CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10680|Reply: 70

Menantu Benci Mentua Asyik Minta Duit! Pelik Duit Belanja RM7,500 Sebulan Tak Pernah Cukup

[Copy link]
Post time 15-12-2023 02:33 PM | Show all posts |Read mode
Seorang bapa mentua yang bersara dari 2017 dan menerima sagu hati persaraan berjumlah lebih RM500,000.


Menurut si menantu, bapa mentuanya mempunyai dua anak dan menerima pencen bulanan sebanyak RM6,000, manakala ibu mentuanya pula suri rumah.


Namun, apa yang mengejutkan apabila sagu hati persaraan lebih setengah juta itu licin dibelanjakan dalam tempoh lebih setahun, dan mentuanya kini tidak mempunyai simpanan.




Gambar Hiasan




“Sekarang hanya harapkan pencen bulanan RM6,000. Segala komitmen bulanan rumah, kereta, bil air api, penapis air semua anak-anak yang bayar.


“RM6,000 tu betul-betul untuk perbelanjaan bulanan mereka berdua. Anak bagi duit RM1,000 sebulan. Anak seorang lagi bagi rm500 sebulan... keseluruhannya berjumlah RM7,500 untuk mereka berdua tanpa bayar apa-apa komitmen,” luahnya di Facebook.


Wanita itu bagaimanapun mendedahkan mentuanya yang menetap di Kedah terus berdepan dengan masalah wang yang tidak mencukupi.


“Mereka selalu mengadu duit tak cukup. Seminggu lepas suami bagi duit, ibu mentua akan minta lagi dalam RM100 atau RM200. Dalam sebulan tu minta beberapa kali.


“Kalau ada nak baiki kereta, baiki apa-apa kerosakan di rumah, ibu mentua minta duit kat anak. Suruh bagi segera,” ujarnya yang menetap di Kuala Lumpur.


Dia mengakui suaminya seorang anak yang baik dan sedaya-upaya mahu membantu ibu bapanya selagi berkemampuan.


“Kereta mentua rosak baru-baru ini, dia minta suami RM300 tapi suami tak ada duit sebanyak tu. Kami pun berjimat selagi boleh untuk sampai hujung bulan.


“Ibu mentua telefon banyak kali tanya pasal duit. Suami tengah meeting pun dia asyik telefon. Bulan lepas bapa mentua pinjam RM5,000 daripada anak seorang lagi. Jadi, yang baiki kereta ni minta daripada suami saya,” tambahnya.


Apabila tiada duit, kata wanita itu, suaminya akan meminta wang daripadanya atau simpanan anak-anak akan menjadi ‘mangsa’.


“Saya tak bagi korek simpanan anak-anak. Akhirnya suami pinjam duit kawan. Gaji nanti dia yang kena bayar kepada kawan tu. Sudahnya bajet belanja kami akan ‘lari’.


“Ini bukan kejadian pertama, banyak kali berlaku. Saya selalu jadi mangsa suami minta duit kalau dia tak ada duit nak bagi mentua.


“Saya stres dengan mentua yang tak pernah cukup duit dan asyik meminta. Saya kasihan suami juga nampak stres setiap kali ibu dia telefon banyak kali minta duit. Tapi dia tak sampai hati kata ‘tidak’,” ujarnya dengan nada kesal.


Timbul persoalan kenapa wang mentuanya termasuk yang diberikan anak-anak sentiasa tidak pernah cukup selain sikap suka meminta tolong dengan memaksa.


“Meminta-minta macam kami ni cop duit. Kami ada anak tiga orang berusia antara dua dan tiga sembilan tahun sedang membesar. Kos hidup di Kuala Lumpur sangat mencabar.


“Lepas tolak segala komitmen, duit yang kami ada untuk hidup berlima hanya kira-kira RM4,000. Itu la kami nak pergi balik kerja, kos makan kami hari-hari, dengan anak-anak minta itu ini.


“Suami bayarkan kereta sebulan RM1,800. Mereka (mentua) beli kereta mahal-mahal tapi minta suami yang bayar. Suami bagi juga RM500 setiap bulan. Tapi tak cukup lagi masih meminta,” katanya.


Menerusi luahan wanita itu, keadaan yang berlaku menyukarkan dia dan suami untuk membuat simpanan bulanan.


“Kami memang tiada simpanan. Saya sedih, kecewa, saya makan hati, saya rasa nak marah tapi khuatir boleh jadi gaduh. Kadang-kadang saya benci mentua saya kerana tidak memahami keadaan kami yang struggle.


