biasa nya toast dgn telur stengah masak 2 bijik n secawan black coffee. Tkda penurunan berat tp mudah nk prep n tayah fikir2 dah |
|
|
|
|
|
|
|
Bt masa ni aku fobia mkn telur lps kes budak mati tu |
|
|
|
|
|
|
|
kentut busuk yg amat kata nya.... |
|
|
|
|
|
|
|
udah kes meninggal make tulur mata aritu...benti jap. |
|
|
|
|
|
|
|
lepas tu smorang kentut busukkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai orang takut makan telur kerana kolesterol. Mereka ni tak sedar bahawasanya tubuh sendiri produce kolesterol,malah ia lebih banyak daripada apa yang dimakan. Bukan semua kolesterol tu tak elok. Kena main ratio HDL dan LDL. Cuba kurangkan gula dan karbohidrat dan tengok kolesterol naik atau turun. Banyak penyakit berpunca daripada ini. |
|
|
|
|
|
|
|
aku makan 25 biji telur setiap hari
telur puyuh 20, telur ayam 5 |
|
|
|
|
|
|
|
muak hari2 mkn kadang2 blh la |
|
|
|
|
|
|
|
Meols sehari makan telur min 4 biji. Tak pernahnlagi muak makan telur [em:2:] |
|
|
|
|
|
|
|
Masa mula2 diet meols makan 2 biji telur rebus selama 3 bulan. Skrg bila nampak telur rebus je meols nak .. |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat turun 3 sen, lain le sebutir 3 sen blh la nk gebang |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya telur, rebus sedap, poaching sedap, kukus sedap, goreng sedap, makan gitu je pon sedap. yummy yummyy |
|
|
|
|
|
|
|
I pernah tgk kat ig datin influencer emy melisa . Dia buat egg diet. Turun berkilo2 sampai kisah diet dia tu masuk magazine chuols. Menjadi betul diet tu. Dia buat diet tu dah lama dulu. Now dah slim just maintain healty diet je. Iols teringin la jugak nk try tp mcm ada chances hot hot chicken shit sbb tak blh imagine all meals asyik telur je. Seingat iols dia mmg tak makan protein lain masa tu |
|
|
|
|
|
|
|
CoffeeOverdose replied at 21-6-2024 10:40 AM
but I allergic dengan telur. makan sikit pun terus naik rashes dan gatal2..
makan sebiji atau dua biji seminggu |
|
|
|
|
|
|
| |
|