CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11330|Reply: 23

Suami Buat Isteri Macam Toys, Kawal Hubungan Intim Sebab Takut Hamil

[Copy link]
Post time 15-12-2023 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita teringin hendak menimang cahaya mata baharu selepas berkahwin buat kali kedua namun pasangannya tidak mempunyai kemahuan yang sama.


"Teringin nak mengandung dan ada baby. Dah ada seorang anak dengan suami lama. Suami sekarang suami baru. Pernah bincang pasal anak. Tapi ekonomi jadi asbab nombor satu.


"Dulu okay saja manjakan anak yang seorang ini tapi sekarang faham-fahamlah. Alasan anak degil jadi sebab kenapa dah tak rapat dengan anak sekarang," luahnya.




Gambar Hiasan




Wanita yang tidak mendedahkan identiti itu menambah, perasaannya lebih terguris apabila melihat layanan suaminya sama sekali berbeza antara anak tiri dengan anak orang lain.


"Dengan anak orang lain okay saja boleh gurau-gurau, layan elok-elok. Tapi dengan anak kita ni.


"Saya pun ada anxiety. Kadang malas fikir sangat, tolak tepi perasaan sendiri. Tapi bukan sepanjang masa (dia) tak okay. Ada saja masa dia okay.


"Kalau 10 tu mungkin tiga daripada 10 macam tu saja masa eloknya. Lain-lain faham sendirilah ya. Bahasa mudahnya macam tak suka sangat," kongsinya lagi.


Disebabkan tidak mahu menimang cahaya mata, wanita ini mendedahkan suaminya begitu bersungguh-sungguh merancang agar dia tidak hamil.


"Macam betul-betul tak nak. Dah rasa diri ni macam toys pun iya. Dah cuba bincang lepas tu tak ada kesan. Suami pun macam lalang. Kadang elok tu eloklah. Mari angin dia... entahlah.


"Tapi fikir balik cara suami baru layan anak sulung, hurmmm sedih. Tak apalah tak ada anak pun.


"Risau diri sendiri makin tawar hati je. Minta nasihat dan doakan hamba Allah ni semua," luahnya lagi.


Luahan wanita tersebut yang dikongsikan di laman grup Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) mengundang simpati ramai yang seolah-olah dapat menyelami perasaannya.


Ada yang menasihatkan supaya wanita berkenaan mengambil pendekatan yang tidak emosional untuk mengelakkan keadaan rumah tangganya menjadi semakin keruh.


Namun rata-ratanya menyarankan supaya wanita berkenaan 'berundur' supaya tidak bertambah terluka dan makan hati.


"Sebaiknya tak payah ada anak dengan suami kedua ni pun tak apa sis. Sekurang-kurangnya jika ada berlaku apa-apa, sis boleh bawa diri sendiri.


"Kalau suami yang mood berubah-ubah, better tak perlulah beranak sis. Mood suami macam lalang, risau nanti anak buat perangai, sis jadi mangsa.


"Red flag dah tu suami awak tu. Dalam rumah tangga tak boleh selfish, apabila berbincang pastikan capai kata sepakat. Macam ni tak ada kata sepakat," demikian antara komen netizen. -CARI


Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh. Sikit2 anxiety. Anxiety ke hulu, anxiety ke hilir.
Ada sbb suami tak nak anak. Leceh ada budak kecik. Nak cari pengasuh bagai. Susu pampers, takkan nak beli asal boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya sebelum kahwin dulu si isteri dah bincang dengan suami pasal isu nak tambah anak ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal berlaki kan? So berendam air mata jadi la toys ke patung cendana ke ko yg pilih begitu
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kan laki dah ckp ekonomi asbab no.1, biar la dia taknak anak ko pun dah ada anak sorg tak cukup lg ke?
kdg2 pompuan ni benda remeh blh fikir pnjg lebar sampai anxiety bagai. kalau dulu lakinya blh treat anak tu elok, maksudnya ada la tu tindakan sibini yg menyebabkan dia malas layan. mesti bini ni merentan nak jugak anak.
hidup je la aman damai bertiga kan lebih elok dari merempan2 hanya kerana nak tmbh anak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 02:39 PM | Show all posts
red flag!! ..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2023 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sorg mamat aku kenal ni dia kahwin 4. Sorg cerai. 2 dari bini dia no 3 dan 4 aku kenal personally dari sebelum meka bermadu. Laki ni mmg ada anak dengan bini first. Yg dia kahwin 2 and 3 tu mmg laki ni dah declare sebelum kahwin,kalau kahwin mmg dia taknak anak lagi but boleh ambil anak angkat. Fast foward, dia kahwin ke 4, dia pon ckp benda yg sama kat bakal bini no 4, bini no 4 counter offer kalau dia tak boleh ada anak dia tamau kahwin, nego2 laki tu ok ada sorg anak, selebihnya the same ambil anak angkat. Bila tau mcm ni bini 3 mengamok tak puas hati kenapa dia tak boleh ada anak, dia pon nak ada anak juga, padahal dia sendiri dah bersetuju taknak anak masa menggeletis nak kahwin, bukan laki tu bohong dia pon, in fact masa kahwin tu pon dia tau dia jadi bini no 3, bini 1 & 2 pon tau laki nya nak kahwin lagi. Semua pernikahan laki tu pon buat dlm malaysia siap ada majlis resepsi lagi hihihi. So bini no 3 ni pon mula la canang laki nya tak adil yada yada yada, pening pulak aku dgr cerita masa bini no 3 merentan pasal laki nya tu hihihihi.