“Saya pernah beritahu mentua gaji saya juga habis, saya tolong suami dari segala segi perbelanjaan. Kami juga struggle untuk survive, tapi mentua tetap tak faham dan tetap meminta,” katanya lagi. -CARI


Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 03:05 PM | Show all posts
sebijik macam perangai mak i. mak i tak minta duit anak dan tak dapat pampasan.
dia ada pencen. bila kita cakap kos sara hidup , tol , etc etc dia tak paham
sebab masa dia ngajar kat sekolah dulu ..sekolah belakang rumah je pun.

i syak bapa mentua dia tu kakitangan awam. dan i syak bapa mentua
dia tu seorang guru besar.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 03:16 PM | Show all posts
Mungkin ada masuk MLM ata apa apa yg sewaktu dengannya...

takkan nak bagitau pulak kan

atau,,.. pak mertua ada bini nun di seberang
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa dia belanja 2org sampai rm7500 sebln?.....
Breakfast, lunch & dinner kat hotel je ke?....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 03:25 PM | Show all posts
melabur kat skim cepat kaya la kot ni.. melabur emas MLM ke..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ckp je kat bapa mertua klu asyik minta duit je kau terfikir utk bercerai dr laki kau sbb bln2 ttp juga bg duit kan..ini klu minta lg mmg dia merobohkan rumahtangga anak lelaki dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2023 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 15-12-2023 03:16 PM
Apa dia belanja 2org sampai rm7500 sebln?.....
Breakfast, lunch & dinner kat hotel je ke?....

Plus dok kedah ja...living cost tak begitu mahal mcm dkt kl or bndar besar yg lain..musykil
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau laki aku baca berita ni dia mesti speku, guna barang terlarang, tak pun tikam nombor ekor ataupun berjudi. Tu sebab tak cukup2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 03:33 PM | Show all posts
Giler lahhh.. selera apa duduk berdua RM7,500 x cukup?? 500k habis x smpi setahun???
kalau i, mmg x kuasa la nk hulur dah.. pepandai la org tua tu nk hidup..iols pun kira2 duit pencen karang cukup la nk tanggup idup i..plus dgn laki i punya saving etc.. xmo nyusahkan anak2
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tua2 pun bodoh bab financial mgt. Ni mesti tak reti nak downgrade lifestyle lepas pencen.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni namanya joli napsu ni. Entah apa2 dibeli ujung2 minta anak2. Punya la byk duit mentua dia kan masih x cukup. Bela hantu raya ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 03:39 PM | Show all posts
mak mertua tu bela adik laki ke kt kedah nu?
biase kes tak cukup duit sebab ade anak lain yang bewok perabih duit


sis ni ngan suaminya kerap nunjuk senang kot
dok kt kl plak tu
apapun belajarla terus terang ngan orang tua

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sib baik lah mak ayah ktorg x mcm ni.. kami anak cucu je yg perabihkn duit pencen dorg … dh kata x boleh bawa msuk kubur
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 03:41 PM | Show all posts
beli kete mahal2 ujung anak menantu kena bayar.... dah tua2 ni pakai kete biasa2 je....meols pergi perodua service banyak je pakcik makcik pakai bezza ativa, axia... mudah katanya tak pening kepala kos kereta...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 03:42 PM | Show all posts
besar betul belanja dorg ni. my parents yg xde pencen besar mcm tu pun alhamdulillah x penah lg meminta2 sbb x cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
anak pun bolayan je la, takde derhakanya sbb makayah dia bukan kategori fakir. dan takkan matinya la depa tu berdua kat kedah nun kalau tak hulur duit.
kalau i buat derkk je. dah tua nak mampus pun financial kelaut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 03:59 PM | Show all posts
tingginya kos hidup mertua tu..apa dia buat sampai tak cukup...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 04:03 PM | Show all posts
untong la mak bapak akhir jaman

anak2 jadi life insurans
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 04:06 PM | Show all posts
Edited by brego at 15-12-2023 04:08 PM

duit pencen 500k habis dalam masa setahun.

memang sah la bangang bab financial management

bodoh sampai ke tua,
dalam hidup memang tak pernah ada disiplin bab duit
itu yang sekali dapat, dengan pantas habis

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Fil dia ada pinjam along kot? X kan  la 500k x sampai setahun dah licin, pencen 6k tu buat beli dadah ke hapa sampai x cukup2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.074901 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list