CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12159|Reply: 36

"Kalau Itu Awak Zayn, Mainlah Nak," Sayu Buaian Di Sekolah Zayn Rayyan Bergerak Sendiri

[Copy link]
Post time 10-1-2024 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Sudah lebih sebulan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin meninggal dunia.


Namun misteri pembunuhannya masih belum terungkai dan terus menjadi bualan masyarakat.


Tidak terkecuali, salah seorang tenaga pengajarnya yang dikenali sebagai Shima.




Foto: mStar




Malah video tular yang memaparkan buaian berhayun sendiri yang dikongsikan Shima mendapat perhatian warga maya sehingga ditonton lebih 1.7 juta kali.


Kapsyen 'Assalammualaikum... kalau itu awak Zayn, mainlah nak. Akak cuma rindu, terima kasih sebab datang', yang ditulis turut mengundang sayu.


Rata-rata warga maya meluahkan kesedihan dan berharap agar kes pembunuhan membabitkan kanak-kanak malang itu cepat diselesaikan.


"Setahu saya, dalam 40 hari tu arwah akan pergi ke tempat yang dia biasa pergi kan? Jadi mungkin betullah tu Zayn... sebak tengok.


"Biasa kalau tengok video macam ni seram, tapi kali ini rasa sayu dan sedih. Tiada sedikit pun rasa seram. Tenang di syurga Zayn sayang.


"Saya bangsa India, tetapi rasa teringin sangat nak pergi ziarah kubur arwah... saya sangat sayang dia walaupun tak pernah jumpa," demikian antara komen warga maya.


Berkongsi cerita dengan mStar, Shima atau nama penuhnya Nasimah Abu Bakar berkata, dia berkongsi video tentang Zayn Rayyan di TikTok peribadinya sebagai kenangan.


"Saya pernah jaga dia, rawat dia... kenangan tu banyak dan saya tak sangka ramai orang tengok video buaian tu.


"Ramai juga salah faham tentang video tersebut... bukan maksud saya itu (main buaian) adalah Zayn sebab orang yang dah mati tak akan kembali, cuma saya terkenangkan Zayn sebab dia suka main buaian," luahnya.


Menurutnya lagi, buaian tersebut bergerak kerana ditiup angin dan apa yang berlaku itu menyebabkan para guru datang untuk merakamnya.


Bagaimanapun, katanya tiada antara mereka yang berani menegur kejadian buaian bergerak sendiri itu.


Mengimbau kenangan dengan arwah, dia yang merupakan pembantu guru kelas Zayn berkata, kemesraan antara mereka terjalin sejak Mac 2023 iaitu semasa kanak-kanak berkenaan mendaftar masuk.


Malah katanya, arwah Zayn adalah seorang yang ceria dan suka bergurau.


"Dia suka datang sekolah, kalau tak datang tu mesti ada sebab macam demam atau temujanji di klinik.


"Cubit dan melarikan diri sambil ketawa adalah cara dia bergurau dengan saya... dan dia selalu buat macam tu," katanya lagi.


Untuk rekod, mangsa ditemukan meninggal dunia di sebatang sungai kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10 malam, 6 Disember lalu.


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2024 10:37 AM | Show all posts
ahhh sedihnyaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 11:52 AM | Show all posts
bila meninggal roh dh ke alam lain. xda nk dtg main buaian. tu angin. klau kita rindu / tringat pada yg dh tiada lg elok sedekah kn al-fatihah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
casper2022 replied at 10-1-2024 11:52 AM
bila meninggal roh dh ke alam lain. xda nk dtg main buaian. tu angin. klau kita rindu / tringat pada ...

Exactly. Dah terputus hubungan dah. Tak sangka 2024 ni ada lg yg pikir roh boleh balik mai dunia lagi. Waduh
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
paiayam replied at 10-1-2024 11:55 AM
Exactly. Dah terputus hubungan dah. Tak sangka 2024 ni ada lg yg pikir roh boleh balik mai dunia l ...