Moral of story, sebelum kahwin bincang la dulu expectation and goal korang bersama2 with open mind. Bukan semua ok ok pastu tak ok. Kalau expectation & goal tak sama cinta atau desperate mcm mana pon tak payah ler kahwin, nnt byk makin hato

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 04:40 PM | Show all posts
_blackbird replied at 15-12-2023 03:09 PM
Ada sorg mamat aku kenal ni dia kahwin 4. Sorg cerai. 2 dari bini dia no 3 dan 4 aku kenal personall ...

alahh laki pn..ape beza ank sndiri ngan amik ank angkat..alang2 xnk dua2 xblh la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kelip2_07 replied at 15-12-2023 04:40 PM
alahh laki pn..ape beza ank sndiri ngan amik ank angkat..alang2 xnk dua2 xblh la..

Mana tau bini no 1 dah bg syarat dia ko nak kahwin lagi jgn ada anak. Aku nak harta2 ko ni bila ko mampos milik anak2 kita. Dan ironi nya bini no 1 dan 4 sgt baik. Bini no 1 menyokong penuh peminangan bini no 4 huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Heran betui aku ngan pompuan yang suka sedih2 camnih. Suka main ngan perasaan. Ada otak tuh pikir lah. Tak suka bawa diri jer
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau laki tu dh tk nak anak ko patut bersyukur la..dah dia pun tk de duit gamaknya tu sbb dia tak nk. Dari dia bior je ko ngandung beranak lps tu nafkah spa pun elek, kang ko jgk yg meroyan. Buat nya tercerai ke, dok hamun laki tu tk nk bg nafkah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 15-12-2023 03:09 PM
Ada sorg mamat aku kenal ni dia kahwin 4. Sorg cerai. 2 dari bini dia no 3 dan 4 aku kenal personall ...

Mesti laki tu pikir kalau cerai, tk payah ler susa pyh tanggung nafkah anak2. Cerdik jgk sang laki ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 15-12-2023 05:22 PM
Mesti laki tu pikir kalau cerai, tk payah ler susa pyh tanggung nafkah anak2. Cerdik jgk sang laki ...

Mungkin juga. Nnt byk pulak nak bg child support hehehe atau pon dia taknak anak2 berlainan ibu berebut harta dia selepas dia mati. Tapi aku rasa maybe perjanjian dengan bini no 1 kot, bini no 1 tu ok je dengan bini no 4 dari sebelum kahwin pon hehehehe. Maybe yg ke empat dpt pregnant restu dari bini no 1 kot. No 1 dgn no 4 boleh holiday sesama ko. Tapi no 1/4 dgn no 3 asik bercekau je
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 15-12-2023 07:39 PM
Mungkin juga. Nnt byk pulak nak bg child support hehehe atau pon dia taknak anak2 berlainan ibu be ...

Kaya sgt ke si empunya pisang lecek tu sampai boleh berbini 4?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 15-12-2023 08:07 PM
Kaya sgt ke si empunya pisang lecek tu sampai boleh berbini 4?

Kaya juga lah. 4 bini now tinggal 3 dia tak perlu kerja, dpt gaji tiap bulan utk diri sendiri, rumah, kereta sorg 1. Yg lain2 mcm bil2 groceries dengan lauk cekik hari2 mmg laki tu yg beli sendiri utk di hantar ke rumah bini2 nya. Bini no 3 dulu pakai merc coupe. No 4 pakai suv tapi lupa apa cx5 kot takpon cx3 huhuhu. Aku pon dah lama tak jumpa bini no 3 dengan 4 tu. Cuz diorg bercekau teruk susah nak choose side gituuhhhh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 15-12-2023 08:15 PM
Kaya juga lah. 4 bini now tinggal 3 dia tak perlu kerja, dpt gaji tiap bulan utk diri sendiri, rum ...

Untung lah jd bini dia, semua dapat, sakit beranak pun tak payah. Harap2 bini2 dia sesiap mintak buat hibah, insurans,savings, asb, asn, asw, gold, saham bskl semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 15-12-2023 08:19 PM
Untung lah jd bini dia, semua dapat, sakit beranak pun tak payah. Harap2 bini2 dia sesiap mintak b ...

Asb ada bini no 3 kata. Full deposit hadiah kahwin ahhgittewww. Yg no 4 masa kahwin dpt 100k yg lain2 aku tak pasti lah takkan nak kepoh2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 15-12-2023 08:29 PM
Asb ada bini no 3 kata. Full deposit hadiah kahwin ahhgittewww. Yg no 4 masa kahwin dpt 100k yg la ...

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ١٣

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 12:21 AM | Show all posts
bodohnya pompuan. tu ja yang aku rajin nak tulis.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 03:23 AM | Show all posts
_blackbird replied at 15-12-2023 03:09 PM
Ada sorg mamat aku kenal ni dia kahwin 4. Sorg cerai. 2 dari bini dia no 3 dan 4 aku kenal personall ...

input yang bernas
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.064200 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list