Tiada siapa tahu pun apa terjadi selepas mati
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
casper2022 replied at 10-1-2024 11:52 AM
bila meninggal roh dh ke alam lain. xda nk dtg main buaian. tu angin. klau kita rindu / tringat pada ...


Byk sgt tgk movie kot,
Kalau dia boleh dtg balik drpd pi main buaian baik pi bitau polis sapa bunuh  dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2024 12:13 PM | Show all posts
sekngucing replied at 10-1-2024 12:01 PM
Tiada siapa tahu pun apa terjadi selepas mati

actually we do, sila rujuk al quran dan hadis...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 12:16 PM | Show all posts
Edited by shamsadis at 10-1-2024 12:20 PM








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2024 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
paiayam replied at 10-1-2024 11:55 AM
Exactly. Dah terputus hubungan dah. Tak sangka 2024 ni ada lg yg pikir roh boleh balik mai dunia l ...

tu roh...qarin plak camna?

tiap anak adam ada teman yakni qarin dari kejadian DJIN

roh bab lain qarin ni jin..umoq beratus taun

sapa bani dakwa arwah adik tu tadak qarin?

pi tanya setad semua...pih

adik zayn ada qarin tak?

klo qarin tu yg main buai...sapa boleh nafi kan?

kita tokleh nmpk jin..tapi jin boleh nampak kita..ni quran nih haa camno?

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 12:23 PM | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 10-1-2024 12:18 PM
tu roh...qarin plak camna?

tiap anak adam ada teman yakni qarin dari kejadian DJIN

ko suruh lah Qarin tu ganggu orang yang bunuh dia daripada bazir masa main buai
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 01:05 PM | Show all posts
takut dok panggil benda lain, karang ter attach karang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 01:11 PM | Show all posts
paiayam replied at 10-1-2024 11:55 AM
Exactly. Dah terputus hubungan dah. Tak sangka 2024 ni ada lg yg pikir roh boleh balik mai dunia l ...

komen netizen kata 40 hari roh pegi ke tempat2 dia biasa pegi tu.. hehe.. tok nenek dia dah instill kepercayaan camtu kot dari kecik.

pembantu murid tu pon dah tulis.. bukan dia maksudkan zayn yg datang main buai tu.. dia tau buai tu bergerak sbb angin tiup..
tapi adala tu agaknya yang menyebut.. mengenang zayn bila nampak buai tu bergerak.. sebab arwah memang suka main buai..
masa kejadian hilang tu pon disebabkan dia nak main buai dulu..

kalau kita pon.. hilang orang yg setiap hari kita jaga.. dalam keadaan tiba2 n tak terjangka mcm ni.. sure terkenang2.. tengok tempat duduk arwah pon bole menangis. hati dah sayang kan... apalagi la family members arwah. moga mereka semua diberikan kekuatan hadapi ujian besar ni.. amin
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 10-1-2024 01:21 PM
paiayam replied at 10-1-2024 11:55 AM
Exactly. Dah terputus hubungan dah. Tak sangka 2024 ni ada lg yg pikir roh boleh balik mai dunia l ...


Takde siapa yang tahu detail pasal alam selepas mati....tapi meols percaya setiap orang ada pengalaman berbeza selepas mati....sama macam seperti dia hidup..cuma tiada memori

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Org kita ni mmg suke benda tahyul mahyul ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 05:26 PM | Show all posts
buatnya yg berbuai tu pontianak ke toyol ke, anak kerak ke...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Merepek!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2024 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Islam,tapi percaya benda2 tahyul.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketawa iblis dan jin tgk perangai manusia agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape² yg hijab terbuka ty, cuba tengok pe benda main buai tu? Slalu kalau gambar org dlm hutan, org "hijab terbuka" mesti ckp ada belah sana belah sini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Setad pon tak biasa mati, nak tanya utk dapatkan kepastian pon tak boleh.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.076219 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list